Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI

,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Pada pagi yang mulia ini,Kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana
mengizinkan kami untuk menjayakan
Seminar Integriti Warga Pendidik, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.
Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,/ limpahkanlah rahmat dan
hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusan
kami/ dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akan
mendapat kejayaan/ dalam keredhaan, taufiq serta inayahMu.
Ya Haqqulwakil,
Kami memohon perlindungan daripada-Mu /dari rasa keluh kesah dan kecewa /, sikap lemah, malas dan
sambil lewa / serta hilang tumpuan /dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan / yang telah kami terima
taklifan dipertanggungjawabkan.
Bimbinglah kami ya Allah, untuk membentuk citra identiti penjawat awam berintegriti, dengan meletakkan
sikap bersopan santun,/ nilai yang luhur / dan moral yang telus dan tulus,/ yang menjadikannya perkara
yang pertama dan utama/ dalam penyampaian perkhidmatan kami.
Sebenar-benarnya Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan
rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan
prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti
/dalam mentransformasi kementerian dan negara ini /
ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.
,

Anda mungkin juga menyukai