Anda di halaman 1dari 2

DOA PERNIAGAAN

Ya Allah,
Engkau masukkanlah kami semua kedalam golongan
hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran
dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada kami
setiap kebaikan yang ada didalamnya.
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami,
samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil,
samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata,
samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami.
Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha,
sesungguhnya Engkau maha pengasih,
maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,
dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami,
dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami,
dosa guru-guru kami serta dosa sekelian
kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang
maha pengasih lagi maha penyayang.
Ya Allah, rahmatilah rahmatilah diri kami dan kedai kami ini
__________________________________.
Berkatilah perniagaan kami. Murahkan lah rezeki perniagaan kami ini.
Jika rezeki perniagaan kami ini berada dilangit,
maka Engkau turunkan lah untuk kami.
Jika rezeki perniagaannya ini berada diperut bumi,
maka Engkau keluarkan lah utk kami.
Jika rezeki perniagaan kami ini jauh,
maka Engkau dekatkn lah untuk kami.
Jika rezeki perniagaan kami dekat, maka Engkau mudahkan lah utk
kami
Sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik pemberi rezeki.
Ya Allah, Engkau lindungilah perniagaan kami ini
dari setiap kejahatan yang ghaib dan nyata.
Selamatkanlah perniagaan kami dari kejahatan dunia dan isinya.
Sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik pelindung dan penolong.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepada hamba Mu ini iman yang sempurna,
ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia,
usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar,

keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai