Anda di halaman 1dari 20

SAK119 AQIDAH

PERMASALAHAN AQIDAH

Iman adalah harta yang sangat bernilai. Ia bukan sesuatu yang boleh diwarisi atau dijual
beli. Ia adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dipelihara. Kerana itulah, Nabi
Yaaqub a.s sekalipun bernasabkan para Nabi dan memiliki keturunan juga di kalangan para
Nabi cukup bimbang akan keselamatan akidah anak cucu baginda. Ini diceritakan di dalam
al-Quran surah al-Baqarah ayat 133 yang maksudnya : ( Demikianlah wasiat Nabi
Yaaqub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi!)
Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaaqub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-
anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab:
Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq,
iaitu Tuhan Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh
iman).

PENTINGNYA AKIDAH KEPADA UMAT ISLAM

Kerana akidah juga, para Nabi dan Rasul sanggup menerima apa jua rintangan dan bebanan
demi memperjuangkannya. Dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w
semuanya telah berusaha memelihara akidah umat mereka agar tidak terpesong ke jalan
sesat.

Penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah umpamanya bertujuan untuk


membentuk umat Islam yang baru berpegang kepada ajaran agama Islam. Kepentingan
akidah dan perjuangan mempertahankannya ada disebutkan dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Rasulullah s.a.w
ditanya: Apakah amal yang paling utama? Rasulullah menjawab: Beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab: Jihad fi
sabilillah.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Akidah yang merupakan simpulan iman akan menyuntikkan semangat perjuangan,


menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam. Ini kerana, iman
yang tersimpul erat di dalam hati mendorong seseorang untuk berusaha, bekerja keras,
melakukan kebajikan, membantu orang, membina kemajuan, menunaikan tanggungjawab,
sanggup berkorban dan sebagainya demi mengaut seberapa banyak pahala kebajikan.

Umat Islam yang tidak mempunyai akidah yang kukuh akan mudah terpesong dan
menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar. Bukan itu saja, ia akan menjadi anggota
masyarakat yang tamak kerana cintakan dunia, pengecut kerana takutkan manusia, liar
kerana tiada pegangan, tidak jujur kerana tidak mengenal dosa dan membawa pelbagai lagi
masalah dan kerosakan yang merugikan pelbagai pihak. Begitu juga segala pembangunan
dan kemajuan yang dibina oleh umat Islam, jika tidak didasari oleh kekukuhan akidah, ia
hanya akan membawa kepada pelbagai kekalutan di tengah-tengah masyarakat. Ini kerana,
akidah adalah asas kepada kesejahteraan dan petunjuk dari Allah. Ini dijelaskan dalam fiman
Allah taala dalam surah al-Anaam ayat 82 yang tafsirnya: Orang-orang yang beriman dan
tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah
orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat
hidayah dan petunjuk.

Akidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada
segala perkara yang merosakkan. Jika akidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan
yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke
dalam api neraka.

Firman Allah taala dalam surah al-Anbiyaa ayat 94 yang tafsirnya: Dengan yang demikian,
sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah
disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

Namun kepentingan akidah kurang diambil perhatian oleh sebilangan umat Islam masa kini.
Mereka lebih bimbangkan nasib anak bangsa dan anak cucu mereka akan menjadi miskin
harta dan tanah setelah mereka tiada nanti. Tetapi adakah ramai dari kalangan umat Islam
yang bimbangkan nasib anak cucu mereka jika mereka miskin iman dan jiwa? Kita yang
berada di akhir zaman ini, sepatutnya lebih bimbang lagi akan keutuhan akidah anak-anak
kita. Kita patut insaf betapa pentingnya akidah dalam menentukan nasib dan maruah bangsa.
CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat,
kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan akidah dan
syariat Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan akidah pula ia hendaklah dibina atas
dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh
sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Berdoalah di samping
segala usaha yang lain dalam mempertahankan keutuhan akidah Islam. Sabda Nabi s.a.w
daripada Ali r.a yang bermaksud: Doa adalah senjata orang mukmin, tiang kepada agama
dan cahaya kepada langit dan bumi. (Riwayat al-Imam al-Hakim).

SYIRIK

Syirik adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu Allah dalam hal- hal yang merupakan hak
murni Allah. Seperti menjadikan Tuhan atau beberapa Tuhan selain Allah yang disembah,
ditaati, dimintai pertolongan, dicintai atau lainnya. Semua ini tidak ada yang berhak
mendapatnya selain Allah.

Itulah syirik Akbar ( besar ) yang mengakibatkan tertolaknya amal soleh bahkan amal apa
sahaja, kerana syarat pertama diterimanya amal dan dinyatakan soleh adalah harus ikhlas
kerana Allah semata- mata sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya:“ Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia


mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam
beribadat kepada Tuhannya” .

Syirik adalah dosa yang tidak terampuni. Allah SWT berfirman:

Ertinya:“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia
mengampuni dosa yang selain dari ( syirik ) itu bagi siapa yang dikehendakinya”.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

AJARAN SESAT DAN PERKEMBANGANNYA

Dewasa ini pengaruh ajaran sesat tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat Islam di
Malaysia. Selain daripada penyelewengannya dalam bentuk akidah dan syariat Islam,
ajarannya juga menggugat keselamatan dan keharmoniannya masyarakat.

Kesan anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu-Islam kepada dinamisme dan animisme
mahupun pengaruh Hinduisme dan Buddhaisme terhadap diri mereka telah melahirkan
elemen ajaran sesat yang telah diterima pakai oleh masyarakat. Dipercayai sejak abad ke-15
M lagi ajaran sesat telah wujud di Tanah Melayu. Berdasarkan dokumentasi yang ada, ajaran
sesat yang tertua yang dikenal pasti di Tanah Melayu ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh
Haji Muhammad Matahari pada pertengahan abad ke-19 M di Kampung Seronok, Bayan
Lepas, Pulau Pinang yang wujud dalam gerakan yang tersusun. Selain Taslim, ajaran Subud
yang lahir di Kelantan sekitar tahun 1950 hingga awal tahun 1960-an dianggap antara ajaran
sesat terawal yang berjaya dikesan. Kerajaan negeri Kelantan telahpun mengambil tindakan
terhadap ajaran ini.

Di Semenanjung Malaysia, sejarah membuktikan bahawa penyebaran aliran kepercayaan ini


dalam kalangan masyarakat berlaku pada pertengahan abad ke-19 M lagi. Menurut
Abdulfatah Haron Ibrahim, terdapat satu halaman dalam kitab Akidah karya Tuan Teh
Mohamed bin Syihabuddin yang membicarakan tentang ajaran sesat. Beliau dianggap
sebagai ulama yang pertama yang membicarakan tentang ajaran sesat serta menentang
dengan sekeras-kerasnya ajaran Wujudiah/Batiniah ini dan menganggapnya kufur. Karya
beliau ini ditulis pada tahun 1206 H. Catatan ini menunjukkan bahawa ajaran sesat telah lama
bertapak dan berkembang di negara ini.

Sebelum penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam di setiap negeri antara awal tahun
1900 hingga selepas merdeka (1957), tidak ada pihak yang mengambil inisatif untuk mengkaji
perkembangan ajaran sesat kecuali guru pondok atau agama. Oleh itu, kemunculan ajaran
sesat (jika ada) tidak dipantau dan dikawal oleh pihak kuasa. Walau bagaimanapun, ajaran
Taslim adalah ajaran sesat terawal dikesan dan bergerak aktif sejak awal tahun 1930-an yang
berpusat di Pulau Pinang. Justeru, sejak 1975 sehingga 2004 terdapat 66 ajaran sesat yang

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

telah difatwa dan diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri-
negeri. Abdulfatah Haron menyenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh penganjur
ajaran sesat dalam empat bidang ilmu yang paling pokok, iaitu mentafsirkan al-Quran dengan
menyalahi tafsiran muktabar, menggunakan hadis yang bukan hadis Rasulullah SAW, ilmu
akliah Islam (tauhid, falsafah, tasawuf), dan firaq Islamiah yang bercampur aduk dalam
fahaman akidah Islam dan Batiniah yang berselindung atau bersenyawa dengan tasawuf
Wahdat al-Wujud. Ternyata perkembangan ajaran sesat ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
yang dibincangkan dalam bahagian yang berikut.

Hasil dari penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang
hasil dari faktor-faktor berikut:-

1. Tasawuf Falsafah @ Teosofi


2. Ajaran Batiniah;
3. Ajaran Syiah;
4. Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi; dan
5. Usaha menjauhkan Umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah.

Faktor Pertama: Tasawuf Falasafah @ Teosofi @ Wujudiah + Martabat Tujuh

 Tasawuf Teosofi

Tasawuf Teosofi(7) menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf dan
kepada muncul ajaran-ajaran sesat yang mana ia didapati dipengaruhi oleh pengaruh Greek,
Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu – Buddha.

Faktor ini mengandungi berbagai-bagai konsep yang bermula dengan konsep wahdatul wujud
dan seterusnya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohammad b.
Fadhlullah Al-Burhanipuri, (W 1029H @ 1619M) melalui bukunya al-Tohfah Ila-Mursalah Ila
Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M) kemudiannya pula disalurkan
oleh beberapa tokoh Nusantara seperti Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (W 1690M) yang
mengarang buku Jauhar al-Haqaeq, Abdul Rauf Singkel dengan kitab Daqaiq al-Huruf beliau
CATATAN:
SAK119 AQIDAH

dikatakan menuntut di Mekah selama 19 tahun dan kembali ke Acheh tahun (1661M) dan
Syeikh Hamzah Fansuri (W 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan
terutama buku Asrar al-Arifin, Syarb al-‘Asyikin dan al-Muntahi dan berkembang pula melalui
kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (W 1778M) yang ditulis tahun
(1200H) yang dianggap pula oleh beberapa tokoh penyelidikan sebagai mewarisi kitab al-
Tohfah al-Mursalah yang dikatakan telah ditemui di Ceribon tidak lewat dari tahun 1668M oleh
Abdul Muhyi seorang wali dari Jawa, yang menjadi guru kepada Bagus Norjan dari Ceribon.

Kitab ini juga tersebar di Sumatera pada abad ke-17 M. Buku ini dikatakan mempengaruhi
kelanjoran buku Serat Wirid Hidayat Jati karangan Rengka Warsita (W 1873M).

Pada asasnya faktor Tasawuf Teosofi ini telah banyak mempengaruhi ajaran-ajaran yang
dibawa oleh guru-buru ajaran sesat ditambah pula oleha buku Kasyr Al-Asrar oleh Syeikh
Mohammad Salleh bin Abdullah al-Mengkabu yang ditulis tahun 1922M.

 Tasawuf Wahdatul Wujud

Menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim bahawa tasawuf wahdatul wujud dalam Islam
dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma atau seumpama kedua-duanya
(lihat Ajaran Sesat 1994) DBP hal. 13).

Menurut Haji Abdullah Fahim b. Hj. Ab. Rahman, pula bahawa buku Bahr al-Lahut iaitu kitab
adunan antara kandungan al-Tohfah al-Mursalah dengan Serat Wirid dan kandungan Bahr
Al-Lahut inilah yang terdapat dalam kitab Hidayah Anwar (Ajaran Taslim) dan Hakikat Insan
(1985M) serta Tajalli Ahmad Laksamana (lihat Sejarah Kemunculan Ajaran Menyeleweng,
hal. 55-56).

Menurut Dr. Abdul Fatah Haron bahawa martabat tujuh juga bukan dari al-Quran dan Hadis
Sahih, tetapi dari falsafah Neo Platonism yang dikenal dengan teori immanasi atau as-Sudur
(Lihat Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf (1993M) BAHEIS, KL H. 25). Dari Kitab al-
Durr al-Nafis, Maktabah Wa Matbaah Darul Maarif Pulau Pinang terdapat huraian martabat
tujuh ini dari halaman 21 – 23.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Fahaman Wahdatul Wujud menganggap alam ini adalah penyataan Allah yang qadim Azali
lagi abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal ada selagi laut itu
kekal.

 Ajaran Martabat Tujuh

Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mula kejadian alam semesta
ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wujud.

Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli (menampak) alam
semesta daripada Dzatnya sendiri.

Pertama: Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya
martabat tidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperti cermin, wahdiyah
seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belum nyata Tuhan dengan hamba.

Kedua: Wahidiyah – Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa
Muhammad, martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat: Syuun,
Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan Allah.

Ketiga: Wahdiyah, Martabat Taayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan
Aayanthabitah namanya iaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan bagi
sekalian yang maujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat ini dengan nama Ar-
Rahman bersifat pemurah.

Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya
kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah Taala
yang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhan Tuhan kita dengan
berantara sesuatu daripada pergantung.

Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa
namanyaa iaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segala suku yang
halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akan tegahan dan tiadalah
menerima berciri-ciri setengahnya daripada setengahnya dan tiadalah menerima akan
tebusan dan tiada menerima zakat kerana halus.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang
terus daripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebut daripada itu lima
perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dan segala jin yang tersusun dari segala unsur,
nyata Allah taala itu dengan zahir dan Muhammad namanya Mazhar.

Ketujuh: Alam Insan disebut Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang
dihimpunkan segala martabat ini. (Bandingkan dengan buku dari Abdul Fatah Ajaran Sesat
1994 h. 20 – 25).

 Nur Muhamad

Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Dari segi
istilah ialah ciptaan Allah yang pertama, sebelum Dia mencipta makhlukNya yang lain. Cahaya
ini dicipta dari Nur Allah, pada asal kewujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi
Muhammad s.a.w.

Istilah yang lain dipakai juga oleh penggemarnya iaitu al-Aql al-Awwal, al-Insan al-Kamil,
Qutub, Ghaus dan lain-lain. Kaitannya dengan Martabat Tujuh, ia terletak di martabat kedua.

Pemikiran ini tidak ada dalam al-Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia disifatkan sebagai
qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya. Bagi syiah,
menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah.

Manakala kaum Sufi untuk meluluskan Konsep al-Wilayah atau Kewalian, yang ada
persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah. Orang Islam yang awal membincangkan
Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Ini
disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam
dan al-Insan al-Kamil fi Ma’arifah al-awa’il wa al-Awakhir.

Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk yang hidup dan
sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan kata lain Nur Muhamad
ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi
Muhamad s.a.w. dan sejak wujud Martabat al-Wilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur Muhamad yang
merupakan induk kepada segala yang wujud ini. (lihat Muhamad Ali al-Junid, Nazdariyyah, al-
Imamah, al-Imamah, hal. 128) dan bandingkan dengan artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei
bin Abdul Shukor (UM) “Nur Muhamad: Satu Pencemaran Terhadap Akidah” (Utusan Zaman
– 9 Jun 1996).

Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan hadis bagi
meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli Sunnah Wal Jamaah,
asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w. adalah jelas seperti dinyatakan dalam ayat 110, surah al-
Kahfi, yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.”

Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan
mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum.

Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka kasyaf, kadang-
kadang dikatakan diambil terus dari Allah atau Rasulullah.

Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak lebih daripada
lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyariah, Maturidiah
dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul Wujud).

Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah
jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau
adalah daripada sesuatu itu (halaman 22).”

Hadis ini adalah hadis mauduk ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib
dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Faktor Kedua: Ajaran Batiniah

Ajaran ini juga dikenali dengan Tasawuf Batiniah iaitu kebatinan. Pada umumnya ajaran ini
dibawa melalui buku Kasyaf Al-Asrar terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh
bin Abdullah Al-mangkabau yang ditulis pada tahun (1344H/1922M) (tahun 1390 telah ulang
cetak ke-22 di Singapura) dan kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh
Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun 1355H/1933M) dan mengembangkan
Ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohd. Matahari, kemudian Hj. Ahmad laksamana bin Omar
Kelantan pada tahun 1985, menulis buku Hakikat Insan (1985M) dan Ilmu Tajalli (belum terbit)
dan mengembangkannya ke seluruh Malaysia.

Unsur-unsur atau faktor ajaran Batiniah ini ialah berasal daripada Syiah Ismailiyah Batiniah
iaitu satu gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon (W
165H/780M). Beliau ialah seorang bekas penganut agama Madaism (Al-Mazdakiyah)
berbangsa Yahudi dari Al-Hawas, bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba
kepada Jaafar al-Sadiq iaitu salah seorang imam 12 Syiah.

Al-Khaddahlah yang mendakwa Ismail bin Jaafar al-Sidiq yang telah meninggal dunia tahun
158H dianggap sebagai ghaib dan beliau adalah Imam Mahdi Abdullah bin Maimon juga
terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7, 12 yang diambil dari 7 huruf
Bismillah dan 12 huruf Lailahaillahallah kemudiannya berjumlah 19. Teori ini akhirnya diambil
oleh Ismailiyah Kisaniyah dan Qaromitah.

Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti Taslim wujud satu amalan nikah batin, yang pda
asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah.

Nikah batin adalah satu amalan misteri bagi golongan Taslim.ereka merahsiakan amalan ini
dari sesiapa. Menurut Hj. Abdullah Fahim b. Abdul Rahman, nikah batin di Malaysia ia bukan
sahaja diamalkan oleh kumpulan Taslim bahkan oleh individu lain.

Menurutnya pada tahun 1986 seorang gadis berumur 19 tahun dari Kuala Lumpur membuat
laporan ke Pusat Islam yang menyatakan kakaknya telah dinikah batin oleh guru yang
mengubat mereka secara batin. Kakak yang tua telah melahirkan 4 orang anak dan yang
muda telah dua kali menggugurkan kandungannya.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Guru itu dan kakaknya telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak Timor, Selangor atas
tuduhan berzina sehingga melahirkan anak. Mereka mengaku salah dan guru tersebut tidak
sebut langsung hal ‘nikah batin’, ini berlaku pada 28 Mac 1986. (Lihat catitan kaki hal. 106:
Abdullah Fahim b. Hj. Abd. Rahman:

Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad
Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tesis, Fakulti Pengajian Islam UKM,
1991).

Ajaran Batiniah ialah ajaran Tasawuf yang mengandungi 3 unsur iaitu: fahaman Hulul iaitu
penyerapan Tuhan dengan hamba dan Wahdatul Wujud dan semacam dengannya, faham
Syariah Ismailiyah dan Batiniah dan yang semacam dengannya dan ilmu Kebatinan hasil
sankratisma antara kepercayaan primitif, agama Hindu, Buddha, Tasawuf Wahdatul wujud
dan ajaran Syiah terutamanya yang terdapat di negara jiran.

Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim, ajaran Tajalli
Ahmad Laksamana Kelantan. Ada doktrin wujudiah, batin, takwil, gnosis, emanasi dan
kebatinan Jawa (A. Fahim Ibid. H. 193).

Faktor Ketiga: Ajaran Syiah

Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta
Musta’liyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun
358 Hijrah.

Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal dunia, lalu
puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut
adiknya al-Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah.

Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan, Syria dan Palestin. Selain
itu Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir –
Batin. Ia mengandungi 4 konsep utama iaitu:

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

1. Ada zahir dan batin


2. Ada tanzil dan takwil
3. Ada takiyyah
4. Ada wasi

Di sepanjang sejarah Gerakan Syiah meninggalkan imej buruk yang penuh dengan ugutan,
ancaman, pergaduhan dan kekerasan. Sikap kekerasan ini adalah warisan daripada saki baki
gerakan syiah Ismailiyah yang berpusat di Aalamut yang diketuai oleh Al-Hasan al-Sabah di
abad ke enam Hijrah, yang kadangkala menggunakan Hasyisy (ganja) atau seumpamanya.

Faktor Keempat: Amalan Khurafat

Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisma dan Dinisma. Ia
dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian.

Faktor Kelima: Usaha Menjauhkan Umat Islam Dari Al-Quraan Dan As-Sunnah

Ada pihak tertentu berusaha menyeleweng umat Islam agar tidak mengamalkan ajaran al-
Quran dan As-Sunnah atau salah satu darinya. Mereka terdiri dari golongan munafikin dan
zindik dengan usaha tertentu antaranya:

1. Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dan menyatakan al-Quran ada makna zahir
dan makna batin dan mendakwa yang wajib diamalkan ialah yang batin sahaja.
2. Pentafsiran dengan angka.
3. Pentafsiran palsu ke atas surah Al-Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa.
4. Penetapan tarikh berlakunya kiamat.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malahsia adalah seperti berikut:-

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.
2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-
orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti
Imam Al-Mahdi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir, Mufarridiah).
3. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang
yang masih hidup.
4. Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
5. Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
6. Mempercayai bahaw agurunya boleh menebus dosa dengan wang.
7. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
8. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila
diseru namanya.
9. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cicin dan sebagainya untuk
sampai kepada Tuhan.
10. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan
tujuan untuk mendapat anak yang soleh @ anak hakikat.
11. Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
12. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat
kepada muridnya.
13. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah
s.a.w. secara jaga (Yaqazah).
14. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian di dakwa
pasti masuk syurga.
15. Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat
syariat baru @ menganggapkan bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi
syariat.
16. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
CATATAN:
SAK119 AQIDAH

17. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh
ditunaikan di tempat-tempat yang lain.
18. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maskudnya.
19. Mengaku dan mempercayai bhawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.
20. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan
ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya. Mereka
mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan dant idak sampai
kepada matlamat sebenar.

ANCAMAN KEPADA UMMAH DAN NEGARA

Penyebar ajaran menyeleweng telah banyak mendatangkan keburukan kepada umat dan
negara. Antaranya melalui:

a) Mencela Ulama dan Fuqaha

Kebanyakan penganjur ataupun ajaran sesat didapati mendakwa diri mereka masing-masing
atau dianggap oleh murid-murid atau pengikutnya sebagai manusia yang mengethaui segala
isi iaitu ilmu hakikat dan mereka telah sampai maqam tinggi lalu menolak syariat, pada
umumnya mereka mempunyai motif untuk mencela ulama dan fuqaha.

Dalam masa yang sama meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin.
Ulama zahir ialah ulama yang hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama yang
ada hari ini, sedangkan bagi diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan kedudukannya
lebih mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.

b) Membuat Takwilan Dalam Agama

Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan
Hadith Nabi s.a.w. dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie.

Mereka terpengaruh dengan ajaran Batiniah dan mengguna doktrin batin dan takwil dalam
menghuraikan konsep wujudiah yang dipegangnya. Hal ini boleh dilihat dalam bentuk takwil

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

terhadap kalimah-kalimah atas lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti pada angka
dan pandangan huruf.

c) Kepentingan Peribadi dan Sex

Ajaran-ajaran sesat kebanyakannya adalah mempunyai motif dan kepentingan peribadi guru-
guru ajaran sesat itu.

Ini termasuk kepentingan kepada kedudukan, pangkat kebendaan dan seks bebas
umpamanya dengan mengamalkan Nikah Batin: yang dinikah itu namanya maknikam,
maharnya ialah air mani, walinya Allah Taala, yang manikamnya Muhamad saksinya Kiraman-
Katibin (dalam ajaran Tariqatul Islam).

Nikah Batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia oleh guru atas muridnya. Ia boleh
berlaku antara guru dengan murid atau murid dengan murid, tidak terikat dengan hukum
syarak. Maksud maknikam ialah perempuan yang dinikah.

d) Ingin Melemahkan Perpaduan dan Menghancurkan Agama Islam Melalui Gerakan


Rahsia

Peri adanya golongan atau individu yang dengan sengaja tetapi secara halus, ingin
merosakkan agama Islam memang wujud, malah sejak zaman Rasulullah dan para sahabat
lagi. Tetapi mereka telah mengalami kegagalan kerana Islam telah dapat dikawal dengan
ketatnya pada masa itu.

Tetapi perisai kawalan ini telah dapat ditembusi oleh seteru-teru Islam itu di zaman Khalifah
Umaiyyah dan di zaman-zaman selepasnya. Mereka melakukan penyelewengan dalam
berbagai-bagai segi sama ada di segi akidah atau syariah.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

Di dalam keadaan tertentu mereka menafikan kebenaran sumber-sumber Islam itu sendiri dan
dalam keadaan lain pula mereka menyelewengkan hukum dan syariat Islam. Hal ini dapat
dilihat juga di negara ini melalui:

a: Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978)
ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain. Ajaran ini tidak
ada sambutan.

b: Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang
mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.

c: Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun
1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah merebak ke serata negeri.

d: Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta
menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat.

e: Kumpulan Anti Hadis (Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan mengharamkannya


Januari 1986, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengharamkan November 1995).

f: Untuk memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam.

Syiah yang tumbuh tahun 36H, dan sekarang Syiah di Iran, Lubnan, Pakistan dan lain-lain
telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam. Di Malaysia kes Abu talib Haron @
Ahmad Habibullah Ahmad As-Salafi 34 tahun yang berkahwin dengan 10 orang (6 bermutaah)
dituduh dengan 16 tuduhan berasingan (mulai dibicara bulan Julai 1994), di Johor Bahru telah
menguji kewibawaan pihak berkuasa agama akhirnya beliau telah dijatuhkan hukuman
penjara selama dua (2) tahun mulai Julai tahun 1995.

g: Untuk Menguji Sejauhmana Kefahaman Dan Ketaatan Umat Islam Terhadap Agamanya

Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, maka senanglah agama dan umat Islam
dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

MANGSA AJARAN SESAT

Golongan yang mudah terpengaruh menjadi mangsa ajaran sesat ialah terdiri daripada:

1: mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang
cukup. Dan mendapat dorongn kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang-
orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit;

2: mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnan beragama terutama
melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa ikut sunnah; dan

3: golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini
terjadi kerana mereka kurang kemantapan dalam usul syariyyah dan tunjangan serta
pengetahuan mereka yang lemah dalam hal Shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri
hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.

Dalam keadaan ini terdapat orang yang suka mengeksploitasikan kejahilan dan kedahagaan
masyarakat kepada kesempurnaan kerohanian dan lalu digunakan untuk kepentingan
tertentu, seperti untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan sex bebas.

Di samping itu terdapat golongan yang berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisme.
Golongan ini mengagungkan rasionalisme dan pendekatan apa yang dikatakan secara
sainstifik dan emparical dalam soal agama. Golongan ini membawa fahaman modenisasi
dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh
masyarakat di negara ini.

Mereka ini dengan fikiran-fikiran baru itu menggugat akidah orang yang kurang kukuh
pegangannya. Dengan akhirnya menimbulkan ajaran-ajaran sesat yang membawa
perpecahan dalam masyarakat.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

IMPLIKASI TERHADAP KEMURNIAN AKIDAH DAN KESELAMATAN

Kumpulan ajaran sesat didapati sentiasa muncul dan merebak daripada satu negeri ke satu
negeri yang lain atau ke seluruh negara, jika tindakan membenterasnya tidak diberikan
tumpuan yang bersungguh-sungguh.

Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negeri terhadap kumpulan-kumpulan ajaran sesat
tertentu tidak memberi kesan yang positif kerana ia akan berpindah ke negeri-negeri lain.

Ini memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak di bawah penyelarasan sebuah agensi
pusat. Perancangan membanteras ajaran sesat memerlukan proses yang seragam bagi
menunjukkan tindakannya berkesan dan hasilnya dapat dijangka dengan lebih tepat. Dengan
demikian, JAKIM perlu diberi tugas menyelaraskan program tindakan ini.

Sudah nyata pada pandangan umum, bahawa ajaran-ajaran sesat ini telah membawa dan
boleh membawa kepada beberapa akibat dan ancaman kepada agama dan keamanan.
Antara akibat-akibat ancaman itu ialah;

a: Meluasnya kesesatan di segi akidah dan penyelewngan di segi ibadat orang-orang Islam.
Ini dapat digambarkan melalui ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di atas.

b: Meluasnya perpecahan dalam masyarakat Islam.


Tiap-tiap ajaran sesat mempunyai ‘Ketua Guru’ dan pengikutnya sendiri. Antara mereka
mempunyai perhubungan yang rapat seolah-olah hubungan antara ‘saudara dengan
saudaranya yang lain’.

Melalui ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba
mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Dari sinilah wujudnya apa yang
boleh dipanggil:

i. Masyarakat Orang Qadiani’ di Kg. Nakhoda, Selangor.


ii. Masyarakat Orang Taslim’ di Yan, Kedah.
iii. Masyarakat Ikhwan’ @ ‘Al-Mas’ di W. Persekutuan, Selangor dan Melaka.

Sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat di atas antaranya tidak
boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli masyarakat mereka, atas arahan dan
CATATAN:
SAK119 AQIDAH

hukum dari ajaran itu sendiri. Ini menimbulkan akibat yang buruk, bukan sahaja dari segi
agama malah dari segi sosial.

c: Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.

Keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang lain, malah
boleh membunuh diri mereka sendiri. Hal ini boleh ditunjukkan dari beberapa kejadian
berikut:-

1: Pembunuhan dan tembak menembak antara polis dengan Kumpulan Ajaran Empat
Sahabat, Kg. Dedap Rantau Panjang, Kelantan pada 19 Oktober 1974. Dalam kejadian ini,
seorang dari kumpulan 22 orang itu telah mati tertembak dan yang lain-lain cedera parah atau
cedera. Dalam pertempuran dengan anggota polis dan Rela itu mereka telah cuba bertahan
dan tidak mahu menyerah sehinggalah mereka tidak berdaya lagi dan terus ditangkap.
Mereka kemudiannya didakwa dan dihukum salah oleh Mahkamah Kadi Besar Kelantan pada
tahun 1974 atas kesalahan mengajar ajaran salah.

2: Serangan dengan parang oleh seorang awam ke atas seorang pengikut Tarikat
Naqsyabandiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976. Pengikut tersebut
telah luka di bahu dan dimasukkan ke Hospital Besar Kota Bharu. Ini berlaku akibat dakwaan
pengikut tarikat tersebut bahawa orang yang tidak memasuki tarikatnya adalah tidak betul,
tidak selamat dan tidak terjamin masuk syurga.

3: Serangan Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, ke atas Tuan Hj. Damanhuri b.
Hj. Abd. Wahab, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak pada 5 Julai 1979. Ini berikutan
keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi. Haji Damanhuri telah luka.
Walau bagaimanapun, pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Tajul Ariffin adalah kurang
siuman dan pernah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan sakit otak.

4: Serangan pengikut-pengikut Haji Kamaruddin bin Ahmad Kajang, ke atas kuil-kuil Hindu di
Selangor dan Wilayah Persekutuan dan akhirnya Kuil Hindu di Kerling, Selangor pada 19
Ogos 1979. Akibat dari serangan ini empat (4) orang dari mereka telah dicederakan hingga
mati oleh penjaga-penjaga kuil tersebut.

CATATAN:
SAK119 AQIDAH

5: Serangan kumpulan Mohd. Nasir bin Ismail (seramai 15) orang ke atas Balai Polis Batu
Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 dan mencederakan berbelas orang polis dan kakitangan
Balai tersebut. Akibatnya 8 orang dari kumpulan ini, termasuk Nasir sendiri telah mati
ditembak oleh Polis.

4: Berlakunya keretakan dalam keluarga.

Apabila terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-
satu ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya, terutama apabila isteri tidak
menyertai sama suaminya atau tidak menyokongnya. Hal ini berlaku apabila:

1: Si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut
yang lain dan apabila pulang ke rumah amalan-amalan di dalam ajaran tesebut diteruskan
lagi dan kadang-kadang jelas pada pandangan isteri amalan dan iktikadnya sudah
menyeleweng begitu juga sebaliknya.

2: Banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan
pengikutnya. Hal ini berlaku kepada pengikut kumpulan al-Arqam dan lain-lain. Hal yang sama
berlaku pada pengikut-pengikut beberapa ajaran sesat.

3: Si suami tidak lagi mahu mencampuri sahabat handai biasa yang bukan menjadi ahli ajaran
yang diikutinya. Ini menyulitkan kehidupan biasa keluarga tersebut.

Dan terdapat berbagai-bagai akibat dan bencana lain lagi hasil wujudnya ajaran-ajaran sesat
ini.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai