Anda di halaman 1dari 5

ISRAK MIKRAJ: MENCARI PANDUAN KETAMADUNAN

Peristiwa israk mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi
SAW Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi SAW semata-mata, malah ianya amat penting
sekali kepada seluruh Umat Islam.

Kepada Nabi SAW peristiwa ini adalah suatu anugerah tertinggi Allah kepada Baginda sebagai Nabi
kekasih Allah, di mana berlakunya pertemuan yang begitu shahdu dan qudus di antara baginda dengan
Tuhannya.
Kepada Umat Islam keseluruhannya pula ianya telah mencetuskan banyak pemahaman dan perbincangan.
1. Kalangan orang Islam ada yang menolak peristiwa ini kerana dianggap bertentangan
dengan akal.
2. Kalangan orang Islam juga ada yang berhujah masing-masingnya tentang berlakunya
peristiwa ini sama ada secara roh sahaja atau secara roh dan jasad.
3. Kalangan orang Islam pula ramai melihat peristiwa ini penting di dalam membangunkan
peraturan sosial Islam seperti larangan riba, mengumpat, perbuatan zina dan lain-lain.
4. Kalangan Muslim juga ramai yang melihat peristiwa ini dari aspek saintifik yang harus
membuka minda masyarakat untuk pembangunan kemajuan umat Islam dan manusia
keseluruhannya.

Masalah pertama ialah masalah pemikiran manusia yang menilai benar atau tidaknya peristiwa ini,
khayalan atau realiti. Hal ini dapat dilihat contohnya pertama kali Nabi SAW memberitahu kaumnya,
ramai yang menafikannya malah mula menghina Nabi. Malah ada kalangan Orang Islam awal yang mula
meragui kebenaran Nabi s.a.w. Kalangan masyarakat Islam moden pula ada yang berlandaskan rasional
semata-mata seolah menafikan peristiwa ini. Sebagaimana dijelaskan dalam satu tulisan bahawa; Mikraj
merupakan peristiwa yang paling payah difahami oleh orang yang terjebak dengan dimensi reality alam
fizikal semata mata. Mikraj Nabi SAW pada masa yang sama merupakan satu peristiwa yang paling
payah diterima terutama sekali di kalangan generasi muda umat Islam yang sudah
terpengaruh sepenuhnya dengan pandangan hidup berasaskan pernyataan sains moden.

konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi (simbiosis) sesama
insan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan sejarah permulaan Islam, dinukilkan konsep
persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan Ansar dan golongan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah
Kubra. Peristiwa ini perlu dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh
masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam
mengimbangi tuntutan hablumin al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan
sesama manusia).

1. Persaudaraan (ukhuwwah) menjadi wasilah atau mekanisme untuk mendekatkan diri pada
Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang
musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

2. Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling lengkap-melengkapi dan bantu


membantu antara muslim dengan muslim yang lain.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi
keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia
beriktikaf selama 2 bulan di dalam masjidku"

3. Persaudaraan dapat memupuk nilai dan etika pergaulan sesama manusia.


Nabi merupakan contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama ada yang melibatkan
hubungan dengan Allah, sesama manusia dan hubungan dengan alam sekeliling. Menyentuh tentang adab
dan etika pergaulan sesama manusia, setiap individu dalam masyarakat mempunyai obligasi yang tertentu
untuk dilaksanakan. Ruang lingkup dan batas pergaulan sesama manusia perlu mengikuti tatasusila dan
kodifikasi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Nilai-nilai murni yang yang ditunjukkan oleh baginda
perlu dihayati dengan terperinci dan dipraktiskan bertujuan untuk memelihara keutuhan dan keharmonian
dalam masyarakat. Kelembutan dan kesantunan budi pekerti yang ada Baginda bukan sahaja dikagumi
oleh masyarakat Islam bahkan disegani di kalangan musuh Rasulullah.

4. Persaudaraan merupakan obligasi sosial yang merangkumi kewajipan-kewajipan ringkas yang


perlu dilaksanakan.
Perkara ini ditegaskan sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,
i. Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
ii. Apabila ia menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.
iii. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
iv. Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (berdoa).
v. Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah engkau
mengiringi jenazahnya".
(Hadith Riwayat Muslim)

5. Persaudaraan juga merupakan jalinan kemesraan dan kasih sayang.


Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu
Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,
"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi,
janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah
kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya
(yang mukmin) melebihi 3 hari".

6. Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keamanan.


Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini menerusi persaudaraan,
perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan.
Nikmat-nikmat mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan diwarisi oleh generasi semasa
dan akan datang. Perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat perlu dijauhi.

MESEJ penting dalam peristiwa Israk dan Mikraj

1. Penyucian zahir dan batin.

Sebelum peristiwa itu, Nabi Muhammad SAW dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril AS. Hati baginda
dicuci dengan air zamzam sebagai persediaan agar baginda mampu memikul amanah besar dalam Islam.
Disebabkan itu, kita disarankan untuk membersihkan jiwa daripada kekotoran dosa ke arah pembentukan
Muslim yang kamil.
2. Sentiasa taat kepada ALLAH.

Perjalanan Rasulullah SAW dari Makkah ke Palestin memperlihatkan bagaimana baginda bersolat setiap
kali berhenti di tempat-tempat
bersejarah antaranya Thaibah atau Yathrib yang kemudiannya dikenali dengan nama al-Madinah
alMunawwarah.
Baginda mengajar kita menjadi umat terbaik yang taat kepada ALLAH SWT dalam apa jua keadaan.

3. Masjid sebagai syiar Islam.

Israk Mikraj
PELIHARALAH rumah ALLAH yang bukan sahaja menjadi kiblat umat Islam, tetapi juga syiar agama
ditegakkan.
Peristiwa berkenaan menunjukkan bahawa masjid memainkan peranan penting dalam mengharmonikan
kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Ia bukan tempat ibadah semata-mata.
Sebaliknya, masjid adalah syiar Islam agung yang mesti dipelihara kesuciannya.

4. Islam agama semua para nabi.

Di Masjid al-Aqsa, Jibril telah mendahulukan Nabi Muhammad SAW berbanding dengan nabi-nabi yang
lain. Baginda mengimamkan mereka dalam solat sebelum diangkat ke langit. Ini menunjukkan bahawa
Islam adalah agama yang bersifat universal merangkumi semua nabi dan bangsa.

Apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW apabila ada orang mencemuh dan menghina sehinggakan ada
yang mengatakan baginda hanya pandai mereka-reka sahaja cerita kepada mereka. Rasulullah SAW telah
menunjukkan kesabaran yang paling tinggi. Tidak perlu bertegang leher, memarahi semula mahupun
berdendam kepada sesiapapun. Hanya tindakan yang terbaik buat diri baginda tetap tenang dan tabah
masih berdiri teguh pendiriannya dengan apa yang telah beliau perkatakan adalah sesuatu yang benar,
betul dan bukan di palsukan. Tidak mengenal erti berputus asa dan kecewa tapi masih sanggup lagi
memberikan penerangannya sebaik yang mungkin kepada sesiapapun yang bertanya.
Inilah yang perlu kita amalkan semasa melakukan jualan. Dalam apa keadaan sekalipun yang berlaku dan
terjadi walaupun di hina, di marahi, diejek atau didustakan, ambil tindakan berikut dengan sewajarnya
iaitu

1. Ikhlas dalam melakukan sesuatu

2. Bersabar sentiasa

3. Jangan mudah merasa kecewa dan putus asa

4. Tidak meninggikan suara

5. Jangan ada perasaan dendam di hati

6. Tidak ada di dalam dunia ini semua yang dilakukan begitu mudah dan senang sama sekali

7. Anggaplah ia nya sebagai satu ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi

8. Tetap berusaha berikan penerangan yang sewajarnya

Janganlah dirisaukan apatah lagi perlu ditakuti. Selagi kita menjadikan Allah tempat kita bergantung
sepenuhnya jangan ada sebarang kesulitan dan kesusahan yang pasti tidak boleh kita lalui dengan baik
dan tenang sama sekali.

Anda mungkin juga menyukai