Anda di halaman 1dari 1

DOA PERSARAAN / PERPISAHAN

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan
berkumpul bagi meraikan saudara kami………… KepadaMu Ya Allah
kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha
gigih yang telah dicurahkan mereka selama ini. Engkau berkatilah hidup
mereka, Engkau murahkanlah rezeki mereka serta kurniakanlah kepada
mereka Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat
meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan Negara.

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah.


Kami tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan
kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar
ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang
perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan
tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami
Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

Ya Allah YaRahman Ya Rahim.


Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan
kecekalan,ketabahan , kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami
hamba-hambaMu yang masih berkhidmat ini supaya kami dapat menerus
dan menjalankan tugas-tugas kami dengan baik dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai