Anda di halaman 1dari 10

Bab 1: Pengenalan

Setiap manusia di dalam dunia ini tidak akan dapat lari daripada menjadi seorang pengurus

ataupun diurus orang lain. Baik daripada seorang kanak – kanak kecil hingga kepada seorang dewasa,

manusia sebenarnya secara tidak langsung akan diberi peranan menjadi seorang pengurus atau seorang

yang diuruskan oleh orang lain. Baik dari segi urusan peribadi,kerja,rumahtangga dan juga pendidikan, kita

secara tidak langsung telahpun menjadi pengurus kepada diri kita sendiri ataupun kepada diri orang lain.

Menurut Rahim Abdullah (1994), pengurusan adalah aktiviti yang melibatkan usaha

merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal serta penglibatan anggota yang berada di

organisasi untuk sama – sama berusaha ke arah matlamat yang satu.Pendapat ini juga disokong dengan

definisi pengurusan yang telah dibuat oleh George R. Terry(1953) yang mendefinisikannya sebagai satu

proses yang terlibat dengan perancangan,pengorganisasian,”actuating” ataupun kepimpinan dan

pengawalan.

Bagi soalan 1, penekanan akan diberikan di dalam proses perancangan dan pengawalan fungsi

pengurusan organisasi yang telah dikenalpasti untuk digunakan di dalam tugasan ini.

Bab 2: Latarbelakang Organisasi

Bagi soalan 1 tugasan ini, saya telah memilih Bank Negara Malaysia sebagai organisasi untuk dijadikan

sebagai bahan analisa tugasan ini.

Bank Negara Malaysia(BNM) telah ditubuhkan dibawah Ordinan Bank Malaya, 1958 pada 26 Januari

1959.Antara objektif – objektif penubuhan BNM ialah:

1. Bertindak sebagai bank pusat dan penasihat kewangan kepada kerajaan

2. Untuk mengeluar dan mengawal nilai matawang dan rizab negara

3. Untuk mewujudkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh,

dan

4. Untuk mempengaruhi situasi kredit dan ekonomi yang stabil bagi negara.

Di dalam memastikan tertunainya objektif – objektif penubuhannya, BNM

telah pun dibentuk di bawah satu prinsip kerajaan dimana ia hanya akan bertindak di dalam kepentingan

ekonomi negara dengan menjadikannya sebagai tanggungjawab utamanya dan bukannya sebagai sebuah

organisasi yang mengutamakan keuntungan semata – mata.

Dengan pasaran global yang mencabar pada hari ini, adalah menjadi matlamat utama BNM untuk

menjadikan ia sebagai sebuah organisasi yang ulung dan berdaya saing di dunia.Pihak pengurusan BNM

telah mengenalpasti satu proses perancangan yang penting di dalam memastikan BNM kekal sebagai

organisasi yang ulung di negara kita,Proses tersebut ialah menjadikan BNM sebagai sebuah organisasi

berasaskan ilmu.Di dalam tugasan ini, kita akan melihat proses perancangan yang telah diambil oleh
pihak pengurusan BNM dan sistem kawalan yang digunakan di dalam menjadikan BNM sebagai

sebuahorganisasi berasaskan ilmu.

Bab 3: Definisi Perancangan & Pengawalan

3.1 Definisi Perancangan

Perancangan telah didefinisikan oleh Rahim Abdullah (1994) sebagai

usaha pengurusan untuk mengenal pasti atau menetapkan matlamat dan menentukan tindakan yang bakal

diambil.Matlamat ini perlu disokong oleh sumber – sumber yang ada. Menurut Stoner (1995), penetapan

matlamat ini penting kerana:


1. Matlamat memberi halatuju organisasi
2. Matlamat memfokuskan usaha organisasi
3. Matlamat menjadi panduan untuk perancangan dan tindakan
4. Matlamat membantu kita menilai kemajuan

3.2 Definisi Pengawalan

Menurut Breach (1972), kawalan atau pengawalan adalah pemeriksaan prestasi semasa dengan piawai –

piawai yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa perancangan dengan tujuan menjamin kemajuan dan

prestasi yang memuaskan.

Bab 4: Perancangan menjadi BNM Sebuah Organisasi Berasaskan Ilmu(OBI)

Di dalam usaha untuk menjadi sebuah organisasi yang terulung dan terunggul di negara kita, BNM

mempunyai perancagan strategic mereka iaitu untuk menukarkan status BNM dari sebuah organisasi biasa

kepada sebuah organisasi berasaskan ilmu.Organisasi berasaskan ilmu ialah sebuah organisasi yang

menjadikan ilmu sebagai asas atau aset utama organisasi berkenaan di dalam mencapai matlamat –

matlamat atau objektif – objektif yang telah ditetapkan.Antara organisasi yang telah berjaya merubah

organisasi mereka kepada sebuah organisasi yang berasaskan ilmu ialah British American Tobacco dan

PriceWaterHouse Coopers.

4.1 Kenapa organisasi berasaskan ilmu menjadi teras BNM?

Telah menjadi lumrah setiap organisasi di dunia ini, tidak kira sama ada

ianya terdiri dari badan kerajaan atau tidak, ingin atau tidak akan melalui arus perubahan baru di dalam

organisasi tersebut.Ini kerana keadaan sekeliling organisasi itu akan berubah setiap masa tanpa mengira

waktu, hari atau persediaan organisasi itu sendiri.

Sebagai sebuah bank pusat, BNM telah mengorak langkah yang proaktif di dalam menjadikan ia sebagai

sebuah organisasi contoh di negara kita .Dengan perubahan ekonomi dunia yang tidak menentu, BNM

telah berpendapat bahawa dengan fungsi utama BNM hendaklah selari dengan kehendak pasaran dewasa

ini. Oleh itu, pihak pengurusan BNM telah menetapkan matlamat mereka untuk menjadikan ia sebuah

organisasi yang berasaskan ilmu.


Ini kerana, sebagai sebuah bank pusat yang sering menjadi tumpuan para peniaga dan para ekonomi

dunia, BNM berpendapat asset di dalam bentuk tidak boleh disentuk merupakan asset paling utama di

dalam menyokong langkah mereka di dalam melakukan perubahan ini. Aset yang dimaksudkan ialah

ilmu.Menurut Peter Drucker(2000), ilmu adalah satu – satunya sumber paling bernilai dan berguna pada

hari ini.

Dengan anjakan dunia ekonomi yang meminta sesebuah negara supaya membangun untuk berjaya dan

bukannya membesar untuk terselamat dari tenggelam dalam arus ekonomi yang kian mencabar, BNM

telah mengambil langkah amat proaktif di dalam memacu ekonomi negara supaya ia terus membangun

selari dengan pertumbuhan ekonomi negara maju yang lain.

4.2 Langkah ke arah OBI

Pihak BNM telah mengambil beberapa langkah utama di dalam memastikan segala perancangan

mereka di dalam menjadi BNM sebagai sebuah organisasi berasaskan ilmu ini menjadi kenyataan.Antara

langkah – langkah yang telah di ambil ialah:

1. Memberi taklimat mengenai pengurusan ilmu

2. Membentuk satu jawatan baru di setiap jabatan iaitu jawatan sebagai Pegawai Pengurusan

Ilmu

3. Penubuhan jawatankuasa pengurusan ilmu peringkat BNM

4. Penubuhan jawatankuasa kecil pengurusan ilmu peringkat jabatan

5. Pemberian subsidi pembelian buku

6. Pembukaan talian internet kepada seluruh tenaga kerja BNM

7. Menyediakan latihan kakitangan yang selari dengan permintaan pasaran

8. Mengambil pekerja yang mempunyai ilmu khusus di dalam sesuatu bidang

9. Menjalankan beberapa aktiviti seperti seminar dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran

pentingnya pengurusan ilmu

10. Memperkenalkan program pengiktirafan bagi kakitangan yang berjaya menunjukkan

prestasi kerja dan akademik mereka dengan cemerlang.

Langkah – langkah yang diambil ini, akan disusuli dengan beberapa langkah pengawalan yang

telah diambil bagi mengukur prestasi keberkesanan langkah yang telah dikenalpasti untuk menjadikan

BNM sebagai organisasi yang berasaskan ilmu.

5.0 Kawalan ke arah menuju Organisasi Berasaskan Ilmu

Bagi memastikan bahawa matlamat untuk menjadikan BNM sebagai sebuah organisasi yang

berasaskan ilmu, beberapa langkah kawalan telah pun di ambil bagi menjamin bahawa perancangan BNM

ini berjaya dilakukan.Antara langkah – langkah yang telah diambil ialah:

1. Mesyuarat Pegawai Pengurusan Ilmu


- Para pegawai yang telah dilantik oleh jabatan masing – masing akan

dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat bulanan peringkat bank

mengenai Pengurusan Ilmu yang akan dipengerusikan oleh Penolong

Gabenor.

2. Laporan Kemajuan Pengurusan Ilmu

- Setiap jabatan di BNM, dikehendaki untuk menghantar laporan kemajuan

mengenai status kemajuan pengurusan ilmu jabatan masing –

masing.Laporan ini akan disemak dan ditandatangani oleh pengarah

jabatan masing – masing.

3. Proses Audit Dalaman

- Audit dalaman juga akan dilakukan ke atas setiap jabatan di BNM bagi

memastikan segala perancangan BNM telah dijalankan seperti yang

dirancang.Proses audit ini akan dijalan oleh sekumpulan juruaudit yang

terdiri dari jabatan audit dalam.

6.0 Penilaian dan Komen Terhadap Pencapaian Matlamat dan Kawalannya

Sejak perancangan ini telah dilakukan oleh BNM sejak dari awal tahun 1999, matlamat pencapaiannya

bagi menjadikan ia sebuah organisasi yang berasaskan ilmu tampak mula berhasil. Sebagai contoh utama

ialah setelah negara kita keluar dari kemelut ekonomi yang menyerang negara Asia Tenggara, ekonomi

negara mula bertumbuh secara cepatnya dan pantasnya dikalangan negara – negara jiran.

Pendapat ini bolehlah disokong dengan kemunculan Gabenor Bank Negara yang telah dipilih sebagai

Gabenor Terbaik Asia bagi tahun 2003 oleh Institusi Pelaburan Euromoney.Baru – baru ini juga telah

menerima anugerah sebagai “Global Central Bank Governor” oleh majalah The Banker yang beribu

pejabat di London.

6.1 Komen Pencapaian Matlamat

- Melalui beberapa pencapaian yang telah dikecapi oleh BNM

sejak melalui perubahan untuk menjadikan ia sebagai sebuah

organisasi yang berasaskan ilmu, di sini kita bolehlah berpendapat bahawa

perancangan pihak pengurusan BNM di dalam menjadikan ia sebagai sebuah

organisasi yang berasaskan ilmu telah pun hampir menjadi kenyataan.

6.2 Komen Kawalan Perancangan Yang Di Ambil

- Jika kita lihat terhadap langkah pengawalan yang telah diambil

oleh pihak BNM di dalam mencapai matlamatnya di dalam

menjadi sebuah organisasi berasaskan ilmu, langkah – langkah

ini dilihat sebagai satu langkah yang komprehensif dan padat.Ini


menunjukkan bahawa pihak BNM memberi penekanan yang

menyeluruh terhadap warga kerja di dalam memastikan matlamat

BNM tercapai dengan jayanya.

7.0 Kesimpulan

Jika kita lihat dengan perancangan untuk menjadikan BNM sebuah organisasi yang berasaskan ilmu, ini

jelas menunjukan bahawa pihak pengurusan bank amat proaktif terhadap keadaan semasa.Ini juga jelas

menunjukan bahawa pihak BNM benar – benar ingin memampankan tarah ekonomi negara kita ke arah

yang lebih tinggi.Pihak pengurusan BNM dilihat sebagai tidak mahu ketinggalan di dalam arus perubahan

tahap pengurusan organisasi di dalam usahanya untuk menjadi BNM sebagai satu organisasi yang ulung

di dunia.

Terdapat beberapa organisasi terutama dari agensi kerajaan telah pun mengorak langkah bagi menjadikan

organisasi mereka sebuah organisasi yang berasaskan ilmu sepert Suruhanjaya Sekuriti.

RUJUKAN
1. Rahim Abdullah(1994). Asas Pengurusan.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
2. Gupta Jatinder et. Al.(2002). Creating Knowledge Based Organization. Texas: Idea Group
Publishing.
3. Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia. (2004). Governor Named “Global Central
Bank Governor” of The year.Berita Kijang, 20(6), 1-2.

Soalan 2

Bab 1: Pengenalan

Pengurusan sumber manusia pada mulanya telah dikenali sebagai pengurusan personel.Tetapi

sejak awal 1980an, istilah pengurusan personel telah jarang digunakan dan ia telah bertukar kepada

pengurusan sumber manusia.

Penukaran istilah pengurusan personel kepada pengurusan sumber manusia ini telah bermula di

Amerika Syarikat akibat penonjolan syarikat – syarikat negara Jepun yang berjaya menembusi pasaran

Eropah dan Amerika.

Negara kita juga prihatin dengan keadaan ini dengan mengambil langkah menukarkan nama

Kementerian Buruh kepada Kementerian Sumber Manusia.

2.0 Definisi Pengurusan Sumber Manusia


Terdapat beberapa definisi bagi pengurusan sumber manusia ini.Berbeza dengan pengurusan personel, ia

telah didefinisikan oleh Yazam Shariff(2001) sebagai bahagian pengurusan pengendalian manusia di

tempat kerja.Mondy & Noe (2001) telah mendifinisikan pengurusan sumber manusia sebagai penggunaan

sumber manusia di dalam mencapai objektif – objektif atau kehendak –kehendak sesuatu organisasi.

Mereka juga telah memberikan 6 fungsi utama bagi pengurusan sumber manusia iaitu:

1. Perancangan keperluan sumber manusia

2. Pembangunan sumber manusia

3. Pemilihan & pengambilan

4. Keselamatan & kesihatan pekerja

5. Hubungan industri, dan

6. Faedah dan pampasan

Bab 3: Latarbelakang Organisasi

Bagi soalan 2 tugasan ini, saya telah memilih Suruhanjaya Sekuriti(SC) sebagai organisasi untuk dijadikan

sebagai bahan analisa tugasan ini.

Sehingga tahun 1993, tidak adak sebuah badan pun di negara kita telah ditubuhkan untuk bertindak

sebagai penguatkuasa, penyelia dan bertanggungjawab di dalam membangunkan pasaran modal

negara kita.Tugas– tugas penyeliaan pada ketika itu dikongsi oleh beberapa agensi kerajaan dan

beberapa persatuan di kalangan industri.

Selari dengan struktur perundangan pasaran modal yang mengkehendaki sebuah badan ditubuhkan bagi

mengawal dan menyelia pasaran modal negara kita, Suruhanjaya Sekuriti(SC) telah ditubuhkan di bawah

Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, sebagai sebuah badan yang diberi kuasa untuk menyiasat dan

menguatkuasakan akta di dalam industri pasaran modal negara kita.Suruhanjaya Sekuriti ini adalah

sebuah badan berkanun yang diletakkan di bawah kuasa Menteri Kewangan dan akaun tahunannya akan

dibentangkan di dalam Parlimen Malaysia setiap tahun.

Antara fungsi – fungsi Suruhanjaya Sekuriti ini adalah:

1. Mengawasi bursa saham dan pusat pendeposit

2. Bertindak sebagai pendaftar bagi prospectus syarikat yang ingin disenaraikan di dalam

bursa saham

3. Berkuasa di dalam memberi kebenaran pengisuan bon

4. Mengawal semua hal – hal berkaitan dengan sekuriti dan kontrak masa depan

5. Mengawal semua hal- hal berkenaan dengan skim – skim amanah

6. Memberi lessen dan mengawalselia semua pemegang lessen

7. Menggalakan sistem pengawalan persendirian

8. Memastikan tingkah laku yang betul dikalangan industri dan pemegang lesen.
Bab 4: Proses Pengurusan Sumber Manusia Di Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Sebagai sebuah badan kerajaan yang menjadi pemangkin utama di dalam industri pasaran modal negara,

pihak Suruhanjaya Sekuriti telah mengorak langkah di dalam menjadikan tenaga kerjanya sebagai asset

utama di dalam operasi utamanya. Ini bermakna pihak Suruhanjaya Sekuriti juga telah menjadi sebuah

organisasi yang berasaskan ilmu di mana sumber aset utama bagi organisasi mereka ialah tenaga

kerjanya sendiri.Di dalam bab ini, kita akan melihat proses sumber manusia yang dilaksanakan oleh pihak

SC iaitu

1. Menarik minat calon berkelayakan untuk bekerja di SC, dan

2. Mengekalkan pekerja berkelayakan.

4.1 Proses menarik minat calon berkelayakan

Sebagai sebuah badan kerajaan yang sering menjadi tumpuan

utama industri pasaran modal negara kita, sudah tentulah pihak SC memerlukan tenaga kerja yang benar

– benar professional dan berkebolehan. Ini bagi memasti supaya operasi dan peranan SC sebagai

pemantau di dalam industri pasaran modal ini sentiasa efektif dan efisien.Dalam erti kata mudah, pihak SC

hendaklah menggunakan teori “giving the right job to the right people”.

Bagi memastikan SC diwargai dengan warga kerja yang professional dan berkebolehan, pihak SC telah

mengadakan beberapa siri tapisan di peringkat awalan sebelum seseorang itu di ambil bekerja

dengannya.Proses pertama yang dilakukan di dalam usaha untuk menarik minat calon berkelayakan di SC,

pihak SC telahpun mengiklankan beberapa siri jawatan kosong yang menarik di surat khabar tempatan dan

juga di laman web mereka sendiri.

Proses ini disusuli pula dengan pengasingan latar belakang akademik bagi pemohon jawatan bagi

menentukan tahap kelayakan akademik mereka. Sesudah proses ini dilakukan barulah calon di panggil

bagi temuduga pertama. Setelah berjaya di dalam temuduga pertama, temuduga peringkat kedua akan

dilakukan di mana di dalam proses temuduga peringkat kedua ini, beberapa siri ujian dilakukan ke atas

pemohon. Ujian – ujian yang dilakukan ialah seperti ujian aptitud dan ujian kompetensi bagi memastikan

calon yang benar – benar layak di ambil bekerja di SC.

4.2 Pengekalan Pekerja Yang Berkelayakan di SC

Antara proses yang giat dilakukan oleh pihak SC ialah untuk mengekalkan pekerja yang berkelayakan

untuk terus berkhidmat dengannya.Ini kerana sebagai sebuah badan kerajaan, sudah tentu dari segi

bayaran gaji yang diterima oleh pekerja jauh lebih rendah dari apa yang boleh diperolehi di dalam industi

pasaran modal ini. Disebabkan itu, pihak SC telah mengambil beberapa inisiatif di dalam memastikan

supaya pekerja mereka yang berkebolehan ini terus kekal berkhidmat untuk mereka.

Pengenalan kepada “Flexible Working Hours” di SC, adalah salah satu inisiatif yang di ambil oleh SC, di

dalam mengekalkan pekerja mereka.”Flexible Working Hours” ini bermaksud para pekerja bebas untuk
memilih masa bekerjamereka.Ini bermakna para pekerja mempunyai pilihan bagi menentukan waktu

pejabat mereka yang tersendiri.

Antara inisiatif lain yang diambil oleh SC ialah “Flexi Benefits System” iaitu salah satu cara baru di dalam

dunia pengurusan sumber di dalam memberikan kemudahan dan faedah kepada pekerja mereka.Melalui

perlaksanaa sistem ini, para pekerja boleh menebus kemudahan yang tidak digunakan yang telah

disediakan oleh SC seperti perkhidmatan rawatan di hospital atau rawatan pergigian dengan perbelanjaan

yang telah dikenalpasti oleh pihak SC sebagai perbelanjaan yang tidak dikenakan cukai.Ini secara tidak

langsung boleh menambah pendapatan pekerja itu sendiri.

Bab 5: Kebaikan dan Keburukan Perlaksaan “Flexi Benefit” dan “Flexible

Working Hours” di Suruhanjaya Sekuriti

Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan yang dikenalpasti di dalam perlaksanaan kedua – dua sistem

ini.

5.1 Flexible Working Hours

Antara kebaikan perlaksaan sistem “flexible working hours” ini adalah ia membenarkan para pekerja untuk

memilih waktu pejabat mereka dengansendiri.Ini secara tidak langsung memudahkan para pekerja yang

tinggal jauh dari SC untuk menentukan waktu yang sesuai bagi mereka untuk sampai dan bekerja di SC.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti para pekerja di SC di mana mereka diberi

kebebasan di dalam menentukan waktu masuk pejabat mereka.

Walaubagaimanapun, keburukan yang terdapat di dalam perlaksaan sistem ini ialah di mana tiada waktu

yang standard di kalangan pekerja untuk datang ke pejabat. Ia didapati menyukarkan beberapa urusan

rasmi seperti mesyuarata atau latihan untuk diadakan kerana para pekerja tidak datang kerja pada satu

masa yang tetap.Ini juga boleh menyukarkan para pelanggan SC apabila berurusan dengan mereka di

mana, kemungkinan ketiadaan pegawai yang terlibat pada masa pelanggan hadir akan berlaku dan ini

boleh menjejaskan imej SC.

5.2 Flexi Benefit Systems

Dengan perlaksaan sistem ini yang memberi peluang kepada pekerja untuk menebus tunai ke atas

kemudahan yang tidak digunaka., sudah tentu ia dapat meningkatkan pendapatan pekerja SC secara tidak

langsungnya.Penebusan dengan perbelanjaan buku, persekolahan anak – anak dan pendidikan pekerja

sendiri jelas dapat meningkatkan kualiti pekerja di dalam menjadikan SC sebagai sebuah organisasi yang

berasaskan ilmu.

Bagaimanapun, ada dikalangan pekerja yang menyalahgunakan kemudahan penebusan ini di mana

mereka telah mengeluarkan resit palsu bagi membolehkan mereka menebus perbelajaan yang telah

ditanggung olehmereka.Ini boleh menyebabkan budaya penipuan di SC berleluasa.


Bab 6: Komen Mengenai Perlaksaan Kedua – Dua Sistem Ini Di SC

Jika kita lihat dengan perkembangan dunia pada hari ini, jelaslah menunjukkan bahawa pihak pengurusan

SC dilihat sebagai mengambil langkah yang proaktif di dalam usaha mereka untuk menarik minat calon

yang berkelayakan untuk bekerja dengan mereka sambil meningkatkan usaha mereka di dalam

mengekalkan para pekerja yang sedia ada. Tidak banyak organisasi di negara kita baik di sektor kerajaan

ataupun swasta yang berani di dalam mengenalkan pendekatan baru di dalam proses sumber manusia

mereka.

Dengan pengenalan kepada sistem fleksi di dalam kedatangan kakitangan hingga ke pampasan dan

faedah diberi, kedua – dua langkah ini dilihat dapat menarik minat calon – calon bekerja yang layak untuk

memohon untuk bekerja di SC.Disamping itu juga dengan langkah memperkenalkan kedua – dua

pedekatan baru ini, produktiviti di kalangan pekerja SC dilihat dapat dipertingkatkan.

Bab 7: Saranan Bagi Penambahbaikan Terhadap Perlaksanaan Sistem Ini

Walaupun perlaksanaan bagi kedua – dua sistem ini masih agak baru di SC, akan tetapi masih terdapat

beberapa kelemahan yang dikenalpasti yang boleh dipertingkatkan.Antara saranan yang boleh diambil

bagi memastikan supaya kelemahan di dalam perlaksanan sistem ini ialah dengan mengambil keputusan

bagi mendapatkan pengiktiran ISO bagi SC sendiri.Dengan ini secara tidak langsung ia dapat memperbaiki

kelemahan terdapat sistem proses pengurusan sumber manusia yang sedia ada.

Perbezaan jumlah kemudahan yang diberikan kepada kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif juga

hendaklah dihapus atau dikurangkan supaya ia dapat meningkatkan produktiviti di kalangan kakitangan SC

secara keseluruhannya.Aktiviti seperti pemeriksaan audit berkala juga bolehlah dilakukan oleh pihak SC

bagi memastikan sistem kedatangan yang fleksibel ini tidak disalahgunakan oleh kakitangan mereka.

Bab 8: Kesimpulan

Secara keseluruhannya, perlaksanaan kedua – dua sistem ini dilihat sebagai satu langkah yang amat

proaktif di dalam meningkatkan semangat daya saing di kalangan industri pasaran modal

negara kita.SC secara amnya yang bertindak sebagai pemangkin bagi industri ini, secara tidak langsung

berjaya mengubah corak pengurusan sumber manusia di dalam industri pasaran modal ini.

Ini kerana terdapat juga banyak syarikat di dalam industri pasaran modal tempatan telah mengambil

contoh perlaksanaan sistem – sistem ini di SC untuk digunapakai di syarikat mereka. Terdapat beberapa

agensi kerajaan juga telah mengambil pendekatan yang sama seperti SC iaitu Bank Negara Malaysia.
RUJUKAN
1. Mohd Yazam Sharif(2001). Asas Pengurusan Sumber Manusia.Pendekatan Proses.Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Gupta Jatinder et. Al.(2002). Creating Knowledge Based Organization. Texas: Idea Group
Publishing.
3. Stephen P. Robbins. (1998). Organizational Behaviors 8th Edition. San Diego: Prentice Hall Inc.
4. http://www.sc.com.my

Anda mungkin juga menyukai