Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang
perkhidmatan kami khususnya guru besar kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.