Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN

Secara umum, tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris dan

Euphrates, Sungai Nil, Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza

daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun

ini lahir dan berkembang di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang. Oleh itu,

pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping

merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam berkembang di Mekah,

tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di utara Semenanjung Tanah Arab.

Kegemilangan tamadun Islam dapat dilihat pada era pemerintahan umat Islam di Madinah

dan berkembang pesat pada zaman kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani

Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Tamadun Islam memperluaskan empayarnya hingga

ke Eropah dan menjadikan Kota Baghdad, Cordova, Iskandariah sebagai bandar yang terulung

dan pusat perkembangan kebudayaan dalam kalangan negara-negara Eropah. Bandar-bandar ini

menjadi pusat rujukan dan tumpuan para sarjana dari seluruh dunia untuk mendalami dan

mempelajari pelbagai aspek ilmu pengetahuan seperti seni bina, perubatan, matematik dan

sebagainya.

Namun, tamadun Islam mengalami kejatuhan dan kemerosotan menjelang abad ke-13.

Kejatuhan Granada ke tangan Kristian pada tahun 1492 menyebabkan era pemerintahan umat

Islam tidak dapat bertahan dan berakhir di Andalusia. Kejatuhan tamadun Islam memberi impak

yang besar kepada negara-negara Islam yang lain. Walaupun pelbagai tragedi pahit yang melanda

tamadun Islam, kejayaan yang dicapai pada era kegemilangannya menunjukkan bahawa pemimpin

amat mementingkan aspek pembangunan, malah ia merupakan asas penting pembentukan

tamadun.
ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam dibangunkan di atas dasar akidah, diikat dengan syariah dan akhlak. Ketiga-tiga

asas ini adalah amat penting dan tidak boleh diabaikan. Pengabaian ketiga-tiga aspek ini akan

menjadikan tamadun yang dibina menjadikan tamadun yang dibina itu jauh menyimpang daripada

konsep tamadun Islam sebenar.Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk

natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang diyakininya.

Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak

tetap dan kukuh dalam jiwa setiap muslim. Ia merupakan perjanjian yang diikat di antara makhluk

dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T.

Pegangan akidah yang kukuh akan dapat membebaskan diri manusia daripada tunduk dan

patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk jirim atau roh. Oleh itu,

akidah amat berbeza dengan ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme, kapitalisme,

marrxisme, liberalism, fasisme, dan pelbagai pecahannya. Ideologi- ideologi ini sama sekali gagal

untuk membawa ketenteraman dan menyelesaikan krisis dalam kehidupan manusia. Ia semata-

mata bersandarkan falsafah material yang hanya mempercayai benda dan menolak segala sesuatu

yang di luar. Sebagai asas kepada pembinaan tamadun Islam, akidah akan melahirkan tamadun

yang mantap dan bebas daripada sebarang penyelewengan.

Hal ini adalah kerana akidah Islam dapat membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup

dan kehidupan yang tiada hala tuju kepada kehidupan yang bersistem. Akidah juga mampu

membentuk personaliti unggul dalam diri manusia yang menjadi penggerak kepada tamadun

Islam. Namun dalam hal ini terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu aspek

kepercayaan dan aspek kaedah. Aspek kepercayaan merupakan perkara asas yang wajib diimani

2
dan diyakini oleh setiap individu muslim. Keimanan dan kepercayaan ini adalah diasakan kepada

kebenaran yang mutlak, dan bukannya kepada kesesatan atau kebatilan.

Terdapat enam aspek kepercayaan seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah iaitu

keimanan kepada Allah S.W.T, keimanan kepada malaikat, keimanan kepada rasul dan nabi,

keimanan kepada kitab, keimanan kepada Hari Akhirat dan keimanan kepada Qadak dan Qadar.

Keimanan kepada Allah S.W.T merupakan asas atau intipati kepercayaan dalam ajaran Islam.

Keiman kepada Allah S.W.T mampu memberikan ketenangan, pergantungan dan motivasi yang

tinggi dalam diri individu. Ini kerana Allah dilihat sebagai kuasa yang tertinggi yang menaungi

kehidupan manusia dan mampu memenuhi setiap keperluan mereka.

Hal ini dapat membentuk individu yang berjiwa kental dan berwawasan. Seterusnya,

beriman kepada malaikat ialah percaya dan yakin tentang kewujudan ciptaan Allah S.W.T yang

sentiasa taat kepadaNya dan sentiasa melaksanakan printah Allah S.W.T. terhadap manusia dan

alam. Ironinya , kepercayaan ini dapat memperbetulkan sisi pandangan manusia tentang malaikat

yang dianggap dan dikaitkan dengan Tuhan yang layak disembah, kepada satu tanggapan bahawa

malaikat tidak lebih dari sekadar ciptaan Allah S.W.T yang diberikan keistimewaan tertentu bagi

melaksanakan dan menyelaras segala tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Keimanan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi ialah mempercayai dan menyakini tentang

kewujudan utusan yang dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan manusia, untuk menyampaikan

dan menjelaskan kepada manusia apa yang diperintahkan dan dilarang oleh Allah S.W.T. kepada

mereka bagi mendapatkan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Pemilihan rasul dan

nabi dari kalangan manusia itu sendiri adalah bagi memudahkan manusia menerima, memahami,

dan mengikuti segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala

3
laranganNya. Perutusan para rasul dan nabi mengambil kira faktor kemajuan dan pencapaian

tamadun manusia di sepanjang zaman.

Ketika manusia mendiami beberapa benua dan kepulauan di seluruh dunia yang sukar

berhubung antara satu sama lain kerana ketiadaan alat perhubungan yang canggih, Allah

mengutuskan bagi setiap bangsa manusia seorang rasul atau nabi khusus untuk mengajak mereka

kepada kehidupan yang bertamadun. Namun setelah manusia mula mengalami pencapaian dalam

tamadun dan sedikit kemajuan, iaitu terdapat kemudahan yang dapat menghubungkan manusia

dari jarak jauh, Allah mengutus seorang rasul sahaja iaitu Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh

manusia tanpa mengira bangsa dan sempadan negara. Keimanan kepada kitab ialah mempercayai

dan meyakini bahawa Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi

Muhammad S.A.W. untuk dijadikan panduan dalam kehidupn manusia.

Selain itu, umat Islam wajib percaya dengan kitab-kitab lainyang diwahyukan oleh Allah

S.W.T kepada para rasul tedahulu iaitu kitab Taurat, kitab Zabur dab kitab Injil. Keimanan kepada

Hari Akhirat iaitu mempercayai dan meyakini kehidupan di dunia bersifat sementara dan akan

dimusnahkan kelak pada satu masa yang disebut sebagai hari kiamat. Ini dapat mengawal

tingkahlaku manusia kerana dia berkeyakinan setiap tindak-tanduknya di dunia dan diadili dan

dihakimi kelak, justeru manusia tidak boleh lalai daripada melaksanakan tanggungjawab di dunia

ini. Keimanan kepada Qadak dan Qadar ialah percaya dan yakin bahawa setiap yang berlaku ke

atas diri makhluk sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah S.W.T. keimanan seumapama

ini berupaya membentuk jiwa dan kehidupan yang sentiasa bermotivasi untuk memperoleh

sesuatu.

Apakah yang dimaksudkan dengan aspek kaedah ini ialah kaedah pelaksaan akidah itu

sendiri, dan bagaimana ia dapat bertapak serta memainkan peranan bagi membentuk dan

4
membangunkan tamdun Islam.Terdapat tiga prinsip yang menjadi kriteria asas akidah iaitu aspek

kesatuan, rasional dan tolenrasi. Melalui pegangan akidah ini manusia yang secara fitrahnya

diciptakan dengan pelbagai perbezaan fizikal, rupa paras, keturunan, bangsa, dan pangkat atau

darjat akan dapat disatukan tanpa sebarang halangan. Melalui kaedah ini juga kesatuan fikiran

manusia dalam aspek kehiduapan manusia dapat dibentuk kerana masing-masing mempunyai

alamat yang sama iaitu, mencari keredhaan Allah S.W.T.

Akidah tidak hanya didasarkan kepada kepercayaan yang bersifat dogmatik semata-mata

tetapi penggunaan rasional akal fikiran juga memainkan peranan penting. Tujuannya adalah untuk

membuktikan kebenaran dan kesahihan akidah Islam itu sendiri. Islam menuntut umatnya agar

memiliki sifat tolenrasi. Bagaimanapun sifat tolenrasi itu hendaklah berpegang dengan prinsip

akidah dan syariah. Oleh sebab itu, berlaku interaksi yang baik dalam kalangan orang Islam dan

bukan Islam dalam tamadun. Perkataan syariah menurut bahasa Arab berasal dari perkataan

syara’a yang bermaksud jalan, cara atau peraturan.

Dari segi istilah syariah merujuk kepada cara-cara beribadah, beramal, dan

melaksananakan perintah Allah S.W.T. dalam rangka menghayati aqidah tauhid. Istilah syariah

juga merupakan himpunan panduan dalam kehidupan individu dengan tuhannya, berkeluarga,

bermasyarakat, dan bernegara. Pelaksananaan syariah secara lebih menyeluruh berkuatkuasa

setelah penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Dalam pelaksanaan syariah terdapat unsur-

unsur yang berbentuk fleksibel berdasarkan kesesuaian dan keperluan masa, tempat, budaya, dan

bangsa ntuk memudahkan dan meringankan pelaksanaan syariah tersebut. Kedudukan syariah

dalam tamadun Islam menentukan perkembangan sistem-sistem Islam seperti sistem politik,

ekonomi, sosial Islam dan sebagainya.

5
Syariah mempunyi keistimewaan yang tersendiri, antaranya ialah lengkap dan sempurna

iaitu, mengatur kehidupan manusia daripada sekecil-kecilnya sehinggalah perkara yang paling

besar bagi menjaga kesejahteraan manusia. Syariah juga bersifat bersepadu iaitu memiliki prinsip-

prinsip perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan tanpa batasan antara satu

sama lain. Ia bersifat universal iaitu tidak tertakluk kepada batasan kaum, iklim, mahupun geografi.

Keredhaan Allah S.W.T. sebagai matlamat pelaksanaan undang-undang syariah. Syariah bersifat

tetap iaitu tidak mengalami perubahan sehingga ke Hari Kiamat.

Manifestasi pelakasanaan syariah dalam tamadun Islam adalah untuk mengatur kehidupan

manusai agar sentiasa berada di atas landasan kebaikan dan terhindar daripada sebarang kehinaan

dan kemungkaran. Kebaikan ialah segala nilai luhur dan sifat baik yang pada kebiasaannya dapat

diterima oleh naluri manusia sebagai baik dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.

Sebaliknya kehinaan atau kemungkaran bermaksud segala kejahatan dan sifat buruk yang pada

kebiasaannya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat. Secara prinsipnya syariah bertujuan

menyelamatkan dan memelihara 5 perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu memelihara

agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara kehormatan dan keturunan dan menjaga

harta benda.

Agama Islam adalah teras tamadun Islam, justeru ia perlu dipertahankan oleh penganutnya.

Sehubungan itu, seseorang yang telah memilih Islam, wajib bagi mereka menunaikan

tanggungjawab sebagai seorang muslim. Justeru, bagi menjamin supaya iman dan agama ini

terpelihara, maka Islam telah memperuntukkan undang-undang dan bentuk hukuman yang

sewajarnya bagi orang yang telah keluar dari agama Islam. Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh

Allah S.W.T. kepada manusia, maka tidak harus bagi sesiapa pun mencabar hak ini kecuali dengan

6
keizinanNya. Justeru manusia dilarang membunuh atau mencederakan diri atau orang lain tanpa

hak.

Perbuatan membunuh ini dianggap menceroboh masyarakat keseluruhannya kerana setiap

individu memainkan peranan penting dan fungsi tertentu dalam komunitinya, justeru ketiadaannya

boleh melumpuhkan perjalanan dan kelicinan kehidupan masyarakat yang hidup saling bergantung

dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Akal merupakan kelebihan dan keistimewaan yang

dianugerahkan Allh S.W.T. kepada manusia yang tidak diberikan kepada ciptaanNya yang lain.

Akal adalah aset terpenting manusia kerana ia mempunyai fungsi yang sangat penting dalam

kehidupan manusia, tanpa akal manusia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan

baik. Ini kerana akal berupaya mengenalpasti, menganalisis sesuatu perkara atau permasalahan

dengan baik, membuat keputusan seterusnya mengambil tindakan yang tepat.

Selaras dengan itu, segala perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi akal

fikiran dilarang keras dalam Islam. Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan

fitrah semulajadinya suka berketurunan. Islam memuliakan dan meletakkan kedudukan manusia

berbeza dengan haiwan kerana untuk berkembang biak manusia perlu melalui ikatan perkahwinan

terlebih dahulu. Perkahwinan memberi pengiktirafan dan pemeliharaan hak-hak suami, isteri,

anak-anak dan ibu bapa seterusnya memelihara kehormatan dan keturunan manusia. Aspek

pemeliharaan dan penjagaan ini sangat dikawal rapi, sehinggakan perkara-perkara yang boleh

mencemarkan kehormatan dan kemulian manusia serta merosakkan keturunan ditegah sama sekali.

Islam merupakan agama fitrah yang tidak mengabaikan aspek naluri dan keinginan

manusia termasuklah keinginan memiliki harta benda. Dalam konteks memiliki harta benda, Allah

telah memberikan garis panduan yang lengkap mengenai prinsip dan hak untuk memiliki harta

benda melalui sistem ekonomi Islam yang disebut muamalat dan kewajipan untuk

7
mempertahankannya. Antara perundanganyang diperuntukkan adalah harta yang diusahakan

hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan dibelanjakan seta dimanfaatkan kepada

pekara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Kewajipan ini secara tidak langsung menyumbang

kepada pencegahan kemungkinan berlakunya jenayah curi dan sebagainya. Ini kerana dengan

mengagihkan sejumlah harta kepada orang lain yang memerlukan, sedikit sebanyak dapat

mengurangkan jenayah kecurian yang disebabkan oleh kemiskinan.

Akhlak dalam Islam bukan satu teori, kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika

yang dibawa oleh barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku

(perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T. terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan

suruhan dan larangan serta petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Prinsip-prinsip akhlak Islam adalah

mutlak, bersifat universal, terperinci dan tidak boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak manusia

yang sentiasa berubah dan tidak sekata. Dari segi etimologi, akhlak berasal dari perkataan Arab,

iaitu kata jamak perkataan al-khuluq yang bermaksud budi perkerti, tingkah laku dan tabiat.

Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan.

Manusia diciptakan dengan penuh keindahan. Keindahan tersebut meliputi luaran dan

dalaman diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raub muka,

warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia

terangkum dalam inspirasi dan sebagainya. Imam al-Ghazali mendefinasikan akhlak sebagai sifat

yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa

memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila jiwa tersebut menertibkan perbuatan

yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik atau sifat

mahmudah.

8
Sifat inilah yang menjamin kebahagian hidup berkeluarga, kesejahteraan hidup

bermasyarakat dan keamanan dan keselamatan negara. Sekiranya perbuatan yang keluar adalah

buruk, ia dinamakan akhlak buruk atau sifat mazmumah. Sifat ini bercanggah dengan ajaran Islam

dan antara sifat mazmumah ialah menyekutukan Allah, menipu, dengki, iri hati, khianat, bakhil,

tamak, pemalas, dan sebagainya.Tamadun Islam sangat menitikberatkan persoalan akhlak kerana

pembentukan akhlak mampu melahirkan modal insan yang berperibadi mulia iaitu sepadu dan

seimbang antara keperluan rohani, jasmani, mental dan emosi.

Manusia tanpa akhlak yang baik akan hilang sifat dan taraf kemanusiannya, dan tiada

bezanya dengan haiwan bahkan lebih teruk daripada haiwan. Akhlak juga mempunyai hubungan

secara langsung dengan kualiti keislaman dan keimanan seseorang. Ini bermakna seseorang yang

memiliki ketinggian akhlak, mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang jitu. Ironinya banyak

tamadun yang musnah disebabkan oleh kepincangan dan kerosakan akhlak manusia. Oleh itu,

Islam menyusun dengan begitu rapi sistem dan kaedah akhlaknya. Perutusan Nabi Muhammad

S.A.W itu sendiri simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam sebagaimana dinukilkan dalam

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.

9
CIRI – CIRI TAMADUN ISLAM

Tamadun merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan,

seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diusahakan oleh

manusia sebagai anggota masyarakat. Secara umumnya, ciri-ciri sesebuah tamadun telah

dikemukakan oleh para sarjana Barat. Namun, bagi tamadun Islam itu sendiri, terdapat ciri-ciri

khusus yang lebih luas dalam menggambarkan keistimewaan dan nilai yang tersendiri serta nilai

sebenar tamadun Islam tersebut. Disebabkan oleh ciri-ciri ini, tamadun Islam dapat diterima oleh

bangsa dari tamadun lain walaupun pada mulanya tamadun Islam ini terdiri daripada bangsa Arab.

Sebagai contoh, Tamadun Islam dapat diterima oleh masyarakat India sehingga melahirkan era

Kesultanan Delhi di India yang berjaya dimantapkan oleh Dinasti Babur sehingga terbinanya Taj

Mahal yang menjadi mercu tanda Islam di India. Secara ringkasnya, tamadun Islam dapat diterima

oleh kebanyakan bangsa di dunia ini kerana ciri-ciri khusus tersebut.

Antara ciri tersebut termasuklah tamadun Islam bersifat rabbani atau ketuhanan. Hal ini

menunjukkan tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Oleh itu, sebagai

umat Islam, kita seharusnya mempunyai kesedaran bahawa kita berada di muka bumi ini adalah

sebagai khalifah Allah dalam menjalankan segala amanah yang telah diberi dalam membangunkan

wilayah yang diduduki ke arah kemajuan. Hal ini dapat dikatakan bahawa sumber, matlamat dan

tujuan kehidupan manusia adalah berteraskan ketetapan Allah yang terkandung di dalam al-quran

dan as-sunnah. Pada masa yang masa, umat Islam sedar akan tujuan penciptaan manusia adalah

untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai hamba allah. Matlamat utama dalam tamadun

Islam yang ingin dicapai adalah hubungan antara manusia dengan Allah. Manakala, hubungan

antara manusia dengan manusia yang lain merupakan pelengkap bagi hubungan manusia dengan

Allah. Oleh itu, ciri ketuhanan ini menunjukkan bahawa semua bangsa adalah sama dengan umat

10
islam namun perbezaannya hanya pada iman dan takwa seseorang. Dengan ini, ciri ketuhanan

merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun

lain.

Selain itu, ciri khusus lain bagi tamadun Islam ialah bersifat menyeluruh. Hal ini dikatakan

bahawa Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan iaitu akidah, undang-undang dan akhlak.

Begitu juga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan

alam. Hal ini juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia, sama ada Islam atau

bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. Dari segi aspek

kehakiman pula, tamadun Islam terbukti dapat mengembalikan hak-hak yang telah dirampas

kepada pemilik yang sebenar sebagaimana sejarah Islam pada zaman dahulu. Selain itu, aspek

yang turut diambil kira dalam tamadun Islam ialah aspek kenegaraan yang meliputi hubungan

dalam negara mahupun antarabangsa. Oleh itu, tamadun Islam adalah tamadun yang mengambil

kira segala aspek secara menyeluruh dan sesuai untuk diamalkan oleh bangsa lain juga.

Seterusnya, tamadun Islam juga bersifat tetap tetapi anjal. Hal ini bermaksud segala

peraturan dan prinsip serta matlamat dalam tamadun Islam adalah tetap dan tidak berubah pada

sasaran pembinaan tamadun tetapi anjal pada pelaksanaannya. Anjal pada pelaksanaan bermaksud

umat Islam diberi kebebasan untuk merealisasikan pembangunan tamadun pada setiap bangsa lain

selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai

bukan dari sudut kemajuan kebendaan semata-mata. Mereka tidak tertakluk hanya pada satu cara

sahaja. Oleh itu, terbuktilah bahawa tamadun Islam memberi kebebasan kepada umatnya selagi

tidak melampaui batas yang telah ditetapkan.

Di samping itu, ciri-ciri lain bagi tamadun Islam ialah bersifat umum atau terbuka. Hal ini

kerana tamadun Islam tidak terikat pada mana-mana bangsa, tempoh atau tempat yang tertentu.

11
Malah, tamadun Islam juga milik semua makhluk di muka bumi ini selagi berpegang teguh pada

agama Islam. Dengan ini bermakna, tamadun Islam amat sesuai untuk diamalkan oleh semua

bangsa dan situasi. Pada masa yang sama juga, tamadun islam menepati segala keperluan dan

seiring dengan peredaran zaman. Selain itu, tamadun Islam juga berpegang teguh pada konsep

ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu sahaja. Dengan ciri

ini, maka terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia ini untuk membentuk masyarakat Islam

dan membina tamadun sejagat.

Tambahan pula, tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang mengamalkan konsep

keseimbangan dan kesederhanaan dalam semua aspek. Konsep keseimbangan bermaksud

seimbang antara dua perkara yang bertentangan. Misalnya dalam Tamadun Islam, konsep

keseimbangan merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material), tanggungjawab

ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia serta kepentingan antara seseorang individu dan

kelompok masyarakat. Kesederhanaan pula adalah tidak berlebih-lebihan dalam melaksanakan

perintah Allah. Namun, tidak pula bermaksud mempermudahkan segala urusan. Dengan ini, semua

perkara dapat dilakukan dengan mudah tanpa memberatkan mana-mana pihak.

Seterusnya, ciri lain bagi tamadun Islam ialah bersifat ideal dan realistik. Hal ini kerana

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan hanya dapat

dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan

ajaran Allah. Manakala, ciri realistik pula mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat

dengan membawa kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan satu hakikat yang berlaku di dunia

nyata. Dunia nyata adalah antara bukti kewujudan Allah yang Maha Pencipta. Dengan ini, kita

seharusnya percaya bahawa Allah itu wujud dan kita hanyalah hambaNya yang lemah.

12
SUMBER TAMADUN ISLAM

Sumber tamadun Islam terbahagi kepada dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber

wahyu terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun

yang paling istimewa dan unik antara tamadun-tamdun yang pernah wujud di muka bumi.

Tamadun ini lahir daripada penurunan wahyu Ilahi di tengah –tengah umat manusia. Penurunan

wahyu di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliah iaitu jahil dalam makna hidup dengan

keganasan, penindasan dan tidak perikemanusiaan. Apabila ajaran Islam diterima oleh masyarakat

jahiliah, lalu mereka telah mengubah tatasusila hidup kepada agama yang benar dan akhlak yang

mulia. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah sumber utama terbentuknya

tamadun Islam. Hal ini kerana setiap tamadun yang berlaku memerlukan ilmu pengetahuan,

kemahiran, dan perubahan sikap. Wahyu pertama dengan jelas menyarankan agar manusia

berusaha untuk membaca dan menulis bagi meningkatkan pengetahuan di kalngan umatnya.

Al-Quran merupakan mukjizat yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS kepada

Nabi Muhammad SAW dan membacanya dikira sebagai ibadah. Al-Quran mengandungi

keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib,

nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-Quran sebagai mukjizat tetap

terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan.

Al-Quran sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru umat

Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam untuk kebaikan

bersama. Selain itu, al-Quran menekankan aspek keadilan dan segala prinsip-prinsip sosial.

Ahmad Shalaby (1997) menegaskan, al-Quran al-Karim mengandungi asas-asas yang kukuh dan

sistem yang teguh bagi pendirian agama, tamadun dan dunia. Beliau menegaskan bahawa

“Andainya kita dapat mentafsirkan asas-asas ini dengan sebaiknya nescaya terbentuklah suatu

13
sistem yang sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di pelbagai zaman dan tempat”.

Selain daripada al-Quran, sumber kedua yang menjadi sumber tamadun Islam ialah sunnah

atau hadis Nabi Muhammad SAW. As -Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah

SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup

baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul. Sumber ini diterima sebagai sumber yang

benar dan berautoriti dalam tamadun Islam. Sunnah bukan sekadar bertindak sebagai pentafsir dan

pengulas yang paling sahih walaupun kesahihannya mengambil tempat kedua selepas al-Quran,

malah dari sudut lain, adalah tidak mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu yang

sempurna tanpa bantuan dan penjelasan as-Sunnah. Walau bagaimanapun, haruslah diingat

bahawa Sunnah yang diterima sebagai sumber autoriti ini hanyalah sunnah yang sahih sahaja.

Sunnah dalam bentuk ini sahaja yang boleh diterima pakai sebagai sumber, sementara Sunnah

yang sebaliknya tidak diterima. Untuk mempastikan Sunnah yang sahih dan sebaliknya, para

ulama hadis telah berjaya membentuk satu ilmu khusus yang dikenali dengan ilmu Mustalah al-

Hadith. Hadis atau Sunnah menjadi sumber penting kerana ia bukan sahaja menggambarkan

keseluruhan agama Islam, namun turut memaparkan secara jelas kandungan al-Quran yang

menjadi pegangan umat Islam.

Selain daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai

pengukuh kepada penjanaan tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias,

Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang

berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks.

Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan

firman Allah dalam al-Quran dan hadith Nabi SAW. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan

al-Hadis yang mendorong manusia belajar dan menggunakan akalnya atau memperkembangkan

14
semangat intelektualisma. Contohnya, ialah ayat-ayat yang disudahi dengan ungkapan yang

bermaksud ‘Apakah kamu tidak menggunakan akal’, ‘Apakah kamu tidak berfikir’ dan lain-lain

lagi. Ayat-ayat ini mengandungi maksud supaya umat Islam menggunakan akal untuk memerhati

dan mempelajari alam sekeliling. Di samping itu, terdapat juga mekanisma lain yang

kewujudannya merupakan manifestasi kepada sumber-sumber ini seperti pembentukan

pentadbiran yang berkesan selari dengan ajaran Islam, monumen-monumen indah yang

melambangkan keagungan Islam dan ketinggian ilmu-ilmu Islam sehingga menjadi rujukan

kepada pembinaan tamadun lain. Tidak dinafikan juga keindahan seni Islam seperti seni kaligrafi,

seni bunyi, seni tampak dan sebagainya turut menarik perhatian dan minat masyarakat dunia.

Seterusnya, akal fikiran juga merupakan sumber penting dalam pembentukan tamadun

Islam kerana akal fikiran dapat membentuk dan melahirkan sesuatu perkara yang baru dan

menghasilkan tamadun. Tamadun yang dilahirkan oleh agama Islam adalah bersifat kualitatif.

Agama Islam tidak menganggap bahawa akal fikiran merupakan sumber yang mutlak tetapi

hanyalah salah satu sumber ke arah menentukan sama ada soal agama atau keduniaan. Umat Islam

dikehendaki menggunakan akal fikiran mereka dengan panduan dan petunjuk daripada Al-Quran

dan Sunnah. Manusia mempunyai akal fikiran dan berpotensi menggunakan akal untuk

meningkatkan diri, keluarga dan masyarakat dalam pelbagai aspek dan bidang

kehidupan.Penemuan demi penemuan direka cipta daripada penggunaan akal fikiran dengan

mengkaji, meneliti, menilai, merumus dan akhirnya mencipta.

Di samping itu, Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan tidak menolak segala

kebaikan yang dihasilkan oleh tamadun-tamadun lain. Elemen ini membolehkan tamadun Islam

berkembang tanpa sempadan masa dan geografi serta bertoleransi terhadap agama dan budaya lain.

Tamadun Islam telah berkembang ke luar dari Semenanjung Tanah Arab sampai ke Eropah, Alam

15
Melayu dan Tanah Besar Cina. Ketamadunan yang telah dicapai oleh bangsa-bangsa di luar

Semenanjung Tanah Arab ini tetap dipelihara oleh tamadun Islam, bahkan diperkembangkan lagi

melalui aktiviti penterjemahan, penyelidikan dan penambahbaikan dengan memasukkan unsur-

unsur Islam. Sebagai contohnya, ilmu astronomi, algebra dan perubatan daripada tamadun Yunani,

Cina dan India disesuaikan dengan ajaran Islam dan telah dikembangkan oleh para sarjana muslim.

Ringkasnya, semua bentuk pembangunan atau kemajuan dalam sesebuah masyarakat yang berteras

Tamadun Islam hendaklah dibentuk dalam acuan sumber-sumber tersebut.

16
KEUNIKAN TAMADUN ISLAM

Secara umumnya, tamadun Islam mempunyai banyak keunikan yang tersendiri berbeza dengan

tamadun-tamadun yang lain. Keunikan-keunikan ini telah menjadikan tamadun Islam berkembang

pesat dan maju di pelosok dunia. Antara faktor keunikan tamadun Islam termasuklah faktor agama,

peradaban, berpandukan al-Quran dan al-Sunnah, berorientasikan manusia, seimbang dan

bersepadu, bermatlamat, universal dan menyeluruh serta bersifat terbuka.

Tamadun Islam dikatakan unik kerana ia adalah adalah agama yang melahirkan tamadun.

Hal ini terbukti melalui kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab yang telah mencetuskan

sebuah tamadun yang unggul. Dengan ini telah lahirnya sesebuah tamadun yang akan membawa

kepada kemunculan sesuatu fahaman atau agama dan tidak ada satu tamadun pun yang boleh

dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama sebagaimana yang dimiliki oleh

tamadun Islam. Semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam.

Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil konsep mentauhidkan

Allah dalam semua perkara.

Selain itu, peradaban juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keunikan

tamadun Islam. Hal ini dapat dijelaskan apabila agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

s.a.w telah berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi. Dengan ajaran yang datang daripada

Allah s.w.t, Islam mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia.

Daripada peradaban itu, terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna tamadun Islam berkembang

maju dengan asas peradaban yang telah terbentuk. Tamadun Islam sememangnya berbeza dengan

tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan tamadun

tersebut.

17
Keunikan tamadun Islam yang seterusnya termasuklah tamadun Islam merupakan tamadun

yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam konteks ini, al-Quran dan al-Sunnah banyak

memberi dorongan kearah melahirkan insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut

sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan

menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif. Ini bermaksud tamadun Islam

adalah tamadun yang terbentuk berdasarkan panduan dan prinsip yang dibawa oleh nabi

Muhammad S.A.W sebagaimana yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Ajaran, bimbingan serta

panduan yang dibawa oleh Al-Quran dan Al-Sunnah menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun

yang unggul. Ianya bukan tamadun yang lahir daripada akal atau nafsu manusia. Justeru prinsip

dan dasar tamadun adalah bersifat tetap kerana penentu nilainya adalah al-Quran dan Sunnah Nabi.

Selain itu, tamadun Islam berorientasikan kemanusiaan juga merupakan salah satu

keunikan tamadun Islam. Fokus utama yang diterapkan dalam ketamadunan Islam adalah

pembinaan individu yang bersepadu dari segi roh, akal dan jasad yang akhirnya akan membentuk

keluarga, masyarakat dan negara yang sihat. Walaubagaimanapun nilai aspek-aspek luaran tidak

ditinggalkan malah juga dianggap penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia dan

memenuhi fitrah manusia yang inginkan keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang

digariskan oleh Islam.

Keunikan yang seterusnya termasuklah tamadun Islam merupakan tamadun yang seimbang

dan sepadu. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana Islam menghormati kecenderungan dan fitrah

manusia. Anjuran ini jelas apabila Islam bukan hanya menekankan kerohanian semata-semata

tetapi unsur kerohanian diambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan. Keseimbangan dan

kesepaduannya dapat dilihat dari sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan kebendaan, individu

dan masyarakat serta batas kebebasan individu.

18
Tidak lupa juga, tamadun Islam juga dikatakan unik kerana ia merupakan tamadun yang

bermatlamat. Matlamat asas adalah untuk membawa manusia mencapai kejayaan bukan hanya di

dunia tetapi lebih utama lagi di akhirat. Justeru itu, kemajuan dan pembangunan adalah

bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya setiap insan menyedari, menghayati dan

melaksanakan matlamat ini maka kita akan lihat hasilnya iaitu semakin tinggi tamadun itu dapat

diwujudkan maka manusianya akan semakin tunduk kepada Allah.

Sementelahan itu, keunikan tamadun Islam yang lain termasuklah tamadun Islam merupakan

tamadun yang universal, iaitu menyeluruh dan syumul, iaitu sempurna. Universal bermaksud ianya

tidak merujuk kepada mana-mana bangsa tertentu tetapi menjadi milik semua umat Islam tidak

kira dimana sahaja berada. Ianya dibangunkan oleh pelbagai bangsa dengan perbezaan bahasa.

Manakala syumulnya pula meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan peringkat

kehidupan serta lapangan hidup manusia, dahulu, kini dan selamanya.

Seterusnya, tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun juga antara satu

keunikan tamadun Islam. Ia bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang

berguna dari tamadun-tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan

unsur-usur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula

bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi.

Sifat terbuka ini menjadikan tamadun Islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin

kewujudannya sepanjang zaman.

19
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap peradaban dunia. Antara

sumbangan yang paling besar adalah dalam aspek keagamaan. Tamadun Islam lahir dari asas

agama iaitu agama Islam. Agama Islam membawa akidah yang bermaksud kepercayaan terhadap

Allah yang Maha Esa. Akidah telah membawa manusia kearah sikap yang lebih positif seperti

keikhlasan dan kejujuran. Selain itu, tamadun Islam juga menyumbang dalam aspek falsafah dan

pemikiran, matematik, astronomi dan ekonomi. Kemunculan tamadun Islam telah membawa

Eropah keluar dari Zaman Gelap dan memajukan kuasa Eropah menyebabkan kuasa ini menjadi

kuat.

Antara falsafah yang berpengaruh yang terdapat sebelum kemunculan tamadun Islam ialah

Falsafah Yunani yang dipelopori oleh Socates, Pluto, Aristotle dan lain-lain. Falsafah-falsafah ini

diasaskan berdasarkan kekuatan akal semata-mata tetapi falsafah Islam diasaskan berrdasarkan

kekuatan wahyu dan akal memperkukuhkan lagi falsafah tersebut. Hal ini menyebakan pengaruh

Islam dapat membebaskan pemikiran orang Eropah daripada belenggu pelbagai doktrin Kristian.

Antara tokoh-tokoh Islam dalam bidang falsafah dan pemikiran ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina

dan Imam al-Ghazali. Karya yang dapat memepengaruhi pemikiran orang Eropah ialah karya Hayy

Ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl. Karya tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan bahasa-

bahasa Eropah yang lain. Tulisan beliau dijadikan rujukan di Eropah dan kuat mempengaruhi

pemikiran Eropah sehingga tercetusnya Zaman Renaissance.

Dalam aspek matematik tamadun Islam dapat melahirkan ramai tokoh-tokoh matematik

seperti Al-Khawarizmi dan Al-Battani yang memberikan sumbangan terhadap intelektual dunia.

Al- Khawarizmi telah mengemukan asal usul angka. Antara karya beliau ialah Kitab al-Makhtasar

fi Hisab al Jabar wa al-Muqabalah yang memperkenalkan konsep Algebra. Karya-karya beliau

20
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin antaranya karya beliau dalam teori geometri dalam

matematik dan statistik yang diterjemahkan oleh Adelard dari Britain merupakan anak murid

beliau. Manakala dalam aspek astronomi tokoh islamnya ialah Abu Ma’syar dan Al-Biruni.

Astronomi dari sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang. Astronomi juga dikenali

sebagai ilmu Falak dan ilmu kaji bintang.

Sumbangan tamadun Islam dalam aspek ekonomi pula dikaitkan dengan perluasan kuasa

dalam pedangangan. Peluasan kuasa dan wilayah Islam membolehkan orang Islam menguasi

ekonomi khususnya pedagangan yang berkesan. Keselamatan laluan pedagang di kawasan Islam

dan kawasan naungannya diberi perhatian untuk membolehkan aktiviti ekonomi dan pedagangan

dijalankan dengan licin. Antara pusat-pusat ekonomi Islam yang penting ialah Aden, Siraf, Basrah,

Iskandariah dan Istanbul. Istanbul terletak diantara dunia timur dan barat telah menjadi pusat

aktiviti pedagangan pada zaman kerajaan uthmaniyah. Sejak abad ke-7M, pedagang islamtelahpu

berdagang ke India, China, dan Kepulaun Melayu di sebelah Timur. Manakala di sebelah barat,

pedagang Islam telah bedagang hingga ke Sepanyol, selatan Perancis dan selatan Gurun Sahara di

benua Afrika.

Perubatan Islam berasakan falsafah, konsep dan prinsip penyakit yang datang dari Allah

S.W.T dan Allah telah menyembuhkannya. Antara tokoh yang telah menyumbang dalam aspek

perubatan ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi yang merupakan ahli perubatan

pertama yang dapat membezakan antara penyakit cacar dan campak. Beliau telah membahagikan

ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), tanaman seperti sayur-sayuran dan hayat

(biological). Selain itu, tokoh Ibnu Sina telah banyak menyumbang dalam ilmu perubatan. Beliau

telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku dan menjelaskan penyakit yang menyebabkan

demam kuning. Beliau dikenali sebagai Avincenna di Barat. Pengaruh ilmu beliau luas sekali di

21
Eropah dalam karyanya al-Qanun fi al-Tibb dan al-Qanun dianggap ensklopidean perupadatan

yang paling besar sehingga hari ini. Sumbangan tamadun Islam dalam pembentukan tamadun

Islam tidak dapat dinafikan kerana tamadun Islam dapat dilihat di mana sahaja tanpa sempandan

geografi.

22
KESIMPULAN

Tugasan kerja kursus “Keistimewaan Tamadun Islam”. Tamadun Islam sangat dekat dengan kita

kerana Tamadun Melayu juga berasal dari Tamadun Islam. Jumlah umat Islam di seluruh dunia

hari ini sudah melebihi 1.5 billion orang. Umat Islam terdapat hampir semua tempat atau negara

di dunia terutama di timur tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Yaman. Terdapat banyak

lagi wilayah yang penduduknya majoriti umat Islam tetapi dikuasai bukan Islam seperti Kanada,

Filipina, China, Rusia dan negara-negara Eropah. Penganut Islam terdiri daripada pelbagai rupa

bangsa dan bertutur lebih daripada 60 bahasa. Tamadun Islam merupakan tamadun yang agung

dan telah memberikan sumbangan yang amat tinggi kepada masyarakat dunia. Tamadun Islam

berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Tamadun Islam ialah tamadun yang bersifat keagamaan

dan bermatlamatkan keredaan Allah SWT (Zaki et. al.,2012). Tamadun Islam berjaya

menghasilkan tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal seperti Ibnu Haitham, Al-Mas‟udi,Jabir Ibnu

Hayyan dan Al-Khawarizmi (Mohammad Fuad, 2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu

mempunyai kaitan yang rapat kerana Islam telah memberikan kurniaan Tuhan kepada Tamadun

Melayu iaitu agama. Agama Islam berjaya disebarkan ke Tanah Melayu pada masa dahulu kerana

penduduk setempat kagum dengan kesucian dan kebersihan agama Islam yang berpegang utuh

kepada al-Quran dan Sunnah. Selain itu, agama Islam telah menjadi pedoman hidup untuk umat-

umat Islam di Tamadun Melayu mencari kebenaran. Cara hidup dan kepercayaan penduduk-

penduduk dipengaruhi oleh agama Islam dengan cara yang baik. Pendek kata, Tamadun Islam dan

Tamadun Melayu yang saling berinteraksi memainkan peranan penting dalam perkembangan

negara Malaysia kita hari ini.

23
RUJUKAN

ABDULLAH, A. A. (2001). Kekuatan Tamadun Islam dan Asia. Utusan Online , 4.

Ahmad Yunus Kasim, M. J. (2004). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

AJANG, R. A. (2014, March 27). Tamadun Islam . Retrieved from Tamadun Islam Dan

Tamadun Asia: http://www.slideshare.net/reefearajang/titas-ab-2-tamadun-islam

Darusalam, G. (2006). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

EUW233. (2012, April 20). Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Retrieved from Tamadun Islam

dan Tamadun Asia : http://amnimarsya.blogspot.my/2012/04/keistemewaan-tamadun-

islam.html

Muammar, K. (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam. Jurnal Hadhari , 18.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, A. H. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS). Puchong,

Selangor : Penerbitan Multimedia SDN BHD .

Sidek, R. S. (2010). TAMADUN ISLAM DAN PENGUASAAN ILMU. Jurnal Usuluddin, 18.

Uzal. (2011, may 10). Tamadun Islam . Retrieved from Sumber Tamadun Islam:

http://cikgupoli.blogspot.my/2011/05/sumber-tamadun-islam.html

Silahhuddin, N. B. (2012, March Sunday ). Pengertian Tamadun Islam [KONSEP TAMADUN

ISLAM]. Retrieved from Pengertian Tamadun Islam [KONSEP TAMADUN ISLAM]:

http://amnimarsya.blogspot.my/2012/03/pengertian-tamadun-islam-konsep-tamadun.html

24
Abdullah, M. A. (2014, December 14). SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM

PEMBENTUKAN TAMADUN DUNIA DI PELBAGAI BIDANG. Retrieved from

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN TAMADUN DUNIA

DI PELBAGAI BIDANG: http://mohdasrulabdullah.blogspot.my/2014/12/sumbangan-

tamadun-islam-dalam.html

25
LAMPIRAN

Keratan akhbar yang digunakan sebagai rujukan tugasan ini:

Rencana
ARKIB : 04/05/2001

Kekuatan tamadun Islam dan Asia


Oleh: AMINI AMIR ABDULLAH

BARU-baru ini bertempat di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, telah dilangsungkan
seminar dua hari mengenai Kecemerlangan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Seminar itu telah
mengundang ramai peserta dari seluruh negara dan pakar-pakar mengenai pengajian ketamadunan
dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
Dalam perbincangannya mengenai Tamadun Melayu, Anwar Zainal Abidin dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganalisis realiti tamadun Melayu, menghuraikan cabaran
kontemporari dan masa depan tamadun itu. Pembentang ini telah memetik pendapat Ibn Khaldun
bahawa pencapaian tamadun dan peradaban manusia, perubahan dalam cara hidup, pembangunan
dan kemajuan yang tinggi haruslah dimulai dengan suatu perubahan dengan cara pemecahan
pemusatan kuasa dalam sistem politik.
Analisis pembentang mengenai istilah-istilah yang berkaitan dengan peradaban dan ketamadunan
seperti al-Hadarah, al-Umran, al-Madaniyyah dan al-Thaqafah diberikan rumusan bahawa yang
dimaksudkan dengan tamadun Melayu ialah sebahagian daripada tamadun Islam sebenarnya.
Perubahan sikap dan kuasa politik diperlukan oleh orang Melayu dalam sektor pembangunan
ekonomi. Banyak perkara yang diperlukan untuk memartabatkan penguasaan dan kepakaran dalam
berbagai bidang ilmu, profesional dan pendidikan. Orang Melayu dari segi sosial budaya dipuji
kerana mengisi ciri-ciri pengisian kebangkitan Islam.
Namun demikian, Anwar mempersoalkan hakikat bahawa apakah perlakuan zahiriah umat Melayu
adalah hasil daripada kesedaran, keyakinan dan berasaskan ilmu. Begitu juga dengan watak
lahiriah, apakah ia seiring dengan apa yang tersemat di sanubari dan merupakan manifestasi
tingkah laku.

26
Dr. Muhammad Sabri Haron dari UKM juga dengan kertas kerjanya bertajuk Tamadun Islam -
Perspektif Sejarah, Nilai dan Cabaran Masa Depan menegaskan bahawa Tamadun Islam adalah
tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang mencakupi kemajuan rohani dan
jasmani. Tamadun Islam mewujudkan keseimbangan dalam hubungan-hubungan manusia-Allah-
alam sekitar.
Beliau menyarankan agar kita belajar dan mengambil pengiktibaran daripada pemaparan sejarah
masyarakat lampau di dalam al-Quran mengenai akibat dan kesudahan menentang Allah dan para
Rasul-Nya. Oleh kerana Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan keagamaan, maka
Islam boleh menjadi teras kepada sebuah tamadun agung. Akidah tauhid menjadi paksi kepada
segenap aspek berkaitan dengan soal pembangunan ketamadunan. Menyentuh soal nilai dalam
Islam, beliau menyatakan bahawa nilai yang diiktiraf oleh Islam adalah nilai yang diredhai oleh
Allah s.w.t dan bukan berdasarkan pertimbangan mutlak manusia.
Beliau menggariskan lima cabaran masa depan tamadun umat Islam iaitu cabaran menghadapi
iblis dan sekutunya, cabaran tentang ilmu, jati diri dan akidah Islam, kefahaman mengenai hak dan
batil dan ancaman globalisasi.
Ustaz Azzam Hamzah dari UiTM pula membentangkan kertas kerjanya mengenai pengajaran mata
pelajaran Tamadun Islam kepada pelajar-pelajar bukan Islam UiTM. Antara tujuan utama
penawaran kursus ini ialah untuk menghilangkan salah faham, perasaan bimbang dan salah sangka
sebagai persiapan ke arah pembinaan masyarakat majmuk Malaysia yang harmoni.
Kebanyakan pelajar bukan Islam UiTM adalah terdiri daripada pribumi Semenanjung Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Di antara beberapa persepsi salah di kalangan pelajar ini ialah
bahawa Islam adalah agama orang Melayu/Arab, mereka tidak dibenarkan meneliti al-Quran dan
kurang bergaul dengan rakan-rakan Muslim yang lain.
Azzam mengakui bahawa sejak kursus ini diperkenalkan pada tahun 1983, ia mendatangkan
banyak kesan positif walaupun banyak aspek-aspek lain yang perlu diperbaiki terutamanya dari
sudut metodologi pengajaran dan pendekatan yang bersesuaian.
Azhar Mad Ros dari Universiti Malaya melihat beberapa aspek berkenaan dengan Tamadun Jepun.
Menurut beliau, tamadun Jepun banyak menerima pengaruh China dan Korea dalam pembinaan
tamadunnya. Tamadun Jepun berasaskan pandangan semesta, falsafah dan kosmologi serta konsep
agama dan ajaran Shinto, Buddha dan Konfusius yang memperkuatkan sistem kepercayaan diri
orang Jepun.
Tamadun Jepun yang juga dikenali sebagai Daughter of Chinese Civilization banyak meminjam
daripada budaya China dan diacukan dalam bentuk baru bersesuaian dengan budaya Jepun itu
sendiri, seperti dalam bidang tulisan, agama Buddha, falsafah Konfusius dan lain-lain lagi.
Menyentuh soal asal-usul falsafah dan pandangan semesta tamadun Jepun, Azhar telah berhujah
bahawa ia berasal daripada faktor latar belakang dan keperibadian orang Jepun sendiri dari
kelompok Ainu, persoalan metos dalam budaya Jepun dan kepercayaan kepada dewa-dewi dan
sifat dan sikap orang Jepun yang teliti dan tekun. Mereka mengadun dan menjepunisasikan semua

27
pengetahuan dan budaya-budaya asing terutamanya aspek-aspek budaya dan cara hidup Tang yang
berasal dari China.
Di dalam kertas kerjanya yang bertajuk Tamadun Cina: Signifikan di Dalam Pembentukan
Tamadun Dunia, Prof. Madya Obaidellah Mohamad membincangkan tiga persoalan pokok dalam
tamadun Cina yang berkaitan dengan ilmu tentang manusia, sifat-sifat naluri manusia dan
pandangan tentang nilai dan ilmu. Berdasarkan ajaran-ajaran Konfusius tentang ilmu manusia,
pembentang telah menganalisis beberapa ajaran Konfusius yang meletakkan manusia itu sebagai
titik tolak segala perubahan dan pemupukan diri manusia menuju kesempurnaan peribadi dan
ketinggian nilai kehidupan.
Perubahan-perubahan ini berkait rapat pula dengan ilmu pengetahuan, proses belajar dan berfikir.
Mengenai sifat-sifat semula jadi manusia, Obaidellah menghuraikan beberapa pemikiran tokoh-
tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu
boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat.
Beliau berpendapat bahawa pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran
Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan
tingkah laku. Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk
keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Antara
pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan
kejayaan.
Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman dari ISTAC telah mengutarakan sebuah kertas kerja konsepsual
mengenai pemupukan tamadun cemerlang. Kertas kerjanya yang bertajuk Pandangan Alam dan
Budaya Cemerlang telah membincangkan persoalan kualiti, penghuraian asas falsafah pandangan
alam Barat dan pandangan alam Islam. Beliau menyarankan agar pengertian kualiti yang selama
ini dilihat dari sudut atau sifat jasmani turut disertakan bersekali dengan pemahaman aspek ruhani
insan.
Bahkan aspek ruhani insan dalam perbincangan mengenai kualiti atau mutu harus dibincangkan
secara mendalam. Bagi beliau, sesuatu yang baik dan berkualiti itu harus diberikan kepada mereka
yang arif. Maknanya, hanya yang terbaik dapat melahirkan yang terbaik. Menyentuh soal falsafah
pandangan alam Barat, pembentang telah mengutarakan pandangan-pandangan Aristotle di dalam
bukunya Nicomachean Ethics yang menyentuh soal ilmu, akal dan intelek, gerak laku manusia,
tujuan-tujuan ilmu dan kehidupan serta kebaikan ruhani dan jasmani.
Pandangan alam orang Barat bertitik tolak daripada fahaman bahawa kaedah-kaedah saintifiklah
merupakan kaedah yang dapat menceritakan kebaikan alam. Fahaman ini mewarnai pemikiran
Barat tentang alam sepanjang sejarahnya hinggalah pada awal zaman kebangkitan semula Eropah
di mana penemuan-penemuan sains dan teknologi menundukkan kepercayaan-kepercayaan asasi
mengenai pandangan alam Kristian. Implikasinya, alam ruhani yang batin yang tidak dapat disukat
oleh kajian-kajian saintifik dinafikan hakikat dan kebenarannya. Sebenarnya, pada ketika inilah
bermulanya apa yang dikatakan sebagai era sekularisme.

28
Mengenai pandangan alam Islami pula, pembentang berpendapat bahawa pandangan alam Islami
menjurus kepada pemikiran secara akli mengenai hakikat dan kebenaran benda bernyawa dan tidak
bernyawa dan seterusnya melahirkan ilmu dalam jiwa manusia. Ilmu-ilmu ini ialah ilmu yang
merangkumi pengetahuan tentang alam ruhani dan jasmani yang memanifestasikan amal dan
menuruti perintah Allah dan menjauhi larangannya baik yang bersangkutan dengan dunia
mahupun yang akhirat.
Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya bertitik tolak daripada
kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia sebagai
pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan Tuhan dan
alam sekitar.
Pandangan alam semesta dan kosmologi turut menggarap perkembangan ketamadunan yang
berkualiti. Nilai-nilai falsafah bagi setiap tamadun ternyata banyak mencorakkan perjalanan
tamadun itu sendiri. Ilmu dan pengetahuan merupakan teras kepada tamadun dan sentiasa dikaji
dan diperkembangkan untuk memupuk tamadun sejati. Bagi tamadun Islam, addin yang
berpaksikan tauhid menjadi tunjang kekuatan tamadun itu sendiri.
* DR. AMINI AMIR ABDULLAH bertugas di Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia.

© Utusan Melayu (M) Bhd

29

Anda mungkin juga menyukai