Anda di halaman 1dari 6

3.

Bagaimanakah anda menghubungkan antara tamadun


dan addin serta perjanjian azali
Tamadun mempunyai banyak makna antaranya ialah dikaitkan dengan
konsep pembangunan, perubahan, kemajuan, dan peradaban yang dicapai
oleh sesuatu bangsa atau kaum didunia. Di samping itu, perkataan tamadun
ini juga melahirkan beberapa perkataanlain yang menjelaskan lagi
kandungan maksud yang diungkapkan seperti madinah(bandar) dan
madani(keselesaan hidup dan ketinggian budi).Dalam konteks ini
Madinah beerti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun sendiri
memberi erti civilization. Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai
sejarah ketamadunan yang gemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan
pencetus kepada ketamadunan dunia.Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W.
dikaitkan dengan kemunculan tamadun dunia yangmerubah kehidupan
masyarakat jahiliyah. Beberapa tokoh islam memberi definisi tersendiri
berkaitan dengan tamadun. Profesor Syed Naquib Al-attas telah
mendefinisikan tamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang
telah mencapai tahapkehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan
yang luhur bagi seluruhmasyarakat . Pada pandangan beliau, tatasusila
ataupun tingkah laku merupakan symbol kepada sesebuah tamadun.
Sebagai contoh, kedatangan islam telah menghapuskan segala amalan
jahiliyah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak dan
sebagainya.
Ad-din pula bermaksud Dain / Qardh bermakna hutang. Dalam hal
ini ia berkait rapat dengan kewujudan manusia yang merupakan suatu
hutang yang perlu dibayar (Surah Al-Baqarah ayat 245). Manusia yang
berasal dari tiada kemudian dicipta dan dihidupkan lalu diberi berbagai
nikmat yang tidak terhingga. Sebagai peminjam, manusia sebenarnya tidak
memiliki apa-apa, akan tetapi Pemilik sebenar adalah Allah S.W.T, manusia
hanyalah diamanahkan untuk dipergunakan dalam ibadah. Oleh kerana tidak
memiliki apa-apa, manusia tidak dapat membayar hutangnya maka satusatunya jalan untuk membalas budi adalah dengan beribadah, dan menjadi
hamba Allah yang mana adalah tujuan daripada penciptaan manusia.
Perjanjian azali pula merupakan perjanjian yang dibuat antara roh
dan Allah yang mana manusia itu masih berada di alam roh lagi telah
mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk
mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Tamadun , ad-din dan perjanjian
azali mempunyai berkait rapat kerana ad-din yang mana bererti hutang
dengan Allah yang mana manusia hanya mampu membayar hutang dengan
Allah dengan mengabdikan diri kepada allah yang mana adalah tujuan
daripada penciptaan manusia. Jadi dengan wujudnya tamadun yang
bermaksud perubahan ke arah kebaikan manusia dapat mengubah diri

dengan mengamalakan amar maruf nahi mungkar dan mengabdikan diri


sepenuhnya kepada Allah. Ini kerana manusia sudah membuat perjanjian
azali iaitu perjanjian dengan Allah semasa manusia masih di alam roh yang
mana mengakui ketuhanan Allah. Jadi ketiga-tiga ini berkait rapat untuk
manusia mengabdikan diri kepada allah dan dapat menjadi hamba Allah
yang taat pada perintah Allah. Kesimpulannya, manusia dapat menunaikan
janji yang dibuat dengan Allah dengan melaksanakan amar maruh nahi
mungkar dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

4. Definisi tamadun oleh tokoh Islam dan Barat.


Definisi
Tokoh Islam
1. Ibn Khaldun
Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur
dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi,
politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik,
algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.
2. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari
istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan
beragama.
Tokoh Barat
1. Arnold Toynbee
Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai
manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab
dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan
agama.
2. Dr. Haas dan Lecky
Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan
tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.
Unsur persamaan dan perbezaan antara tamadun Islam dan
tamadun Barat.

Persamaan
1. Kekeluargaan - semua tamadun menekankan pembinaan nilai &
etika yang baik. Ianya penting dalam sebuah masyarakat yang
bertamadun.
2. Agama (Teologi) semua agama menekankan konsep ketuhanan.
3. Pendidikan - semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan
untuk membentuk peribadi seseorang individu. Oleh itu, tugas
menyampaikan ilmu merupakan tanggungjawab yang mulia.

Perbezaan

TAMADUN ISLAM
Mengaitkan kota atau
bandar sebagai tempat
bermulanya tamadun.

PERBEZAAN
Kehidupan

Islam menekankan
aspek keadilan dalam
kehidupan. Islam juga
menekankan
persamaan taraf antara
sesama manusia.

Organisasi sosial

Proses penyebaran
Islam yang mampu
memberi kesan
terhadap perubahan
kearah lebih baik dalam
kehidupan manusia
boleh dipercepatkan.
Mempercayai Allah
S.W.T yang maha Esa
dan Nabi Muhammad
S.A.W sebagai rasul

Sistem tulisan

Agama dan
kepercayaan

TAMADUN BARAT
Hidup menetap
membawa kepada
kelahiran bandar dan
seterusnya negara.
Lahir apabila manusia
hidup bermasyarakat
untuk saling
melengkapi. Mereka
terpaksa bergantung
diantara satu sama lain
bagi memenuhi
keperluan hidup.
Dicipta dalam
memenuhi keperluan
kehidupan. Contohnya,
merekodkan sesuatu
menggunakan simbolsimbol yang tertentu.
Terdapat pelbagai jenis
kepercayaan.
Contohnya, poltisme
(percaya banyak tuhan)

utusan-Nya merupakan
akidah yang benar.
Mencakupi seluruh
kehidupan. Bersifat
flexible dan tidak
rigid.

Kedudukan agama

Segala bentuk
pembangunan berkait
rapat dengan
kerohanian.
Islam menolak konsep
matlamat
menghalalkan cara
walaupun
mementingkan aspek
kemajuan.

Konsep kesepaduan &


pengawalan

Menjalankan tugas
dengan baik
merupakan suatu
kewajipan bagi setiap
individu. Masingmasing bebas memilih
peranan sebagai
anggota masyarakat
dan berlaku mobiliti
sosial.
Terdapat ramai tokoh
intelektual dari
kalangan umat islam.
Aspek-aspek akhlak
juga tidak pernah
diabaikan.

Pengkhususan
pekerjaan

Konsep kemajuan

Sains dan teknologi

dan unsur-unsur alam


disembah bagi
mengelak malapetaka.
Agama adalah
sebahagian daripada
kebudayaan. Agama
dicorak oleh
pembaharuan.
Melihat perkara
keduniaan hanya untuk
kehidupan dunia
semata-mata.
Berpegang kepada
konsep matlamat
menghalalkan cara.
Segala kemajuan
mementingkan
keuntungan sematamata.
Melambangkan
pekerjaan yang khusus
dalam suatu
masyarakat yang
bertamadun. Pekerjaan
mereka dibahagikan
mengikut kategori
seperti artisan, petani,
tentera dan hamba.
Menjadi ukuran dalam
menentukan bangsabangsa yang
bertamadun sebagai
contoh & tamadun
Mesir yang terkenal
dengan teknologi
pembinaan & tamadun
Mesopotamia dalam
bidang astronomi dan
pembinaan terusan.

SOALAN PERBINCANGAN
Bagaimanakah anda dapat mengaitkan tentang asal usul manusia
dengan tamadun?

Terdapat 3 kejadian da nasal usul manusia menurut Islam iaitu proses


penciptaan Adam, manusia yang diciptakan daripada segala sesuatu yang
berpasang-pasangan dan proses kejadian seluruh umat keturunan Nabi
Adam dan Siti Hawa (kecuali Nabi Isa a.s.)
Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi
Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang
pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah
pada tahun 622M.

Apakah tujuan sebenar manusia membina tamadun?


Secara umumnya, matlamat utama tamadun Islam ialah untuk
memartabatkan Islam sebagai Ad-Deen iaitu satu cara hidup yang
lengkap dan komprehensif. Sementara itu, matlamat khusus tamadun
Islam adalah untuk menjalinkan tiga hubungan iaitu manusia dengan
Allah swt (Hablumminallah), hubungan manusia dengan manusia

(Hablumminannas) serta hubungan manusia dengan alam.


Bagi tamadun barat pula, mereka lebih mementingkan untuk
menyebarkan ideology, bangsa dan agama mereka. As we all know,
ideology yang digunakan mereka ialah Gold gospel glory.
-

Apa kaitan kecemerlangan yang dicapai oleh manusia lampau


dengan perjalanan manusia ini?
Kecemerlangan yang dicapai oleh manusia lampau membantu
generasi modenisasi ini untuk membina dan mereka sesuatu dengan
lebih luas dan informatif. Kecemerlangan yang dicapai juga membantu
manuasia mengenal pencipta dengan cara memanfaatkan teknologi
dan pengetahuan ahli ahli sains dan ilmuwan islam. Selain itu,
kecemerlangan yang diperoleh dapat membantu dalam perlaksanaan
syariat, memenuhi keperluan material serta membantu
memartabatkan bangsa dan negara.

Apa peranan para nabi dalam membina tamadun? Untuk apa?


Nabi adalah orang yang mendapatkan wahyu namun tidak
diperintahkan untuk menyampaikan sedangkan Rasul adalah orang
yang mendapatkan wahyu dalam syariat dan diperintahkan untuk
menyampaikannnya. Dalam membina tamadun, nabi berperanan
untuk menegakkan dan menyebarkan ajaran Allah swt. Seperti yang
kita tahu Rasulullah saw diperintahkan untuk menyebarkan agama
Islam. Pada umunya, bangsa Arab pada zaman Nabi Muhammad tidak
memeluk agama tertentu kecuali menyembah berhala tetapi ada juga
sejumlah penduduk kecil di Mekkah yang memeluk agama Yahudi dan
Nasrani. Disini bermulalah tamadun Islam.

Apa kaitan asal usul manusia, tamadun dan kekuasaan Allah?


Manusia diciptakan untuk mengesakan dan mengabdikan diri kepada
Allah swt. Manusia membina tamadun bagi menjalinkan hubungan
manusia dengan Allah swt supaya dapat membentuk satu organisasi
yang hidup berlandaskan ad-Din.

Anda mungkin juga menyukai