Anda di halaman 1dari 2

ULASAN JURNAL

KEBERHUTANGAN YANG SERIUS DI JABATAN PERANGKAAN NEGERI KEDAH

JURNAL 1 - KHAIRUL

Kajian ini dilakukan didapati Nuraini Abdullah & Mohamad Fazli Sabri Faktor Peramal
Pengurusan Hutang dalam Kalangan Pekerja Muda (2016), )bahawa faktor sikap obsesi terhadap
wang, keupayaan dan stres kewangan merupakan penyumbang kepada model pengurusan hutang
dengan faktor estim diri adalah peramal terbesar kepada pengurusan hutang pekerja muda. Selain
itu, faktor sosiodemografi seperti jantina dan status kewangan pekerja muda turut dilihat memberi
perkaitan terhadap pengurusan hutang yang berhemah.Oleh yang demikian, beberapa langkah yang
bersifat intervasi perlu dilakukan bagi menangani masalah ini. Pendidikan kewangan di tempat kerja
melalui ceramah, seminar, modul atau kerjasama antara agensi kewangan seperti Bank Negara
Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebagai contohnya mampu
memberi kesedaran mengenai pentingnya menguruskan hutang dengan bijak.

JURNAL 2 - SIDIK

Kajian yang dilakukan oleh Abdul Basit bin Hodari, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd
Salleh Hutang dan Golongan Muda di Malaysia,bagi pembiayaan harta kediaman dan bukan
kediaman (Bank Negara Malaysia 2013). Ternyata peminjam tidak terbeban dengan tempoh
yang telah ditetapkan. Namun, yang menjadi beban hingga mengganggu kemampuan
peminjam untuk membayar semula pinjaman mereka adalah faktor yang wujud di luar
perancangan kewangan mereka. Terdapat sebahagian dikalangan masyarakat kita yang tidak
mengambil kira keperluan semasa dalam perancangan kewangan mereka. Keadaan semasa
seperti kesihatan, kelengkapan rumah, pendidikan anak-anak dan lain-lain memerlukan kepada
kewangan yang terancang. Perkara ini yang selalu menjadi bebanan kepada para peminjam.
Oleh itu, peminjam seharusnya memperuntukkan sebahagian kewangan mereka untuk
keperluansemasa yang tidak dijangka. Walaupun nilainya tidak setinggi bayaran pinjaman
setiap bulan, tetapi jika dijumlahkan ianya boleh mengganggu bajet kewangan kita.
Pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang mencukupi adalah penting bagi pengurusan
kewangan yang baik dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup dan
peningkatan harga barang serta hartanah kini.

JURNAL 3 - IZAT

Menurut Nik MohdZaim et al (2012), golongan yang sering dikaitkan dengan gejala hutang
adalah daripada keluarga yang miskin. Namun begitu, dalam dunia serba moden ini bukan hanya
golongan miskin yang terlibat dengan hutang tetapi di dapati juga golongan kaya dan sederhana
semakin banyak menanggung bebanan hutang. Ini menjelaskan bahawa hutang telah menjadi
budaya hidup masyarakat sekarangHaryani et al (2015) menyatakan bahawa peningkatan hutang isi
rumah boleh memberikan impak yang sangat besar antaranya kadarpengangguran dan kehilangan
pendapatan akan meningkat sekiranya terdapat hutang isi rumah yang tinggi disertai dengan krisis
kewangan. Selain itu juga, hutang yang tinggi mendedahkan isi rumah kepada risiko turun naik
dalam ekonomi.Menurut Abdul Basit et al (2014), kadar hutang pada masa kini sangat
membimbangkan di mana lebih kurang 47% golongan muda mempunyai kadar hutang yang serius.
Rata- rata individu mempunyai hutang atau membuat pinjaman untuk tujuan menaik taraf hidup
supaya lebih selesa.Ini dikukuhkan lagi dengan hasil dapatan daripada kajian Nur Aisyatul et al
(2015), hutang yang paling banyak digunakan adalah untuk membeli kenderaan.Tambahan lagi,
pembelian kenderaan tanpa perlu deposit menarik minat mahasiswa untuk cenderung membeli
kenderaan.Rendahnya tahap literasi kewangan menyebabkan kurangnya kefahaman mengenai
pembelian kereta tanpa deposit.

JURNAL 4 – SUFIAN

Kajian ini dilakukan oleh Nur Aisyatul Radiah Alidaniah , Sanep Ahmad , Mohd Ali Mohd Noor ,
Mohammed Rizki Moi, (2015), mendapati bahawa gelagat atau tujuan bagi setiap kaum berhutang
adalah berbeza. Tujuan utama kaum Melayu membuat pinjaman adalah untuk membeli kenderaan,
pinjaman peribadi, rumah kediaman, dan kad kredit. Bagi kaum Cina, tujuan utama mereka
berhutang adalah untuk membeli kenderaan, rumah kediaman dan kad kredit. Manakala bagi kaum
India pula adalah untuk membeli kenderaan dan rumah kediaman. Kajian ini juga mendapati majoriti
kaum Melayu yang beragama Islam mendapatkan pinjaman daripada produk pinjaman konvensional
berbanding produk perbankan yang patuh syariah. Ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap
kewajipan untuk membuat pinjaman yang patuh syariah dalam kalangan orang Melayu khasnya
orang Islam masih lagi rendah. Purata keseluruhan gelagat hidup bermewah bagi ketiga-tiga kaum
adalah agak tinggi iaitu sebanyak 62.4 peratus. Secara purata, kaum India dan Melayu mempunyai
tahap berhutang yang tinggi berbanding kaum Cina. Tahap tersebut juga telah melebihi tahap purata
bayaran ansuran daripada pendapatan bulanan yang dilaporkan oleh BNM. Peruntukan yang besar
daripada pendapatan bulanan untuk pembayaran hutang mampu memberi impak negatif kepada
kestabilan kewangan responden. Kaum India mempunyai peratusan kesukaran yang tinggi dalam
memenuhi keperluan asas berbanding kaum Melayu dan India. Kesimpulannya, didapati terdapat
perbezaan gelagat berhutang antara kaum utama di Malaysia.

JURNAL 5 - IA

Kajian yang dilakukan oleh Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim, Ishak Hj Suliaman& Munirah Abd
razak Kesempitan Hidup Penghutang: Analisis Ayat 280 Surah Al-Baqarah (2012) Islam
mengharuskan umatnya untuk berhutang ataskeperluan tertentu dan terdesak. Namun perubahan
zaman menyaksikan bahawapenghutang hari ini tidak hanya melibatkan golongan miskin tetapi juga
golongan elit dankelas menengah. Islam juga mengharuskan pemiutang agar memberikan ruang
masakepada penghutang yang berada dalam kesulitan untuk melunaskan hutangnya dan yangpaling
baik ialah beliau dengan rela hati melupuskan sebahagian harta.

Anda mungkin juga menyukai