Anda di halaman 1dari 16

<BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES>

<JAN / 2022>

<ABST 1103>

<SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK>

NO. MATRIKULASI : <>


NO. KAD PENGENALAN : <>
NO. TELEFON : <>
E-MEL : <>

PUSAT PEMBELAJARAN : <>


ISI KANDUNGAN

MAKLUMAT HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 AMALAN PERHUBUNGAN NABI SAW DENGAN ORANG 2-3

BUKAN ISLAM PADA ZAMAN BAGINDA

3.0 HUBUNGAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN ISLAM DI 4-5

TEMPAT SAYA

4.0 CARA MENGEMBALIKAN HUBUNGAN ANTARA MUSLIM DAN 6-8

NON-MUSLIM DI NEGARA SEPERTIMANA YANG BERLAKU

PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

5.0 HUKUM JIHAD PEPERANGAN/KEKERASAN TERHADAP NON- 9 - 11

MUSLIM PADA MASA KINI

6.0 PENUTUP 12

7.0 RUJUKAN 13

TUGASAN KEDUA : PENYERTAAN DALAM TALIAN 14 - 17


1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan yang diberikan ini, jelas sekali bahawa tajuk yang diberikan adalah
berkaitan perhubungan Nabi SAW dengan non-muslim pada zaman baginda. Sebagaimana
yang kita ketahui, Nabi SAW sangat menyantuni setiap makhluk tanpa mengira bangsa dan
agama seseorang tersebut dengan akhlaknya yang mulia. Tambahan pula, zaman
pemerintahan Nabi SAW adalah zaman yang terbaik kerana dijalankan dengan amanah serta
berpandukan Islam yang sejati. Akan tetapi, sudah semestinya cabaran masyarakat dari
berlainan jenis agama dan bangsa berlaku sejak dari zaman baginda Nabi SAW lagi.

Sementara itu, Islam adalah sebuah agama yang membawa keamanan serta
kesejahteraan kepada seluruh penduduk alam. Oleh itu, jelas sekali bahawa terdapat banyak
cara yang dapat digunakan bagi membina suasana yang tenang dan aman dalam kalangan
masyarakat. Dengan ini, langkah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini adalah
dengan mengikut kaedah atau cara pemerintahan Nabi SAW. Dalam pada itu, dalam sejarah
Islam terdapat beberapa kisah orang Islam yang mendapatkan khidmat atau bantuan daripada
orang bukan Islam semestinya sejak dari zaman Nabi SAW lagi. Oleh itu, jelaslah bahawa
sejak daripada zaman Nabi SAW lagi terdapat pelbagai situasi yang berlaku antara orang
Islam dan bukan Islam.

Menurut tugasan yang diberikan, objektif tugasan ini adalah mengkaji cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh Nabi SAW terhadap orang bukan Islam dan tindakan yang
diambil oleh Nabi SAW ketika berurusan dengan mereka.

1
2.0 AMALAN PERHUBUNGAN NABI SAW DENGAN ORANG BUKAN ISLAM
PADA ZAMAN BAGINDA.

Pada zaman Nabi SAW, sudah semestinya ada berlaku beberapa peristiwa yang
melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Walaubagaimanapun, Nabi SAW bijak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dengan adil tanpa menyakiti hati-hati mana pihak. Bahkan
pada zaman Nabi SAW berada di Makkah, penduduk Makkah menggelarnya dengan gelaran
pemuda Al-Amin iaitu yang membawa maksud orang yang tidak berdusta dan amanah. Oleh
itu, jelas sekali bahawa sikap Nabi SAW ini sangat disukai oleh penduduk Mekah yang
terdiri daripada orang Islam dan musyrikin Makkah. Baginda SAW juga bergaul dengan
semua penduduk Makkah sehingga beliau sangat disenangi sejak daripada kecil lagi.

Terdapat beberapa aspek perhubungan amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW
dengan orang bukan Islam pada zaman baginda. Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi SAW
adalah manusia yang paling banyak bersabar walaupun baginda adalah makhluk yang paling
banyak diberikan ujian oleh Allah SWT. Baginda Nabi SAW akan tetap menyantuni orang
bukan Islam selagi mana mereka tidak mencalarkan atau menghina Islam.

Selain itu, baginda Nabi SAW juga mendapatkan khidmat orang bukan Islam dalam
sesuatu urusan yang bukan dalam kepakaran yang terdapat dalam kalangan orang Islam.
Sepertimana yang kita semua ketahui, Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke Madinah
bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA. Di dalam peristiwa ini, Nabi SAW telah
menggunakan khidmat Abdullah Bin Urayqit iaitu seorang penunjuk jalan yang mahir yang
merupakan seorang yang bukan Islam. Hal ini adalah kerana, Nabi Muhammad SAW tidak
melalui jalan yang biasa digunakan oleh para pedagang dan musafir kerana musyrikin
Makkah sedang memburu Nabi SAW dengan menawarkan tebusan sebanyak 100 ekor unta
sama kepada yang dapat menangkap baginda Nabi SAW sama ada hidup atau mati.
Akhirnya, tindakan Nabi SAW yang mendapatkan khidmat Abdullah Bin Urayqit walaupun
beliau tidak memasuki Islam sehingga akhir kini telah membawa kejayaan kepada Nabi
Muhammad SAW dalam menjayakan cita-cita hijrah.

Berkata Dr. Said Ramadan bahawa jika mempunyai keperluan tertentu, harus untuk
umat Islam mendapatkan khidmat orang bukan Islam. Hal ini membuktikan bahawa Nabi

2
SAW sendiri mendapatkan khidmat orang bukan Islam dalam hal yang tidak mempunyai
bantuan dari kalangan orang Islam.

Di samping itu, baginda Nabi SAW sangat menjaga rakyatnya yang kafir zimmi atau
dhimmi, iaitu orang kafir yang hidup di bawah negara pemerintahan Islam dengan membayar
cukai jizyah iaitu cukai yang dikenakan kepada lelaki kafir yang berkemampuan. Tambahan
pula, baginda Nabi melarang perbuatan yang menyakiti kafir zimmi. Baginda Nabi SAW
bersabda ”barangsiapa yang membunuh seorang lelaki dari kafir zimmi, dia tidak akan
mencium bau syurga sekalipun bau syurga itu dapat dikesan baunya dari sejauh perjalanan
tujuh puluh tahun” (hadis riwayat Ahmad). Seorang kafir zimmi mendapat hak sebagai
rakyat sebagaimana yang dilalui oleh umat Islam, maka jelaslah bahawa perbezaannya
hanyalah dari segi akidah ataupun fahaman. Golongan ini haram dibunuh atau dicederakan
tanpa sebab yang dibenarkan. Oleh itu, jelaslah bahawa sejak daripada zaman pemerintahan
Nabi SAW lagi golongan kafir zimmi ini diberikan perlindungan atau hak dengan adil.

Akhir sekali, Nabi SAW menyantuni sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan
bangsa. Tambahan pula, Nabi SAW bersikap adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Sebagai tamsilnya, kisah pemegang kunci kaabah pada tahun pembukaan Makkah. Dalam hal
ini, pemegang kunci kaabah pada ketika itu adalah Usman bin Talhah yang belum memasuki
Islam. Pada waktu itu, Sayyidina Ali bin Abi Talib merampas kunci tersebut bagi
membolehkan Nabi SAW untuk memasuki ke dalam kaabah. Akan tetapi, peristiwa ini
menyebabkan turunnya malaikat Jibril AS untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi SAW
yang bermaksud 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat 58). Maka, Nabi SAW pun memulangkan
Kembali kunci tersebut kepada Usman lalu membaca firman Allah SWT yang disampaikan
oleh Jibril AS.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa Nabi SAW bersifat adil kepada semua
makhluk malah menyantuni mereka selagimana mereka tidak mencalarkan atau
memburukkan maruah agama Islam.

3
3.0 HUBUNGAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN ISLAM DI TEMPAT SAYA

Pada zaman sekarang, hampir semua masyarakat di Malaysia ini hidup di dalam
satu kelompok yang berbilang agama dan bangsa. Contohnya, di dalam sebuah taman
sudah semestinya terdapat kaum Melayu, Cina dan India yang berlatarkan pelbagai
agama, maka jelaslah bahawa kita tidak lagi asing dengan perkara ini. Oleh itu, terdapat
pelbagai jenis cabaran yang dihadapi apabila hidup di dalam sebuah komponi yang
pelbagai ini. Di sini saya ingin jelaskan melalui bentuk dimensi.

Yang pertama adalah dari segi dimensi fizikal. Dalam hal ini, fizikal yang
dimaksudkan adalah melalui kegiatan masyarakat. Sejak-sejak kebelakangan ini, kegiatan
masyarakat antara satu sama lain dapat dilihat dengan mata kasar bahawa sangat
renggang antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat kurang bergaul ataupun dalam
erti kata lain hanya bergaul dengan kelompok tersendiri sahaja. Terutamanya apabila saya
melihat penduduk di kawasan perumahan saya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina
dan India yang berlatarkan agama yang berlainan. Mereka tidak bergaul dan tidak
bertegur sapa antara satu sama lain. Terdapat beberapa faktor atas berlakunya kegiatan
ini, antara contoh yang terdapat di tempat saya adalah penubuhan sekolah vernakular.
Jelas sekali bahawa sekolah vernakular ini telah membina jurang yang besar kepada
setiap kaum kerana mereka hanyalah bergaul dalam kelompok yang tersendiri. Oleh itu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa penubuhan sekolah ini telah memberi kesan yang agak
mendalam kepada masyarakat.

Yang kedua adalah dari segi dimensi kepercayaan. Dari aspek ini, dapat saya lihat
bahawa masyarakat di tempat saya dapat menerima kepercayaan atau suruhan yang perlu
dilakukan mengikut agama masing-masing. Tambahan pula, mereka juga memahami
perkara-perkara yang mesti kita lakukan dan perkara larangan sebagai orang Muslim.
Tamsilnya, kedai-kedai Cina yang memaparkan tanda tidak halal atau non-halal di
hadapan kedai mereka jelas sekali menunjukkan bahawa mereka mengetahui akan

4
larangan memakan binatang yang haram seperti khinzir. Justifikasinya, dapat dilihat
bahawa mereka sudah biasa dengan perkara yang kita harus patuhi di dalam Islam.

Dari sudut lain, dimensi yang ketiga adalah dimensi ihsan. Dari aspek ini, jika
terdapat sebarang hal kecemasan, dapat dilihat bahawa masyarakat di sini dapat bantu-
membantu antara satu sama lain. Akan tetapi, situasi ini sangat jarang berlaku dan susah
untuk disaksikan. Namun, sekurang-kurangnya saya mengetahui bahawa mereka akan
membantu antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun kurang bertegur
sapa sesama sendiri tetapi mereka masih berperikemanusiaan dan peka terhadap perkara
yang belaku di sekeliling.

5
4.0 CARA MENGEMBALIKAN HUBUNGAN ANTARA MUSLIM DAN NON-
MUSLIM DI NEGARA SEPERTIMANA YANG BERLAKU DI ZAMAN NABI

Dalam topik ini, semua umat Islam sudah semestinya mengetahui bahawa baginda
SAW telah bersabda ”Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas
daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.” [Riwayat al-Bukhari
(3651)]. Dalam pada itu, generasi mereka adalah generasi yang terbaik kerana mereka
sendiri yang dididik oleh baginda Nabi SAW serta hidup sezaman dengannya. Akan
tetapi, sudah semestinya masalah masyarakat berlainan agama juga berlaku pada zaman
Nabi SAW kerana hal tersebut tidak dapat dielakkan. Oleh hal yang demikian, Nabi
SAW seorang pemimpin yang paling baik di dunia ini sangat bijak dalam menyelesaikan
masalah. Oleh itu, haruslah kita mengembalikan cara hubungan yang sepatutnya antara
muslim dan bukan muslim di Malaysia ini.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan memerintah dengan adil. Dalam
hal ini, adil adalah satu perbuatan yang tidak mudah untuk dilakukan bagi setiap
pemimpin. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kebanyakan pemimpin pada zaman ini
hanyalah mementingkan dunia semata-mata. Secara tidak langsung, mereka hanyalah
memilih perkara yang dapat menguntungkannya dan mencetuskan keputusan yang berat
sebelah. Jika pemimpin memimpin secara adil jelas sekali bahawa setiap rakyat mendapat
hak yang sama rata dan suasana yang aman damai dapat diwujudkan antara masyarakat.
Sudah semestinya amanah ini adalah tanggungjawab yang sangat berat, akan tetapi jika
kita memikulnya dengan adil, Allah SWT akan menjanjikan syurga kepadanya. Jika
pemimpin tidak berlaku adil, sudah semestinya dapat menimbulkan fitnah dan
penyelewengan yang dapat memecahkan rakyat.

Dalam melaksanakan syariat Islam, Nabi SAW tidak pernah melebihkan sebelah
pihak sama ada mereka adalah sahabatnya, ahli keluarga, orang yang bukan Islam
mahupun orang-orang yang berpengaruh. Terdapat hadis daripada Saidatina Aisyah
bahawa Nabi SAW bersabda, ”Demi diriku di bawah kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah
binti Muhammad telah mencuri, nescaya akanku potong tangannya.” [Riwayat al-Bukhari

6
dan Muslim]. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa Nabi SAW adalah seorang pemimpin
yang adil. Dengan keadilan, manusia dapat hidup dengan aman damai tanpa permusuhan
antara satu sama lain tidak kiralah berlatarkan agama bukan Islam sekalipun.

Lain daripada itu, cara yang seterusnya adalah memimpin dengan lemah lembut
tetapi terdapat ketegasan di dalamnya. Dalam hal ini yang dimaksudkan memimpin
secara tegas adalah dengan melarang setiap perbuatan atau percakapan yang mencalarkan
nama agama Islam. Lain daripada itu, kita tidak sepatutnya berdiam diri jika berlakunya
perkara ini. Pada waktu yang sama juga, sikap lemah lembut juga sangatlah penting di
dalam diri seseorang. Misalnya, dalam peristiwa pembukaan kota Makkah baginda Nabi
SAW memaafkan kaum Quraisy yang telah melanggar perjanjian Hudaibiyyah yang telah
dimeterai oleh orang Islam. Baginda Nabi SAW telah menyedarkan orang Quraisy
bahawa dengan bersikap sombong dan angkuh itu tidak dapat memberikan apa-apa
kebaikan kepada mereka sehingga terdapat sejumlah bilangan yang memasuki Islam.
Dalam hal ini dapat dibuktikan bahawa dengan menghukum semata-mata ia tidak dapat
menyedarkan mereka. Tuntasnya, dengan cara sedemikian orang Islam dapat menarik
orang bukan Islam kepada Islam malah dapat mewujudkan suasana yang aman tanpa
berlakunya pertumpahan darah.

Sementara itu, cara yang seterusnya adalah menyantuni setiap makhluk tanpa
mengira bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana dengan mendekati orang bukan
Islam, secara tidak langsung kita juga dapat mendekatkan mereka dengan Islam. Selain
itu, umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan faham atau menyakiti orang
Islam kecuali ketika mempertahankan maruah dan nama Islam. Sebagaimana yang kita
ketahui, terdapat beberapa isu perkauman yang timbul di negara kita. Justifikasinya,
terdapat jurang yang terbina dalam kalangan masyarakat yang berlainan agama ini.
Dalam pada itu, baginda Nabi SAW sangat menyantuni umatnya. Contohnya, terdapat
seorang budak yahudi yang biasa berkhidmat kepada Nabi SAW yang jatuh sakit.
Baginda SAW menziarahi budak yahudi tersebut. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya
”Islamlah” lalu budak tersebut melihat ayahnya. Lantas ayahnya berkata ”Taatilah Abal
Qasim (Nabi SAW)”, kemudian budak tersebut pun memasuki Islam.

7
Dalam hal ini, dapatlah dijelaskan bahawa sifat terpuji Nabi SAW yang sentiasa
menyantuni umatnya haruslah dilakukan oleh masyarakat zaman sekarang bagi
mengembalikan cara hidup pada zaman baginda SAW. Jika kita mengikut amalan yang
diamalkan oleh Nabi, maka kita akan mendapat banyak kebaikan termasuk kebaikan di
dunia dan kebaikan di akhirat kelak.

8
5.0 HUKUM JIHAD PEPERANGAN/KEKERASAN TERHADAP NON-MUSLIM

PADA MASA KINI.

Pada masa ini, masih terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan permusuhan

antara muslim dan bukan muslim. Dalam hal ini, jihad peperangan atau kekerasan

terhadap bukan islam pada zaman ini memerlukan beberapa situasi bagi membolehkan

umat Islam untuk berjihad. Jihad terbahagi kepada dua iaitu jihad al-Daf dan al-Hujum.

Yang pertama ialah jihad al-Daf yang bererti mempertahankan diri. Dalam erti kata lain,

jihad ini bermaksud memerangi musuh yang memasuki negara Islam kemudian

menduduki sesuatu tempat dan melakukan kezaliman ke atas nyawa dan harta orang

Islam. Para ulama tidak mempunyai sebarang perbezaan pendapat di dalam jihad ini iaitu

dalam mempertahankan diri, agama dan negara.

Jihad al-Hujum pula adalah menyerang. Di dalam konteks ini mari kita lihat

peperangan antara umat Islam di Palestine dan Israel laknatullah. Umat Islam di Palestine

telah lama bergelut dalam mempertahankan negara dan agama Islam. Hal ini terdapat

beberapa perkara yang berlaku di Malaysia antaranya adalah terdapat beberapa rakyat

Malaysia yang ingin keluar berjihad ke Palestine bagi membantu mereka berjihad

memerangi musuh Islam.

Bagi jihad ini terdapat beberapa lagi syarat-syarat yang lain selain daripada

syarat-syarat wajib seperti Islam, baligh, berakal dan lain-lain. Antara syarat-syarat yang

lain itu adalah mempunyai mempunyai matlamat yang jelas. Hal ini dikatakan

9
sedemikian kerana kita haruslah memperbetulkan niat dahulu agar perkara yang kita

lakukan ini ikhlasnya datang dari hati bukan semata-mata mahukan perhatian manusia

sahaja. Tambahan pula syarat yang lain adalah bekalan jihad. Dalam konteks ini, bekalan

jihad bererti menyediakan nafkah kepada tanggungannya dengan secukupnya. Nafkah

adalah satu kewajipan yang mesti dilakukan. Sebelum bergerak untuk jihad di jalan

Allah, kita haruslah memberi makan kepada diri dengan memperbanyakkan beribadat

kepada Allah SWT. Hal ini adalah kerana bagi menyucikan hati agar kita meraih

keredaan Allah SWT. Oleh itu, jelaslah bahawa kita tidak boleh mengambil keputusan

secara terburu-buru dan haruslah memperbetulkan niat.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa pendapat ulama antaranya ialah pendapat

daripada Syeikh Abdullah Musthafa Rahal iaitu ketua rabitah ulama di Syria. Beliau tidak

memberikan keizinan kepada mereka dari negara yang lain untuk berjihad bersama-sama

umat Islam di sana. Hal ini adalah kerana pada zaman ini kebanyakkan daripada generasi

muda tidak lagi mengikut cara jihad yang sebenar di dalam Islam. Seterusnya pula adalah

kerana mereka tidak mengetahui dan memahami bahasa arab yang sebenar. Tambahan

pula, mereka tidak terdedah dengan keadaan semasa di sana yang sebenar.

Dalam pada itu, mari kita lihat tafsiran daripada firman Allah SWT di dalam

surah al-Haj ayat 39 yang bermaksud ”dizinkan berperang bagi orang (Islam) yang

diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.

Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai) kemenangan,

iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa mempunyai alasan yang

10
benar, namun semata-mata kerana berkata: Tuhan kami adalah Allah”. Jelaslah bahawa di

dalam ayat ini, umat Islam dibenarkan memerangi bukan Islam jika mereka dianiaya.

Tambahan pula, terdapat ganjaran yang besar kpeada umat Islam yang mati berjuang dan

jihad ikhlas kerana Allah SWT. Iaitu mereka dijanjikan ganjaran syurga ynag kekal

selama-lamanya di akhirat kelak.

11
6.0 PENUTUP

Konklusi yang menyeluruh daripada tugasan ini adalah baginda Nabi SAW

mempunyai akhlak yang tertinggi di atas muka bumi ini. Beliau sangat menyantuni

manusia dari setiap golongan termasuk orang bukan Islam yang selagimana mereka

menghormai agama dan ornag Islam. Oleh itu, kita haruslah sekurang-kurangnya

mencontohi sifat Nabi serta cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah

adalah dengan mengikuti cara Nabi SAW.

Tambahan pula, pada zaman sekarang manusia hidup di dalam kelompok

pelbagau kaum dan agama. Dengan mengikuti cara bidup Nabi Muhammad sekurang-

kurangnya kita dapat melahirkan suasana yang harmoni dan persekeitaran hidup yang

adil antara manusia.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menegakkan

syiar Islam. Akan tetapi, kita haruslah mengisi ilmu di dada dengan ajaran Islam yang

sebenar agar tidak terpesong dan terjebak dengan dakyah ajaran sesat yang semakin

berleluasa di muka bumi ini. (2531 PATAH PERKATAAN)

12
7.0 RUJUKAN / REFERENSI

1. Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134.


2. Masri, D. (2021). Pemikiran Imam Al-Sha'rawi Mengenai Konsep Sakinah Dalam
Kekeluargaan: Kajian Surah Al-Nisa'(Ayat 1-35).
3. Ridlo, M. R. (2018). Mendudukkan Makna Jihad: Studi Analitis-Komparatif
Pandangan Fundamentalis dan Modernis. TSAQAFAH, 14(1), 105-128.
4. BERPERANG JIHAD KE LUAR NEGARA. (n.d.). ADMIN PMWP. Retrieved
August 30, 2018, from
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/2576-tashih-al-mafahim-2-
berperang-jihad-ke-luar-negara
5. Siregar, K. I. (2013). Kesederhanaan Pribadi Nabi Muhammad dan Aplikasinya
Dalam Fakta Sosial. Jurnal Studi Al-Qur'an, 9(1), 53-71.

13
14

Anda mungkin juga menyukai