Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI KPT TAHUN 2010

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk menjayakan SEMINAR INTEGRITI
WARGA PENDIDIK BAGI TAHUN 2015
N


Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa
restu daripadaMu,/ limpahkanlah rahmat dan hidayah dari
sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan
petunjukMu. Permudahkanlah urusan kami/ dan berkatilah
majlis ini.
Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami
laksanakan ini akan mendapat kejayaan/
dalam keredhaan, taufiq serta inayahMu.
Ya Haqqulwakil,
Kami memohon perlindungan dengan-Mu /dari rasa keluh
kesah dan kecewa /, sikap lemah, malas dan sambil lewa /
serta hilang tumpuan /dalam melaksanakan kewajipan

perkhidmatan / yang telah kami terima taklifan


dipertanggungjawabkan.
Bimbinglah kami untuk membentuk citra identiti / penjawat
awam berintegriti, dengan meletakkan sikap bersopan
santun,/ nilai yang luhur / dan moral yang telus dan tulus,/
yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama/
dalam penyampaian perkhidmatan kami.
Sebenar-benarnya Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami,
hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan
tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam
pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur,
dedikasi dan penuh berintegriti /
dalam mentransformasi kementerian dan negara ini /
ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai