Anda di halaman 1dari 1

.

Kami rafakkan kesyukuran dan pujian atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu, kami dapat melaksana dan menjayakan Perkhemahan Integrasi Kadet Bomba peringkat daerah Klang ini. Jadikanlah majlis kami ini penuh dengan barakah dan magfirah-Mu, dan jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan.


Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh dalam menghadapi dan mengharungi cabaran dan pancaroba hidup semasa dan mendatang. Berikanlah kami taufiq dan hidayah atas jalan kebenaran dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.


Anugerahkanlah kepada kami sifat sabar, tabah, semangat bekerjasama, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan segala tugas dan sentiasa berusaha menyumbang seluruh tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti kecemerlangan dan kegemilangan kepada pendidikan negeri dan negara ini. Lorongkanlah hati kami dengan ketulusan agar menjadikan aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadat kepada-Mu Ya Allah.


Jadikanlah pelajar kami yang terlibat dalam program ini dalam kalangan mereka yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi menjadi bunga-bunga bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.


Kami juga memohon pada-Mu agar para pemimpin kami, keluarga kami dan rakyat Malaysia seluruhnya diberikan limpahan taufiq dan hidayah, rahmat dan nikmat, kesihatan dan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan dan berkekalan.


Ya Allah, pimpinlah gerak langkah kami selepas ini atas landasan kebenaran dan jauhilah kami daripada bahaya dan keburukan.

.....

Anda mungkin juga menyukai