Anda di halaman 1dari 12

SIFAT-SIFAT SEORANG MUSLIM Dalam pertemuan yang lalu kita telah membuat check-list adakah aqidah kita selama

ini benar-benar aqidah seorang Islam, dan kita telahpun lulus kesemua ciricirinya. Kali ini kita akan menilai adakah akhlak kita selama ini akhlak seorang Muslim. Antara ciri-cirinya adalah: 1. WARAK- Saya mestilah seorang yang warak iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang haram, berusaha untuk tinggalkan perkara-perkara yang makruh dan menjauhi perkara-perkara syubhat (perkara-perkara kesamaran iaitu yang kita kurang jelas adakah perkara itu halal ataupun haram. Ada orang kata boleh dan ada orang kata tak boleh) 2. MENUNDUKKAN PANDANGAN- Saya mestilah berusaha untuk tidak melihat perkara-perkara yang haram dan juga perkara-perkara yang mempengaruhi saya untuk mencintai keduniaan 3. PELIHARA LIDAH- Saya mestilah memelihara lidah saya daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar (kalau pada wanita akan lebih ketara), mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya. Pesan Nabi saw: Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji. (Turmizi) Satu cara mudah untuk menjauhi perkara-perkara ini adalah dengan mengelakkan daripada berkawan baik dengan orang-orang sebegitu. Pilihlah teman yang baik-baik. Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya. (* Dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi perhatian.) Ini tidak bermaksud kita tidak boleh bergurau, tetapi biarlah gurauan kita itu berpada-pada/ tidak melampaui batas dan kena pada tempatnya. Nabi Muhammad sendiri bergurau. Contoh: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): Ooo suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan? Wanita itu terkejut lalu berkata: Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain. Jawab Nabi: Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih. Mereka pun tersenyum Contoh 2: Nabi Muhammad danm Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): Ish ish ish

Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau. Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma la gi). Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta. Jawab wanita itu: Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa. Balas Nabi: Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu. 4. MALU- Saya mestilah seorang yang pemalu dan malu saya itu biarlah kena dengan tempatnya. Janganlah malu kita itu menjadi penghalang daripada kita berdakwah, daripada beramar makruf nahi mungkar. Nabi Muhammad sendiri sangat pemalu. Dikatakan baginda lebih pemalu daripada anak dara di sebalik tirai tetapi dia tidak malu untuk berdakwah. Hari ini sifat malu telah banyak hilang daripada manusia terutamanya para wanita. 5. BERSOPAN & SABAR- Saya mestilah seorang yang sopan, lemah-lembut dan sabar. Ini kerana jalan dakwah ini penuh dengan ranjau-ranjau seperti tidak disukai orang, susah, hina, tindasan, fitnah dan sebagainya tetapi kita beringatlah bahawa itulah jalan yang telah ditempuh oleh para rasul, para nabi, para aulia (para wali Allah) dan para solehin. Kalau kita hendak sentiasa hidup senang, maka jadilah kita seperti Firaun yang kaya raya, makan sedap, tak pernah sakit dan sebagainya. (*Jalan mana yang kita nak pilih?) Maksud firman Tuhan: Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Surah Az-Zumar: 10). Namun begitu sabar kita biarlah bertempat. Janganlah sampai kita dipijak kepala tetapi masih lagi bersabar. Sebagaimana kata Imam Syafie: Sesiapa yang orang membuatnya marah tetapi dia masih tak marah, maka orang itu seperti kaldai. Maksudnya marah kita biarlah sesuai dengan tempat. Jangan pula kita tidak sabar, hinggakan hal-hal yang kecil pun nak marah. Bersabar dan bersopan ini biasanya orang boleh buat ketika senang saja. Ketika dalam kepayahan, hilang semua itu dan timbul pula sifat tak sabar dan kasar. Kalau kita nak uji seseorang itu betul-betul sabar dan bersopan atau tidak, maka lihat keadaannya ketika dalam kepayahan seperti mendaki gunung, buat kerja berat, dalam kesusahan dan seumpamanya. Semasa senang dan selesa, bolehlah dia menunjukkan sikap sabar dan sopannya, tetapi ketika susah, bolehkah dia mengekalkan sifat-sifat itu? 6. BENAR & JUJUR- Saya mestilah sentiasa benar dan bersikap jujur. Sekali orang tak

percaya dengan kita, maka susahlah kita hendak mendapatkan kepercayaan orang di lain kali. Sebab itu berwaspadalah dengan fitnah, kerana fitnah orang boleh menmyebabkan orang lain hilang kepercayaan kepada kita. Pesan Nabi: Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. (Bukhari & Muslim) Contoh: Kisah seorang gembala yang bergurau kononnya ada harimau-serigala datang nak makan ternakannya. Maka orang kampung tergesa-gesa datang hendak mengusir harimau itu. Rupa-rupanya si gembala menipu dengan tujuan hendak mengenakan orang kampung. Balasannya, pada masa yang lain memang benar ada harimau datang. Si gembala menjerit minta bantuan orang kampung tetapi mereka tak datang lagi kerana anggap si gembala menipu seperti dahulu. Lihatlah kejujuran Nabi Muhammad hinggakan digelar Al-Amin iaitu seorang yang sangat terpercaya kerana tidak pernah berdusta. Apabila baginda promosikan dakwahnya, maka orang-orang Quraisy sukar untuk menolak kerana mereka yakin Nabi Muhammad tak pernah menipu. Dalam keadaan begitupun masih banyak orang Mekah yang tak mahu beriman dengan baginda. Bayangkan kalau kita yang bukan Al Amin ini, tentulah lagi sukar untuk dipercayai orang. Seandainya Nabi Muhammad bukan Al Amin, maka tentulah dakwahnya tidak akan berjaya. 7. TAWADUK- Saya mestilah bersikap tawaduk iaitu merendah diri. Rendah diri saya itu mestilah sesuai dengan tempatnya hinggakan saya boleh bergaul dengan orang atasan dan boleh juga bergaul baik dengan orang bawahan. Apabila berbicara dengan orang kampung, janganlah kita gunakan laras bahasa orang atasan seperti bercakap dengan professor. Ini tak lain tujuannya nak menunjukkan yang kita ini hebat. Jangan bersikap begitu. Elakkan diri daripada bersikap bangga diri, tinggi diri dan takbur. Lihat contoh Iblis. Asalnya dia ratusan atau ribuan tahun beribadah kepada Tuhan (kita berapa tahun beribadah kepada Tuhan) hinggakan doanya lebih makbul daripada doa para malaikat. Tetapi kerana sikapnya yang meninggi diri iaitu tidak mahu sujud kepada Nabi Adam (kerana menganggap dirinya yang dicipta daripada api jauh lebih mulia berbanding Adam yang dicipta daripada tanah) maka dia diusir daripada syurga, dilaknat selama-lamanya dan akan kekal dalam neraka. Hanya sebab itu sahaja. Maka kita berwaspada agar tidak terkena penyakit ini. Pesan Nabi: Tak akan masuk syurga orang yang ada sebesar atom sifat takbur dalam dirinya. (Muslim) 8. JAUHKAN SIFAT BURUK SANGKA, MENGUMPAT & MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN. Contoh: Kalau ada kawan kita tak tepati janji, kita bersangka baik dulu. Boleh jadi dia

ada masalah yang tak boleh dielakkan. Jangan suka mengorek rahsia keburukan orang lain untuk dibuat bahan sedapkan cerita. 9. PEMURAH- Saya mestilah tidak kedekut untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta dan wang saya untuk agama. Kita tak akan mampu mengikut jejak para sahabat dari segi pengorbanan, tapi janganlah kita tak berkorban langsung. Segala pengorbanan kita akan dibayar oleh Tuhan dengan mata wang, tetapi mata wang ini belum laku di dunia. Ia hanya akan laku apabila kita tiba di akhirat kelak. Contoh: Kisah Saidina Umar cuba nak lawan Saidina Abu Bakar dari segi korban harta. Pernah satu ketika umat Islam perlukan harta untuk peperangan. Maka Saidina Umar bawa separuh daripada hartanya untuk didermakan. Dia beranggapan dapat mengalahkan Saidina Abu Bakar, tetapi Abu Bakar rupanya mengeluarkan seluruh hartanya. Begitulah pengorbanan para sahabat. 10. KUDWAH HASANAH (Jadi contoh/ model yang baik)- Saya mestilah berusaha untuk menjadikan diri saya ikutan yang baik kepada orang lain. Saya mestilah menjaga pertuturan saya, akhlak saya, makan minum saya, cara saya berpakaian, kerja saya dan sebagainya sama ada dalam keadaan senang ataupun ketika kesusahan. (*Orang menilai daripada penampilan kita. Kalau penampilan kita baik, maka orang lebih mudah menerima dakwah kita). Kalau orang lihat kita pun orang dah tak berminat, bagaimana hendak berdakwah.(*Jadikan diri kita seorang yang menarik, tapi dalam batas-batas Islam dengan tujuan kerana dakwah) Satu cara mudah untuk menilai diri kita ialah dengan membayangkan ada seorang ulama berdiri di sebelah kanan kita dan ada pula seorang artis Hollywood di sebelah kiri kita. Nilai diri sendiri, kita lebih menyerupai siapa? Yang di sebelah kanan atau di sebelah kiri? PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG Oleh Alexanderwathern Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya. Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya. Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri. Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu limawaktu):

1. solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid 2. solat sunat 6 rakaat 3. membaca al Quran 1 muka (secara melihat)

4. menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit 5. wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Mathurat) 6. qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud 7. berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya 8. baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb) 9. kurangkan makanan yang boleh memudaratkan 10. ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika 11. bacan-bacaan sebelum tidur 12. riadah 20 minit (lelaki) Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

1. puasa sunat sekali dalam sebulan 2. mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita) Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira. Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

1. solat sunat 15 rakaat 2. tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan) 3. hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit 4. qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit 5. riadah 20 minit sehari 6. sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga) 7. berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya 8. baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dsb) 9. kurangkan makanan yang boleh memudaratkan 10. ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika 11. bacan-bacaan sebelum tidur Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

puasa sunat 3 kali dalam sebulan

2 mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan. Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi. Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:

1. solat sunat 6 rakaat sehari 2. membaca bahan agama 20 minit sehari 3. membuka dan membaca al Quran semuka sehari Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabilhari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat tiada istiqamah. Ia bersifat fleksibel, jika kita dari Johor pergi ke Kuala Lumpur untuk berceramah umpamanya tentu saja kita tidak dapat menyelesaikan kesemua item tersebut, namun ada sistem pemarkahannya (tak dapat diterangkan secara terperinci di sini, mungkin kemudian hari apabila saya hidangkan kupasan artikel ini) yang menjadikan kita tidak kerugian apa-apa. Ini kerana perjalanan kita semasa pergi, berceramah dan pulang termasuk ke dalam ikram dan dakwah. Maka markah untuk ikram dan dakwah menjadi berganda. Ia menampung semula kerugian kita dalam item yang lain. Berdasarkan pengalaman saya menjalankan kaedah muhasabah ini, ternyata ia amat berkesan untuk melahirkan individu pendakwah yang seimbang. Artikel yang lebih terperinci akan menyusul insyaallah (mungkin lewat sedikit). Sebagai pengkayaan, diharap dapat juga membaca tulisan saya bertajuk CARA MENYUSUN FOLDER AGAMA ISLAM. Ada kaitannya secara tidak langsung dalam usaha kita melahirkan insan berjiwa global. Selamat mengislah diri! PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU

ILMU SENJATA MUKMIN Oleh Alexanderwathern Ilmu ini sangat hebat kerana ia bersandar terus kepada Allah SWT, tiada perantaraan makhluk. Ia telah menjadi amalan Rasulullah SAW, para sahabat, para wali Allah, para ulama dan para pejuang Islam sejak zaman-berzaman. Sangat mudah dikuasai, tidak kira oleh kanak-kanak ataupun warga emas. Tidak menggunakan sebarang mentera, serapah atau jampi. Apa yang penting hayalah kesediaan untuk beramal dan bertawakkal. Sekarang ia diperturunkan secara percuma kepada semua umat Islam. Antara manafaat kepada para pengamalnya ialah: Insyaallah akan selalu sihat, menjauhkan penyakit, mengubati penyakit sedia ada, dapat kekuatan luarbiasa, awet muda, disukai dan disayangi orang, cantik, kacak, menguatkan tenaga batin, rahim jadi subur, wajah ada nur dan sebagainya Insyaallah akan mendapat lebihan rezeki, jadi kaya melalui jalan yang halal, menjauhkan sifat bakhil, jadi seorang yang pemurah, dapat rezeki daripada sumber yang tidak diduga dan sebagainya. Insyaallah terhindar daripada sihir, gangguan jin, santau, pembunuh, perompak, perogol, penipu, pencuri, menewaskan musuh daripada jarak jauh, musuh bertaubat dan menjadi kawan dan sebagainya. Insyaallah akan dapat banyak kawan sefikrah, jauh daripada marabahaya makhluk bernyawa ataupun alam, manusia dan jin mudah menerima perkataan kita, usaha sedikit tapi kesannya banyak dan sebagainya. Insyaallah kita akan jadi orang yang berakhlak mulia zahir dan batin, merasa nikmat apabila berbuat baik dan merasa benci untuk melakukan kejahatan. Menghilangkan ketagihan dadah, tabiat merokok, suka minum arak, menghilangkan keseronokan melakukan maksiat dan sebagainya, Insyaallah segala usaha baik dalam apa saja aspek akan berjaya, bahkan perkara yang baru diniatkan sajapun adakalanya boleh berjaya, mungkin usaha itu datangnya daripada pihak lainbelum kita buat tetapi sudah tercapai segala maksud. Insyaallah akan dapat banyak ilmu, bijaksana, belajar sedikit tapi dapatnya banyak, dapat ilham, dapat membaca fikiran makhluk lain, keimanan semakin kukuh, rajin beribadah, bersemangat dalam beragama dan sebagainya. Kejayaan ilmu ini pada hakikatnya bergantung sepenuhnya kepada anugerah Tuhan, namun dari segi ikhtiarnya ia dikira bergantung kepada usaha kita untuk beramal dan keteguhan kita dalam bertawakal. Dapatkan segera ilmu yang hebat ini dalam artikel di bawah: MEMBUDAYAKAN SOLAT HAJAT Kita sedia maklum bahawa solat hajat merupakan salah satu usaha umat Islam untuk mencapai hajat-hajat tertentu seperti memohon sesuatu, mempercepatkan sesuatu, menjauhkan sesuatu dan sebagainya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Perlaksanaannya juga begitu mudah. Namun kebanyakan umat Islam mengabaikannya. Bukankah Allah telah berfirman: Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu. (Surah al-Mumin: 60) Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dimudahkan urusannya. (Surah at-Taalaq: 4)

Ada beberapa faktor yang membuatkan solat hajat semakin dilupakan oleh umat Islam. Kalau solat fardhu pun sudah kandas, apatah lagi solat-solat sunat. Dengan semakin jauhnya manusia daripada agama, maka faktor bantuan tidak nampak seperti melalui solat hajat semakin ditinggalkan. Malah semakin bertambah pula orang yang tidak mempercayainya! Solat hajat juga dianggap merugikan masa, nampak ketinggalan zaman, pelakunya malu tak bertempat, sukar dilaksanakan dan sebagainya. Suatu malam ketika saya sedang mengerjakan solat, tiba-tiba sahaja terbit idea untuk menyusun jadual solat hajat harian untuk kegunaan sendiri walaupun saya tidak memikirkannya. Begitulah rezeki daripada Allah, datang tidak menentu. Memandangkan kebaikannya maka saya panjangkan kepada keluarga, anak-anak buah dan rakan-rakan. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk mengikut contoh aturan saya ataupun membuat aturan sendiri yang sesuai untuk diri masing-masing. Dengan adanya aturan sebegini maka hajat-hajat yang kita mohon bersifat menyeluruh. Apa saja yang diingini makhluk kita minta kepada Allah. Jangan sempitkan solat hajat hanya kepada hajat-hajat tertentu. Ada orang yang solat hajatnya hanyalah minta kesembuhan kerana dia selalu tidak sihat. Itu sajalah solat hajatnya, tidak pernah pula dia mengerjakan solat hajat minta Allah tambhakan kefahamannya dalam agama. Ada orang yang hanya solat hajat minta perlindungan daripada Allah kerana dia dimusuhi orang. Itu sajalah solat hajat yang pernah ataupun sering dilakukannya tapi tidak pernah pula dia mengerjakan solat hajat memohon keampunan Allah. Begitulah seterusnya. Biasa kita dengar banyak manusia yang hendak kaya, kuat, pandai, sihat, cantik, berjaya dan sebagainya pergi mengusahakan perkara-perkara tersebut melalui bomoh (yang diragui kebenaran mereka) terlebih dahulu. Mengapa manusia mengutamakan bomoh berbanding Tuhan? Bukankah keupayaan Tuhan itu jelas tidak diragukan lagi? Mendahulukan yang ragu-ragu berbanding yang pasti? Firman Tuhan: Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapapun yang dapat mengalahkan kamu. (Surah Ali Imran: 160) Jadual di bawah merupakan asas solat hajat yang mesti dilakukan setiap hari dalam seminggusebagai usaha untuk mengistiqamahkannya. Hanya dua rakaat saja sehari. Kemudian jikalau ada hajathajat yang lain, maka bolehlah dibuat seberapa solat hajat yang kita mampu asalkan tidak menjadikan minda kita terkongkong dengan solat hajat sahaja sedangkan banyak lagi perkara lain dilakukan dalam sehari-hari. Untuk memahami aktiviti harian menyeluruh sebagai seorang Muslim, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG dihttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59&mode=&order =0&thold=0 sebagai contoh. Ini kerana hidup kita di dunia ini mempunyai halatuju tertentu yang mesti kita usahakan agar tercapai. Untuk memahami halatuju hidup manusia di dunia ini sila rujuk tulisan saya yang bertajuk HALATUJU KELUARGAKU dihttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=58&mode=&order =0&thold=0 sebagai contoh (ketiga-tiga artikel yang saling berkait ini saya karang Secara ringkas saja sebagai permulaan). Maka janganlah kita leka dengan ibadah solat saja, atau menumpukan berlebihlebihan terhadap mana-mana ibadah tertentu saja. Tiada masa khusus untuk melakukan solat hajat, cuma kalau berkesempatan kita carilah ruang pada malam sunyi kerana: Allah turun ke bumi pada sepertiga malam dan menyampaikan firman -Nya; sesiapa yang memohon doa kepada-Ku nescaya Aku perkenankan. Sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri. Sesiapa yang bertaubat nescaya Kuampunkan dosanya. (Bukhari & Muslim) Sebaik-baik solat yang utama setelah solat wajib ialah solat sunat pada waktu malam. (Muslim)

Biasakanlah solat malam kerana ia adalah tradisi orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu daripada dosa, boleh menebus dosa dan menghilang serta menghapuskan penyakit dari badan. (Ahmad & Turmizi) Berikut adalah aturan yang saya maksudkan: AHAD Minta Allah sihatkan, kuatkan dan cantikkan rohani dan jasmani. ISNIN Minta Allah berikan kekayaan yang berkat dan bermanafaat SELASA Minta Allah patahbalikkan segala rancangan jahat makhluk yang berniat jahat kepada kita RABU Minta Allah berikan kejayaan dalam dakwah KHAMIS Minta Allah baikkan akhlak- masukkan sifat-sifat mahmudah, keluarkan sifat-sifat mazmumah JUMAAT Minta Allah menjayakan segala niat dan usaha kita yang baik dengan segera (* Yang ini sudahpun merangkumi semua) SABTU Minta Allah tambahkan ilmu, tambahkan iman dan tambahkan amal Satu lagi hajat yang sangat penting ialah minta Allah hapuskan segala dosa kita (sunat taubat). Ia boleh dilakukan pada hari cuti memandangkan kita ada lebih masa. Ada orang menamakannya solat sunat taubat. Banyaklah lagi jenis-jenisnya. Hajat-hajat yang dicadangkan di atas bersifat syumul mencakupi semua keinginan manusia seperti hendak sembuh daripada penyakit, hendak gagah, hendak memiliki kuasa minda yang tinggi, mahu kaya, mahu melangsaikan hutang, mengalahkan musuh, berjaya dalam dakwah, hendak jadi orang baik-baik, hendak masuk syurga, berjaya dalam segala pekerjaan dan sebagainya. Bayangkanlah kalau Allah kabulkan kesemuanya Semoga ada manafaatnya untuk semua. Yang penting sekali dalam hal ini- tiada kejayaan tanpa pelaksanaan. Cuba dulu pakej di atas selama seminggu, insyaallah memberi kesan yang besar. Wallahualam. PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan. (Hadis riwayat Abu Naim). Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai the way of life.

Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu. Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: sedekah orang yang t idak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat. Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah. Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada daie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah. Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini. Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.

Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati. Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak. Allah mengingatkan kita yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa. (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya. Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang u murnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat. Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai