Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah 

segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat


dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia. Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita
menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan
berkah serta mempertemukan kitadengan Aidilfitri  di bulan Syawal yang
mulia ini.
Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin
mengucapkan ; Selamat Hari Raya Aidilfitri
Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku,
dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami
mohon ampun dan maaf zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh
kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.
Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami sedia
memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap
kami sekeluarga.
Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita semua mendapat
keampunan  dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat
perlindunganNya, keselamatanNya, ditetapkan iman dan Islam,
dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki
serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah.  AMIN

Anda mungkin juga menyukai