Anda di halaman 1dari 19

CTU 101

ASSIGNMENT GROUP

DISEDIAKAN OLEH :

NO. NAMA NO MATRIK


1. AISYA QISTINA BINTI ALIDAN 2022560759
2. WAN NURUL AIN BINTI WAN OMAR 2022989555
3. NIK NUR FATIN MURSYIDAH BINTI 2022516249
MUHAMMED ZAINUDY
4. NUR FARAH HUSNA BINTI MOHD HASROL ASRIZI 2022357823
5. NUR ZULAIKHA BINTI RAMLI 2022546653

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZAH NUR SYAZANA BINTI ADAM

1
TAJUK TUGASAN :

Al-quran terdapat pelbagai kisah umat yang menceritakan tentang umat yang
terdahulu. Berdasarkan kenyataan di atas bincangkan kisah-kisah orang soleh yang
terdapat di dalam al-quran.

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Objektif kajian 3

2. Metodologi kajian 3

3. Pengenalan 4

4. Kisah 5 orang tokoh 5-17

5. Kesimpulan 18

6. Rujukan 19

2
OBJEKTIF KAJIAN .

Kajian tentang lima (5) tokoh orang soleh ini adalah untuk memperoleh pegajaran
berdasarkan kisah-kisah mereka yang terdapat di dalam al-quran. Kajian ini
membolehkan kami menghargai dan berbangga dengan mereka dan dapat
menjadikan mereka sebagai teladan.

Obejktif kajian tentang lima (5) orang tokoh soleh ini membolehkan saya :

• Mencari , mengumpul , menganalisis serta merumus maklumat dan fakta-fakta


tentang kisah mereka.
• Mengetahui dan memahami kisah-kisah mereka.
• Menghargai dan berbangga dengan kebaikan yang dilakukan oleh mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian
yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam
mencapai objektif. Kami telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan
strategi strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui kaedah
kaedah tertentu. Antara kaedah kaedah tersebut adalah;

• Fokus
Fokus di dalam kelas apabila pensyarah sedang mengajar dan bercerita
tentang orang-orang soleh untuk mengumpul maklumat.

• Internet
Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan
maklumat. Melalui laman sesawang tertentu yang telah dilayari , kami dapat
memuat turun bahan berkaitan tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

3
PENGENALAN

Sungguh beruntung menjadi orang soleh dan solehah, iaitu orang yang selalu
berbuat kebaikan, rajin ibadah, dan memberi manfaat bagi orang lain dan
lingkungannya. Selain dicintai oleh Allah SWT dan para malaikat, setiap waktu solat ,
jutaan umat Islam sentiasa menyebut dan mendoakannya dalam solatnya!

Orang-orang soleh didoakan para musholli (orang yang soleh) dalam doa tahiyat:
"assalaamu 'alainaa wa 'alaa 'ibaadillaahish shaalihiin" (semoga keselamatan
dicurahkan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh).

Betapa bahagia jika kita mampu menjadi 'ibaadillaahish shaalihiin, hamba-hamba


Allah yang sentiasa berbuat kebaikan.

Orang yang beramal soleh secara tegas juga dinyatakan sebagai orang yang tidak
akan rugi dalam hidupnya, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Dalam al-quran
surah al-'Ashr:1-3 dinyatakan, semua orang akan merugi. Kecuali salah
satunya, orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang


beriman dan beramal soleh, serta saling berwasiat dalam kebaikan,kebenaran dan
kesabaran."

4
5 TOKOH ORANG SOLEH :

1.SAIDINA UMAR AL KHATTAB

Diriwayatkan dalam sahih al-Bukhari bahawa Umar sanggup bergilir-gilir dengan


jirannya untuk mendengar hadith daripada Nabi s.a.w jika beliau tidak dapat hadir atas
urusan yang tidak dapat dielakkan.

Hadis yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

‫ وكنا‬،‫ وهي من عوالي المدينة‬،ٍ‫إني كنت وجار لي من األنصار في بني أ َم َّيةَ بن زيد‬: ‫فقال‬
‫ فإذا نزَ لت جئته من‬،‫ فينزل يو ًما وأنزل يو ًما‬،‫نتناوب النزو َل على النبي صلَّى للا عليه وسلَّم‬
َ
‫ وإذا نزَ ل ف َعل مثلَه‬،‫خبر ذلك اليوم من األمر وغيره‬،
Maksudnya : Sesungguhnya aku dan jiranku dari kaum ansar pada Bani Umayyah bin
Zaid dan dia dari kalangan orang atasan Madinah, dan kami saling bertukar-tukar
untuk pergi ke (majlis) Nabi s.a.w. Maka dia (jiranku) turun sehari dan aku turun pada
hari berikutnya. Jika aku pergi ke (majlis Nabi s.a.w) maka aku akan pergi kepadanya
(jiranku) dan mengkhabarkan apa yang ku dengari dan jiranku juga melakukan
perkara yang sama.

Di sini jelas menunjukkan kesungguhan dan kegigihan Umar dalam mempelajari


hadith dan sunnah Baginda Nabi s.a.w.

(Riwayat al-Bukhari)

Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang daripada sahabat Rasulullah


S.A.W dan juga khalifah Islam ke-2 selepas kewafatan Saidina Abu Bakar. Apabila
mendengar namanya, pasti anda akan teringatkan sifatnya yang sangat berani, tegas,
adil, sederhana dan juga bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawabnya itu
ditunjukkan dengan mendahului kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan
dirinya.

5
Antara sifat Saidina Umar Al Khatab:

1.ADIL DAN SAKSAMA DALAM MELAYANI RAKYAT

Umar sering bertanyakan mengenai khabar dan keperluan kepada masyarakat


yang tinggal jauh dari Kota Madinah seperti di Iraq, Syam dan lain-lain. Beliau akan
mengirimkan utusannya untuk pergi ke kota-kota tersebut dan meneliti keperluan dan
keinginan mereka. Bukan itu sahaja, beliau sendiri membuat kunjungan secara terus
untuk melihat keadaan rakyatnya yang ditadbir oleh gabenornya.

Kesungguhan beliau untuk menyenangkan dan memenuhi keperluan rakyatnya


membuatkan beliau berusaha dengan kuat sehinggakan beliau mahu janda-janda
yang tidak mempunyai sesiapa yang menanggung mereka berasa cukup dengan
bantuannya dan tidak lagi berharap kepada lelaki-lelaki lain.

2.PEMIMPIN YANG DIDAMBAKAN SEMUA

Begitulah sifat seorang pemimpin yang sangat menyayangi rakyatnya dan juga
disayangi rakyatnya. Peribadi dan sikap Umar terhadap rakyatnya in adalah definisi
sebenar suatu kepimpinan dengan menunjukkan contoh dan teladan melalui
perkataan dan perbuatan. “Walk the talk” bak kata orang putih.

Kesungguhannya untuk menyenangkan dan memakmurkan hidup rakyatnya adalah


melebihi keinginan dirinya untuk hidup senang. Tiada apa yang lebih senang bagi
Umar daripada melihat rakyatnya cukup akan keperluan. Setiap pemimpin yang baik
akan menerajui masyarakat dengan baik, dan masyarakat yang baik akan melahirkan
pemimpin yang baik. Manakala masyarakat yang buruk akan melahirkan pemimpin
yang kurang dari segala segi dan mereka akan memilih pemimpin mereka
berdasarkan nafsu dan kepentingan dir sendiri. Semoga kita menjadi masyarakat
yang baik dan dikurniakan pemimpin yang baik, seperti Khulafa Ar-Rasyidin Saidina
Umar Al-Khattab.

6
2.ALI BIN ABI THALIB

‫ألعطين الراية غدا‬: ‫عن سهل بن سعد أن رسول هللاﷺ قال يوم خيبر‬
‫ يفتح للا على يديه‬،‫رجال يحب هللا ورسوله ويحبه للا ورسوله‬
"Sungguh, aku akan menyerahkan panji pasukan ini kepada seseorang yang
mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dan dicintai Allah SWT dan Rasul-Nya, Allah
SWT akan membuka kedua tangan-Nya untuk dia." Maka tertunjuklah Ali bin Abi
Thalib dalam kesempatan tersebut.

Riwayat dari Sahal bin Sa’ad, dia berkata bahwasanya Rasulullah SAW
bersabda ketika Perang Khaibar.

(Riwayat sahal bin Sa’ad)

Ali bin abi thalib atau nama sebenarnya Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib
bin Hasyim bin Abdul Manaf. Sayyidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601.
Saidina ali mempunyai kekeluargaan rapat dengan Rasulullah s.a.w iaitu bapa Saidina
Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi
Muhammad s.a.w.. . Beliau juga merupakan sepupu dan menantu kepada nabi
muhammad saw dan beliau berkhawin dengan puteri sulung nabi iaitu fatimah. Sejak
kecil beliau tinggal bersama Rasulullah dan di didik oleh baginda. Saidina ali bin abi
thalib juga banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah tidak lupa juga beliau
sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah. Beliau adalah kanak-kanak pertama
yang memeluk islam bermula umur 10 tahun dan Terkenal dengan panggilan
’Karramallahu Wajhah’ bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau
tidak pernah menyembah berhala , beliau juga salah sorang dari 10 sahabat yang
dijamin masuk syurga

Ali bin abi thalib merupakan khulafa ar-rasyidin yang keempat dan memerintah sejak
656 sehingga 661 masihi. Terjadinya syyaidina ali bin abi thalib sebagai khulafa ar-
rasyidin kerana pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin
Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri.
Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang

7
dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk
keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi
khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima
untuk menjadi khalifah. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama
dan waris sah selepas Rasulullah S.A.W.

Tidak lupa jua Saidina ali bin abi thalib mempunyai sifat keperibadian yang amat tinngi

Antara contohnya:

• Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT

Ali bin Abi Thalib benar-benar mempraktikkan arti ibadah secara utuh dalam
kehidupannya. Ia dikenal dengan istiqamahnya dalam mengerjakan solat malam
hingga dikawal sebagai ahli solat tahajud.

Menurut Dhirar bin Dhumairah Al-Kinani menjelaskan mengenai Ali bin Abi Thalib
kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. Ia berkata, Ali adalah sahabat Rasulullah yang
tidak terkesima dengan kehidupan dunia. Ia lebih senang berkawan dengan malam
dan ke- heningannya. Saya bersaksi kepada Allah, saya telah menyaksikan berbagai
sikap hidupnya. Ia melepaskan malam dari tirai-tirainya, ketika bintang-bintang
terbenam ia berdiri meliuk di mihrabnya,tenggelam dalam tangis kesedihan, dan
seolah sekarang saya mendengarnya sedang berkata, Ya Rabbana, ya Rabbanadz.
Dia sedang menundukkan diri kepada-Nya dan berkata kepada dunia. Wahai dunia,
terhadap diriku apakah engkau melakukan tipu daya atau menjadi penghias yang
memperindah. Saya menyatakan telah menjauhkan diri darimu, karena umurmu
pendek, dan kedudukanmu remeh. Celakalah orang-orang yang bekalnya sedikit,
karena perjalanan cukup jauh dan jalan sangat menakutkan.

• Berani

Seorang yang sangat berani dan juga kuat. Ketika orang-orang musyrikin merancang
untuk membunuh Nabi SAW, baginda berhijrah ke Madinah. Namun dalam masa yang
sama, baginda meminta Saidina Ali untuk terus berada di Mekah, supaya dapat

8
memulangkan semua barang-barang yang diamanahkan oleh penduduk Mekah
kepada baginda untuk dijaga.

Saat paling genting adalah apabila saidina Ali diarahkan tidur di katil Nabi SAW
menggantikan dirinya. Waktu itu memang diketahui di luar sana terdapat pembunuh-
pembunuh upahan menunggu masa untuk menyerang baginda. Tetapi Ali sanggup
mengambil risiko kemungkinan dirinya dibunuh di katil tersebut jika pembunuh
menyangka itu adalah baginda SAW.

9
3.ABBAS BIN ABDUL MUTALIB

Hadis diiriwayatkan oleh Imam Tirmidzi;

"‫"من آذى عباس بن عبد المطلب فقد آذاني ألنه أخ ألبيه‬


Maksudnya: “Barangsiapa menyakiti Abbas bin Abdul Muthalib sama ia telah
menyakitiku, kerana beliau adalah seorang saudara kandung ayahnya.” Sabda
Rasulullah SAW.

(Riwayat Imam Tirmidzi)

Abbas bin Abdul Muthalib adalah bapa saudara Rasulullah SAW dan salah
seorang yang paling akrab di hatinya dan yang paling dicintainya. Abbas adalah adik
bongsu ayah Nabi SAW, Abdullah bin Abdul Muthalib. Menurut sejarah, ia dilahirkan
tiga tahun sebelum kedatangan Pasukan Gajah yang hendak menghancurkan
Baitullah di Mekah. Ibunya, Natilah binti Khabbab bin Kulaib, adalah seorang wanita
Arab pertama yang mengenakan kelambu sutra pada Baitullah.

Semasa Abbas masih kanak-kanak, ia pernah hilang. Lalu ibu nya bernazar, jika
putranya itu dijumpai, ia akan memakai kelambu sutra pada Baitullah. Tak lama
kemudian, Abbas dijumpai, maka ia pun menepati nazarnya itu.

Antara sifat Abbas bin Abdul Muthalib adalah;

1.MENGAMBIL BERAT DAN BIJAK DALAM MENGURUS KEMAKMURAN

Beliau sangat cakna dan hebat dalam mengurus kemakmuran Masjidil Haram.
Beliau menghidangkan minuman kepada para jemaah haji. Di samping itu, ia akrab di
hati Rasulullah, Rasulullah pun dekat sekali di hatinya. Beliau pernah menjadi
pembantu dan penasihat utama dalam Baiat Aqabah menghadapi kaum Anshar dari
Madinah.

Seterusnya, Abbas selalu melindungi Rasulullah dari orang-orang Quraisy yang


hendak menzalimi beliau. Walaupun pada saat itu, ia sendiri belum memeluk Isla

10
Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Yatsrib, Abbas tetap tinggal di Mekah,
mendengarkan berita Rasulullah dan kaum Muhajirin, lalu ia mengirimkan berita-berita
kaum Quraisy, hingga mengamuk di Perang Badar.

Berdasarkan pengalaman, ia seorang yang berfikiran rasional dan sangat cerdik,


berpengetahuan luas, dan mengetahui liku-liku jiwa orang. Namun Nabi SAW tidak
mahu bapa saudaranya menjadi ketua pemerintahan. Beliau juga tidak ingin bapa
saudaranya dibebani tugas-tugas pemerintahan. "Wahai bapa saudaraku,
menyelamatkan sebuah jiwa lebih baik daripada menghitung-hitung jabatan
pemerintahan," kata Rasulullah.

2.PEMIMPIN YANG DIKASIHI RAMAI

Ketika Rasulullah SAW wafat, Abbas adalah orang yang paling merasa
kesepian atas pemergiannya beliau. Abbas hidup dengan sangat terhormat di bawah
pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq pada masa kepemimpinan Umar bin
Khathab.

Pada suatu hari dalam pemerintahan Khalifah Umar, terjadi kebuluran yang amat
dasyat dan kemarau yang berpanjangan. Orang ramai datang kepada Khalifah untuk
mengadukan kesulitan dan kelaparan yang melanda di daerah masing-masing.

Ka'ab menemui Khalifah Umar lalu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, biasanya Bani
Israel kalau menghadapi bencana semacam ini, mereka meminta hujan dengan
kelompok para Nabi mereka."

Umar berkata, "Ini dia bapa saudara Rasulullah dan saudara kandung ayahnya.
Tambahan pula, ia pimpinan Bani Hasyim."

Khalifah Umar pergi kepada Abbas dan menceritakan masalah besar yang dialami
umat akibat kemarau panjang dan kebuluran itu. Kemudian ia naik ke mimbar
bersama Abbas lalu berdoa, "Ya Allah, kami menghadapkan diri kepada-Mu bersama
dengan bapa saudara Nabi kami dan saudara kandung ayahnya, maka turunkanlah
hujan-Mu dan janganlah kami sampai putus asa!"

11
Abbas lalu meneruskan, memulakan doanya dengan puja dan puji kepada Allah SWT,
"Ya Allah, Engkau yang mempunyai awan dan Engkau pula yang mempunyai air.
Sebarkanlah awan-Mu dan turunkanlah air-Mu kepada kami. Hidupkanlah semua
tumbuh-tumbuhan dan suburkanlah semua air susu. Ya Allah, Engkau tidak mungkin
menurunkan bencana kecuali kerana dosa dan Engkau tidak akan mengangkat
bencana kecuali kerana taubat hambamu. Kini umat ini sudah menghadapkan dirinya
kepada-Mu maka turunkanlah hujan kepada kami..."

Kesudahannya doa itu terus diterima dan dikabulkan oleh Allah SWT. Hujan lebat
turun dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya. Semua orang bersyukur
kepada Allah dan mengucapkan selamat kepada Abbas, "Selamat kepadamu, wahai
Saqil Haramain, yang mengurusi minuman orang di Makkah dan Madinah."

12
4.SAIDINA UTHMAN

Allah s.w.t telah memerintahkan kepada umat islam melalui sebilangan ayat di dalam
al quran seperti yang berikut :

‫صبِ ِريْن‬ َٰٰٓ ٰٓ‫صلو ِٰٓةٰٓۗ ا َِّن‬


ٰ ‫ّللا َم َعٰٓ ال‬ َّ ‫ست َ ِع ْينُ ْوا بِال‬
َّ ‫صب ِْٰٓر َوال‬ َٰٓ ‫يٰٓاَيُّ َها الَّ ِذي‬
ْ ‫ْن ا َمنُوا ا‬
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”.

(Surah al-Baqarah: 153)

Saidina Uthman atau nama sebenar beliau ialah Uthman bin Affan Bin Abil As
bin Umaiyah.Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga iaitu Quraisy yang
kaya bertempat di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi iaitu Nabi
Muhammad SAW iaitu pada tahun 576 Masihi. Beliau merupakan salah seorang
daripada orang orang yang terawal memeluk islam dan juga amat dikenali kerana
sifatnya yang dermawan kepada orang yang susah.

Antara sifat keperibadian Saidina Uthman yang terpuji ialah:

1. Mentaati kepada Allah s.w.t.

2. Beliau dengan sanggup berhijrah ke sebuah negara yang bernama Habsyah


dengan meninggalkan semua kemewahan harta bendanya dan juga sanak saudara
demi sanggup menyambut seruan Allah dan Rasulullah. Beliau kemudiannya pula
mengikuti penghijrahan dari Makkah menuju ke Madinah.

3. Bertakwa kepada Allah s.w.t.

4. Beliau banyak melakukan ibadah seperti ibadah Qiamullail.

5. Adanya sifat Malu dan juga lemah lembut.

6. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika hendak bercakap walaupun


sedang berhadapan dengan musuh.

7. Dikenali kerana sifatnya yang dermawan.

13
8. Membeli sebidang tanah bagi tujuan membesarkan Masjid al-Nabawi.

9. Menderma 300 ekor unta dan juga 10 000 dinar untuk peperangan iaitu
Peperangan Tabuk.

Seterusnya,Uthman bin Affan telah meninggal pada 18 Zulhijjah Tahun 33 Hijrah


bersamaan 656 Masihi, beliau merupakan khalifah ketiga setelah kewafatan baginda
Muhammad SAW. Beliau juga telah memusatkan pemerintahan khalifah. Selain itu,
Zaman Saidina Uthman disifatkan sebagai zaman yang dikatakan kritikal untuk
tamadun Islam kerana telah bermulanya fitnah yang amat besar dalam kalangan umat
Islam itu tersendiri.

SAIDINA UTHMAN SEORANG YANG DERMAWAN

Walaupun Saidina Uthman seorang kaya kerana hasil dari kepakarannya yang
berniaga, beliau juga turut terkenal dengan sikapnya yang sangat pemurah atau lebih
dikenali dengan seorang yang dermawan.Ketika Rasulullah SAW naik ke atas mimbar
iaitu satu platform di dalam masjid di mana Imam berdiri untuk memberi khutbah,
baginda menggesa para sahabat supaya berinfaq, lalu Saidina Uthman pantas
menyahut, “Aku akan berikan seratus (100) ekor unta, lengkap dengan segala
barangan di atasnya.”

Nabi Muhammad SAW sangat gembira dengan janji Saidina Uthman. Baginda mula
turun satu anak tangga tetapi, masih lagi mengulang gesaan untuk berinfaq.Saidina
Uthman sekali lagi menyahut, “Aku akan berikan lagi seratus (100) ekor unta, lengkap
dengan segala barangan di atasnya.”

Wajah pada Rasulullah menampakkan kegembiraannya. Lalu Baginda turun satu lagi
anak tangga, dan terus menggesa. Saidina Uthman sekali lagi bangun lantas berkata,
“Aku akan berikan tambahan (100) ekor unta, lengkap dengan segala barangan di
atasnya.”

Dan serba begitulah contoh peristiwa yang mana Saidina Uthman sangat dermawan
atau pemurah dan tidak memikirkan tentang kekayaan duniawi semata mata. 300 ekor
unta dan 10 000 dinar telah diinfaqkan oleh beliau demi kemenangan Islam
ini.Meneladani kekayaan dan sifat dermawan Uthman Bin Affan untuk menjadi
seorang kaya yang bahagia seperti Uthman, maka kuncinya ada dua iaitu sabar dan
juga syukur.

14
5.SAIDINA ABU BAKAR

Abu Bakar adalah orang yang paling bersemangat dalam beramal

Allâh Azza wa Jalla berfirman dalam hal sedekah :

ٰٓ‫ن ت ُ ْخفُو َها َوت ُ ْؤتُو َها ا ْلفُقَ َرا َٰٓء فَ ُه َٰٓو َخيْرٰٓ لَ ُك ْم‬ َٰٓ ‫ت فَنِ ِع َّمآٰ ِه‬
ْٰٓ ‫يٰٓۖ َو ِإ‬ ِٰٓ ‫ص َدقَا‬ ْٰٓ ‫ِٰٓإ‬
َّ ‫ن ت ُ ْبدُوا ال‬

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali, jika kamu
menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka
menyembunyikan itu lebih baik bagimu.
(Surah al-Baqarah/2:271)

Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: ‫أبو بكر الصديق‬, translit. Abū Bakr al-Siddīq)
ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar
Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar
namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada
perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar
membiakan unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang sangat tulus).
Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhafah At-Tamimy.

KEHIDUPAN AWAL BELIAU

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.


yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu
sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari
Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah
s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan
beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.
Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa
hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin

15
Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk
Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang
terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.Beliau mendapat
gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan
Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila
berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila
orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang
ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama
membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa
ragu-ragu. Selain daripada gelaran as-Siddiq, beliau juga mendapat gelaran al-Atiq
ada dua riwayat. Riwayat pertama mengatakan ketika zaman Jahiliyah. Dan riwayat
yang kedua mengatakan setelah Islam dan yang memberinya ialah Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri.

MENJADI KHALIFAH PERTAMA

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya


Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan
Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat
Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah
pertama umat Islam.Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada
beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abu Talib sebagai khalifah kerana
Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang
merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina
Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina
Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya
membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. Jalaluddin al-Suyuti dalam
karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa
semasa perjumpaan Saidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di
rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Saidina Abu
Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Saidina Umar dan
seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat

16
sehinggalah Saidina Umar menyuruh Saidina Abu Bakar menghulurkan tangannya
lalu Saidina Umar mengambil tangan Saidina Abu Bakar dan memberi bai'ah
kepadanya. Tindakan Saidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat
bai'ah, Saidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan
itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Saidina Abu Bakar
apabila mereka tiba.

KEWAFATAN SAIDINA ABU BAKAR

Saidina Abu Bakar wafat pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun di
Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Saidina Abu Bakar wafat kerana
jatuh sakit beberapa hari sebelum wafat kerana cuaca yang terlampau sejuk. Sebelum
kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-
Khatab sebagai khalifah yang baru. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah
makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

SUMBANGAN SAIDINA ABU BAKAR

Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634),
tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya
menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar
zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan
ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

17
KESIMPULAN

Kesimpulannya , kita hendaklah menjadikan para soleh zaman dahulu sebagai


tokoh yang patut di contohi. Mereka semua memiliki sifat yang terpuji dan di sebutkan
di dalam al-quran dan hadis hadis. Antara contoh sifat yang ada pada beberapa tokoh
yang kami huraikan adalah teguh dan berani kerana sanggup pertahankan islam
hingga ke hari ini , kita sebagai umat islam patut bersyukur mempunyai mereka yang
pertahankan agama kita. Kalau tidak kerana mereka apa lah kita pada hari ini. Tidak
lupa juga , mereka kuat begitu kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan
Allah dan mentaati suruhannya. Setiap cerita para soleh terdahulu patut di jadikan
tauladan , ikhtibar dan contoh yang patut kita ikuti .

18
RUJUKAN

1.SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

1.https://iluminasi.com/bm/kisah-kasih-sayang-khalifah-saidina-umar-al-
khattab-terhadap-rakyatnya.html

2. ALI BIN ABI THALIB

1.https://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib

2.https://www.republika.co.id/berita/qdtkhb320/hadits-rasulullah-saw-ungkap-
keutamaan-ali-bin-abi-thalib

3.ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB

1.https://www.republika.co.id/berita/lkz479/kisah-sahabat-nabi-abbas-bin-abdul-
muthalib-paman-terkasih-rasulullah

4.SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

1.https://akumuslim.asia/uthman-bin-affan-khalifah-ketiga-yang-dermawan/

2.https://bookcafe.com.my/meneladani-kekayaan-dan-sifat-dermawan-
uthman-bin-affan-c94-c279/

5.SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_as-Siddiq

2.http://surautaalim.blogspot.com/2010/02/kisah-perang-dan-perjuangan-
para.html

19

Anda mungkin juga menyukai