Anda di halaman 1dari 7

FAKTOR PERKEMBANGAN

ISLAM DI ALAM MELAYU


Keistimewaan Peranan
Islam Pendakwah

Faktor
Pemerintah dan Perkembangan Perdagangan
pembesar Islam di Alam
Melayu

Politik dan Perkahwinan


Penaklukan
1. Keistimewaan Islam
 Penduduk Alam Melayu mudah menerima Islam
kerana keistimewaan Islam:
 Islam menekankan konsep ketuhanan yg lebih mudah
dari ajaran sebelumnya
 Islam sebagai ajaran yang mudah difahami dan
dilaksanakan seperti pelaksanaan ibadah
 Islam mengutamakan persamaan hak dan
persaudaraan serta menolak konsep kasta
 Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan
merangkumi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
 Menekankan tuntutan jasmani dan rohani
2. Peranan Pendakwah

Terdapat golongan pendakwah yang berperanan


menyebarkan Islam sebagai melaksanakan tuntutan Islam
Di antara pendakwah Islam dari Arab seperti Syeikh Ismail
yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke Samudera, Sayyid
Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang
mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani,
seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja Kedah
dan sebagainya.
Peranan ahli-ahli Sufi dalam penyebaran Islam di
Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo'
yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.
3. Peranan Para pedagang

Terdapatlah para pedagang yang juga berperanan


sebagai pendakwah.
Pelabuhan-pelabuhan penting seperti Melaka, Perlak,
Aceh, Sulu dan Mindanao adalah lokasi tumpuan para
pedagang islam dan menjadikan tempat tersebut sbg
tempat aktiviti ekonomi dan penyebaran ajaran Islam.
Catatan Marco Polo (1292M) – Islam tersebar di Perlak
oleh pedagang Islam yang berniaga sambil berdakwah.
Kesan Perang Salib (1097-1292), pedagang-pedagang
Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk
menyiarkan Islam.
4. Faktor Perkahwinan
 Terdapat golongan sufi dan pedagang yang mengahwini
penduduk tempatan termasuk puteri-puteri raja dan
anak pembesar
 Berlaku perkahwinan di antara raja dengan puteri raja
dari negeri lain yang ditakluki seperti Parameswara
(Raja Melaka) berkahwin dengan puteri raja Pasai.

5. Faktor Penaklukan
 Perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka ke atas Johor,
Pahang, Terengganu, Kampar, Inderagiri, Siak dsb turut
menyebarkan Islam ke daerah tersebut
 Ulama’-ulama’ turut dihantar ke wilayah tersebut untuk
mengajar ilmu Islam.
6. Pemerintah dan Pembesar
 Ketaatan yang tinggi terhadap raja yang sudah
tertanam dijiwa orang2 Melayu memudahkan Islam
tersebar. Apabila pemerintah / raja dan pembesar
masuk Islam maka rakyat dengan mudah akan
mengikut.

Anda mungkin juga menyukai