Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA CTU 263

TAJUK: RASULULLAH S.A.W SEBAGAI MODEL PENGURUS TERBAIK

NAMA AHLI KUMPULAN: NOOR FIZIRA BINTI MOHEMED ALI 2012285496 NUR FATEHA SYUHADA BINTI RAKIMAN 20122695874

KOS BM 118 (OM 3A)

NAMA PENSYARAH: NUR HIDAYAH BINTI ALIAS TARIKH HANTAR: 22 OGOS 2013

ISI KANDUNGAN BIL


1 2

PERKARA
PENDAHULUAN 2.0 MENGURUS DAKWAH DENGAN PINTAR 3.0 PENGURUS KELUARGA YANG PENYANTUN 4.0 PENGURUS DAN PENDIDIK YANG BIJAKSANA 5.0 PENGURUS SOSIAL YANG DISAYANGI 6.0 MENGURUS POLITIK DENGAN MEMAHAMI SEJARAH 7.0 PENGURUS SAIKOLOGIS YANG PAKAR 8.0 MANUSIA YANG TERAGUNG DAN SEMPURNA 9.0 RASULULLAH BIJAK MENGURUS TAWARAN DAN PERMINTAAN 10.0 RASULULLAH PENGURUS KEMASYARAKATAN 11.0 KEPIMPINAN RASULULLAH DALAM PENDIDIKAN 12.0 RASULULLAH MODEL PENGURUSAN PERNIAGAAN KESIMPULAN RUJUKAN

MUKA SURAT

5 6

10

11

12

13 14

1.0 PENDAHULUAN Keluhuran akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan cara pengurusannya yang hebat untuk menegakkan agama Islam yang dibawanya itu telah sekian kalinya diperkatakan orang. Harus juga dimaklumi bahawa bukannya mudah bagi sesiapapun untuk membicarakan keperibadian baginda s.a.w itu dengan penceritaan yang menyeluruh, lengkap dan sempurna. Dalam hal ini harus tidak seorangpun punjangga yang berani memikulnya. Seorang manusia yang teragung sebagaimana junjungan kita itu bukanlah diturunkan Allah s.w.t buat pedoman atau kajian buat manusia di zamannya sahaja. Muhammad s.a.w bukanlah kepunyaan bangsa Arab, ataupun mana-mana bangsa sekalipun, bahkan adalah kepunyaan sekalian umat manusia di sepanjang masa sehinggalah ke akhir zaman kelak. Hakikat ini adalah sesuai dengan pengakuan AlQuran sendiri yang menegaskan bahawa turunnya baginda s.a.w itu adalah buat memancarkan rahmat bagi seluruh alam. Budi akhlaknya yang terpuji, keluasan ilmunya yang disertai kebijaksanaan dan kewibawaanya dalam semua bidang kehidupan menjadi bukti yang nyata pula tentang kerasulannya. Betapa tidak, walaupun baginda tidak pernah bersekolah, namun ia dapat mencipta satu bentuk bahasa yang tulen dan murni. Ia tidak pernah mendengar apa lagi belajar sejarah, namun ia tahu cerita zaman dahulu. Malah ia dapat mengisahkan tentang cerita-cerita di zaman lalu serta meramalkan dengan tepat apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kesemuanya itu menunjukkan dengan jelas sekali lagi bagi sesiapa sahaja yang mahu berfikir bahawa sesungguhnya Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah yang diutuskan buat menguruskan sekalian umat manusia. Kebijaksanaan perilakunya dan kebolehan serta kewibawaannya dalam semua bidang kehidupan menjadi factor yang penting yang menyebabkan baginda berjaya dalam apa jua keadaan atau masalah yang mencabarnya. Baginda s.a.w bukan sahaja menguruskan untuk memikat kaum-kaum yang bukan Islam masuk ke dalam pangkuan syadah, pandai mengurus orang yang kasar budi bahasanya hingga menuntun ke jalan yang benar, pandai membimbing dan mengurus ahli-ahli rumahnya bahkan juga pandai memikat hati para sahabat, kawan dan lawan.

2.0 MENGURUS DAKWAH DENGAN PINTAR Pada suatu hari telah dating kepada baginda seorang badui dengan tujuan hendak memeluk Islam. Ia nampaknya belum tahu suatu apapun tentang agama yang hendak diimaninya itu. Apabila ditanyai oleh Nabi S.A.W tentang Allah S.W.T ia hanya menunjuk tangannya ke langit seolah-olah ia mahu menyatakan kepada Nabi S.A.W bahawa Allah ada di atas. Pada wajahnya terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan. Dan aku ini siapa? tanya Rasulullah S.A.W. Tuan adalah Muhammad, pesuruh Allah,ujarnya pendek. Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu Nabi S.A.W lantas tersenyum lalu badui itupun diajak duduk dekatnya dengan sopan dan hormat. Dengan demikian rasmilah badui itu pemeluk Islam, meskipun ia belum mengucap dua klaimah syadat secara lisan. Tetapi oleh baginda Rasul, badui itu sudah dianggap memenuhi syarat sebagai pemeluk Islam meskipun ia hanya menyatakan Allah di atas. Dan tidak pula diperiksa Nabi S.A.W apakah ia melakukan solat atau dapat menghafaz bacaan solat. Tetapi setelah badui itu merasai sendiri masyarakat Islam yang diliputi suasana aman dan muhibbah diskriminasi bangsa maka tumbuhlah dalam hati badui itu suatu cinta yang murni kepada Nabi, terhadap agama barunya dan baik sangka terhadap kaum Muslimin seluruhnya. Sungguh Nabi S.A.W telah menunjukkan contoh yang terbaik tentang bagaimana menuntun orang yang bukan Islam agar memeluk agama Islam. Dimudahkan jalan untuk memasukinya serta diperlihatkan pula suasana yang menyenangkan hingga semakin mendalam rasa cinta orang itu terhadap agama dan saudara-saudaranya dalam Islam.

3.0 PENGURUS KELUARGA YANG PENYANTUN Pendidikan yang dibawa oleh baginda s.a.w itu bukan sahaja ditumpukan terhadap para pengikut serta mereka yang belum lagi bernaung di bawah panji-panji Islam, tetapi meliputi juga terhadap segenap ahli keluarganya. Baginda s.a.w tidak teragak-agak memberikan pendidikan ataupun pengajaran bila-bila sahaja keadaan menghendakinya. Ditinjau melalui dari sudut saikologi pendidikan, adalah tepat sikap baginda itu dalam membetuli atau menyetujui suatu tindakan atau sikap dari sesiapa sahaja antara umatnya pada waktu yang tepat agar diperoleh kesan yang dikehendaki. Pernah suatu hari seorang Yahudi dating ke rumah baginda lalu mengucapkan salam secara berolok-olok, Assamualaikum yang beerti, matilah anda Tatkala mendengar ucapan itu, Siti Aisyah r.a spontan membalas, Mudah-mudahan adalah yang mati. Tetapi Rasulullah s.a.w ternyata tidak sekali menyenangi dengan jawapan isterinya lalu menegurnya ketika itu juga, katanya: Allah tidak senang mendengar perkataan yang kasar dan mengandungi dendam. Dengan demikian sedarlah Aisyah r.a akan keterlanjuran sikapnya itu. Orang yang mulia akhlak tidak akan membalas kejahatan orang dengan kejahatan tetapi selalunya dengan kebaikan agar dengan demikian itu musuh yang bagaimana jahat sekalipun dapat bertukar menjadi sahabat akrab.

4.0 PENGURUS DAN PENDIDIK YANG BIJAKSANA Suatu hari datang pula seorang lelaki kepada baginda Rasul kerana hendak memeluk Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syadah, ia lantas berkata, Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku ini selalu benar berbuat dosa dan sukar dapat kutinggalkannya. Maka jawab Rasulullah s.a.w. Mahukah kau berjanji bahawa kau sanggup tinggalkan sifat bohong? Ya, saya berjanji, jawabnya singkat sekali, lalu dia pun pulang kerumahnya. Tetapi dalam hatinya ia berkata, Berat juga hendak ku tunaikan apa yang dikehendaki Rasullah itu tadi. Maka itulah apakala sahaja terdorong hatinya untuk mencuri, hati kecilnya terus mengejeknya, Kalau aku mencuri lalu kemudian diketahui Rasulullah dan ditanyakan kepadaku, apakah yang harus aku jawab? Bukankah aku telah berjanji kepadanya tidak akan bercakap bohong. Kalau aku benarkan apa yang dikatakannya tentu aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Kalau aku menjawab tidak, maka aku telah berbohong dan berkhianat terhadap janjiku dahulu. Kalau begitu baiklah ku tinggalkan sahaja niatku itu. Maka menurut ceritanya, semenjak hari itu mulalah babak baharu bagi lelaki itu. Ia telah berhijrah dari kejahatan kepada kesucian, kepada jalan yang benar dan indah. Ia telah bertekad tidak akan mencuri lagi, hingga akhirnya jadilah ia seorang mukmin yang soleh dan mulia.

5.0 PENGURUS SOSIAL YANG DISAYANGI Nabi Muhammad s.a.w juga tekenal kerana kepintaranya memikat hati orang baik kawan ataupun lawan. Dengan sikapnya yang ramah, rendah hati, ikhlas serta tidak membezakan kawan yang dekat dengan jauh, baginda berhasil memperoleh kecintaan umatnya. Selain itu baginda gemar sekali memanggil orang dengan nama yang disukai oleh orang itu. Muhammad s.a.w bukan seorang ahli saikologi yang bertahun-tahun mendalami dasar jiwa manusia melalui timbunan buku-buku kajian ataupun eksperimen ilmiah. Tetapi caranya memperoleh kecintaan dan kepatuhan umat terhadap diri dan agamanya adalah selaras dengan dasar-dasar ilmu saikologi. Kerana siapakah orang yang tidak mahu dirinya dihargai serta dengan nama yang disukainya. Pernah suatu ketika seorang lelaki mendatangi Nabi Muhammad s.a.w untuk bertanyakan sesuatu lalu ditanyailah Nabi akan namanya, Biasanya aku dipanggil oleh temantemanku Zaidhulkhail, jawabnya bersahaja. Zaidulkhail beerti kuda jantan. Boleh jadi nama sebenarnya Zaid tetapi mungkin kerana larinya kuat seperti kuda maka ditambahilah orang akan perkataan khail di belakang namanya itu yang beerti kuda jantan. Bukan, sambut Nabi s.a.w sunguh-sungguh. Namamu Zaidulkhair yang beerti Zaid yang mencintai kebajikan. Dan memangla sesuai dengan nama pemuda itu yang diberikan oleh Rasulullah kerana ternyata ia seorang yang amat menyukai amal kebajikan. Contoh yang diperlihatkan baginda itu secara langsung telah memberikan suatu pengajaran kepada umatnya agar jangan memanggil orang dengan nama-nama panggilan ataupun gelaran yang mengaibkan yang boleh menyinggung perasaannya. Satu daripada dasar akhlak yang baik ialah memelihara maruah orang lain sebagaimana seharusnya kita memelihara maruah diri serta keluarga kita sendiri.

6.0 MENGURUS POLITIK DENGAN MEMAHAMI SEJARAH Satu lagi keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w ialah kemampuannya memberi nasihat dan pengajarannya sesuai dengan bakat dan keadaan seseorang itu. Apakala Muaz Bin Jabal, seorang yang masih muda untuk berangkat ke Yaman sebagai utusan Rasul untuk diangkat sebagai gabenor kemudiannya, kepadanya Nabi Muhammad bepesan, Wahai Muaz! Berhatihatilah dan jauhilah dirimu kehidupan mewah, sebab hamba yang dicintai Allah ialah orangorang yang tidak suka hidup mewah. Tepat dan wajar sekali pesanan demikian itu diberikan oleh Rasulullah s.a.w, apa lagi suasana perang telahpun tamat dan justeru itu telah banyak peroleh kemenangan, wilayah pemerintahan Islam pun semakin luas pula. Suasana demikian mungkin boleh menyebabkan orang lupa diri hingga terjebak ke dalam hanyutan kebendaan dan kerendahan budi. Apa lagi bagi pejuang gigih seperti Muaz yang masih muda dan bersih, dan akan memegang teraju pemerintahan pula di Yaman. Wajarlah pesanan baginda s.a.w itu walaupun Muaz terkenal sebagai pejuang gigih kebal dari serangan iblis? Rasulullah s.a.w bukan ahli sejarah yang pelajari jatuh bangkit umat manusia melalui teks-teks rujukan atau kuliah-kuliah professor. Tetapi dari pesan-pesannya itu baginda ternyata telah mendahului pendapat sarjana sejarah yang bagaimana hebat sekalipun. Sebab apakah lagi bahaya yang lebih besar yang kerap menjatuhkan sesorang pemimpin kalau bukan pengaruh kebendaan dan kemewahan. Bukankah pengaruh itu juga yang mengakibatkan tumbangnya tokoh-tokoh pejuang yang mulanya berhati lurus diasakan mungkin mulanya dengan tujuan mulia, baik di zaman dahulu mahupun sekarang. Dilihat dari segi sejarah dan politik kenegaraan amat tepat sekali pesan yang disampaikan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda Muaz bin Jabal yang berbakat pentadbir.

7.0 PENGURUS SAIKOLOGIS YANG PALING PAKAR Jika ditinjau riwayat hidup orang-orang terkenal di dunia, kita percaya tidak ada di antaranya yang lebih Berjaya dari Rasulullah s.a.w dalam memikat hati para sahabatnya. Ini adalah justeru tidak semua mereka itu dapat memahami lubuk hati kawan dan pengikutnya. Seorang saikologis bahkan mungkin mahir dalam bidangnya itu secara teori sahaja. Tapi pada praktisnya ia tidak mustahil gagal bukan sahaja untuk menambat hati orang lain bahkan mungkin gagal bukan sahaja untuk menambat hati orang lain bahkan mungkin kawankawannya yang rapat sendiri. Tetapi sejarah terang menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w memang tidak pernah mengaji ilmu jiwa, tidak pernah mengikuti kuliah tentang ilmu jiwa, tidak pernah mengikuti kuliah tentang ilmu itu dari mana professor pun, namun anehnya sejarah juga membuktikan bahawa dari semasa ke semasa bukan sahaja makin ramai pengikut dan sahabatnya, Bahkan yang lebih mengkagumkan ialah semakin lama mereka itu bersahabat dan mengenali baginda maka semakin cinta dan patuh mereka terhadap Rasulullah hinggalah ke akhir ayat baginda. Hakikat ini jika dilihat dari ilmu jiwa adalah satu kemenangan besar dan hebat sekali. Seorang sarjana saikologi yang betapa luas dan mendalam pengetahuannya tentang alun ombak jiwa manusia sekalipun tidak mampu peroleh kejayaan pergaulan hidup, sepertimana Rasulullah s.a.w. Mengapa? Kerana mereka sebahagian besarnya tidak memiliki keluhuran budi akhlak sebagaimana Rasulullah s.a.w kita. Semua orang dihargai baginda dengan ikhlas tanpa memandang ornagnya, sesuai dengan keadaan diri masing-masing orang itu. Semuanya dilayani dengan wajar dan sopan sekali. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memuji seorang sambil mencela yang lain pula. Semuanya dihargai dan dihormati sesuai dengan keadaan serta bakat orang itu hingga mereka pun turut merasa dirinya dihargai lalu kian bertambah cintanya bertambah cintanya kepada Rasul dan agamanya. Kepada Saiyidina Abu Bakar r.a Rasulullah s.a.w berkata, Wanita yang ku paling cintai ialah Aisyah, dan lelaki yang paling kucintai ialah bapanya. Syaitan sungguh takut kepadamu hai Omar! Dan sangatlah tepat kata-kata Nabi s.a.w itu terhadap Saiydina Omar kerana bukankah Omar r.a terkenal seorang yang keras memegang prinsip agamanya. Aku berasa

malu kepada Usman Bin Affan, ujar baginda terhadap Usman Bin Affan yang memang terkenal kerana sifat pemalunya. Dan apa pula snajungan baginda terhadap Saiydina Ali r.a sahabat dan pahlawan Islam yang terbilang itu? Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya! Sanjungan Baginda s.a.w terhadap para sahabatnya itu tentulah tidak dapat disebutkan semuanya kerana para sahabat baginda itu sungguh banyak sekali. Apa yang perlu kita contohi ialah sikap penghargaan baginda terhadap para sahabatnya di atas amal soleh mereka biar betapa kecil sedikitpun. Dengan kata-kata ikhlas sesuai dengan kemampuan masingmasing tentu akan menambahkan lagi kesungguhannya dalam amal baktinya.

8.0 MANUSIA YANG TERAGUNG DAN SEMPURNA Satu lagi ciri khas yang menonjol dalam keperibadian baginda ialah bahawa segala sifat utama yang ada para rasul sebelumya itu semuanya terhimpun pada dirinya juga. Pada peribadinya itu terdapat sifat keberanian Nabi Ibrahim a.s dan Musa a.s sifat kepemurahan Nabi Harun a.s kesabaran Nabi Ayub a.s, ketabahan Nabi Daud a.s, kebesaran Nabi Sulaiman a.s, sifat pengasih Nabi Isa a.s dan sebagainya. Bahkan dari pengalaman hidup juga Baginda s.a.w, turut merasai apa yang dialami oleh rasul-rasul sebelumnya. Baginda mikraj kelangit sebagaimana Isa a.s, berhijrah sebagaimana Ibrahim a.s, Musa a.s dan Yusuf a.s, menderita sebagaimana Ayub a.s, pernah diseksa seperti yang dialami oleh Zakaria a.s, diburu oleh musuh-musuhnya sebagaimana nabi Isa dan Musa a.s, punya isteri, anak, cucu, menantu, menjadi mertua, merasakan keyatiman, kepapaan, senang dan segala suka-duka hidup manusia biasa

KESIMPULAN Sebagai kesimpulan bagi tajuk Rasulullah s.a.w Model Pengurus Terbaik ialah umat Islam dapat melihat bahawasanya Muhammad s.a.w sungguh dialah pengurus segala aspek seperti bapa perundangan yang teragung, mahaguru yang serba tahu, doctor yang terpakar, general yang yang paling perkasa, bapa keluarga yang paling bertanggungjawab, suami yang penyantun, kepala Negara yang adil dan pemimpin umat yang suci. Pendeknya kalau hendak dilukiskan dengan bahasa tidak seorang pun yang dapat melukiskan peribadi baginda itu dengan cukup dan sempurna. Cukuplah disimpulkan sahaja dengan kata-kata singkat dan putus bahawa Dia-lah insan pengurus yang terbaik untuk umat Islam yang pernah suatu masa dahulu diturunkan Allah ke bumi untuk manjadi rahmat sekalian alam. Dan sungguh kami tidak mengetahui adanya manusia lain yang menyamai atau melebihinya. Sesungguhnya Dialah Putera Alam Yang Teragung.

Anda mungkin juga menyukai