Anda di halaman 1dari 4

Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan

Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi


kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu
tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan
dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan
keberkatan bulan Syawal.

Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan,


perkenanlah permintaan kami dan kembalikan lagi
peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan
tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini
………… dan seluruh ahli keluarganya dan
panjangkanlah umur mereka dengan iman dan
kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan
jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan
rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik
mengurniakan rahmat.
Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya

Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat


dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia. 
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita
menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh
rahmat dan berkah serta mempertemukan kitadengan
Aidilfitri 
di bulan Syawal yang mulia ini.
Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga
ingin memanjangkanucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
 Disamping itu sekiranya di pihak kami
mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur
kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung
perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami
mohon ampun dan maaf
zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan
terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak,
kami mohon dihalalkan.
Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami
sedia memaafkan sebarang dosa
kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami
sekeluarga.
Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita
semua mendapat keampunan  dan balasan yang baik
daripada Allah SWT, mendapatperlindunganNya,
keselamatanNya, ditetapkan iman dan Islam, dikurniakan
kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki
serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat,
Insyallah.  AMIN

Anda mungkin juga menyukai