Anda di halaman 1dari 17

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

JANUARY / 2022

ADSH2103

HADITH-HADITH PILIHAN

NO. MATRIKULASI : 820727086321001


NO. KAD PENGENALAN : 820727086321
NO. TELEFON : 0196266112
E-MEL : husni.wahab@zakat.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE

1
Bahagian I

i. Diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َم َثُل اْلُم ْؤ ِمِنيَن ِفي َتَو اِّد ِهْم َو َتَر اُح ِم ِهْم َو َتَع اُطِفِهْم َم َثُل اْلَج َسِد ِإَذ ا اْش َتَك ى ِم ْنُه ُعْض ٌو َتَداَعى َلُه َس اِئُر اْلَجَسِد ِبالَّسَهِر َو اْلُح َّم ى‬

Maksudnya: Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling

merahmati dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang

sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Riwayat al-Bukhari (5665), Muslim (2586), al-Tirmizi (1847), al-Nasa'ie (2525) dan Imam

Ahmad (19188).

Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW memberikan perumpamaan iman dengan tubuh

badan dan ahli iman diumpamakan dengan anggota tubuh. Ini kerana iman adalah asal dan

cabangnya adalah taklif-taklif. Sekiranya seseorang itu mengabaikan taklif (tanggungjawab)

maka yang demikian itu memberi kerosakan kepada asal (keimanan). Demikian jugalah jasad

adalah asal seperti sebatang pokok dan anggota-anggota badan seperti dahan-dahan pokok.

Apabila satu anggota terasa sakit maka sakitlah jua keseluruhan badan. Seharusnya seperti

itulah persaudaraan sesama muslim, ibarat satu tubuh yang saling merasakan. Hadis di atas

juga mengandungi makna pentingnya saling menanggung, memikul dan saling membantu

dalam kehidupan bermasyarakat bagi sesama umat Islam. Jauhi hasad dan kedengkian kerana

akan membuka peluang permusuhan dan perpecahan.

Masyarakat yang teguh ialah masyarakat yang mengamalkan sikap bantu-membantu,

tegur menegur dan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Masyarakat yang berjaya ialah

masyarakat yang tidak membiarkan keburukan, kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa realiti sesebuah masyarakat adalah wujudnya

pelbagai rupa dan ragam anggota di dalamnya. Terdapat dalam kalangan mereka yang suka

2
membuat kacau dan terang-terangan melakukan mungkar. Andaikata mereka dibiarkan

melakukan kemungkaran tersebut, masyarakat itu akan terus hancur dan mundur.

Hadis ini juga memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang

digunakan oleh Rasulullah SAW. Prinsip tersebut ialah dalam hadis ini, Rasulullah SAW

telah menggunakan teknik pendidikan menerusi perumpamaan atau dinamakan sebagai simile

atau dalam bahasa Arabnya disebut tasybih. Rasulullah SAW membawakan hadis dalam

bentuk perumpamaan kerana teknik ini lebih memberi kesan dalam menghuraikan maksud

yang tersembunyi dan akan mendekatkan pemikiran pendengar dengan apa-apa yang ingin

disampaikan yang pendengar akan menggambarkan dengan sesuatu yang boleh dipegang dan

boleh dirasai. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW kerap membawakan hadis dalam bentuk

perumpamaan dan perlambangan selain bertujuan menarik minat pendengar agar mengikuti

sesebuah hadis tersebut hingga ke hujungnya. Rasulullah SAW turut menggunakan bahasa

yang mudah dan senang difahami supaya pendengar juga boleh memahami apa-apa yang

ingin disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan mudah. Teknik penceritaan dan memberikan

perumpamaan ini sebenarnya sangat membantu untuk menghasilkan visual dalam minda

pendengar. Apabila sesuatu maklumat dapat dibayangkan atau dijadikan visual, ia lebih

mudah difahami dan diingati. Hadis yang menggambarkan keutuhan dan kekukuhan

persaudaraan sesama umat Islam. Hadis ini sangat penting dan ia sangat bermanfaat untuk

kita hubungkan dengan konteks semasa.

ii. Perkara yang menarik dalam hadis ini ialah teknik pendidikan Rasulullah SAW di
mana

baginda menyampaikan mesej dalam bentuk perumpamaan dan perbandingan. Sebuah hadis

yang sarat dengan perumpamaan dan perlambangan yang indah. Berdasarkan kefahaman

3
terhadap hadis tersebut, dengan melihat kepada senario perpecahan umat yang berlaku di
dunia

pada masa kini, maka menjadi wajib bagi kita mencari jalan penyelesaian yang paling
berkesan

dengan sesegera mungkin supaya umat Islam dan agama Islam kembali cemerlang dan berada

pada kemuncak keagungannya. Kita mengharapkan perpaduan yang positif bersifat membina

dan menapak ke hadapan untuk menuju ke kegemilangan, bukan perpaduan yang bersifat

negatif serta hipokrit. Apabila telah wujud perpaduan yang positif, maka ianya menjadi

kewajipan semua anggota masyarakat untuk sama-sama memelihara dan


mempertahankannya.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani memtik kata-kata Imam Ibn Jamrah ketika beliau

mengulas hadis ini, katanya: ‘’Secara zahirnya sifat saling merahmati, saling berkasih sayang

dan saling membantu ini meskipun mempunyai makna yang hampir sama, akan tetapi

terdapat perbezaan tertentu padanya. Adapun saling merahmati, yang dimaksudkan

dengannya adalah: Saling merahmati sesama mereka dengan ukhuwwah (persaudaraan)

keimanan bukan dengan sebab selainnya. Adapun saling berkasih sayang pula membawa

maksud: Saling berhubung yang boleh mendatangkan kasih sayang seperti saling menziarahi

dan memberi hadiah. Adapun yang dimaksudkan dengan al-ta’athuf ia adalah mereka saling

membantu antara satu sama lain.

Realiti sebenar perpaduan ummah pada hari ini sangat menyedihkan, mengecewakan

dan memalukan. Perpecahan ummah di seluruh dunia berada pada tahap yang sangat kritikal

dan kronik. Oleh sebab itulah, umat Islam dipandang hina, rendah dan mundur. Sewajarnya

kita mengambil kecaknaan dan keprihatinan bersungguh-sungguh agar sifat berpecah belah

4
yang menjadi virus dalam masyarakat dapat dihapuskan dengan digantikan sebuah
masyarakat

yang mempunyai kasih sayang dan membina tamadun baru melayakkan untuk meraih
Baldatun

Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

Kesatuan adalah suatu pilihan. Ia perlu diraikan secara tadarruj (berperingkat) dengan

melihat kepada konteks masa, tempat, dan juga manusia. Mafhum kesatuan tidaklah
bermakna

seluruh umat Islam berada di bawah suatu pentadbiran yang sama. Sistem khilafah

(pemerintahan) adalah perkara yang maslahi (melihat kepada maslahah) dan bukannya

ta’abbudi. Inilah yang menjadi pemangkin kepada para cendekiawan hari ini dalam

menubuhkan banyak organisasi dan pertubuhan untuk saling membantu dan bekerjasama.

Kepelbagaian negara-negara Islam dan para pemerintah mereka adalah perkara yang

biasa menurut sejarah. Dan tidak tsabit bahawa adanya seorang yang berusaha untuk

menyatukan negara-negara di bawah panji yang satu atas faktor akidah serta mewajibkan

sistem khilafah dan pemerintah yang satu. Berlakunya pelbagai kejadian dan tribulasi perlu

menjadikan keutamaan para ulama, pemikir, serta pengkaji untuk meneliti dan mencari jalan

keluar terbaik kepada umat Islam dari terjebak kepada sebarang bentuk fitnah.

Sesungguhnya bahaya itu bukanlah pada perbezaan pendapat satu-satunya, selama

mana ia (perselisihan) itu terhasil daripada ijtihad dan juga penelitian. Namun bahaya yang

sebenarnya adalah pada wujudnya budaya menghukum orang lain dengan tuduhan kafir dan

saling memberi gelaran yang buruk. Mempelajari fiqh al-ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang

sahih serta menjauhkan umat dari bahaya kelompok-kelompok yang memecahbelahkan


5
kesatuan (umat Islam). Menjadi tanggungjawab ke atas umat Islam untuk beriltizam

(berpegang teguh) dengan agama mereka yang menghilangkan sebarang bentuk pemisah

sesama manusia. Serta (agama) mengabaikan semua jenis pembahagian dan pembezaan yang

terbina atas asas warna kulit, perbezaan bahasa, mahupun keturunan.

Memberi peringatan akan hilangnya semangat ijtima’ (kesatuan dan kesepakatan)

sesama kebanyakan umat Islam. Serta wujudnya sebahagian unsur-unsur negatif dari sudut

perpecahan dan juga perbalahan. Menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu kalimah dan
juga

merapatkan saf di bawah lembayung Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Kitab dan

Al-Sunnah serta menyelusuri manhaj salaf al-ummah.

Islam sangat menitikberatkan aspek kesejahteraan hidup manusia. Dalam memastikan

ia dapat dipelihara, sebagai umat Islam kita dituntut supaya sentiasa menjaga kesihatan dan

nyawa pada setiap masa lebih-lebih lagi ketika wabak pandemik COVID-19 di negara ini

masih belum dapat diatasi penularannya. Oleh yang demikian, seharusnya kita mensyukuri

nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT kepada kita dengan sentiasa mengamalkan

gaya hidup sihat dan berdisiplin tinggi dalam menjalani kehidupan di era norma baharu ini.

Sememangnya membentuk disiplin diri dalam hidup memerlukan didikan yang berterusan.

Kerana itulah Allah SWT memberi panduan kepada kita dalam membina disiplin diri melalui

firman-Nya dalam surah al-‘Asr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal

soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan

sabar.” Hidup berdisiplin bukan sahaja terhadap penjagaan masa bahkan ia turut meliputi

setiap perkara dalam kehidupan. Menyedari bahawa penjagaan kesihatan diri sendiri,

keluarga dan masyarakat adalah satu tanggungjawab yang besar, justeru kita hendaklah juga

6
berusaha untuk meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan

oleh pihak berkuasa. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mendidik kita untuk

mendisiplinkan diri ketika berhadapan dengan wabak penyakit berbahaya.

Permulaan tahun 2021 telah mencatatkan sejarah apabila negara kita melaksanakan

proklamasi darurat. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa negeri turut

dikuatkuasakan dalam mengekang pandemik ini terus meningkat. Sesungguhnya segala usaha

yang dilakukan oleh kerajaan ini tidak akan mencapai kejayaan sekiranya kita tidak

memberikan komitmen dan kerjasama dalam mematuhi setiap garis panduan dan arahan

pihak berkuasa. Justeru, lihatlah betapa pentingnya kita untuk meningkatkan tahap disiplin

diri sendiri dan ahli keluarga dengan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri di samping peka

dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi ketika berada di luar kediaman. Demikianlah sifat

yang diajar oleh Nabi SAW supaya kita tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya peka dan

mengambil kira kesusahan orang lain. Oleh itu, dalam konteks ini janganlah kita

mengabaikan disiplin diri untuk mematuhi SOP dalam menjaga kesihatan diri dan komuniti.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada ancaman virus COVID-19 ini.

Kita semua diibaratkan sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

Kehidupan kita saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan antara

satu sama lain. Rasulullah SAW juga telah menyeru agar umatnya sentiasa membantu dan

memudahkan urusan orang lain kerana ganjarannya, Allah SWT akan mempermudahkan

urusannya di hari akhirat kelak. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abi

Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan saudara

mukmin daripada kesusahan di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari

kiamat”.

7
Asas kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara terletak pada keimanan dan

ketakwaan penduduknya. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf ayat

96 yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan

melimpahkan kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi, tetapi ternyata mereka

mendustakan (ayatayat Kami), maka kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka

lakukan”. Ayat ini merupakan petunjuk bahawa masyarakat Muslim yang beriman dan

bertakwa kepada Allah SWT serta meninggalkan kemungkaran menjadi faktor kepada

keberkatan dan kesejahteraan sesebuah negara. Maka, berusahalah kita untuk menjadi umat

yang terbaik dan menjauhi sebarang bentuk kemungkaran.

Hadis ini menegaskan satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk alam

ini dan penegasan terhadap satu asas kepada asas-asas penyatuan, iaitu setiap anggota

masyarakat mesti saling bantu-membantu dalam usaha untuk mengeratkan ukhuwah

persaudaraan dan perpaduan.

iii. Diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َم َثُل اْلُم ْؤ ِمِنيَن ِفي َتَو اِّد ِهْم َو َتَر اُح ِم ِهْم َو َتَع اُطِفِهْم َم َثُل اْلَج َسِد ِإَذ ا اْش َتَك ى ِم ْنُه ُعْض ٌو َتَداَعى َلُه َس اِئُر اْلَجَسِد ِبالَّسَهِر َو اْلُح َّم ى‬

Maksudnya: Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling

merahmati dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang

sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Riwayat al-Bukhari (5665), Muslim (2586), al-Tirmizi (1847), al-Nasa'ie (2525) dan Imam

Ahmad (19188).

Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara. Perumpamaan berkasih sayang

sesama mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain
juga

8
turut menanggung kesakitan. Sebagai orang mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling

tolong menolong jika ada yang mengalami kesusahan. Demikian juga terdapat banyak
larangan

ke atas sikap berpecah belah sama ada dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Ini seperti firman

Allah Subhanahuwata'ala:

‫َو اْعَتِصُم وا ِبَح ْبِل ِهَّللا َجِم يًعا َو اَل َتَفَّر ُقوا‬

Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu

berpecah belah. Surah Ali Imraan (103). Imam al-Qurtubi Rahimahullah menyebut dalam

tafsirnya: ‘’Iaitu janganlah kamu berpecah belah di dalam agama kamu seperti berpecahnya

golongan Yahudi dan Nasrani dalam agama mereka’’. Kemudian beliau berkata lagi: ‘’Boleh

juga ia membawa erti janganlah kamu berpecah belah dengan mengikuti hawa nafsu dan

kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadilah bersaudara di dalam agama Allah. Maka yang

demikian itu akan menghalang kamu dari berpecah belah dan saling bermusuhan’’.

Begitulah dalam konteks kegiatan berpersatuan dalam kalangan murid iaitu


membentuk

sebuah kesatuan dan menolak sebarang anasir perpecahan selari dengan apa yang dibawa
oleh

Nabi Muhammad SAW. Badan Persatuan juga boleh diibaratkan seperti sebuah bahtera yang

berlayar di lautan yang luas dan dipimpin oleh seorang ketua serta anak-anak kapal yang
berada

di bawah kuasanya. Pemimpin adalah antara manusia yang mempunyai tanggungjawab yang

begitu besar dalam Islam. Dia secara langsung di dalam urusannya memikul amanah dan
tugas

9
yang berat kepada rakyat yang dipimpinnya. Malahan seorang pemimpin juga akan

dipertanggungjawabkan di hadapan Allah terhadap kepimpinannya.

YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan sulung beliau pada 22 Ogos 2021,

telah memperkenalkan konsep “Keluarga Malaysia”. Konsep Keluarga Malaysia ini dipilih

kerana frasa ini yang bersifat inklusif. Konsep Keluarga Malaysia ini merentasi sempadan

agama, bangsa dan kaum. Konsep Keluarga Malaysia juga diambil kerana keutuhan negara

terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. Situasi pada hari ini

menyaksikan kita semua diuji dengan pandemik Covid-19 yang belum reda. Kerajaan juga

telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

(PICK) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan wabak ini dan

mengeluarkan negara dari kemelut pandemik Covid-19. Sesungguhnya usaha-usaha yang

dilakukan oleh kerajaan ini juga memerlukan kebersamaan dan kerjasama yang tinggi dari

seluruh anggota Keluarga Malaysia. Konsep Keluarga Malaysia ini juga bermatlamat

menyeru semua pihak untuk sama-sama menggembeleng tenaga dalam usaha mencapai

objektif utama Pelan Pemulihan Negara. Semua pihak perlu bersatu hati dan mengenepikan

sebarang perbezaan dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini.

Sememangnya manusia itu diciptakan dengan kepelbagaian dan perbezaan. Namun ia

bukanlah alasan untuk kita berpecah-belah. Perbezaan itulah yang melengkapi antara satu

sama lain. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: “Wahai

umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan

Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-

kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia

kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih

keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam

PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

10
Justeru, marilah kita semua tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan kaum

serta perbezaan politik menumpukan sepenuh daya dan usaha kita memulihkan Negara dari

belenggu pandemik Covid-19 ini. Maka, setiap anggota Keluarga Malaysia perlu

menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi mengembalikan kesejahteraan

dan keselesaan hidup yang pernah kita kecapi sebelum ini. Kebersamaan dan kerjasama

seluruh anggota masyarakat juga amat ditagih dalam usaha mengeluarkan Malaysia daripada

kemelut pandemik Covid-19 dengan selamat. Sama-samalah kita berusaha dan berikhtiar,

serta berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar usaha dan perancangan kita ini

mendapat kejayaan. Konsep Keluarga Malaysia merupakan suatu konsep yang merentasi

batas sempadan agama, bangsa dan kaum. Segala usaha dan perancangan yang dibuat oleh

kerajaan dalam matlamat mengeluarkan Malaysia dari kemelut pandemik Covid-19

memerlukan kebersamaan dan kerjasama yang tinggi dari seluruh anggota Keluarga

Malaysia. Segala perbezaan mesti dihadapi dengan rasional dan dalam situasi sukar ketika

ini, perlunya setiap anggota Keluarga Malaysia untuk bersatu hati dan bersama-sama

memulihkan negara dari krisis kesihatan dan ekonomi.

Pastinya terdapat pelbagai cabaran dan ujian yang melanda ketika sesi pelayaran

menuju ke sebuah destinasi yang ingin dituju. Mustahil tidak berlaku sebarang permasalahan

antara ketua dan anak-anak kapalnya dalam mengemudi bahtera tersebut. Terdapat beberapa

faktor dalaman yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam,

antaranya: orang mukmin yang mendengki, orang munafik yang membenci, orang kafir yang

memerangi, syaitan yang menyesatkan, dan nafsu yang sentiasa berbisik. Oleh itu, sama-

samalah menjaga bahtera kesatuan yang telah dibina.

Untuk mencapai kejayaan, renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah

ayat 71, maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya

11
menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan

melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi

zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;

sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Sudah terang lagi bersuluh, persatuan adalah amanah daripada Allah SWT. Jagalah ia

sebagaimana perintah untuk ummah bersatu padu dan berpegang teguh pada tali Allah seperti

firman-Nya, “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah

kamu bercerai berai. Dengan itu, sifat thabat dalam diri seorang ahli atau orang bawahan
perlu

disemat dan ditanam dengan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada keputusan

pimpinan dan turut melaksanakan keputusan itu. Sebagai golongan atasan pula perlulah

sentiasa menegakkan masyarakat Islam walau terpaksa menempuh dugaan dan cabaran.

Justeru itu, kita selaku umat Islam yang mendasari Al-Quran dan As-Sunnah haruslah berada

di dalam kesatuan Islam yang syumul. Kesatuan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan

dan menyakini Tuhan yang Maha Esa.

(2574 Patah Perkataan)

12
Bahagian II

ONLINE CLASS PARTICIPATION (10%)

Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam
perbincangan dalam talian.

Bincangkan bagaimana untuk menerapkan kefahaman hadis-hadis berkaitan hubungan


sesama manusia dalam kalangan murid sekolah.

Sekolah merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Pendidikan yang diperlukan oleh seorang manusia berperanan menjadikan dirinya dapat
memandu hidup ke arah kebaikan untuk diri sendiri serta memberi manfaat kepada orang
lain.
Hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan
kesejahteraan dan kemakmuran. Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya
berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia. Banyak hadis-hadis
berkaitan hubungan sesama manusia yang dapat diterapkan di kalangan murid sekolah.

13
Antaranya ialah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia
menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Allah menjanjikan ganjaran
besar untuk orang yang sentiasa menjaga silaturahim. Menyantuni dan menjaga silaturahim
akan dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan rezeki. Pentingnya seorang Mukmin
menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan
mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah. Justeru, umat Islam yang memandang
remeh hubungan silaturahim pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik. Bahkan,
orang yang tidak mengendahkan menjaga hubungan sesama manusia umpama tidak
mengendahkan seruan Nabi Muhammad SAW dan suruhan Allah SWT. Adapun
mengeratkan silaturahim itu merujuk kepada perihal berbuat baik kepada sesama manusia,
bertolong-tolongan, bersikap lemah lembut, nasihat menasihati dan menjaga perasaan.
Janganlah disebabkan masalah remeh, pertalian saudara menjadi retak, bermasam muka,
saling membenci yang akhirnya hubungan silaturahim dalam keluarga musnah. Setiap
manusia tidak pernah lari daripada melakukan salah dan silap, pertelingkahan dan perbezaan
pendapat. Pertelingkahan dan permusuhan itu biarlah yang boleh mendatangkan muhasabah
diri kepada manusia untuk memperbaiki kesilapannya. Pergaduhan sesama manusia biarlah
berlaku hanya sementara sahaja, bukan mendatangkan mudarat seperti hasad dengki, amarah
dan lebih parah lagi permusuhan yang boleh mendatangkan dendam membara dalam diri.
Islam juga menggalakkan umatnya sentiasa memberi. Justeru, pemberian buah tangan
atau hadiah kepada kawan-kawan dapat menggembirakan dan merapatkan silaturahim.
Betapa indahnya ajaran Islam yang sentiasa memberi pedoman kepada umatnya untuk
berbuat kebaikan sesama manusia. Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang
beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada
seseorang, maka jangan memudaratkan mereka. Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka
jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengeji.
Kisah hubungan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS antara perkara menarik untuk
diambil pengajaran apabila berbicara tentang silaturahim. Nabi Harun sentiasa mendampingi
saudaranya yakni Nabi Musa ketika baginda melakukan dakwah kepada penduduk Mesir,
terutama Fir'aun. Hubungan mereka digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik
yang saling membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.
Allah SWT berfirman: "Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu daripada
keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya. Dan

14
jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku. Supaya kami sentiasa
beribadat dan memuji-Mu." (Surah Taha: 30-34).
Selain itu, kisah Nabi Yusof AS yang dibenci oleh adik-beradik tirinya, tetapi
akhirnya dianugerahkan kemenangan kepada baginda berkat kesabaran dan keimanan. Ini
memberi sumber inspirasi untuk mencari kekuatan dalam menempuh ujian menghadapi sikap
manusia yang penuh dengan penyakit hati. Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan kaum
Muhajirin dan Ansar ketika hijrah baginda untuk meneguhkan persaudaraan dan hubungan
silaturahim sesama umat Islam. Peristiwa ini menjadi tanda kebenaran bahawa Islam
meletakkan persaudaraan sebagai satu fasal dan tuntutan besar.
Hubungan manusia dengan manusia adalah menjadi salah satu daripada ciri utama
pembentukan masyarakat Islam yang ideal. Seorang muslim hendaklah memahami saranan
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa tidak berasa belas kasihan terhadap sesama
manusia, Allah pasti tidak akan menaruh belas kasihan kepadanya.” Riwayat Al-Tirmizi.
Kelemahan manusia adalah suatu realiti yang tidak dapat dinafikan. Walaupun kita
dapati seorang individu itu mempunyai banyak kelebihan tetapi sudah pasti tersembunyi juga
kelemahan pada dirinya. Apabila manusia menyedari hakikat kelemahan dan kekurangan ini,
mereka hendaklah berusaha mengatasinya. Golongan lemah memerlukan pertolongan
daripada yang kuat dan golongan yang kuat mestilah sentiasa bersedia menghulurkan
bantuan. Inilah antara matlamat Islam dalam membentuk masyarakat yang ideal.
Islam juga telah meletakkan cinta dan kasih sayang sebagai sebahagian daripada
iman. Ini dibuktikan oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk persahabatan yang
bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana
dia kasihkan dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari). Seorang muslim itu juga dituntut
mencurahkan kasih sayang kepada kelompok yang lebih luas, bukan hanya terbatas kepada
keluarga, sahabat-handai dan kaum kerabat sahaja. Kasih sayang itu mestilah mencakupi
seluruh umat manusia.
Kita juga boleh memberi kefahaman kepada murid bahawa inilah masa yang tepat
untuk memperhalusi perihal adab dan silaturahim. Pada masa pandemik ini, kita semua
mempunyai kekangan dan keterbatasan untuk pulang ke kampung halaman. Ini bukan
bermaksud kita putus silaturahim dengan saudara di kampung. Jarak bukan penghalang di era
kepesatan teknologi komunikasi. Bertanyalah khabar sekerap mungkin dengan keluarga di
kampung melalui panggilan telefon, panggilan video atau nota suara. Bak kata pepatah
Melayu 'jauh di mata, dekat di hati.' Betapa indahnya ajaran Islam yang sentiasa memberi
pedoman kepada umatnya untuk berbuat kebaikan sesama manusia. Daripada Abu Ayyub

15
Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah,
beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga." Jawab Rasulullah
SAW: "Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan
sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim." (Hadis Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Suriani Sudi, (2019), ADSH2103 Hadis-Hadis Pilihan. Open University Malaysia.

Budaya Penyayang Dalam Kehidupan Masyarakat Islam: Antara Teori Dan Praktis. Siti
Norlina Bt Muhamad. Ahmad Kilani Mohamed. Zulkifli Haron. Pusat Pengajian Islan Dan
Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Di akses 28 Febuari
2022 dari http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1804/1/7.pdf

16
Bayan Linnas Siri Ke-115: Muktamar Kesatuan Islam Bahaya Berpuak dan Berpecah Belah.
Diakses 28 Febuari 2022 dari https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2925-bayan-
linnas-siri-ke-159-muktamar-kesatuan-islam-bahaya-berpuak-dan-berpecah-belah
Kasih Sayang Asas Penyatuan Ummah. (2015). Diakses 28 Febuari 2022 dari

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/107635/kasih-sayang-asas-
penyatuan-ummah

17

Anda mungkin juga menyukai