Anda di halaman 1dari 10

1

Senarai Badan-Badan
Pembiaya Malaysia
versi 1.7















Dikumpul dan disediakan oleh



TM Ads Solution Sdn Bhd (801179-V)
Office 2, IIC, Resource Center,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Tel: +603 . 8992 . 3080
Fax: +603 . 8992 . 3050


2

Prakata
oleh
Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi
Pengarah Kreatif TM Ads Solution Sdn Bhd




Salam sejahtera dan selamat berkenalan,

Nama saya Ahmad Zahirudin, dan anda boleh panggil saya Zahir. Saya telah berkecimpung dalam dunia
perniagaan sejak tahun 2001 sambil bekerja makan gaji di salah sebuah mega universiti di Malaysia, dan
sekarang ini saya mempunyai beberapa syarikat di bawah naugan saya.

Selama lebih kurang 9 tahun ini, saya amat faham akan kesukaran yang mungkin anda hadapi dalam
dunia perniagaan. Biasanya, masalah besar adalah modal wang tunai untuk memulakan sesuatu usaha
itu, dan kemudiannya modal pusingan. Oleh kerana cabaran kewangan dalam perniagaan ini sangat
keras, pedih dan perit, saya sendiri banyak kali terfikir untuk mendapatkan wang dari saluran-saluran
yang tidak berapa baik.

Walau bagaimanapun, saya dan rakan-rakan niaga lain telah terjumpa saluran-saluran bantuan
kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Sejak tahun 2008, kami mula mendalami
pembiayaan-pembiayaan yang disediakan.

Kini, kami telahpun berjaya mendapatkan pembiayaan dari beberapa sumber pembiayaan seperti Cradle
Funds Sdn Bhd (anak syarikat Kemeneterian Kewangan Malaysia), MDeC (anak syarikat Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia), dan juga pembiaya-pembiaya individu (angel investors).

Dengan dokumen ini saya ingin membantu anda tahu sumber-sumber kewangan yang anda boleh
dapatkan bagi usaha niaga anda, samada anda seorang individu ataupun syarikat berdaftar.

Sebelum anda ketuk pintu Along, saya syorkan anda ketuk 20 pintu badan-badan pembiaya ini dahulu.




***


3

Kami di TM Ads Solution Sdn Bhd mengesyorkan anda untuk mengkaji badan-badan pembiaya berikut:



1. Cradle Fund Sdn Bhd (mukasurat 8)

Cradle Fund Sdn Bhd adalah di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia dan ia menganjurkan
program dana Cradle Investment Fund sehingga RM150,000 untuk anda membangunkan satu idea yang
mungkin boleh dikomersilkan dengan program CIP150nya. Jika selepas tamat projek pertama yang
diusulkan oleh anda itu di bentangkan kepada Cradle, ia akan mempertimbangkan dana lanjutan untuk
anda mengkomersilkan projek tersebut.

Untuk syarikat Enterprise dan Sdn Bhd pula, anda mungkin ingin menyelidik tentang program CIP500
dari Cradle. Program CIP500 ini menawarkan geran sehingga RM500,000 untuk anda mengkomersilkan
produk atau perkhidmatan anda.



2. MDeC @ Multimedia Development Corporation Malaysia Sdn Bhd (muka 8)

MDeC adalah sebuah syarikat di bawah MOSTI yang membiaya individu dan syarikat untuk inovasi-
inovasi baru yang boleh dikomersilkan. Untuk individu, saya syorkan anda membaca tentang geran-geran
ICON (RM200,000), IPCC (RM50,000), MAC3 (RM5,000,000), dan beberapa program pembiayaan lain.

Untuk kedua-dua badan pembiaya ini, anda mestilah mengusulkan kepada mereka sesebuah idea
produk atau perkhidmatan dalam bidang yang anda mahir (pertanian, perikanan, makanan, software,
games, dan sebagainya), dan anda wajib menggunakan teknologi ICT dan multimedia sebagai
komponen-komponen projek anda (Internet, teknologi mobil, software khas, dan sebagainya).

Contohnya, jika anda mahir dalam industri batik, anda mungkin boleh mengusulkan bagaimana
penggunaan Internet dan teknologi mobil boleh melipat-gandakan jualan produk batik, dan/atau
bagaimana projek anda ini boleh memperkayakan industri pelancongan Malaysia.





4




NOTA
Kebanyakkan geran yang ditawarkan oleh para pembiaya adalah untuk usulan-usulan kreatif
dan inovatif, tetapi ini tidak bermakna anda kena menjadi seorang Einstein atau Da Vinci untuk
mencipta sesuatu yang betul-betul baru dan inovatif. Saya syorkan anda fikirkan
penambahbaikan kepada idea sedia ada di bawah ini adalah beberapa contoh:

seorang kanak-kanak bangsa Cina berumur 7 tahun telah berjaya mendapatkan
pembiayaan RM150,000 dari Cradle Investment Program dengan mengusulkan satu set
sudu yang mana kepalanya boleh ditukarganti dengan kepala garfu, pisau dan chopstick;

Bapa kanak-kanak tersebut pula menerima geran dari Cradle Investment Programme
untuk satu takal ciptaannya untuk mengangkat tandan kelapa sawit ke atas lori;

Ada di antara perunding kami yang selalu main permainan komputer, dan mereka
usulkan kepada Cradle untuk reka dan bangunkan permainan komputer mereka sendiri.
Untuk permainan ini, mereka telah dianugerahkan pembiayaan berbentuk geran berjumlah
RM150,000;

Kami selalu tengok di Jalan Masjid India kedai-kedai yang menjual CD Kitab Al-Quran,
tetapi hampir tiada yang fokus kepada Muqaddam. Kami pernah usulkan pembangunan
Muqaddam sebagai modul e-pembelajaran interaktif, dan usulan kami diterima dengan
anugerah RM100,000.

Seorang guru berbangsa Cina telah mengusulkan satu papan permainan (board game)
rekaannya sendiri, kerana menurut beliau, Malaysia terlampau banyak bermain papan
permainan yang direkacipta oleh negara luar. Dengan usulannya itu, beliau telah
dianugerahkan geran sebanyak RM15,000,000!



5



Kami juga amat mengesyorkan yang anda cuba mendapatkan status MSC bagi syarikat anda. Ini adalah
kerana selain dari pengecualian cukai selama 10 tahun maksimum, anda juga boleh memohon geran-
geran tanpa had yang khusus diberikan kepada syarikat berstatus MSC. Nilai geran-geran ini adalah
dalam jutaan Ringgit, tanpa had.

Berikut adalah antara kategori idea yang boleh anda fikirkan untuk geran-geran berbentuk kreatif dan
inovasi yang semakin popular di Malaysia kini:

1. Komunikasi dan Perangkaian (Networking)

2. Perkakasan Komputer dan Elektronik

3. Semikonduktor

4. Perisian

5. Perkhidmatan Teknologi Maklumat

6. E-Perkhidmatan

7. E-Dagang

8. Karya Asli

9. E-Infrastruktur

10. Internet/Application Service Providers (ISP/ASP) & Internet Data Center (IDC)

11. Bioteknologi

12. Peralatan dan Perkakasan Teknologi Kesihatan

13. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan


6

14. Sistem Informasi Kesihatan dan Perubatan

15. Produk Pengguna Bagi Tujuan Perniagaan

16. Perkhidmatan Pengguna Bagi Tujuan Perniagaan




Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan yang disediakan bagi setiap kategori, sila hubungi
badan- badan yang berkenaan.



NOTA
Harap maklum yang TM Ads Solution Sdn Bhd tidak mewakili mana-mana badan
pembiaya kami hanyalah sekumpulan perunding dan usahawan yang ingin berkongsi
pengalaman kami dengan anda untuk mendapatkan kemudahan kewangan dari beberapa
badan-badan pembiaya yang kami senaraikan di sini, dan juga pengalaman kami
mengendalikan usaha niaga kami secara am. Untuk mendapatkan maklumat terperinci
mengenai setiap geran yang ditawarkan, sila hubungi badan-badan pembiaya yang
berkenaan dengan memberitahu kepada mereka usaha anda.





Jika anda perlukan panduan bagi menulis rancangan perniagaan bagi memohon geran dan dana yang
disediakan oleh badan-badan ini, anda boleh dapatkan ia di Portal Eilmu www.eilmu.my.



Semoga kami telah dapat membantu.








7

Senarai
Badan-Badan Pembiaya Malaysia




Di halaman seterusnya adalah senarai badan-badan pembiaya yang terdapat di Malaysia untuk
SME (Small to Medium Enterprise) dan juga individu.

Kami telah menyenaraikan nama-nama badan pembiaya di Malaysia yang kami tahu, bersama-sama
jenis pembiayaan dan maklumat perhubungan masing-masing. Anda boleh baca senarai tersebut, dan
kemudian kenalpasti badan-badan pembiaya mana yang sesuai dengan usaha anda. Kami syorkan anda
menghubungi mereka secara terus untuk pastikan kelayakan anda untuk pembiayaan yang mereka
sediakan.

Jangan segan silu. Bak kata orang-orang tua, Segan bertanya, sesat jalan. Mungkin juga, jika
anda segan bertanya, anda tak nampak jalan pun.

Jangan cepat putus asa. Dari pengalaman kami sendiri, untuk pembiayaan kami yang pertama, kami
telah membuat pembentangan kepada 13 pembiaya, dan akhirnya pembiaya yang kelapan setuju
untuk terima usulan niaga kami.

Kami doakan kejayaan anda. Semoga apabila anda berjaya kelak, anda juga boleh membantu lebih
ramai orang.



8

Institusi | Agensi | Kementerian Program Nombor
Telefon

1 Cradle Fund Sdn Bhd
Suite 4.8.1 Level 4, PNB Darby Park 10
Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

www.cradle.com.my

CIP150
CIP500
03 2166 4730

2 Multimedia Development Corporation
(MDeC)
MSC Headquarters, 2360, Persiaran
APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor

www.mscmalaysia.my

ICON
MAC3
IPCC
03 8315 8124
03 8313 8001
03 8313 8003
03 8315 3171
03 8315 3009

3 Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM)
Content and Applications Development
Department
Content Development and Growth Areas
Division
Malaysian Communications and
Multimedia Commission
Off Persiaran Multimedia 63000
Cyberjaya Selangor.

www.skmm.gov.my

Content Industry Development Fund 03 8688 8000
4 Ministry of Science, Technology &
Innovation (MOSTI)
Level 1-7, Block C4 & C5, Complex C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62662 Putrajaya.

www.mosti.gov.my

ScienceFund
TechnoFund
Enterprise Innovation Fund
Demonstrator Application Grant Scheme
eContent Fund
Commercialization Grants Seed Funds
Commercialization Grants R&D
Matching Funds
Commercialization Grants International
Business Development Matching Funds

03 8885 8148
03 8885 8143
5 Bank Simpanan Nasional
Credit Management Department (JPK)
Level 6, Wisma BSN
117 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

www.bsn.com.my




Pinjaman Industri Kreatif 03 2162 3222


9

6 Perbadanan Usahawan Malaysia
Berhad (PUNB)
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan
Stesen Sentral 5, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur
www.punb.com.my

PROSPER Teras
Program Siswazah Perantis
03 2785 1515
7 Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Level 9B, Menara Dato' Onn
PWTC, 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

www.pns.com.my

Franchisor Financing Scheme
Pre-Franchise Scheme
Executive Frachise Scheme
Franchisee Financing Scheme
Franchise Micro-Financing
03 2698 6670
8 SME Bank
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur

www.smebank.com.my

Business loan
Contract Financing
Public Transport Development Fund
Business Premise Financing Scheme
IQ Dagang
I-Cash
Graduate Entrepreneur Fund
03 2615 2020
03 2615 2828
9 Credit Guarantee Corporation (CGC)
Level 3, Bangunan CGC,
Kelana Business Centre
97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

www.iguarantee.com.my
Skim Kredit Enhancer-i
Skim Pembiayaan Francais
Skim Jaminan Bank Terus
Skim SmallBiz Express
Skim Enhancer Express
Skim Jaminan Anjal
Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i
Direct Access Guarantee Scheme Start-
Up
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
Skim SmallBiz Express-i
Skim Enhancer Direct

03 7880 0088
10 Malaysian Technology Development
Corporation (MTDC)
Level 8 - 9
Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia

www.mtdc.com.my








Commercialization of Research and
Development Fund (CRDF)
Technology Acquisition Fund (TAF)
Business Growth Fund (BGF)

03 2172 6000


10

11 Malaysian Debt Ventures Berhad
(MDV)
Level 5, Menara Bank Pembangunan,
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,

www.mdv.com.my
ICT Financing
Biotech Financing
Green Technology Financing
03 2617 2888
12 Lembaga Pertubuhan Peladang,
No. 20 , Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.

www.lpp.gov.my

Geran Pembangunan Unit Peladang
Pinjaman K3P

03 2090 5158
03 2090 5311
13 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
No.3, Jalan Cempaka SD12/1A,
Bandar Sri Damansara,
PJU9, 52200 Kuala Lumpur.

www.aim.gov.my

Skim Pembiayaan Ikhtiar
Program Kewangan Mikro Bandar

1 300 888 246
14 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu
Kelang,
68000 Ampang, Selangor,
MALAYSIA.
Emel: am@finas.gov.my

Dana Pembangunan Seni
Dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan
Warisan
Dana Kesan Khas (CGI)

03 41041300




NOTA:
Ada banyak lagi para pembiaya yang saya tidak senaraikan di dalam dokumen ini kerana
pengetahuan kami yang cetek. Jika anda mempunyai maklumat tentang mana-mana program
pembiayaan yang dianjurkan, tetapi tidak disenaraikan di atas, bolehlah beritahu kami
melalui e-mel tentang ia.

Semoga usaha kita bersama bakal membantu melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan
1Malaysia yang kreatif, inovatif dan berdayasaing tinggi.

Amin.

Anda mungkin juga menyukai