Anda di halaman 1dari 76

 Islam adalah risalah Ilahi yg dibawa oleh semua Nabi dan

Rasul sejak Nabi Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad


S.A.W.
 Perkataan Islam tidak dikaitkan dengan nama individu dan

tempat tertentu, tetapi merujuk kepada sifat yang


terkandung didalam makna perkataan ‘Islam’ itu sendiri.
Yang bermaksud; tunduk, patuh, menyerah diri atau
sejahtera.
 Makna dari sudut istilah pula ialah; taat kepada Allah

S.W.T. Dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan


patuh kepada segala perintahNya.
 Salama – Yuslimu – Islaaman : berserah diri,
tunduk, patuh, taat.

 Salima – Yuslamu – Silman : damai.

 Salima – Yuslamu – Salaaman : selamat,


sejahtera.

 Salam – Yuslamu – Sulaaman : tangga menuju


ke atas, darjat yang atas
PERHAMBAAAN
KEPADA ALLAH

KESATUAN
AQIDAH

PERATURAN
HIDUP
(SYARIAT)
 Manifestasi pengertian ISLAM;
◦ Membawa manusia kepada suatu kesatuan
akidah, meletak perhambaan hanya kepada Allah
yang Maha Esa.
◦ Suatu peraturan hidup yang lengkap dan
sempurna kepada manusia dan seisi alam.
◦ Islam pelengkap kepada syariat Rasul terdahulu.
 Situasi selepas kewafatan Rasul-Rasul sebelum Nabi
Muhammad s.a.w. menyaksikan manusia kembali
menyeleweng dari jalan kebenaran.
 Atas kasih sayang Allah, maka Allah utuskan Nabi

Muhammad s.a.w untuk menegakkan keadilan dan


memulihkan sifat kemanusiaan yang rosak.
 Hal ini diakui oleh Denis Saurat seorang sarjana Anglo-

French dalam bukunya History of Religions (1934) bahawa;


“agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad merupakan
kelengkapan yang cukup untuk terus bertahan dalam zaman
moden ini; prinsip-prinsip yang dikemukakannya adalah
mudah dan munasabah”
Pandangan semesta Tamadun Islam terkandung di dalam al-Quran dan
al-Sunnah (Hadith Nabi Muhammad), tidak seperti tamadun yang
bersandarkan falsafah dan material.

1. Konsep Ketuhanan
Beriman kepada Allah yang Esa/Unggul-konsep Tauhid
Meyakini Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak alam ini.
. Tuhan merupakan perkara yang wajib diketahui dan diimani oleh semua
Muslim
Tuhan dalam Islam dinamakan Allah
Tuhan dalam Islam adalah Khaliq
Allah adalah Esa @Tauhid
2.Konsep kemanusiaan
Manusia dari perspektif Islam adalah makhluk mukallaf
iaitu makhluk yang dipertanggungjawabkan dengan
kewajipan dan amanah mentadbir alam. Dan
kemuliaan manusia disandarkan atas asas takwa
(tingkat kepercayaan kepada Allah yg tergambar di
dalam semua perilaku manusia Muslim), bukan dinilai
berdasarkan warna kulit, keturunan, pangkat, harta
dan lain-lain.
“Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku
derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan
yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu
menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang
kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan
(binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya,
Ia menyusun kejadianmu” (82:6-8).
 DARI MANA MANUSIA DATANG?

“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan manusia


dari air yang terasing dari tanah. Kemudian Kami
jadikan dia setitik mani ditempat ketetapan yang
terpelihara. Kemudian Kami jadikan mani itu
seketul darah, lalu Kami jadikan darah itu
segumpal daging. Kemudian daging itu Kami
jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu Kami liputi
dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia satu
kejadian yang lain sifatnya. Maha Suci Allah
sebagai Pencipta.” (Al-Mu’minuun: 12 – 14)
 MENGAPAKAH MANUSIA DIJADIKAN?
“Dan Aku tidak jadikan Jin dan Manusia itu
melainkan supaya mereka meng’abdikan diri
kepadaKu.” (Adz-Dzaariaat: 56)

 KEMANAKAH MANUSIA AKAN


DIKEMBALIKAN?
“Allah mencipta manusia dari permulaan,
kemudian mengembalikannya
(menghidupkannya) kembali, kemudian
kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” (Ar-
Ruum: 11)
 Tamadun Islam tidak berlaku atau terbina
melalui proses yg lazim spt tamadun-tamadun
lain (tekanan, ancaman luaran, asimilasi dan
lain-lain lagi) tetapi terbina di atas prinsip yang
luhur dan merangkumi matlamat yg jelas.
 Ia menekankan pencapaian hidup manusia di

dunia dan kesejahteraan di akhirat.


 Hubungan manusia dengan Allah
 Hubungan sesama manusia
 Hubungan manusia dengan alam

ALLAH

manusia Alam
 1. Hubungan manusia dgn Allah
◦ Melalui ibadat-ibadat dalam rukun Islam dan
rukun Iman

 2. Hubungan sesama manusia


◦ Muamalah seharian dalam semua aspek
kehidupan berlandaskan keadilan

3. Hubungan manusia dgn alam


◦ Membangunkan alam atas panduan tauhid
◦ Menggunakan alam untuk tujuan ibadat
kepada Allah
◦ Tidak memusnahkan alam tanpa alasan
Sumber tamadun Islam berbeza dengan
sumber tamadun lain yang bersifat
mutlak, tidak berubah, sesuai
sepanjang zaman dan keadaan iaitu;
 Al-Quran
 Hadis atau Sunnah
 Ijtihad
 Tamadun dan Budaya Lain
ISLAM ITU ADALAH TAMADUN

Aqidah

Islamic Worldview

Syariah Akhlak
1.AKIDAH/ KEPERCAYAAN/ IMAN

◦ Menurut Hassan al Banna; akidah adalah hal-


hal yang berhubung dengan kepercayaan dan
keyakinan di dalam hati sehingga jiwa dan hati
itu menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan
bimbang, bersih dan murni daripada segala
syak wasangka.
Terdapat Enam aspek kepercayaan
menurut al Quran;
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Rasul
4. Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada Hari Qiamat
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Implikasi Tauhid
• Terpelihara dan mantapnya
kesucian keluarga
• Terlaksana fungsi manusia sebagai
khalifah serta berdasarkan
ketentuan dan amanah Allah
• Terlaksananya syariat Allah dalam
semua urusan kehidupan
» Qutb: Petunjuk Sepanjang Jalan (1980)
 Secaraumum bermaksud undang-
undang, ketetapan dan aturan Allah s.w.t
untuk manusia bagi mengatur hubungan
manusia dengan Allah, sesama manusia
dan dengan alam untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan kehidupan
bahagia di akhirat.
• Di dalam al- Quran terdapat beberapa ayat yang
menyebut perkataan Syariah.1) Surah al-Maidah ayat 48

– Bagi tiap-tiap umat daripada kamu, Kami (Allah) berikan


kepadanya peraturan dan undang-undang serta cara hidup
yang lengkap. (Surah Al-Maidah: Ayat 48)
 Bersifat sempurna
 Lengkap dalam mengatur kehidupan manusia
 Bersifat bersepadu (holistik)
 Bersifat universal
 Matlamat perlaksanaan undang-undang Syariah ialah

mendapat keredhaan Allah


 Bersifat tetap dan tidak berubah hingga hari qiamat.
 Terdapat Lima Perkara Pokok Yang Mesti Dipelihara
Iaitu
(Al-Darurat al-Khamsu)

 Memelihara Agama (saranan agama dan larangan)


 Memelihara Jiwa (saranan agama dan larangan)
 Memelihara Akal (saranan agama dan larangan)
 Memelihara Keturunan (saranan agama dan larangan)
 Memelihara Harta (saranan agama dan larangan)
 Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, tetapi sikap rohaniah yang
memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah, terhadap diri
sendiri dan makhluk lain berdasarkan petunjuk syariat.

 Dari makna Bahasa Arab ialah; Budi pekerti, perangai, sikap,


tabiat , kata jamak (plural) dari perkataan khuluq.

 Imam al Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai; sifat yang


tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan
dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih
dahulu.
Akhlak Baik (Mahmudah)
 Terpuji dan baik ikut Islam
 Amanah, jujur, sabar, benar dan pemurah
 Menjamin keselamatan, keamanan, kebahagiaan dan
ketenangan

Akhlak Buruk (mazmumah)


 Bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah
 Sombong, dengki, dusta, bakhil
 Membawa kerosakan, perpecahan, pertelingkahan dalam
masyarakat.
 ‘Akhlak Rasulullah adalah al-Quran’ (hadis riwayat Aishah)
 ‘Siapakah orang mukmin yang paling baik imannya? Jawab

Rasulullah: Orang yang paling baik akhlaknya.


 ‘Org yang paling aku kasihi antara kamu dan yang paling

dekat kedudukannya dengan aku pada Hari Kiamat ialah


org yang paling baik akhlaknya’
 Akhlak ialah terjemahan iman seseorang
 Akhlak merupakan agama dan tamadun
 Implikasi:
◦ Akhlak yang baik menghasilkan al-falah
(kejayaan).
◦ Akhlak yang buruk akan meruntuhkan
tamadun
 Sesungguhnya, sesuatu bangsa itu akan kekal
selama akhlaknya kekal, apabila runtuh akhlaknya,
bangsa itu pun lenyap~ Syauqi Beq.
 Perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain
terletak dari segi tempat kelahiran; Tamadun Islam lahir di padang
pasir yang kontang manakala tamadun-tamadun lain lahir di
kawasan lembangan sungai.
 Peranan manusia sangat penting dalam Tamadun Islam; Nabi
Muhammad S.A.W. (Rasulullah) mengambil masa selama 23 tahun
membentuk personaliti Muslim yang unggul sebagai persediaan
untuk pembinaan tamadun yang lebih besar.
 Baginda telah menyampaikan ajaran Islam selama 13 tahun di
Makkah (antara tahun 610 Masihi hingga 622 Masihi) di mana
baginda telah mengislamkan orang-orang Arab Quraisyh walaupun
ramai yang menentang baginda.
 Kemudian baginda berhijrah ke Madinah dan menubuhkan
sebuah Kerajaan Islam yang pertama di kota itu. Sepanjang
hayat baginda memimpin Madinah antara tahun 622 hingga
632, baginda telah berjaya menyatupadukan kaum Muhajirin
dengan Ansar dan penduduk Madinah daripada kaum Aus
dan Khazraj yang dahulunya bertelagah.
 Baginda juga menggubal sebuah perlembagaan yang
mentadbir sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai keturunan.
 Model Kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda ini
menjadi acuan sistem pemerintahan yang ideal dalam
Tamadun Islam.
 Pengaruh Tamadun Islam telah tersebar luas di hampir
seantero Semenanjung Tanah Arab pada masa kewafatan
Rasulullah pada tahun 632 Masihi.
 Kemudiannya Tamadun Islam telah berjaya diperluaskan

ke wilayah-wilayah lain seluruh dunia meliputi Afrika Utara


dan sebahagian Eropah, China dan Asia Tenggara.
 Ini terbukti sewaktu era pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin

antara tahun 632 Masihi hingga 661 Masihi.


 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-
Khattab (634-644) Tamadun Islam telah berjaya
menumbangkan Empayar Parsi yang hasilnya dapat
dilihat dengan tersebarnya syiar Islam ke Iraq, Iran
dan Khurasan. Era tersebut juga menyaksikan
penyebaran Islam ke Syria, Palestin dan Mesir (yang
dahulunya dikuasai oleh Empayar Rom Timur).
 Seterusnya, pada zaman Khalifah Uthman Ibn Affan
(644-656), Islam telah berjaya diperluaskan ke
Armenia, Afghanistan dan Multan serta sebahagian
Afrika Utara, Sudan dan Cyprus.
 Tamadun Islam terus menyaksikan peluasan
wilayah yang aktif pada era Kerajaan
Umayyah di Damsyik (661-750), terutamanya
sewaktu pemerintahan Khalifah Al-Walid Bin
Abdul Malik, di mana Islam telah berjaya
menembusi kawasan-kawasan berikut:-
◦ Sindh (Pakistan) – oleh Muhammad Bin Al-Qasim.
◦ Transoxiana (Asia Tengah) – oleh Qutaibah Bin
Muslim.
◦ Andalus (Sepanyol) – Tariq Bin Ziyad dan Musa Bin
Nusair.
 Tamadun Islam berjaya merubah kehidupan primitif kepada suatu kehidupan yang
maju dan membangun.
 Suku bangsa yang sering berperang telah disatukan menjadi sebuah ummah
berdasarkan prinsip akidah, kebebasan dan keadilan.
 Zaman kemuncak kegemilangan Tamadun Islam dikatakan berlaku pada era
pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang menguasai politik dan pemerintahan
negara Islam antara tahun 750 hingga 1258.
 Sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (786-809) dan Khalifah Al-
Ma’mun (813-833), kegiatan intelektual berkembang pesat dengan penterjemahan
dan penulisan komentar ilmu pengetahuan asing khususnya Greek dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat.
 Khalifah Harun Al-Rasyid telah membina perpustakaan Baitul Hikmah dan Khalifah
Al-Ma’mun telah menitahkan penterjemahan besar-besaran buku-buku ilmiah
Greek ke Bahasa Arab.
 Bidang ilmu yang terlibat adalah seperti perubatan, astronomi,
matematik, kimia, falsafah dan lain-lain lagi. Ilmuan mashyur
termasuk Abu Nasr Al Farabi, Hunayn Ibn Ishak, Yahya bin Adi dan
lain-lain lagi menghasilkan karya ilmiah mereka pada waktu ini.
 Selain itu, waktu ini lahir tokoh falsafah, sains dan perubatan terkenal
iaitu Ibnu Sina (meninggal dunia 1037M), tokoh fizik dan matematik,
Ibn Haitham (meninggal dunia 1039M), tokoh falsafah dan tasawuf
terkenal al-Ghazali (meninggal dunia 1111M).
 Sumbangan tokoh-tokoh tersebut menjadi faktor kepada penyebaran
Tamadun Islam ke Eropah.
 Kegemilangan intelektual di dunia Islam hampir
terpadam akibat daripada serangan tentera-tentera
Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan ke atas
Baghdad pada tahun 1258.
 Perpustakaan Baitul Hikmah yang menjadi pusat
kegiatan intelektual tidak lagi digunakan selepas
pencerobohan ini.
 Khazanah-khazanah ilmiah telah dimusnahkan di
dalam pencerobohan tentera Mongol yang
menjatuhkan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
 Di Andalus (Sepanyol), Tamadun Islam berkembang selama hampir 8
abad (711-1492). Kerajaan Umayyah telah mengasaskan
pemerintahan mereka yang merdeka di Andalus bermula sejak 756
hingga 1031 dengan menjadikan Cordoba sebagai pusat pentadbiran.
Kerajaan Umayyah di Cordoba ini telah diasaskan oleh Amir Abdul
Rahman Al-Dakhil I.
 Amir Abdul Rahman Al-Dakhil I (756-788) adalah antara pemerintah

Kerajaan Umayyah yang amat dedikasi terhadap bidang ilmu di


Andalus. Pusat pengajian didirikan di Andalus termasuk di Seville,
Granada, Toledo, Valencia dan Cordova.
 Khalifah Al-Hakam II (961-976) pula telah membina sebuah

perpustakaan yang mengandungi lebih 600000 buah buku.


 Kerajaan Umayyah di Cordoba runtuh pada tahun 1031
setelah dilumpuhkan oleh serangan kaum Berber dari Afrika
Utara dan perang saudara yang berpanjangan. Andalus
kemudian diperintah oleh kerajaan-kerajaan kecil yang
lemah.
 Kerajaan Islam kecil terakhir yang wujud di Sepanyol adalah

Kerajaan Nasiriah (1230-1492) di Granada. Sultan


Muhammad XII, pemerintah Kerajaan Nasiriah yang
terakhir, telah menyerahkan Granada kepada tentera
Kristian Pakatan Castile-Aragon pada tahun 1492.
 Manakala Kerajaan Osmaniyah Turki yang diasaskan oleh Sultan
Osman Bin Ertughrul sekitar tahun 1300M telah mencapai kemuncak
apabila Sultan Muhammad al Fatih berjaya menguasai Constantinople
pada tahun 1453M. Kerajaan Osmaniyah ini melebarkan empayar
hingga ke Eropah Timur.
 Antara kawasan Eropah Timur yang dikuasai Osmaniyah termasuklah

Bosnia, Serbia, Kosova, Croatia, Bulgaria, Macedonia, Austria dan


Hungary.
 Kerajaan Osmaniyah meluaskan kekuasaan di seluruh:-

 Timur Laut Mediterranean - Kawasan Teluk Parsi


 Pesisir Laut Hitam
 Pesisir Laut Merah
 Seluruh wilayah Afrika Utara
 DiIndia, Islam bertapak kukuh dengan terbinanya Kerajaan
Ghaznawi (977-1186) yg diasaskan oleh Sabuktigin pd akhir
abad ke-10M.
 Selepas itu muncul kerajaan-kerajaan lain seperti Kerajaan

Ghori (abad ke-11-1215), Kesultanan Delhi (1206-1290),


Kerajaan Khilji (1290-1320), Kerajaan Tughlug (1320-1451),
Kerajaan Lodi (1451-1526) dan Kerajaan Moghul (1526-
1858).
 Kerajaan Moghul di India telah diasaskan oleh Zahiruddin Babar
setelah menewaskan Sultan Delhi Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat
tahun 1526.
 Kerajaan Moghul merupakan salah satu daripada tiga Empayar Islam
yang disebut ‘gunpowder empires’ atau empayar-empayar serbuk
letupan kerana angkatan tentera mereka mula menggunakan serbuk
letupan sebagai senjata utama dan bukan lagi senjata-senjata
tradisional semata-mata.
 Kerajaan Moghul mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-
17 kerana berjaya menguasai seluruh benua kecil India. Kemuncak
kegemilangannya adalah sewaktu pemerintahan Shah Jahan (1628-
1658) yang telah membina Taj Mahal.
 Kerajaan Moghul akhirnya runtuh pada tahun 1858 apabila
pemerintahnya yang terakhir iaitu Bahadur Shah Zafar disingkirkan
oleh British.
 Di akhir abad ke 18 Kerajaan Osmaniyah menjadi lemah dan
sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara
Afrika jatuh ke tangan Eropah.
 Kerajaan akhirnya runtuh selepas Sultan Abdel Mejid II

disingkirkan oleh The Young Turks pimpinan Mustafa Kamal


Ataturk pada tahun 1924 selepas 637 tahun berkuasa.
Mustafa kemudian menjadi Presiden Turki seumur hidup.
 Masyarakat Islam yang dijajah telah gagal mempertahankan

tamadun mereka dan mula diresapi ideologi sekular Barat


yang membawa kepada kemerosotan Tamadun Islam.
 Bersifat Rabbani
 Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
 Tidak membebankan
 Sempurna dan menyeluruh
 Seimbang rohani dan jasmani
 Sesuai sepanjang zaman
 Terbuka dan toleransi
RABBANI

equality
practical

Syumul
Islamic civilization

Easy and simple universal

TOLERANCE

Islam the ideal civilization


 Tamadun Islam tidak boleh dipisahkan dengan
kebendaan kerana ia bertunjangkan Tauhid atau
Aqidah Islam – Absolute Monotheism –
memperakui Keesaan Allah Ta’ala.
 Hubungan manusia dengan Allah Ta’ala adalah
yang paling penting, melebihi kepentingan
hubungan dengan manusia lain atau kebendaan.
 Manusia mesti mengamalkan syariat atau undang-
undang yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala.
 Dengan adanya nilai Rabbani ini maka Tamadun
Islam sarat dengan nilai-nilai kebaikan, keamanan
dan ketenangan.
 Tamadun Islam adalah tamadun yang
sempurna dan lengkap kerana mencakupi
seluruh aspek kehidupan manusia dengan
Allah, manusia dengan manusia dan manusia
dengan alam.
 Peraturan dan cara hidup Tamadun Islam

sesuai di mana-mana sahaja, dalam apa jua


keadaan dan sepanjang zaman.
 Tamadun Islam menekankan peranan akal
sebagai sesuatu yang membezakan manusia
dengan makhluk lain.
 Akal membolehkan manusia berfikir dan

memajukan kehidupan.
 Wahyu yang disampaikan oleh Tuhan

menyuruh manusia berfikir dan tiada


perselisihan antara akal dan wahyu kecuali
apabila nafsu menguasai diri.
 Allah Ta’ala telah memberikan keringanan
kepada manusia untuk menjalankan
kewajipannya dalam keadaan-keadaan
tertentu.
 Allah Ta’ala juga tidak membebankan

manusia dengan perkara-perkara yang tidak


mereka mampu.
 Islam adalah mudah untuk difahami kerana

semuanya telah diterangkan di dalam Al-


Qur’an dan Hadith serta ijtihad.
 Tamadun Islam mengutamakan
keseimbangan jasmani dan rohani – kejayaan
di dunia dan di akhirat.
 Tamadun Islam sentiasa fleksibel tanpa

mengabaikan prinsip asas Islam.


 Tamadun Islam mengamalkan keterbukaan
kerana boleh berinteraksi dengan tamadun-
tamadun lain selagi tidak melanggar batas-
batas syariat.
 Budaya dan adat-resam setempat masih

boleh diamalkan oleh orang Islam dan orang


bukan Islam diberikan kebebasan untuk
mengamalkan ajaran agama mereka.
 Sistem kepercayaan Islam adalah berasaskan
Tauhid atau Monotheism yang mutlak
(Keesaan Tuhan).
 Akidah Islam menyelamatkan manusia

daripada penyembahan berhala, animisme


dan tahyul di dalam Islam.
 Tamadun Islam telah berjaya merubah sosiobudaya
daripada kehidupan nomad dan primitif kepada
kehidupan yang lebih sistematik dan selesa
menerusi kehidupan bandar, sistem pengurusan
dan pemerintahan yang lebih tersusun.
 Islam memperakui persamaan taraf manusia
sebagai hamba kepada Tuhan dan manusia tidak
dibeza-bezakan mengikut kelas atau kasta.
 Semua orang Islam bersatu sebagai sebuah ummah
yang menganut Akidah iaitu menyembah Tuhan
yang satu.
 Sistem ekonomi Islam mempunyai hukum
dan peraturan yang khusus dalam soal
penggunaan dan pengagihan sumber,
pengeluaran dan pertukaran.
 Amalan riba’ dalam dalam jual beli atau

pertukaran barangan adalah diharamkan.


 Kegiatan ekonomi desa berubah kepada

kegiatan ekonomi dunia yang lebih terbuka.


 Sistem politik Islam menjadikan Al-Qur’an
sebagai perlembagaan.
 Mengutamakan konsep syura (perundingan)

dalam membuat dasar atau keputusan dalam


pemerintahan.
 Pemerintahan Khalifah yang menyatukan

bangsa dan wilayah yang terpisah.


 Tamadun Islam tidak mengamalkan fahaman

politik jumud yang mementingkan keturunan,


bangsa atau warna kulit.
 Ilmu bersumberkan wahyu (Al-Qur’an dan
Hadith) menjadi asas kepada ilmu
pengetahuan di dalam Tamadun Islam.
 Pemikiran falsafah yang rasional, sistematik

dan universal yang dipromosikan oleh


Tamadun Islam mengubah dogma yang
jumud dan tahyul.
 Jahada, Yajhadu, Juhdan/ Jahdan, Jihaadan:
bersungguh-sungguh menggunakan tenaga

 Bersungguh-sungguh yang termampu


mungkin mengumpulkan semua kekuatan
tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa,
fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit,
kekayaan, aset dan sebagainya)
 Jihad adalah usaha yang bersungguh-
sungguh.
 Bagi mencapai matlamat yang mulia dan

ideal.
 Memartabatkan Islam di bumi Allah.
 Serta mengharapkan ganjaran dan

keampunannya.
 Jihad Nafsu

 Jihad Ilmu/Pendidikan

 JihadMempertahankan
Kesucian Islam
 Menyucikan jiwa daripada syirik
(menyekutukan Allah) dan kegelapan.
 Ikhlaskan hati beribadah kerana Allah.
 Bersungguh-sungguh untuk mengamalkan

sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi sifat-


sifat yang buruk.
 Menjauhi hasutan iblis dan syaitan yang

sentiasa mendorong manusia untuk


melakukan kejahatan.
 Jihad yang agung (Jihad Al-Akbar)
memerlukan seseorang mendisiplinkan diri
bagi mengikuti tatacara Islam dan
membangunkan Tamadun Islam ke tahap
kegemilangan.
 Jihad juga bermaksud membanteras kejahilan

dan kemiskinan bagi mengembalikan semula


reputasi Islam di mata dunia.
 Jihad ilmu dan pendidikan bermaksud umat
Islam mesti komited dalam usaha
pembangunan ilmu dan pendidikan.
 Usaha harus ditumpukan bagi

memperkuatkan penyelidikan, penerokaan


dan bidang-bidang intellektual yang baharu.
 Al-Qur’an menyuruh manusia membaca dan

berfikir - Iqra’, Tatafakkarun, Ta’qilun.


 Manusia disuruh mengkaji dan menginsafi

kejadian alam dan manusia.


 Apabila tanahair orang Islam diceroboh oleh
musuh-musuh Islam, orang-orang Islam berhak
untuk berusaha mempertahankan keimanan dan
maruah mereka daripada dicabuli.
 Contohnya, rakyat Palestin berusaha dengan gigih
melalui diplomasi dan perjuangan intifada
menentang pencerobohan zionis Israel yang telah
dilakukan sejak tahun 1948.
 Israel telah membunuh lelaki serta mendera kanak-
kanak dan memusnahkan rumah-rumah kediaman
orang-orang Palestin.
 https://youtu.be/oodRlHfCdck

 https://youtu.be/2Kd3TCQ3cdw

Anda mungkin juga menyukai