Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi

meraikan persaraan guru penolomng kanan kamien mohd zaki bin abd rahman. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan Negara. Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah YaRahman Ya Rahim. Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan , kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan baik dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai