Anda di halaman 1dari 28

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

1.0 PENGENALAN

a) Pengertian tamadun Islam dari segi istilah:

Ali Mohammad, 2009 dalam jurnal ilmiahnya Ciri-ciri Tamadun Islam menjelaskan tamadun
sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran
dari segi pemikiran dan kebendaan.

Kamus Dewan (1997) mendefinisikan tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran (sosial, politik,
budaya dan lain-lain) yang tinggi.

Sesetengah sarjana berpendapat Ibnu Khladunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah


‘tamadun’ yang diambil daripada Bahasa Arab (Wan Abdul Rahman et. al 2001). Perkataan
tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak
menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab.

b) Pengertian tamadun Islam dari segi bahasa:

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban.
Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani)

Dari sudut etimologi dalam Bahasa Inggeris pula, tamadun selari dengan perkataan
civilization. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin ‘Civitas’ yang bererti bandar atau
City, atau proses urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan
ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar. civilization juga
bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam
membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.
Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun
ke-19 Masihi.

Manakala dalam pengertian Islam, perkataan “Tamadun” adalah berasal daripada bahasa Arab
dengan kata dasar ‘da-na’ yang bermaksud beragama. Manakala perkataan ‘da-na’ ini muncul
pula perkataan madanna serta tamaddana yang kedua-duanya bererti mengasaskan dan
membina kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Seterusnya lahirnya perkataan
tamaddun. Justeru itu, tamadun dalam bahasa Melayu diertikan dengan satu suasana
kehidupan yang maju dan mencapai peradaban dan kemakmuran dari segi ilmu, material,

1
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

budaya dan kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang
bersumberkan wahyu al-quran dan al-Hadith. (Shaik Abdullah)

Manakala kamus dewan (1993) pula mendifinisikan tamadun sebagai keadaan masyarakat
manusia yang mencapai taraf kemajuan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya dan
politik) yang tinggi serta peradaban budaya atau cara hidup manusia (negara, kawasan dan
sesuatu zaman) dan dalam pemikiran (budaya dan moral) yang halus.

● Latar belakang Tamadun Islam

Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Tamadun Islam telah
mencapai kemajuan yang amat pesat dalam pelbagai bidang seperti bidang sains dan
teknologi, bahasa, seni, geografi, sejarah, politik, ekonomi, pendidikan, sastera, perundangan
dan lain-lain dalam hal kemasyarakatan (Hj Ahmad Fauzi et.al 2006). Tamadun Islam juga
mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri kerana ciri-ciri dan sumber tamadun Islam
adalah berbeza daripada tamadun-tamadun lain yang wujud sepanjang sejarah ketamadunan
manusia. Walaupun tamadun Islam turut berkongsi beberapa aspek persamaan dengan
tamadun-tamadun lain seperti mempunyai perbandaran, mengalami revolusi pertanian,
mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran, perkembangan perdagangan dan
mempunyai sistem tulisan. Kesemua ciri-ciri ini adalah bersifat universal yang ada pada
tamadun lain di dunia. Namun Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan khusus yang
membezakannya dengan tamadun lain di dunia.

Sarjana Islam seperti Asad bin Ali Shari‟ati (1985) menekankan bahawa peranan Islam
adalah merupakan faktor penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini dijelaskan lagi
dengan memberi penekanan khas kepada kepimpinan Nabi Muhammad saw dan al-Qur‟an
dalam proses mentamadunkan orang arab. Secara amnya kedatangan agama Islam di kalangan
masyarakat arab jahiliah telah mengubah keseluruhan corak hidup mereka. Tamadun Islam
dapat dibangunkan ditengah-tengah padang pasir yang kering kontang dan menguasai hampir
seluruh dunia beberapa abad lamanya. Tamadun Islam telah merubah beberapa aspek penting
kehidupan masyarakat arab jahiliah seperti aqidah, sosial, politik, ekonomi, pendidikan, seni
bina, kesenian dan sebagainya.

2
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

2.0 KONSEP ASAS PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

Mengikut perspektif Islam, terdapat beberapa instrumen asas yang menjadi paksi kepada
pembinaan tamadun dan peradaban Islam. Asas kepada peradaban itu adalah akidah, ilmu,
akhlak, dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni seperti toleransi, tolong menolong,
menghormati agama lain, bersifat sederhana serta amalan-amalan yang mencerminkan nilai-
nilai yang baik.

Terminologi tamadun Islam amat sinonim dengan konsep; madaniyyat, hadharah, Thaqafah
dan umran. Keempat-empat istilah inilah yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun
lain didunia ini khususnya dari segi konsep dan asas. Keistimewaan dan sumber tamadunnya.
Para sarjana Islam telah banyak menghasilkan pelbagai karya dan khazanah materi yang
memberi kecemerlangan hidup didunia Islam. (Ghazali Darusalam. 2001)

Tamadun Islam menitikberatkan 4 asas iaitu: aqidah, syariah, akhlak dan ilmu. (Ghazali
Darusalam. 2001)

(a) Aqidah
Aqidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam di mana ia berasaskan tauhid. Aqidah
berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan atau keyakinan. Menurut
etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan atau simpulan). Aqidah
merupakan pra-syarat kepada pembentukan peradaban manusia. Istilah aqidah ialah mengakui
kekuasaan Allah s.w.t dan membenarkan keseluruhan ajaran Nabi Muhammad s.a.w dengan
penuh keyakinan yang mutlak. Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu
mempercayai dengan hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan melalui pengamatan serta
berfikir tentang kejadian alam. Secara prinsipnya, sebagai Muslim, tidak ada perbezaan antara
manusia sama ada bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan
daripada aspek iman. Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan umat Islam di dunia
ini. Aqidah Islam adalah prasyarat yang mesti ada dalam Tamadun Islam. Pendidikan pada era
Rasulullah saw ini agak berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu.
Aktiviti pembetulan akidah dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh baginda di
Mekah adalah proses pertama ke arah pembentukan sebuah Tamadun Islam yang syumul.
Program peningkatan tamadun umat Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad saw di
Madinah dengan memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah menjadikan

3
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

masjid-masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran di samping


kegiatan-kegiatan lain (Ismail 1999).

(b) Syariah
Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT yang mana ia  mengatur hubungan
manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia bagi menjamin kesejahteraan
hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ummah yang bertamadun adalah ummah yang hidup
menurut hukum dan peraturan sama ada ia datang daripada peraturan Illahi yang disebut
sebagai syariah (syariat) atau apa sahaja perundangan yang datang daripada adat (dari
sesebuah kaum) atau perundangan daripada perlembagaan negara.

(c) Akhlak
Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab ‘khuluq’. Ia membawa maksud budipekerti, 
perangai,  sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak boleh terbahagi kepada dua kategori
iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti  jujur, sabar,  ikhlas, benar, pemurah dan akhlak buruk
(Mazmumah) seperti hasad, riya, takabur dan ujub. Menurut iman al-Ghazali (1939), akhlak
ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia untuk menghasilkan
tingkah laku yang baik. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan
syarak. Akhlak Islam hendaklah berdasarkan kepada al-Quran,  al-Hadis dan pendapat
Ulama. Perkaitan akhlak dengan Tamadun Islam, akhlak melambangkan keperibadian dan
tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban. Nabi Muhammad s.a.w
merupakan manusia yang paling sempurna dan ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi
oleh umat manusia. Sifat Baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang mulia, berintegriti,
pemalu dan sebagainya diakui oleh umat Islam bahkan diiktiraf oleh pihak lawan.
Keperibadian Baginda yang mulia telah melemahkan musuh Islam apabila berdepan
dengannya.

(d) Ilmu
Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban manusia.
Kepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
mencipta (sekalian makhluk)” (al-Alaq: 1)

4
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan. Perkataan
iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail AS berulang-ulang kali kepada
Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji, dan mencari ilmu. Jika
diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002).

Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu
adalah wajib, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. (Wan Abdul
Rahman Latif et. al 2001) Kejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian yang
mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya, dan memperoleh pengetahuan yang
tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru itu, Islam mewajibkan setiap
umatnya, lelaki atau perempuan, untuk menuntut ilmu secara berterusan. Kewajipan ini juga
bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar dari
kejahilan. Inilah ayat-ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT dan ia merupakan
rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia.

Pemerhatian terhadap kebangkitan Tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan
pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu tamadun.
Tidak dinafikan juga bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan
kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Kehormatan dan
kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada kekuatan ilmu setiap
individu di dalam masyarakat. Ilmu yang bermanfaat akan menjadikan setiap individu muslim
itu maju, berdaya saing dan berkembang di atas landasan syariat seperti mana yang telah
ditunjukkan pada zaman awal Islam (Zakaria Stapa, et.all., 2012).

5
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

3.0 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM, (Ghazali Darulsalam 2001)

Ciri-ciri khusus Tamadun Islam adalah seperti berikut;

● Tamadun Islam bersifat kewahyuan.

● Al-Qur’an dan Al-Sunnah menjadi rujukan utama tamadun Islam.

● Tamadun Islam mengimbangi antara kehidupan di dunia dan di akhirat.

● Tamadun Islam mempunyai kesepaduan antara jasmani dan rohani.

● Tamadun Islam diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan

● Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama

● Tamadun Islam Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia

● Tamadun Islam Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

Sebuah Tamadun yang unik kerana;


i. Menghubungkan manusia dengan Tuhan
ii. Menghubungkan manusia dengan manusia
iii. Menghubungkan manusia dengan alam

● Tamadun yang istimewa kerana mempunyai keunikan tersendiri

i Agama Islam melahirkan tamadun Islam


ii Aspek Peradaban
iii Aspek Perkembangan
iv Konsep al-ummah
v Asas Pengetahuan

Dengan mempunyai ciri-ciri khusus ini, Tamadun Islam boleh dianggap sebagai tamadun
yang istimewa dan tersendiri. Ia sangat berbeza dari segi sifat, sumber, skop dan skala masa
dengan tamadun lain walaupun terdapat persamaan dari segi ciri-ciri keistimewaan
universalnya. Keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan
yang amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Ini dikukuhkan lagi

6
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

oleh (Ghazali Darusalam 2001) dalam bukunya menyatakan hasil pencipataan karya para
sarjana Islam boleh ditemui dalam pelbagai bidang seperti; seni bina, astronomi, ekonomi,
kesenian, politik, ilmu pengetahuan, sejarah, geografi, pertanian, sains, falsafah dan lain-lain
yang telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. antaranya ialah al-
Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya.

Kehebatan Tamadun Islam juga dilihat dari aspek penguasaan ilmu. Islam bukan hanya terhad
kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana yang menggerakkan tamadun tersebut
sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan ilmu dari pelbagai aspek lain serta hubung kait
penguasaan ilmu dari tamadun terdahulu yang ketara menerusi keupayaan menghasilkan
karya asli dalam bidang yang diceburi.

2.1 TAMADUN ISLAM BERSIFAT KEWAHYUAN

Islam yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terakhir Muhammad bin Abdullah SAW bermula di
Kota Mekah dan Madinah, kemudian tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehingga
sampai ke setiap pelusuk dunia. Kedatangan Islam ini telah berjaya membentuk sebuah
tamadun yang unggul, lengkap dan sempurna dinamakan “Tamadun Islam”, skopnya
merangkumi semua aspek kehidupan manusia sejagat, malah mencakupi makhluk Allah SWT
seluruhnya. Asas kepada pembentukan tamadun Islam adalah bersifat kewahyuan yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada al-Quran itu sendiri (Che Haslina Abdullah, 2013)

Tamadun Islam dilihat sangat istimewa kerana berlandaskan agama, agama pula telah
melahirkan sebuah tamadun. Ia dapat dilihat dari segi kelahirannya. Tamadun Islam lahir
daripada asas agama yang bersifat kewahyuan. Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab
telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Jika diteliti tamadun selain Islam, jelas
kepada kita bahawa lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada kemunculan sesuatu
fahaman atau agama. Tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh bagi sesuatu
kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh tamadun Islam.

2.2 AL-QUR’AN DAN AL’SUNNAH MENJADI RUJUKAN UTAMA TAMADUN


ISLAM

7
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Al-Quran ialah kalam (perkataan) Allah SWT yang mu’jiz dan diturunkan kepada Nabi
Muhammad dengan lafaz dan makna. Ia mengandungi 114 surah yang terdiri daripada tidak
kurang 6000 ayat. Manakala al-Sunnah ialah apa yang datang daripada Rasullulah selain al-
Quran, meliputi perkataan, perbuatan, persetujuan yang dijadikan dalil hukum ( Hj Ahmad
Fauzi et al 2006).

Segala nilai, dasar, prinsip serta hukum digunakan dalam tamadun Islam untuk membimbing
manusia mencapai perhubungan dan kesempurnaan hidup. Ditegaskan dalam buku Tamadun
Islam (Hj Ahmad Fauzi et. al 2006) Tamadun Islam tegak di atas dasar Ilahi yang terpancar di
dalam Al-Quran al-Karim yang dijelaskan dan diperincikan dalam al-Sunnah, ia merangkumi
konsep ketuhanan , pengetahuan tentang perkara ghaib, asas perundangan, moral, fakta-fakta
Sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi.

Tamadun Islam yang berkonsepkan kepada wahyu Illahi melalui sumber al-Qur’an dan al-
Sunnah. al-Sunnah merupakan hadis-hadis Nabi Muhammad yang menjelaskan,
menerangkan, menegaskan dan sebagainya yang menyokong kepada isi kandungan Al-Quran.
Kandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat Islam di dunia ini tanpa
membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini bermakna, Tamadun Islam tidak
didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan atau
reginal semata mata. al-Qur’an dan al-Sunnah juga menjadi syariat dan perlu dipatuhi
sepanjang masa walaupun zaman berganti zaman. Ianya tetap kekal hingga ke hari qiamat.

● Kedudukan Al-Quran dan As-Sunnah

Kedudukan al-Quran dan al-Sunnah dalam herarki ilmu adalah sebagai teras epistemologi.

a) Teras Epistimologi - Berasal daripada perkataan Yunani “episteme” (knowledge).


Epistemologibermaksud kajian tentang fitra dan kesahihan ilmu. Disokong oleh, (Hj
Ahmad Fauzi 2006) dalam bukunya Tamadun Islam menerangkan epistemologi
merupakan falsafah yang membicarakan hakikat, makna, kandungan, sumber dan
proses ilmu. Persoalan ilmu dapat perhatian utama pada zaman ini, ketika ahli fikir
Islam berhadapan dengan cabaran peradaban Barat. Kehebatan peradaban Islam
diteroka melalui epistemologi berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi sebaliknya
kehebatan kuasa dan teknologi Barat tersemadi kuasa Sains.

8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

b) Teras Aksiologi – Begitu juga menurut Hj Ahmad Fauzi 2006, peranan al-Quran dan
al-Sunnah sebagai pembentuk nilai hidup manusia. Ia adalah sebagai panduan dalam
menyediakan prinsip asas demi menilai kehidupan manusia. Pertimbangan asas dalam
nilai kehidupan manusia adalah berdasarkan;
i. Nilai disiplin yang dibenarkan halal
ii. Nilai disiplin yang digalakkan sunnah
iii. Nilai disiplin yang dibolehkan mubah
iv. Nilai disiplin yang tidak digalakkan makruh
v. Nilai disiplin yang tidak dibenarkan haram
vi. Nilai disiplin yang bersifat perosak fasad
vii. Nilai disiplin yang melampaui batas tughyan
viii. Nilai disiplin yang bersifat zalim zulm
ix. Nilai disiplin yang dicela dan dilarang munkar
x. Nilai disiplin yang bersifat ketidakjujuran munafiq
xi. Nilai disiplin yang menyesatkan dalal
xii. Nilai disiplin yang membawa kebaikan ma’ruf

Tamadun Islam menjadi sangat istimewa dengan ciri pembentukannya, al-Quran dan al-
Sunnah menjadi teras yang amat penting. Berdasarkan pandangan al-Quran dan al-Sunnah
tentang kehidupan manusia seluruhnya terbentuklah satu tamadun yang begitu unggul dan
dikagumi hingga ke hari ini. Kedudukan kedua-dua sebagai teras epistemologi dan aksiologi
telah memperkukuhkan peranan epistemologi dan eksiologi Islam lantas menjadi sumber
terbinanya tamadun Islam.

2.3 TAMADUN ISLAM MENGIMBANGI ANTARA KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI


AKHIRAT

Tamadun Islam terikat dengan kemurnian akidah, kehalusan akhlak dan kemuncak
pencapaian manusia beragama Islam dalam pelbagai dimensi kehidupan. Pada asasnya
tamadun Islam lebih mementingkan keperibadian akhlak mulia setiap insan tanpa
membezakan bangsa. Kehebatan tamadun Islam dan barat diukur dari sudut kerohaniannya
(Che Haslina, 2013)

9
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Tamadun Islam merupakan tamadun tertua di dunia dan menjadi panduan kepada
pembangunan tamadun-tamadun lain kerana ia mengimbangi antara kehidupan di dunia dan
akhirat. Menurut (Ghazali Darusalam 2001) Tamadun Islam berbeza daripada tamadun-
tamadun lain di dunia ini kerana ianya merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat
yang panjang dan berkekalan sedangkan tamadun- tamadun selain daripada tamadun Islam
hanya merupakan keungulan kepada kebudayaan yang mana ianya mempunyai jangka hayat
yang pendek serta sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya
dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka
sendiri yang akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya.

Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang aqidah, akhlak,
hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia. Ia juga merupakan satu seruan
keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau buka Islam, musuh atau lawan dan
mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman, tamadun Islam telah
terbukti dapat mengembalikan hak kepada empunya hak, sebagaimana yang pernah berlaku
dalam sejarah. Ia juga termasuk dalam sudut kenegaraan yang meliputi hubungan
antarabangsa, ilmu pengetahuan dan ibadah.

2.4 TAMADUN ISLAM MEMPUNYAI KESEPADUAN ANTARA JASMANI DAN


ROHANI

Salah satu keistemewaan Tamadun Islam di jelaskan dalam konsep Tamadun Islam itu sendiri
iaitu merupakan sebuah pembangunan potensi diri dan kehidupan sesebuah masyarakan agar
dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan arkitektur.
Konsep tamadun Islam tidak hanya terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi
aspek akidah dan moral, sesepaduan jasmani dan rohani berbanding dengan konsep tamadun
Barat yang mementingkan pembangunan lahirian iaitu kebendaan seperti undang-undang dan
perbandaran. Tamadun Barat menolak tentang kemajuan rohaniah.

Kemajuan yang dibangunkan tidak diterima dalam tamadun Islam sekiranya tidak memenuhi
elemen-elemen kerohanian secara sepadu iaitu selari dengan keperluan fizikal dan spiritual
(Che Haslina, 2013). Justeru itu, tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang dibangunkan atas
asas takwa dan keredaan Allah SWT yang menepati syarat dan ciri-ciri berlandaskan al-Quran
dan al-Sunnah sehingga terbentuknya masyarakat yang hidup secara aman dan harmoni.

10
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Tamadun islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan


spiritual adalah diutamakan.

Seterusnya sifat tamadun Islam ialah toleransi yang bermaksud sepadu antara jasmani dan
rohani. Ini menyebabkan ia toleransi terhadap agama dan budaya lain. Masyarakat yang
berkembang dibawah tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan budaya mereka
dengan mengekalkan hubungan baik terhadap masyarakat.

(Hj Ahmad Fauzi et. al 2006) menegaskan dalam bidang akhlak, wujud keseimbangan.
Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam meminta penganutnya
mengambil keperluan dunia, tetapi melarang melampaui batas dengan tidak membenarkan
penganutnya mengharamkan diri dari menikmati kurniaan Allah S.W.T.

Sehubungan itu, didapati terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
Islam mengenai konsep Tamadun Islam. Antaranya ialah Sayyid Qutb yang merupakan tokoh
Islam kontemporari yang banyak membicarakan mengenai tamadun Islam. Menurut beliau
tamadun Islam adalah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat
iaitu dalam sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan
syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam antara jasmani dan rohani (Hj Ahmad
Fauzi 2006).

2.5 TAMADUN ISLAM DIASASKAN SECARA TEGAS DAN TETAP TANPA


PENGARUH KEBENDAAN

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi
manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini,
termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan,
didorong dan didukung secara tegas dan tetap melalui beberapa aspek penting iaitu
memelihara agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara akal, memelihara maruah atau
keturunan dan memelihara harta.

a. Memelihara Agama
Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan
alam ketuhanan. Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama,

11
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

maka Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal memilih agama-agama
adalah menjadi hak asasi manusia. Justeru itu seseorang tidak boleh dipaksa atau
menggunakan kekerasan untuk mempercayai sesuatu ajaran.Firman Allah yang bermaksud:
Tidak ada paksaan dalam beragama. ( Surah al-Baqarah 2:256 )
Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu
sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera,
setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah S.W.T
yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan
kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk
memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan
kebebasan. Jesteru itu dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama
seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan
budaya murtad.

b. Memelihara Nyawa
Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa
daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan
sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia
daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan
yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat,
terjemahannya:
“Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang
padamu.” ( Surah an-Nisaa 4:29 )
Manusia saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup
masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan
pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah
mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam
Surah al-Maa‟idah 5:32 ), terjemahannya “Barang siapa yang membunuh seorang manusia
bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka
ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.”

c. Memelihara Akal
12
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan,
maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan
kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia
boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran.

d. Memelihara Maruah
Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai
cahaya mata. Islam memuliakan manusia dan meletakkan manusia berbeza dengan haiwan
keran untuk berkembangbiak manusia perlu melalui ikatan perkahwinan terlebih dahulu.
Perkahwinan memberi pengiktirafan dan pemeliharaan hak-hak suami, isteri, anak-anak dan
ibu bapa seterusnya memelihara kehormatan dan keturunan manusia. Aspek pemeliharaan dan
penjagaan ini sangat dikawal rapi, sehinggakan perkara yang yang boleh merosakkan
keturunannya ditegah sama sekali seperti berzina, seks bebas, hubungan luar tabii dan
sebagainya.

e. Memelihara Harta
Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru itulah
tamadun Islam menggalakkan manusia untuk mencari kekayaan. Setelah jaminan kebebasan
untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu
mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan.
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu,
tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti
jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T yang bermaksud:
“Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan
daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.” (Surah al-Maa‟idah
5:38 )

2.6 TAMADUN ISLAM BERSIFAT TERBUKA KEPADA SEMUA JENIS TAMADUN


BANGSA DAN AGAMA

Sifat pertama bagi tamadun Islam ialah kesejagatan. Ia tidak terikat kepada bangsa tertentu
atau disandarkan kepada tempat tertentu, bahkan ia adalah milik seluruh manusia yang
berpegang kepada al-Din. Ini bermakna tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana sahaja
tanpa ada sempadan geografi.
13
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Keterbukaan merupakan salah satu sifat tamadun Islam. Keterbukaan bermaksud bahawa
tamadun Islam yang tercipta itu tidak terbatas kepada had tertentu. Ia diletakkan di atas garis
panduan shari’ah yang tetap dan ia berkembang dengan perubahan masa. Tamadun Islam
terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dangan syari’ah. Sebarang bentuk
tamadun selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak lari dari garis panduan
shara’. Bahkan Islam menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan kepada
manusia dengan tidak menjejaskan hak orang lain.

Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Perkembangan bermula dengan penurunan
wahyu pertama dan tidak pernah berhenti. Ia tidak dibatasi oleh sempadan dan batas waktu
dan terus berkembang sehingga ke hari ini.

2.7 TAMADUN ISLAM SESUAI DENGAN FITRAH DAN TABIAT SEMULA JADI
MANUSIA

Salah satu keistimewaan tamadun Islam adalah konsep yang terkandung didalamnya amat
sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia. Konsep manusia dalam tamadun Islam
berlegar dalam tiga pokok persoalan iaitu, dari mana kita datang, kenapa kita di datangkan
dan ke mana kita akan pergi. Jawapan kepada persoalan pokok ini akan menentukan hala tuju
dan pembentukan tamadun itu sendiri. Islam datang untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia yang dengannya terbina tamadun agung.

Dalam konsep masyarakat pula, terdapat hak untuk hidup, hak untuk bebas, Maruah dan Hak
peribadi, Hak berfikir, beragama dan mengeluarkan pendapat, hak sama rata serta keadilan
dan kehakiman.

Hak untuk hidup seseorang manusia tidak boleh membunuh orang sesuka hati. Kemuliaan
hidup dan kehormatan nyawa manusia tetap terpelihara oleh syari’ah. Ia hanya boleh
dibatalkan dengan perakuan syariah menurut tatacara yang diakui oleh Islam.

Manakala dalam hak untuk hidup, setiap manusia dalam keadaan bebas. Tiada sesiapapun
yang berhak menceroboh kebebasan yang diberi dalam Islam. Semua bangsa tidak boleh
menceroboh kekebasan bangsa lain. Pemerintah mesti memperuntukan jaminan yang cukup
untuk melindungi kebebasan ini.

14
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Selain itu, maruah dan hak peribadi individu dijaga dengan baik. Setiap nilai diri dan nama
baik seseorang tidak boleh dijatuhkan. Setiap individu tidak dibenarkan mencari keburukan
peribadi orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah dan harga diri. Selain maruah,
hati atau perasaan seseorang juga merupakan hak peribadinya yang tidak boleh diganggu atau
disakiti.

Hak berfikir, beragama dan mengeluarkan pendapat. Setiap orang bebas berfikir,
berkeyakinan berada dalam batas-batas umum yang diperakui syariah. Dalam masa yang
sama, dia tidak dibenarkan menyebar kebatilan dan keburukan yang boleh menjejaskan
kestabilan sesebuah negara. Kebebasan berfikir untuk mencari kebenaran bukan sekadar hak,
tetapi suatu kewajipan. Penolakan dan penentangan terhadap kezaliman juga bukanlah suatu
hak semata-mata, malah kewajipan setiap individu.

Hak sama rata. Konsep kemasyarakatan dalam Islam meletakkan seluruh manusia setaraf
dari sudut nilainya sebagai manusia. Tidak ada keutamaan antara satu bangsa dengan bangsa
lain dalam soal pemberian hak, tetapi suatu kawajipan. Penolakan dan penentangan terhadap
kezaliman juga bukanlah suatu hak semata-mata, malah kewajipan setiap individu.

Keistimewaan tamadun dalam aspek fitra manusia juga dilihat dari aspek Keadilan dan
kehakiman. Undang-undang yang diamalkan oleh Islam berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah. Dalam melaksanakan hukum, tidak ada perbezaan antara seseorang dengan seseorang
yang lain dan tiada yang dikecualikan daripada hukuman. Seseorang berhak membela dirinya
daripada penganiayaan. Dia juga berhak mendapat pembelaan dan perlindungan daripada
pemerintah. Individu, masyarakat dan pemerintah berkewajipan membela orang yang
teraniaya. Tiada sesiapapun berhak memaksa seseorang muslim mematuhi perkara yang
bercanggah dengan undang-undang Islam. Dalam suatu perbicaraan, seseorang tidak dianggap
bersalah kecuali setelah terbukti kesalahannya.

2.8 TAMADUN ISLAM BERSIFAT SYUMUL, SEMPURNA, KONSISTEN DAN


GLOBAL

Kesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti berikut:

15
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

‘Islam adalah risalah/lembaran yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapt
mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan
dunia dan akhiat’.

Islam adalah al-Dien bagi setiap zaman dan tempat. Tamadun Islam adalah kehidupan sejagat,
yang dikenali sebagai lembaran untuk semua manusia dan umat Islam, di mana lembaran
Islam mencakupi ke setiap peringkat kehidupan. Hanya Tamadun islam sahaja yang bersifat
Integrated dengan nilai-nilai duniawi dan ukhrawi atau berunsurkan materail dan spiritual.

Tamadun Islam bersifat syumul. Ia dilihat dan dapat digambarkan hubungan Tamadun Islam
dalam konteks al-Dien melalui tiga dimensi hubungan yang sangat erat iaitu:

i) Menghubungkan manusia dengan Tuhan

Matlamat Tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai
hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat hanya kepada
Allah. Oleh itu sekiranya seseorang melakukan sesuatu ciptaan baru, ia bermatlamat untuk
mendapat keredhaan Allah semata-mata bukan untuk berbangga-bangga dengan perkara yang
dihasilkan.

Hubungan manusia dengan Allah dizahirkan melalui kepercayaan dan pelaksanaan ibadat
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagaimana yang diajar oleh nabi Muhammad S.A.W
dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia,
mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain.

ii) Menghubungkan manusia dengan manusia

Hubungan manusia sesama manusia adalah berlandaskan aturan dan hak-hak yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai pencipta kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui
apa yang terbaik bagi manusia. Hubungan manusia dengan manusia meliputi pembentukan
sahsiah, keluarga, hidup berjiran, pembentukan masyarakat, pembentukan institusi
pemerintahan, hal pentadbiran, kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang
kehidupan manusia.

16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Hubungan sesama manusia dibina atas dasar ketakwaan, belas kasihan sesama makhluk dan
hormat menghormati tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, pangkat, kedudukan dan
sempadan geografi. Rasulullah S.A.W merupakan contoh terbaik dalam sejarah yang
memperlihatkan hubungan baik dengan manusia tanpa mengira muslim atau bukan muslim.
Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran disisi Allah S.W.T iaitu ketakwaan kepadaNya
disamping berbuat baik kepada sesama manusia.

iii) Menghubungkan manusia dengan alam

Manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. Namun begitu, Allah memberikan
taraf yang lebih tinggi kepada manusia berbanding makhluk lain. Ini kerana Allah telah
mengurniakan kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah kepada manusia. Sebagai
khalifah manusia bertanggungjawab memeliharan dan memulihara alam ini mengikut
ketetapan Allah S.W.T atau sunnatullah. Pernyataan ini tertulis dalam (Surah al-A‟raf 7:56),
yang diterjemahkan kepada;

Maksudnya : Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah


menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya
Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang Yang memperbaiki amalannya. (Surah al-A‟raf 7:56).

Tamadun Islam mewajibkan agar manusia mengusahakan sesuatu yang boleh membawa
kepada kesejahteraan hidup mereka di atas muka bumi ini melalui pemanfaatan terhadap
sumber alam yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka berkewajipan memastikan agar
kegiatan tersebut tidak menjejaskan dan memusnahkan alam sekitar serta menggangu
ekosistem.

Rajah: Hubungan Tamadun Islam dalam konteks al-Dien melalui tiga dimensi hubungan yang
sangat erat iaitu:

hubungan manusia dengan Penciptanya (Allah S.W.T)

17
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

hubungan manusia dengan


alam ghaibat

hubungan manusia
dengan manusia hubungan manusia dengan
hubungan manusia alam jamadat
dengan alam nabatat

hubungan manusia dengan


alam hayawaniat

SUMBER : GHAZALI DARUSALAM, 2001

Justeru itu, Tamadun Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan
dan pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh ummatnya di seluruh dunia. Tamadun Islam
tidak pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain sebaliknya tetap mengambil kira
akan hak-hak mereka selagi mereka tidak menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh
menjejaskan kesucian Tamadun Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini,
bahawa Tamadun Islam boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan
semua ummat yang bernaung di bawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul
tanpa menindas dan mengancam golongan yang selain Islam.

2.9 TAMADUN ISLAM ISTIMEWA KERANA MEMPUNYAI KEUNIKAN


TERSENDIRI

a) Agama Melahirkan Tamadun

Tamadun Islam ialah ssebuah tamadun yang paling unik. Ini dapat dilihat dari segi
kelahirannya. Tamadun Islam lahir daripada asas agama. Kelahiran Islam di Semenanjung
Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Kalau diteliti tamadun selain
Islam, jelas kepada kita bahawa lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada
kemunculan sesuatu fahaman atau agama. Tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan

18
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh
tamasun Islam.

b) Peradaban

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SWT telah berjaya membentuk sebuah
peradaban yang tinggi. Dengan ajaran yang datang daripada Allah SWT Islam mampu
melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia. Daripada peradaban
tersebut terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna tamadun Islam berkembang maju dengan
asas peradaban yang telah terbentuk. Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina
peradabannya daripada hasil perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.

c) Perkembangan

Wahyu pertama yang mencetuskan permulaan sebuah tamadun berlaku di Makkah, iaitu
sebuah kota yang terletak jauh dari persisiran pantai atau muara sungai. Lokasi ini berbeza
sama sekali dengan kebanyakan tamadun lain yang pada kebiasaannya lahir di persisiran
pantai atau muara sungai. Islam bermuka di Makkah, kemudian dibangunkan di Madinah dan
disinilah kebanyakan perubahan dilakukan dalam pelbagai aspek. Pembinaan sebuah
tamadun bermula disini dengan asas dan panduan yang digariskan oleh agama. Perkembangan
tamadun Islam seterusnya tidak berlaku di Makkah, juga bukan di Madinah tempat negara
Islam pertama dibangunkan, namun tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia
antaranya Demasik, Kaherah, Baghdad, Cornova dan Delhi (Hj Ahmad Fauzi et. al 2006)
Fenomena ini berbeza sekali dengan sebarang tamadun lain yang mencapai tahap
kegemilangannya di tempat ia diasaskan.

d) Konsep al-Ummah

Perkembangan tamadun Islam berasaskan konsep ummah. Biasanya sesebuah tamadun


berdasarkan sesuatu bangsa seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina, tamadun
Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi. Begitulah juga dengan tamadun-tamadun lain. Perkara
ini tidak berlaku kepada tamadun Islam yang berpegang kepada konsep ummah. Setiap orang
Islam dikira sebagai satu ummah tanpa mengira bangsa, warna kulit, mahupun sempadan
geografi. Gabungan dari pelbagai latar belakang budayamengikut bangsa menghasilkan
sebuah tamadun yang kaya dengan pelbagai unsur yang tidak terdapat pada tamadun lain.

e) Asas Pengetahuan

19
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Kelahiran tamadun berasaskan ilmu pengetahuan yang ditiup dari konsep iqra yang bererti
bacalah (Hj Ahmad Fauzi et.al 2006). Ia merupakan wahyu pertama yang disampaikan kepada
Pesuruh-Nya SWT. Penekanan kepada ilmu pengetahuan yang bermula dari peringkat awal
lagi telah membangkitkan kesedaran tentang betapa pentingnya pembinaan tamadun
berteraskan pengetahuan. Titik tolak perkembangan dan kegemilangan tamadun Islam adalah
daripada ilmu pengetahuan. Ini bermakna tamadun Islam yang lahir daripada ilmu penetahuan
berbeza dengan tamadun lain yang melahirkan pengetahuan daripada perkembangan
ketamadunannya.

3.0 PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT YANG


LAIN

3.1 PERBEZAAN ETIKA

Menurut Ghazali Darusalam, terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara tamadun Islam
dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya
dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung
dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak
menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima
konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan
Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama
monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain. Dalam
konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut
dikemukakan:

i) Alam sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh
kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai
anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan

20
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian
memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab.
Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif
sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power.  Sungguhpun terdapat
perbezaan pandangan ini, namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak
memusnahkan alam sekitar.

ii) Keluarga

Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan


masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan turun-temurun amalan
menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa.
Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan
sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep
kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-
menghormati.

iii) Komuniti

Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti
seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma
murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi
sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dalam sejarah
ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan
komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan
Buddhisme.

iv) Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai
dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan
tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama
tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze,
Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga
dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.
Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut

21
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan
yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-
tamadun tradisional.

v) Ekonomi

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks ‘Moral


Semesta’ (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan
sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam,
prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan
persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang
boleh merosakkan moral manusia. Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan
sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun,
kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk
penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

vii) Pendidikan

Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk  pembinaan


sifat-sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari
akan perkara tersebut, dimensiinner-Being diberi penekanan penting dalam konsep
pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia perlu
mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran
melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu
tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting
dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu,
transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

viii) Kesihatan

Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-
tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting
konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.
Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi
oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati

22
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

penyakit, menurut konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan


melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
keseimbangan dalam kehidupannya.

3.2 PERBEZAAN DALAM KONSEP

i) Kedudukan Agama dalam Tamadun.

Perbezaan konsep agama dalam tamadun memperlihatkan keistimewaan dan perbezaan


tamadun Islam dengan tamadun lain. Menurut pandangan barat, tamadun lain dipengaruhi
oleh fahaman sekularisme, iaitu agama adalah sebahagian dari kebudayaan. Dengan kata lain
dengan budi dan daya manusia mencipta agamanya. Kebudayaan sentiasa mengalami
perubahan, mengembang dan merosot. Menurut konsep ini agama turut sama mengalami
perubahan. Akibatnya, agama mengikut (dicorakkan) oleh pembaharuan. Namun ia berbeza
dengan tamadun Islam.

Pandangan ini tidak selaras kerana, dalam tamadun Islam, ia menegaskan bahawa agama
Islam adalah mencakupi seluruh sudut kehidupan manusia, samaada keagamaan atau
keduniaan. Agama Islam adalah kurniaan Allah, melalui wahyu sahaja manusia diajar aqidah
yang benar, cara-cara melakukan ibadat khusus dan prinsip-prinsip dan muamalat, dengan
akal yang dikurniakan oleh Allah manusia membina tamadun, berpandukan dan selaras
dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh wahyu.

Aqidah, ibadah khusus dan prinsip-prinsip asas muamalat adalah tetap, tidak boleh diubah.
Perkara yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut
kesesuaian masa dan tempat pada ukuran akal yang berlandaskan prinsip-prinsip atau acuan
wahyu tersebut. Oleh itu pembaharuan dalam Islam berlandaskan prinsip-prinsip atau acuan
wahyu tersebut iaitu menurut agama Islam bukan sebaliknya. Walaupun begitu ia tetap
bersifat fleksible dan tidak rigid.

Perbezaan antara dua konsep tersebut berpunca dari perbezaan ajaran dan fungsi antara
agama-agama lain dengan Islam. Pandangan barat seperti diatas berdasarkan ajaran agama-
agama lain yang tidak memasukkan semua aspek kehidupan ke dalam agama seperti Islam.
Pandangan mereka terhadap Islam juga berdasarkan fahaman yang serupa.

ii) Konsep Kesepaduan dan Pengawalan.

23
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Di dalam tamadun Islam terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan oleh agama Islam.
Hubungan manusia dengan Allah berkait erat dengan hubungan manusia sesama manusia,
begitu juga pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala kemajuan dan
kegiatan manusia mestilah menurut aqidah, syariat dan akhlak Islam. Ringkasnya tamadun
Islam adalah tamadun yang terpimpin.

Di dalam tamadun sekular tidak terdapat konsep kesepaduan , sementara kawalannya sangat
longgar. Sekularisme mengajar bahawa perkara-perkara keduniaan hanya untuk kegiatan
dunia semata-mata, tiada kaitan dengan kegiatan keagamaan yang berkait dengan akhirat.
Oleh itu kegiatan seperti berjual beli dianggap sebagai kegiatan sesama manusia sahaja tiada
hubungan dengan Tuhan. Didalam keadaan ini tidak akan ada keikhlasan, kebajikan dan
sebagainya daripada seorang peniaga kerana dia tidak mengharapkan pahala dari Tuhan. Apa
yang diharapkan adalah keuntungan dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memeras
dan menipu. Apatah lagi dia tidak merasakan dirinya tidak terikat dengan undang-undang
Tuhan. Seseorang itu mungkin terikat dengan undang-undang negara ciptaan manusia, tetapi
kawalannya terlalu longgar. Bila-bila masa sahaja dia boleh melakukan penipuan apabila
berada di belakang pihak yang berkuasa, kerana tiada ikatan supaya seseorang itu beriman
dengan undang-undang ini. Tambahan pula sekularis bebas memilih apa sahaja fahaman yang
mereka sukai sama ada kapitalisme, liberalisme, sosialisme dan lain-lain yang menyebabkan
bentuk kawalan tamadun itu berubah-ubah dan tidak seragam.

iii) Konsep Kemajuan.

Kemajuan menurut konsep barat adalah berdasarkan kepada jumlah keuntungan atau
pembaharuan yang dicipta dan seumpamanya. Islam juga mengambil kira perkara-perkara ini,
tetapi Islam juga mengambil kira apakah pembaharuan itu, bagaimana ia dicapai dan apakah
matlamatnya. Virus komputer adalah satu penemuan dan pembaharuan di dalam dunia sains
tetapi Islam tidak mengiktirafkannya sebagai pembaharuan atau tamadun. Islam menyanjungi
kemajuan nuklear, tatapi tidak membenarkan ia digunakan untuk memusnahkan manusia dan
alam. Oleh itu kayu ukur yang sebenarnya ialah sejauh manakah sesuatu kemajuan itu selaras
dengan etika yang sebenar, kebenaran yang mutlak yang ditentukan oleh Pencipta.

Dunia barat menitikberatkan aspek kebendaan dan mengenepikan aspek kerohanian. Islam
menekankan kedua-dua aspek ini. Pembangunan Islam bersifat komprehensif (lengkap) dan
multi dimensional (dilakukan serentak dalam beberapa arah).

24
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Sungguhpun begitu, Islam mengutamakan kerohanian, tanpa mengabaikan aspek kebendaan.


Islam mengambil berat pembangunan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Pendidikan ke
atas seorang insan ditekankan semenjak sebelum ia dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya.
Didalam menjalani kehidupannya seseorang itu diperintahkan pula supaya memantapkan
ekonominya, maka wajib keatasnya bekerja bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal
untuk menanggung keluarganya. Tetapi tidak ditekankan mengejar kekayaan semasa dia
masih kanak-kanak, tidak seperti pendidikan yang ditekankan walaupun dia masih kecil.
Islam menggariskan bahawa bukanlah kekayaan sebenar berdasarkan kekayaan kebendaan
tetapi berdasarkan kekayaan jiwa.

Pembangunan kebendaan dalam Islam adalah semata-mata sebagai alat untuk


menyempurnakan pembangunan kerohanian. Misalnya kekayaan ekonomi digunakan untuk
mendirikan pusat-pusat pendidikan. Wang yang kita dapati adalah untuk menyempurnakan
pendidikan anak-anak dan digunakan ke jalan-jalan lain seperti bersedekah, mengerjakan haji,
dan seumpamanya yang menjadi saham akhirat. Keindahan seni adalah semata-mata sebagai
umpan yang menarik minat untuk menghayati masej yang hendak disampaikan. Di sini
memperlihatkan ikatan yang harmoni di antara kebendaan dengan kerohanian, keduniaan
dengan keakhiratan di dalam Islam.

Pembangunan kerohanian akan menjamin pembangunan kebendaan. Sebaliknya


pembangunan kebendaan belum tentu dapat diperoleh dari seorang usahawan yang suka
berjudi akan dihabiskan untuk berjudi. Kalau beliau seorang peminat rock akan dibelanjakan
untuk budaya rock yang meruntuhkan moral dan masyarakat. Sebaliknya usahawan yang
terdidik akhlaknya akan membelanjakannya untuk pembangunan diri dan masyarakat. Oleh
itu fokus utama pembangunan Islam ialah manusia itu sendiri.

25
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

4.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, sebelum tamadun Islam muncul, manusia telah mewujudkan berpuluh-
puluh tamadun seperti tamadun Babylon, Assyria, Chaldea,Israel, Sumeria, Mesir, Phoenicia,
Jepun, Yunani, Rom, Barat dan sebagainya. Justeru itu, dapat dilihat perbazaan yang amat
ketara di antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun tersebut, ia adalah bahawa tamadun
Islam berorientasikan agama dan Universal manakala tamadun lain berorientasikan
perkauman dan tempat. Dalam erti kata lain, tamadun lain selain daripada Islam yang
dihasilkan manusia tidak mampu mewujudkan tamadun yang sempurna dan sebenar.

Penekanan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, kebendaan, pemikiran, moral dan
akhlak adalah merupakan keistimewaan peradaban tamadun Islam. Ia menjanjikan
kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan bagi seluruh umat manusia. (Hj Ahmad Fauzi et. al
2006)

Keeistimewaan dan keunikan tamadun Islam yang telah dibincangkan dalam kerja kursus ini
telah menperlihatkan faktor kegemilangan dan keagungan tamadun Islam sehingga ke saat ini.
Dalam jurnal yang ditulis oleh Khalif Muammar 2009, menegaskan kegemilangan tamadun
Islam adalah berlandaskan pembangunan insan. Sehingga melahirkan sebuah tamadun yang

26
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

tinggi dengan budaya ilmu, pemerintahan yang adil, kelahiran ilmuan-ilmuan Islam,
membangunkan masyarakat yang bermoral dan sebagainya.

RUJUKAN

Che Haslina Abdullah, 2013. Pembinaan Tamadun Islam Seimbang Melalui Psikologi Islam.
Development of balanced Islamic Civilization Through Islamic Psychology. Universiti
Teknologi Mara, Pulau Pinang, Malaysia. Jurnal Hadhari 5 (1) 2013 199-213

Ali Mohammad, 2009, Konsep dan Ciri-Ciri Tamadun Dalam Al-quran. Jurna Usuluddin Bil
15 (2009) 109-132. Universiti Malaya, Malaysia.

Wan Abdul Rahman Latif et. al 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad Ahmad Tarmizi Talib 1997, cetakan kedua 2006. Tamadun
Islam. Penerbit Universiti Putra Malaysia 1997. Cetakan keenam 2006. Aslita Sdn
Bhd.

Alif Muamar 2009. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam:Pengajaran Dari Masa Lalu.

27
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (SADN 1013)

Jurnal Hadhari Bil.2 15-31. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Shaik Abdullah. Https:// WLA 104/03 Pengajian Islam.pressbooks.com. Wawasan Open


University

28

Anda mungkin juga menyukai