Anda di halaman 1dari 28

BAB 1

KONSEP TAMADUN ISLAM


 Apakah yang anda faham tentang Tamadun?
 Sebutkan tamadun-tamadun yang pernah
wujud.
TERMINOLOGI TAMADUN ISLAM
 Pengertian tamadun dan peradaban Islam punyai
kaitan dari aspek bahasa dan istilah
 Tamadun – berasal dr perkataan Arab =
‘maddana’ – perbuatan membuka
bandar/kota/perbuatan memperhalus budi
pekerti.
 Dari maddana lahir – ‘madani’ = sifat sesuatu
yang berkaitan dgn pembangunan perbandaran
dan kehalusan budi pekerti
 Perkataan maddana & madani berasal drpd ‘din’
= agama – menggambarkan kehidupan beragama.
 Kamus Dewan
 Tamadun - keadaan manusia yang dicirikan oleh
taraf pemikiran yang tinggi
 Peradaban – keadaan serta tingkat kemajuan pada
kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau
masyarakat
 Ibn Khaldun – sarjana Islam 1 membahaskan
konsep tamadun. Kitabnya – al-Muqadimah
 Hadarah = perbuatan duduk di bandar, lawan
kepada badawah.
 Umran – pembangunan. Perkataan ini digunakan
untuk menerangkan sifat2 fizikal tamadun –
kawasan tanah yang didiami secara tetap dan aspek
pembangunan yang wujud

 Muhamad Abduh – menggunakan istilah


‘Madaniyah’ (asal perakataan Madinah) =
bandar/kota
 Jurji Zaidan – menggunakan istilah ‘tamadun’ dlm
bukunya ‘Tarikh al-Tamaddun al-Islami’
Bahasa Inggeris

 Civilization = kemajuan dalam tingkat penghidupan manusia yang


meliputi aspek pemikiran dan kebendaan, contohnya ialah tamadun di
Lembah Indus, India dan sebagainya (kamus dwibahasa)
 S. Khuda Bukhsh (Contributions to the History of Islamic Civilization),
civilization berasal daripada kata civic = kehidupan kota. Maka dengan
itu civilization:
“pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup di kota.”
 Sebelum penggunaan istilah civilization - renaissance (kebangkitan)
dan culture (kebudayaan) pernah digunakan.
 Gordon Childe
“Suatu proses evolusi perbandaran yg memberi penekanan kepada
pencapaian material”
 E.B Taylor
“ Pencapaian manusia dlm pengetahuan, kepercayaan, seni moral,
undang2, adat dan keupayaan serta tabiat2 lain yg didapati oleh
manusia”
 Hadarah, peradaban, civilization menekankan
penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan
kebendaan.
 Kemajuan bermula di bandar - bidang agama, politik,
ekonomi, pendidikan, pentadbiran dsb.

 Tamadun Islam bolehlah diertikan:

“Pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan


kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk seni bina,
ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-
undang dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah,
syariah dan akhlak bersumberkan al-Quran dan al-
Sunnah”
ASAS TAMADUN ISLAM
 AKIDAH
 SYARIAH
 AKHLAK
 ILMU
AKIDAH
 Kepercayaan yang membentuk iman
(kepercayaan terhadap rukun iman)
 Keyakinan terhadap Allah memberi kesan

dalam kehidupan manusia seperti di zaman


Rasulullah dlm pelbagai aspek.
 Akidah yg mantap membentuk sistem nilai yg

menjadi asas ketamadunan


 Al-Faruqi – “tauhidlah yg memberikan acuan,

jatidiri dan ciri kepada tamadun Islam”


SYARIAH
 Himpunan peraturan dan perundangan
mencakupi pelbagai aspek kehidupan dan
melibatkan hubungan manusia dgn Allah,
sesama manusia dan alam.
 Setiap pencapaian dalam pelbagai bidang

berpandukan syariah yg bersumberkan al-


Quran dan al-Sunnah.
 Matlamat utama syariah – memelihara agama,

nyawa, keturunan, akal dan harta.


AKHLAK
 Imam Ghazali – akhlak = sifat tertanam dalam

jiwa yang dengannya lahir perbuatan hasil


daripada pancaran hati dalamannya”
 Nilai baik yang membentuk akhlak mulia tidak

ditentukan oleh akal tetapi oleh wahyu dan


sunnah nabi.
 Akhlak Islam berperanan membentuk tamadun

yang utuh sejajar dengan tanggungjawab


manusia sebagai khalifah
 Tamadun yang diredhai Allah adalah tamadun

yang dibina oleh manusia yang berakhlak mulia


ILMU
 Islam menekankan ilmu pengetahuan dlm

memenuhi keperluan spiritual dan fizikal /


material
 Kejayaan tamadun Islam kerana penghayatan

umatnya terhadap budaya ilmu.


 Ilmu Islam tidak terbatas untuk keagamaan

tetapi juga untuk kegiatan keduniaan.


 Penekanan Islam terhadap ilmu

membangkitkan kesedaran pentingnya


membina tamadun berasaskan ilmu
SUMBER TAMADUN ISLAM

 Al-Quran
 Al-Hadith
 Ijtihad
 Tamadun asing
Al-Quran
 Menjadi garis panduan dlm pembinaan

tamadun.
 Sumber penentuan nilai2 dlm tamadun spt

nilai iman dan kufur, makruf dan mungkar


dsb.
 Aspek kemasyarakatan menekankan

hubungan baik sesama manusia


 Antara cetusan membina tamadun gesaan al-

Quran agar manusia melakukan penelitian dan


penyelidikan terhadap alam dan rahsianya
Al-Hadith
 Kejayaan Rasulullah membina tamadun

Islam / sebuah kerajaan Islam di Madinah


 Kejayaan baginda:
 Pelaksanaan Syura
 Menegakkan keadilan
 Menyebarkan Islam
 Mewujudkan keamanan
 Mewujudkan hubungan baik di kalangan
masyakarat
 Menekankan ilmu pengetahuan dan pendidikan
 Mengadakan hubungan dengan kerajaan luar
Ijtihad
 Iaitu usaha/kretiviti/inovasi ilmuan Islam dan

pemikir Islam dalam menangani keperluan


umat Islam dengan menentukan hukum bagi
persoalan yang tiada hukumnya dalam al-
Quran dan al-Sunnah .
 Dalam beberapa perkara al-Quran dan al-

Sunnah menggariskan prinsip dan dasar


umum.
 Aspek politik misalnya di zaman khulafa’ al-

rasyidin – pelbagai kaedah pelantikan


pemimpin. Di zaman ini kaedah pilihanraya.
Tamadun Asing
 Islam tidak menolak sumber yang datang

daripada tamadun lain selagi tidak bercanggah


dengan nilai-nilai Islam.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
 Matlamat utama – mengangkat Islam sebagai
al-Din = satu cara hidup yang lengkap dan
komprehensif
 Melaksanakan seluruh ajaran Islam dalam
pelbagai aspek bermakna membangunkan
tamadun/peradaban Islam.
 Matlamat khusus – menjalinkan hubungan:
 Manusia dengan Allah s.w.
 Manusia sesama manusia
 Manusia dengan alam semesta
Memelihara hubungan manusia dengan Allah s.w.t
 Matlamat utama yang perlu dituju dalam kehidupan
 Kesan hubungan yang erat dengan Allah akan melahirkan kesan
murni kepada manusia sama sesama manusia atau dengan alam.

‫ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚ‬
‫ﮛﮜﮝ‬

Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu,


isteri-isterimu, kaum keluargamu dan harta benda yang kamu
usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbangkan akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-
Nya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya; kerana Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (al-Taubah:24).
 Implikasi hubungan manusia dengan Allah
s.w.t:
 Mengiktiraf hanya Allah satunya Tuhan yang
disembah, sumber nilai, hukum ilmu, hidayah,
tempat bergantung dsb.
 Bersyukur di atas nikamat kurniaan Allah s.w.t dan
mengagungkannya
 Menyedari tanggungjawab terhadap Allah dan
melaksanakan segala perintahNya.
Memelihara hubungan sesama manusia
 Umat Islam dibina atas aqidah Islam bukan berasaskan

kesukuan, sempadan geografi, politik, bangsa dsb.


 Kemuliaan seseorang diukur berdasarkan ketakwaan

terhadap Allah s.w.t. (surah al-Hujurat: 13)


 Sabda Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya:

 “Orang mukmin dengan mukmin lain adalah seumpama satu


bangunan, bangunan yang satu menguatkan bahagian yang
lain”
 Perbezaan dan kepelbagaian warna kulit, bangsa dan
bahasa – tanda kekuasaan Allah dan untuk saling
mengenali bukan untuk bermusuhan atau berbangga.
 Islam mewajibkan umatnya berlaku adil terhadap
sesama Islam dan bukan Islam bagi mewujudkan
keharmonian.
Memelihara Hubungan Manusia dengan Alam
 Manusia dicipta oleh Allah sebagai pemakmur bumi dan alam demi kepentingan
manusia
 Manusia dipertanggungjawabkan untuk memanfaatkan alam secara hemah dan
berpandukan syariah.
‫ﯻﯼﯽﯾﯿﰀ‬
“Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu
pemakmurnya”(Hud: 61)

 Manusia diperintah supaya mengkaji alam bagi mengetahui kewujudan Allah


disebalik kejadian alam.

‫ﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔ‬

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-oang yang berakal”(ali-
Imran:190)

 ‫ﯺ‬
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
 Rabbaniyah
 Universal
 Menyeluruh (Syumul)
 Ideal dan realistik
 Tetap dan anjal
 Sepadu dan seimbang
 Akhlaqiyah
 Insaniyah
 Tasamuh (saling memahami)
 Tanawwu’ (beraneka ragam)
 Takamul (saling melengkapi)
Rabbaniyah

 Sumber utama tamadun Islam sumber naqli


(wahyu/al-Quran)

Universal
 Dimiliki oleh sesiapa, tidak dipunyai oleh satu-satu

bangsa
 Tamadun Islam turut dibangunkan oleh bangsa lain

berdasarkan sumber yang sama dan berkongsi nilai


walaupun berbeza budaya dan tradisi seperti di
Sepanyol, Turki, Nusantara dsb.
 Tamadun Barat – bangsa dianggap sebagai asasnya
Menyeluruh
 Islam merangkumi seluruh kehidupan manusia,
menyeru keadilan kepada semua manusia tanpa
mengira agama, meliputi semua tempat dan zaman
tanpa batas geografi.
 Islam terbuka kepada bentuk tamadun lain selagi
tidak bertentan dengan syarak

Ideal dan Realistik


 Islam meletakkan manusia di tingkat
kesempurnaan apabila seluruh kegiatan manusia
menurut ajaran Allah.
 Realistik - alam sejagat merupakan hakikat nyata
menunjukkan kewujudan Allah
Tetap dan anjal
 Tetap dari segi tujuan dan matlamat pembinaan

tamadun
 Anjal – memberi kebebasan dari sudut cara dan

teknik pelaksanannya untuk merealisasikan


tamadun.

Sepadu dan Seimbang


 Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan

atas dasar sepadu dan seimbang – setiap bahagian


saling berkaitan Kepatuhan terhadap ajaran Islam
hanya pada satu bahagian sahaja.
 Seimbang – seimbang antara dua keadaan –

kerohanian dan kebendaan.


Akhlaqiyah
 Tamadun Islam menekankan pemupukan nilai

akhlak.

Insaniyah (nilai kemanusiaan)


 Islam mementingkan pemeliharaan kehormatan dan
keturunan

Tasamuh (saling memahami)


 Bersedia untuk memberi dan menerima idea dan
pandangan asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Cth. Golongan bukan Islam memberi sumbangan
tamadun di zaman kemuncak Abbasiyyah.
Tanawwu’(beraneka ragam)
 Wujudnya kepelbagaian dalam kesatuan – penyumbang

kepada tamadun Islam adalah pelbagai - bangsa,


keturunan, adat dsb namun dasar dan prinsipnya tetap
satu – keredhaan Allah.

Takamul (saling melengkapi)


 Menerima mana2 unsur / sumber luar @ asing yang

positif. Misalnya Ibn Sina turut mempelajari kaedah


perubatan Yunani, Mesir dll.

Wasatiyah (sederhana)
 Tamadun Islam adalah bersifat adil dan sederhana –

persoalan dunia dan akhirat, aqli dan naqli, individu dan


masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai