Anda di halaman 1dari 1

DOA PERSARAAN

PUAN XX

[Muqaddimah doa]

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pada hari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hamba-Mu para guru dan murid
berhimpun dan berkumpul bagi meraikan persaraan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK XYZ, Puan XX. Kepada-Mu Ya Allah kami bermohon agar Engkau
terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama ini.
Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah
beliau kesihatan yang baik agar hamba-hamba-Mu ini dapat meneruskan sumbang
baktinya kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Wadud, Wahai Maha Pengampun, Maha Pengasih.

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa
kepada-Mu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, oleh itu Ya Allah
seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya Puan Penolong Kanan
Pentadbiran kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang
kemurkaan-Mu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Qowiyy Ya Matin, Wahai Maha Berkuasa lagi Maha Teguh


Di sini juga kami berharap kepada-Mu agar Engkau kurniakanlah kecekalan,
ketabahan, kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hamba-Mu
yang masih berkhidmat ini supaya kami dapat terus menjalankan tugas-tugas kami
dengan baik dan sempurna.

[Penutup]

Anda mungkin juga menyukai