Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

Sempena majlis perpisahan dan pertukaran En Fakhri bin Sulai yang diraikan pada saat ini ,kami
menadah tangan memohon kehadrat-Mu yaAllah agar beliau diberkati, dikurniakan rahmat dan
nikmat yang berpanjangan sihat walafiat yang berkekalan.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk
meneruskan tugas di tempat baru dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas
yang diamanahkan dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan
cemerlang dan berkualiti demi menaikkan nama sekolah ini.

Ya Allah, jadikanlah perjumpaan kami ini sebagai satu perjumpaan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati /. Dan janganlah Engkau
jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami
dari mendapat rahmat.

Anda mungkin juga menyukai