Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi
meraikan perpisahan rakan-rakan kami…………….. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar
Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama
ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah
kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang
baktinya kepada agama bangsa dan negara.
Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang
perkhidmatan kami khususnya guru besar kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah YaRahman Ya Rahim.
Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan ,
kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih
berkhidmat di sini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas -tugas kami dengan
baik dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai