Anda di halaman 1dari 6

PPDK1823

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
(PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN)

SEMESTER 2 / TAHUN 1

KRITIK ARTIKEL PROJEK DIALOG :


ISAM : AGAMA MELAWAN PENINDASAN?
LINK ARTIKEL : https://projekdialog.com/malay/islam-agama-melawan-
penindasan/

NAMA : ANIS SYAFINIE BT MOHD NORUL YAKIN


NO MATRIKS : A182686
NO I/C : 990618-03-6386
EMEL : a182686@siswa.ukm.edu.my
NAMA PENSYARAH : DR. ABU DARDAA BIN MOHAMAD
PPDK1823

Berdasarkan artikel yang bertajuk Islam : Agama melawan penindasan ini


membincangkan mengenai adakah agama Islam ini benar -benar dikenali sebagai sebuah
agama yang mampu melawan penindasan kerana wujudnya dalam kalangan masyarakat
yang masih hidup dalam keadaan penuh kemiskinan, gelandangan dan orang-orang yang
tertindas. Tujuan artikel ini ditulis untuk menyuarakan ketidakpuashati terhadap
sesetengah golongan politikus, golongan agamawan, golongan yang mewah yang mandul
dan perlahan dalam membantu masyarakat yang berada dalam kemiskinan atau tertindas

Terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam artikel ini, antaranya ialah
penulis mengatakan bahawa betapa mandulnya umat Islam dalam menangani isu
ketidakadilan sosial kerana golongan miskin tegar bukan hanya wujud di ceruk kampung
tapi di celah-celah bandar. Malah kehidupan bandar lebih perit dari kehidupan kampung.
Begitu ramai anak-anak yang tak bersekolah kerana tidak berduit, dan masih ramai yang
kelaparan, gelandangan semakin bertambah, penagih dadah berkeliaran sekitar kota dan
golongan fakir miskin dan muallaf yang ditinggalkan keluarga kebajikannya tak dijaga.
Penulis menekankan bahawa wujudnya agama Islam ini untuk apa sekiranya masih
banyak berlakunya masyarakat yang tertindas, yang tidak mampu dan penuh dengan
kemiskinan.

Pada pandangan saya, saya amatlah tidak bersetuju dengan istilah yang
dikeluarkan iaitu persoalan dimanakah agama Islam ataupun dimanakah usaha-usaha
yang dilakukan oleh agama Islam dalam menangani isu ketidakadilan sosial kerana
perkara yang kita perlu tahu adalah segala yang berlaku pada masa kini, kita tidak boleh
menilai mengikut satu sisi punca sahaja malahan setiap yang berlaku itu perlulah dilihat
daripada pelbagai sudut. Sekiranya penulis mengatakan agama Islam ini terlalu lemah,
perlahan atau dilihat dengan satu usaha yang minimum dalam isu ketidakadilan sosial ini,
maka disini kita boleh lihat betapa banyaknya proksi proksi yang berbentuk badan
kebajikan yang wujud untuk membantu masyarakat yang dalam kemiskinan contohnya
zakat.
PPDK1823

Zakat merupakan antara instrumen utama yang memainkan peranan penting


dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam serta menjamin keadilan dan
kestabilan sosial menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan
masyarakat (Patmawati, 2008). Menerusi kewajipan berzakat, Islam telah mewujudkan
sifat prihatin dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya mereka mengambil
peduli mengenai golongan yang memerlukan dalam masyarakat (al-Qardawi, 1991) Hal
ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:

َ‫ع ِن ْال ُم ْنك َِر َويُ ِقي ُمون‬ ِ ‫ض يَأ ْ ُم ُرونَ بِ ْال َم ْع ُر‬
َ َ‫وف َويَ ْن َه ْون‬ ُ ‫َو ْال ُمؤْ ِمنُونَ َو ْال ُمؤْ ِمنَاتُ بَ ْع‬
ٍ ‫ض ُه ْم أَ ْو ِليَا ُء بَ ْع‬

ٌ ‫ع ِز‬
)٧١( ‫يز َح ِكي ٌم‬ ‫َّللاُ إِ هن ه‬
َ َ‫َّللا‬ َ َ‫سولَهُ أُولَئِك‬
‫سيَ ْر َح ُم ُه ُم ه‬ ‫صالةَ َويُؤْ ت ُونَ ه‬
‫الزكَاةَ َوي ُِطيعُونَ ه‬
ُ ‫َّللاَ َو َر‬ ‫ال ه‬

Surah al-Taubah 9 : 71

Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya


menjadi penolong bagi setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat kebajikan
dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat
oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Amat jelas disini bahawa masih banyak usaha yang dilakukan oleh agama untuk
membantu masyarakat yang dalam kemiskinan, tidak mampu dan mengalami
kekurangan hak dalam kehidupan.

Selain itu, dalam artikel ini, penulis menyatakan mengenai nilai ekonomi Islam
yang menekankan prinsip penyamarataan dan kesamarataan. Islam melarang
penimbunan harta dan menentang akan lebihan keperluan yang tidak diagih-agihkan
kepada golongan lemah. Penulis tidak mahu mengatakan bahawa hukum alam itu ada
yang kaya maka ada yang miskin. Kata-kata sebegitu hanya menguntungkan golongan
elit dan penguasa. Sekurang-kurangnya dalam Islam tidak ada konsep sebegitu kerana
keadilan dalam Islam bukan hanya bersifat hukum malah lebih dari itu ia bersifat
distributif. Ia bersifat mengagih kekayaaan supaya wujud keseimbangan sosial.
PPDK1823

Pandangan saya ialah, hak persamaan diletakkan oleh Islam tidak berdasarkan
kepada kedudukan mengikut jantina, keturunan atau bangsa. Setiap orang, lelaki atau
perempuan, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin adalah sama. Mereka mempunyai
hak sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang sama untuk mencari rezeki
dan kekayaan di bumi Allah, hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan, termasuk
kedudukan sama di sisi undang-undang. Setiap orang akan diberikan ganjaran dan
balasan sama atas perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan
fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan
untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama daripada Allah. Terdapat dalil
daripada al-Quran mengenai prinsip persamaan ini seperti dalam surah al-Isra’ 17:70,

َ ‫ت َوفَض ْهلنَا ُه ْم‬


‫علَى‬ ‫َولَقَ ْد َك هر ْمنَا َب ِني آدَ َم َو َح َم ْلنَا ُه ْم فِي ْال َب ِ ِّر َو ْال َبحْ ِر َو َرزَ ْقنَا ُه ْم ِمنَ ه‬
ِ ‫الط ِِّي َبا‬
)٧٠( ‫ضيال‬ ِ ‫ير ِم هم ْن َخلَ ْقنَا تَ ْف‬
ٍ ‫َك ِث‬

Maksudnya : Dan sungguh Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami
lebihkan mereka di darat dan laut Dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan
Kami lebihkan mereka atas kebanyakan dari orang yang Kami telah ciptakan kelebihan
"
Maka Islam telah menggariskan bahawa persamaan dalam kalangan bangsa dan
etnik adalah asas kepada keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat, khususnya
dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai
kumpulan minoriti yang perlu dipelihara dan dijaga haknya. Prinsip persamaan
merangkumi persamaan dalam nilai kemanusiaan, persamaan dalam undang-undang,
persamaan dalam hak umum politik dan persamaan dalam urusan ekonomi. Ini
menunjukkan Islam menetapkan supaya manusia diberi layanan sama dalam segala
bentuk tanggungjawab, balasan dan hak undang-undang seperti mengurus dan memiliki
tanpa membezakan di antara rakyat dan pemerintah, kaya dan miskin, keluarga dan
bukan keluarga, lelaki dan perempuan dan seterusnya Islam dan bukan Islam. Prinsip ini
memberi jaminan bahawa setiap orang adalah sama dan akan mendapat layanan sama
rata tanpa melihat taraf dan kedudukan mereka.
PPDK1823

Kesimpulannya, pada pendapat saya, artikel ini tidak wajar ditulis dan disiarkan kepada
umum kerana boleh menimbulkan kekeliruan terhadap segelintir masyarakat mengenai
peranan-peranan agama dalam membantu masyarakat yang dalam kesusahan atau dalam
kemiskinan. Artikel seperti ini juga boleh mengakibatkan masyarakat memandang Islam
sebagai agama yang tidak berperanan dalam mebantu masyarakat. Oleh itu, sebagai umat
Islam kita mestilah meniliti dan mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam sebelum
mula mempercayai sesuatu perkara supaya kita tidak tersilap langkah dalam menentukan
atau memilih perkara yang betul dan salah.
PPDK1823

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Prof Madya Dr Nazri Muslim , Disember 21, 2018, Penulis Pusat Citra Universiti
Kebangsaan Malaysia : Hubungan Kaum Mengikut Perspektif Islam

Patmawati Ibrahim (2008) “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan


Empirikal”, Jurnal Syariah, 16(2): 223-244

Yusuf al-Qardawi (2006) Fiqh al-Zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa


Falsafatiha fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah, Jilid 2, Qahirah: Maktabah Wahbah

Anda mungkin juga menyukai