Anda di halaman 1dari 33

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

TAJUK TUGASAN:
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
DAN
BAGAIMANA PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAPAT MENGATASI
MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM

NAMA PELAJAR DAN

:MAZILAH BINTI AHMAD

NO. KAD PENGENALAN

(710216-01-5380)
: NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP
( 720111-04-5072)
: SAMINAH BINTI WARMEN
(720303-01-5556)

KUMPULAN / UNIT

: PPG/BAHASA MELAYU (3)

KOD DAN MATA PELAJARAN : WAJ3101 TITAS


NAMA PENSYARAH

: PUAN ZABEDAH AB. RAZAK

TARIKH SERAHAN

: 02 JULAI 2011

TARIKH HANTAR

:09 SEPTEMBER 2011

ii

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR

KUMPULAN /UNIT

MAZILAH BINTI AHMAD

NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP

SAMINAH BINTI WARMEN

PPG/BAHASA MELAYU (3)

MATA PELAJARAN :

WAJ 3101 TITAS

Bil
1

Tarikh
30/07/2011

Tindakan/Aktiviti
Terima tugasan dari pensyarah

30/07/2011

Perbincangan dengan pensyarah

05/08/2011

mengenai tugasan
Perbincangan bersama rakan untuk

mendapatkan maklumat

T.Tangan

(MAZILAH)
(NOR FAZIDAH)
(SAMINAH)

4
5

12/08/2011

Melayari internet dan mengumpul

13/08/2011

maklumat
Perbincangan dengan rakan-rakan
(MAZILAH)
(NOR FAZIDAH)
(SAMINAH)

6
7

17/08/2011

Melayari internet

untuk mencari

19/08/2011

maklumat
Kemas kini maklumat

Bil
8

Tarikh
21/08/2011

Tindakan/Aktiviti
Perbincangan dengan rakan-rakan

T.Tangan
(MAZILAH)
(NOR FAZIDAH)
(SAMINAH)

9
10
11

25/08/2011
04/09/2011
09/09/2011

Menaip kerja kursus


Mengemaskini tugasan
Menghantar kepada pensyarah

HALAMAN PENGAKUAN

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri


kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama

: MAZILAH BINTI AHMAD

No. Kad Pengenalan

: 710216-01-5380

Nama

: NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP

No Kad Pengenalan

: 720111-04-5072

Nama

:SAMINAH BINTI WARMEN

No Kad Pengenalan

:720303-01-5556

Unit/Kumpulan

: PPG / BAHASA MELAYU 3

Tandatangan :......................................................................
(MAZILAH BINTI AHMAD)
:......................................................................
(NOR FAZIDAH BINTI ABU TALIP)

:.....................................................................
(SAMINAH BINTI WARMEN)

PENGHARGAAN

iii

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur ke hadrat Ilahi kerana


diberkati limpah kurniaNya sepanjang perjalanan menyiapkan KKP 3101 TITAS.
Walau bagaimanapun, kami tidak mungkin berhasil menyiapkan KKP TITAS ini
dengan jaya seandainya tiada sokongan daripada pensyarah pembimbing, rakan
sebaya dan keluarga. Bimbingan ringkas tetapi padat yang telah disampaikan oleh
Puan Zabedah Ab Razak selaku pensyarah pembimbing , menjadi rujukan utama demi
penyiapan KKP yang syumul dan menyeluruh selari dengan kehendak tugasan tersebut.
Kami dalam kumpulan bertiga cuba menampilkan deretan idea yang bernas,
ideal dan diterima variasi pihak untuk dijadikan pedoman hidup demi kecemerlangan
dunia dan akhirat.

Keluarga turut membantu memberi sokongan padu agar

keberkesanan menghasilkan produk KKP

yang mantap berjaya dilaksanakan

sepenuhnya.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada seantro pihak yang telah membantu
penyiapan KKP ini. Kami berharap tugasan yang telah disiapkan menepati kesemua
citra yang diharapkan oleh pensyarah pembimbing. Insyaallah.

ISI KANDUNGAN

BIL
1

ISI KANDUNGAN
Borang rekod kolobrasi kerja kursus

MUKA SURAT

iv

Halaman pengakuan

Penghargaan

Isi kandungan

Prinsip-prinsip Tamadun Islam beserta contoh


Prinsip-prinsip Tamadun Islam dapat mengatasi masalah

6
7

sosial yang berlaku di kalangan masyarakat Islam


Penutup

Refleksi

Bilbiografi

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM BESERTA CONTOH


Definisi Tamadun Islam adalah pembangunan yang bersepadu antara dua unsur
iaitu kerohanian dan kebendaan yang lahir seiring dengan perkembangan kehidupan
manusia sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan. (Abu Bakar Hamzah
1988). Secara ringkasnya, Tamadun Islam adalah berdasarkan kepada agama Islam itu
sendiri yang berkembang mengikut budaya dan bangsa sejak Nabi Muhammad diutus
sebagai nabi dan rasul.
Tamadun Islam juga dapat didefinisikan sebagai

hal yang berkaitan dengan

definisi islam itu sendiri. Islam bermaksud patuh, tunduk, hormat menyerah, bebas dan
menerima dengan rela. Islam sebagai sebuah agama dan panduan hidup yang merujuk
kepada kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya,baik peraturan
yang berbentuk kepercayaan , akhlak, ibadat, muamalat dan sejarah yang terkandung
dalam al-Quran dan sunnah rasul yang diperintahkan untuk disampaikan kepada
manusia. (Syed Qutub:1981).
Tamadun Islam mempunyai lima prinsip yang berlandaskan kepada Al Quran
dan Al Hadis (al Sunnah). Prinsip yang pertama adalah memelihara agama (menjaga
hak dan kebebasan). Kebebasan manusia bermaksud tiada pengabdian seseorang ke
atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah S.W.T, iaitu
Pencipta Yang Maha berkuasa.Lambang ketaatan manusia dalam memelihara agama
ini berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : Kepada-Mulah kami sembah dan
kepada-Mulah kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah, ayat 4). Ayat ini dapat
digunakan sebagai contoh yang mana umat islam wajib memelihara agamanya dengan
memohon pertolongan kepada Allah S.W.T sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam
di dalam solat lima waktu.
Dalam memelihara agama, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala
unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat.
Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah menjadi hamba kepada nafsu yang ganas.
Peringatan ini adalah berdasarkan Firman Allah yang bermaksud: Tidakkah engkau
fikirkan (bagaimana peliknya) orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya
(Al-Furqan, ayat 43). Dalam hal ini juga, dapat dikaitkan dengan Firman Allah yang
bermaksud:Tiada paksaan dalam beragama (Al-Baqarah, ayat 256) .

Membincangkan mengenai prinsip memelihara agama ini, Allah berfirman yang


maksudnya: Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di
bumi (Mesir) itu dan menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang
yang mewarisi (bumi). (Al-Qasas , ayat 5). Ini bermaksud, seseorang individu adalah
waris kepada tanah airnya.
Dalam memelihara agama juga, Islam memberikan kebebasan kepada setiap
penduduk untuk memberi pendapat dan pandangan serta kritikan terhadap masyarakat,
pentadbiran dan pemerintahan kepada sesiapa yang mampu berbuat demikian . Ini
dapat dikaitkan dengan Firman Allah yang bermaksud: Mereka yang sekiranya Kami
berikan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat dan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang mereka
daripada melakukan mungkar. (Al-Hajj, ayat 41).
Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka
memenuhi tuntutan iaitu melaksanakan kebajikan dan melarang kemungkaran demi
kestabilan masyarakat dan negara , serta mereka sentiasa mendapat sokongan
daripada rakyat.
Berpandukan kepada beberapa Firman Allah yang dijelaskan tadi, kita dapat
mengaitkan contoh yang ada di dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Negara

Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan tidak memaksa seseorang untuk
mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang
diyakini.Begitu juga orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan
bebas untuk memgamalkannya.
Sikap toleransi beragama , saling hormat menghormati antara satu sama lain
adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Walaupun berbeza
agama mereka akan berpegang teguh kepada agama masing-masing dengan
memelihara rumah ibadat mereka.
Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan
kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi dengan tujuan
berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsipprinsip agama masing-masing sehingga melahirkan suasana yang harmoni dan saling
hormat-menghormati.

Kesimpulannya, walaupun negara Malaysia yang agama rasminya adalah


agama Islam, namun setiap rakyatnya bebas memilih apa jua agama pun. Walaupun ini
sesuai dengan Islam yang mengakui wujudnya agama lain, namun begitu ini tidak
bermakna

Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut.

Ini bermakna, Islam

tidak ada kompromi dalam soal akidah tetapi Islam menggalakkan umatnya berinteraksi
dengan lain-lain bangsa dan agama.
Prinsip yang kedua ialah memelihara nyawa.

Prinsip Tamadun Islam

meletakkan keselamatan nyawa di tempat yang paling utama. Oleh kerana nyawa atau
kehidupan adalah hak masyarakat , tanpa kebenaran Allah, tiada siapa yang berhak
untuk mencabar hak ini.

Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:

Dan

sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan , dan Kamilah yang


menjadi waris .(Al-Hijr, ayat 23). Dalam hal ini, seseorang yang menceroboh kehidupan
seseorang yang lain, bermakna menceroboh masyarakatnya. Ini adalah berdasarkan
Firman Allah : Siapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan
di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia semuanya. (Al-Maidah, ayat 32).
Ayat lain yang dapat dikaitkan dengan prinsip memelihara nyawa ini ialah : Siapa
yang melakukan yang demikian secara ceroboh dan zalim, maka kami akan
membakarnya dengan api (an-Nisa , ayat 30).

Ini bermaksud , seseorang yang

membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu
melawan qadak Allah S.W.T dan kekuasaan-Nya. Maka itu ia berhak untuk menerima
azab di akhirat .
Kesimpulannya, berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, pertamanya,setiap
perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti
memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup.
Keduanya, setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan
manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram
seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah), memakan benda yang
mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada
lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Ketiganya, setiap perkara
yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya
tetapi tidak melampaui batas. (Berdasarkan Firman Allah: Al-Araf, ayat 31).
Keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah
wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri

akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau
diharamkan (babi dan anjing) kiranya dengan perbuatan itu dapat mengelakkan
daripada kematian.
Sebagai contoh, keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil
peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya
beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka
membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk
orang asing. Budaya yang berlandaskan islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan ,
mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur.
keamanan dan mengelakkan perbalahan serta peperangan.

Ini menjamin

Keharmonian dan

keamanan menjamin nyawa terpelihara kerana tiada peperangan.

Ini dapat dilihat

sendiri di dalam negara Malaysia yang tiada wujud peperangan.


Melalui

prinsip

memelihara

nyawa

ini,

Islam

mewajibkan

umatnya

mempertahankan nyawa. Dapat diberikan contoh di sini, sekiranya sesuatu perkara


atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walaupun pada dasarnya Allah
menetapkan ianya haram, ia boleh dilakukan. Contohnya, dalam bidang perubatan,
ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil
daripada babi yang kita sedia maklum hukumnya haram. Walau bagaimanapun jika ia
dapat menyelamatkan nyawa seseorang pesakit ia sebaliknya adalah dibenarkan dan
sudah pastinya bersesuaian dan diterima di kalangan masyarakat majmuk.
Prinsip Tamadun Islam yang ketiga ialah memelihara akal. Dalam konteks ini ,
Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Ianya wajib kepada
manusia kerana ini menunjukkan kesempurnaan manusia berbanding makhluk Tuhan
yang lain.

Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia

sentiasa baik dan terkawal. Islam mewajibkan setiap penganutnya supaya menuntut
ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau
bangsa. Ini berlandaskan hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : Tuntutlah
ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. (Riwayat Muslim).
Berkaitan dengan prinsip memelihara akal ini, Islam melarang penganutnya
makan dan minum yang dilarang atau memberi kesan yang negatif kepada minda
kerana akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia
sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan

untuk manusia., tetapi tidak difahaminya, kecuali orang-orang yang pandai.

(Al-

Ankabut, ayat 43). Berpandukan ayat ini, Islam menggalakkan pemikiran yang
berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah S.W.T. Fikiran yang terbuka dan lapang
serta bersih daripada unsur-unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan perlaksanaan tingkah laku negatif dalam
kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Berdasarkan kepada prinsip memelihara akal ini, dapat diberikan
contoh mengenainya.

beberapa

Di dalam Al-Quran ada disebutkan tentang kebaikan

pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan
tubuh badan. Adab makan juga diajarkan di dalam islam. Sebagai contoh, sebelum kita
makan tangan hendaklah dicuci supaya kekotoran dapat dibersihkan.

Islam juga

mengesyorkan supaya memegang makanan dengan tangan kanan kerana tangan


kanan mengandungim kimia yang membantu penghadaman makanan. Makanan yang
mudah hadam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan akal dan
fikiran.

Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina

negara dan menegakkan agama.


Makanan yang dimakan atau minuman yang

diminum hendaklah yang halal

yang terhasil daripada usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi
darah daging serta menjana minda.

Makanan dan minuman yang haram akan

mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.


Seterusnya, Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaan. Islam mengajar
umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan
akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik
serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah
dilarang. Contohnya, minum arak, adalah dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk
dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman
yang akan menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta
persekitarannya.

Oleh itu, islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu

ilmu untuk

meningkatkan tahap pemikiran. Malah, mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan
jihad di dalam islam. Dengan ini, dapatlah disimpulkan prinsip memelihara akal adalah
bersesuaian dan perlu diamalkan oleh semua orang.
Prinsip Tamadun Islam yang keempat adalah memelihara maruah dan
keturunan. Maruah bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak

yang sama terhadap kehormatan diri dan maruahnya. Oleh sebab itu diturunkan segala
peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka
sama-sama dihukum dan diberi pengajaran. Ini dapat dikaitkan dengan Firman Alah:
Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menurut apa yang telah
diusahakannya(An-Najm, ayat 39).

Rasulullah S.A.W juga menerangkan bahawa

seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu.
Sabda baginda yang bermaksud:
Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu satu ( tunggal ) dan kamu sekalian
berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.

(Riwayat Bukhari dan

Muslim).
Dengan undang-undang dan peraturan ini , manusia dapat menjalinkan roh
kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat.

Setiap orang mempunyai

tanggungjawab dan kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan


mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.

Ini dapat dilihat

contohnya dalam pidato terakhir Rasulullah S.A.W di Padang Arafah yang bermaksud:
Sesungguhnya , nyawa , harta dan kehormatan kamu adalah suci seperti
kesuciannya hari haji ini. ( Riwayat Bukhari ).
Dalam Islam juga , ditekankan mengenai prinsip memelihara keturunan. Oleh
itu, terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan
dengan lengkap , yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti penzinaan, seks
bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara
kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.
Prinsip Tamadun Islam yang kelima ialah memelihara harta. Dalam konteks ini ,
islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki
harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam
melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan harta tersebut secara halal mengikut
fitrah manusia sendiri.
Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilihan harta, semua orang
dituntut mencari haluan hidup dan pencarian rezeki kehidupan adalah terbuka kepada
semua orang.Kekayaan di dunia ini tidaklah ditentukan kepada satu golongan sahaja,
malah tiap-tiap orang dikehendaki berusaha mengikut kemampuan dan kebolehan
masing-masing. Allah meluaskan bidang memiliki harta benda kepada makhluk di dunia
tanpa sekatan di luar tabii manusia. Ini adalah berdasarkankan Firman Allah: Allah

S.W.T yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu boleh berjalan
padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya dan supaya kamu boleh mencari
daripada kekayaannya dan supaya kamu berterima kasih. Ia telah memudahkan kamu
apa-apa yang di langit semuanya. (Al-Jatsiyah:12-13).
Berdasarkan kepada prinsip memelihara harta ini, dapat dilihat di mana negara
Malaysia mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,sistem ekonomi alternatif
yang serasi dengan nilai Islam telah diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga
diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga telah diwujudkan.
Selain itu, banyak program diwujudkan seperti program membasmi kemiskinan,
mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat
berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan
pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah bertujuan ke
arah usaha memelihara harta benda.
Berpandukan kepada maksud Tamadun Islam ,pembangunan

bersepadu

antara dua unsur iaitu kerohanian dan kebendaan yang lahir seiring dengan
perkembangan kehidupan manusia sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan,
adalah amat sesuai untuk diamalkan oleh semua manusia.
Kesimpulannya,lima Prinsip Tamadun Islam adalah gabungan nilai yang dapat
diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat
yang bersatu padu.Ini akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian,
sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakat serta bangsanya.Ajaran AlQuran dan Al-sunnah yang mengutamakan dasar memelihara dan memulihkan serta
menghormati hak asasi manusia,adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat
majmuk.

Kesemuanya ini mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara

hidup dan bersifat universal serta sesuai diamalkan oleh semua orang.

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAPAT MENGATASI


MASALAH SOSIAL YANG BERLAKU DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM
Dewasa ini, remaja Malaysia adalah merangkumi lebih daripada keseluruhan
penduduk.

Justeru kerana bilangannya yang ramai, maka masalah

sosial yang

berkaitan dengan kelompok ini juga sangat ramai dan semakin digeruni.

Data dan

statistik banyak menunjukkan masalah sosial di kalangan remaja adalah semakin serius.
Walau bagaimanapun jika kita mengimbas kembali lima Prinsip Tamadun Islam
InsyaAllah masalah ini akan dapat dikurangkan di kalangan remaja dan masyarakat
masa kini.
Kebelakangan ini, seringkali kita diperdengarkan dengan isu gejala murtad di
kalangan remaja. Hal ini dapat dibendung jika kita berpegang kepada prinsip Tamadun
Islam iaitu memelihara agama. Allah amat melaknat umat Islam yang murtad di mana
ianya tergolong dalam golongan dosa besar. Firman Allah S.W.T:- Dan sesiapa di
antara kamu yang murtad dari agamanya (Agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap
kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selamalamanya). (Al-Baqarah:217).
Ini menunjukkan untuk mengurangkan masalah murtad di kalangan masyarakat
Islam telah menetapkan kita perlulah memelihara dan melaksanakan kewajipan agama
seperti solat lima waktu. Jika solat itu diabaikan , maka akan terancamlah eksestensi
agama.

Rasulullah S.A.W bersabda: Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat

ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (kerana enggan sembahyang)
apabila umur mereka sepuluh tahun. (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).
Berpandukan kepada prinsip memelihara agama ini juga, masalah murtad di
kalangan remaja dapat dikurangkan jika ibu bapa mengambil peranan untuk mendidik
anak-anak dengan dengan didikan agama sejak mereka kecil lagi.

Namun, apabila

anak-anak ini sudah meningkat remaja, didikan agama juga perlu diteruskan kerana
pada peringkat inilah mereka banyak dipengaruhi oleh masalah sosial. Di samping itu,
gejala murtad di kalangan remaja juga dapat dikurangkan melalui prinsip memelihara
agama ini yang mana banyak Jabatan Agama Islam di Malaysia mengambil peranan
denga menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah dalam bidang Agama Islam.

Pemahaman dan bimbingan yang sempurna tentang akidah adalah inti pati utama untuk
mengelakkan terjadinya kekeliruan dan kekusutan yang boleh membawa kemurtadan di
kalangan remaja khususnya dan masyarakat amnya.

Gambar 1:Murtad
Gejala sosial yang kian menular di kalangan remaja masa kini seperti membunuh
diri, membunuh dan merempit serta gengtarisme dapat dikaitkan penyelesaian
masalahnya melalui prinsip memelihara nyawa.

Masalah sosial ini dapat diatasi

sekiranya umat Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat yang paling utama. Ini
dapat dikaitkan dengan Firman Allah S.W.T.

Dan janganlah kamu membunuh

bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu. (Al-Nisa, 29).


Prinsip memelihara nyawa dapat mengatasi masalah sosial di kalangan remaja
kerana Islam menyatakan dengan jelas bahawa membunuh diri merupakan dosa besar

dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Gangterisme adalah dilarang kerana

ianya

akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan yang akhirnya


menyebabkan kehilangan nyawa. Justeru itu, Islam melalui prinsip memelihara nyawa
amat menekankan cara hidup yang harmoni agar masalah sosial yang disebutkan tadi
dapat diatasi di kalangan remaja masa kini.

Gambar 2: Merempit

Gambar 3: Bunuh diri

Gambar 4:Gangterisme

10

Gambar 5:Membunuh

Masalah sosial yang juga dikaitkan dengan masalah remaja hari ini ialah minum
arak dan masalah dadah.

Masalah ini dapat diatasi dengan cara mengaplikasikan

prinsip islam yang ketiga iaitu memelihara akal yang mana Islam telah mengharamkan
pengambilan minuman arak dan dadah kerana boleh membawa kerosakan akal,
ketagihan dan khayal. Hal ini dapat dikaitkan dengan Firman Allah: Wahai sekalian
manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan
tayyiban). (Surah al-Baqarah :168).
Masalah sosial ini dapat diatasi kerana melalui prinsip memelihara akal ini, Islam
telah mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat
Islam digalakkan menimba ilmu tanpa mengira batasan supaya akal yang waras dapat
dipelihara dan seterusnya menghindari diri daripada melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan Agama Islam. Tubuh badan remaja yang sihat akan menjamin
akal yang sihat dan seterusnya para remaja ini akan sentiasa positif dan cemerlang ke
arah membina dan menegakkan Agama Islam dan melahirkan kewarasan fikiran.

11

Gambar 6:Minum arak

Gambar 7:Ketagihan dadah


Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius daripada
kaca mata masyarakat Islam dan negara Malaysia sendiri, yang perlu diatasi
berpandukan kepada prinsip islam yang keempat iaitu memelihara maruah dan
keturunan. Gejala sosial yang dimaksudkan ini ialah perbuatan maksiat di kalangan
remaja.

Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk

Napsiah Omar (Berita Harian , 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak akhlak
adalah masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada
tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober
1991 dan ianya dianggap masih belum lagi dapat dibendung sehingga era ini.
Islam yang telah mengharamkan zina adalah bertujuan untuk mendidik umatnya
supaya sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Ia juga perlu diikuti kerana ia
dapat mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan dengan hubungan
kelamin secara rambang. Dalam usaha untuk memelihara maruah dan keturunan ini,
kerajaan Malaysia telah memainkan peranannya yang mana pasangan islam yang akan
berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan.

Mulai tahun 2009 pula,

mereka perlu menjalani ujian HIV bagi memastikan bakal pengantin mempunyai ilmu
yang secukupnya untuk mengendalikan sebuah keluarga dan seterusnya melahirkan

12

zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syiar
islam.
Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan
bukan sesuatu yang digalakkan. Pologami digalakkan adalah untuk memelihara maruah
dan keturunan zuriat yang dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain islam.
Contohnya, di Barat, pologami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan
lelaki dan perempuan hidup berkesedudukan. Kesannya, lahirlah anak-anak yang tidak
sah taraf dan tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti
AIDS atau penyakit-penyakit kelamin yang lain.

Akhirnya, akan muncul masyarakat

yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Ini bermakna ,
Prinsip Tamadun Islam (memelihara maruah dan keturunan) amat sesuai diamalkan.
Masyarakat bukan islam juga boleh turut mengamalkan contoh yang telah diberikan
agar negara dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang sentiasa terpelihara maruah
dan keturunannya demi maruah negara dan bangsa di Malaysia.

Gambar 8: buang bayi

Gambar 9:zina

13

Masalah sosial yang dikaitkan dengan Prinsip Islam yang kelima ialah memelihara
harta. Prinsip memelihara harta ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana bertujuan
untuk memelihara keharmonian individu dan masyarakat amnya.
Perbuatan rasuah dan riba diharamkan kerana ianya mengambil hak orang lain .
Ini bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad
dan Al-Tabrani:-.
Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah orang yang mengetahui, lebih berat di
sisi Allah S.W.T. daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan.
Perbuatan ini adalah dilarang oleh Allah kerana ia adalah satu penyakit dalam
masyarakat yang seumpama barah.. Ia adalah satu perbuatan yang sangat
menggerunkan serta menjadi tanda noktah kepada sesiapa yang melakukannya.
Sekiranya tidak dikawal ianya pasti akan memusnahkan ekonomi sesebuah negara.
Perbuatan berjudi juga dilarang olehAllah S.W.T.
memurkai kepada sesiapa yang melakukan perkara ini.

Selain itu Allah juga amat


Berkaitan dengan prinsip

memelihara harta ini , berjudi adalah akan menghapuskan harta dan ajakan syaitan
yang akhirnya menyebabkan masyarakat kehilangan harta yang telah dikumpul.
Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian , perbuatan mengharamkan jenayah curi
dan rompak daripada yang sekecil-kecilnya adalah juga diharamkan seperti yang
dijelaskan oleh Allah S.W.T. melalui firmannya yang bermaksud:Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai
pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
(Surah Al-Maidah ,38).
Untuk mengelakkan masalah harta Allah telah menetapkan syarat seperti akad jual
beli dengan salam. Jika tidak dipakai salam, maka tidak akan mengancam eksestensi
harta. Berkaitan dengan aspek ini, Islam juga telah memperkenalkan Undang-undang
ekonomi dan muamalat Islam yang tidak mengharamkan riba dan penindasan terhadap
orang lain serta menghindarkan daripada penipuan dan penindasan. Hal ini adalah
berkaitan dengan prinsip memelihara harta.

Selain itu, Islam juga memerintahkan

kepada penganutnya supaya membayar hutang untuk memelihara harta yang datang itu
halal dan seterusnya mencapai keharmonian sesebuah masyarakat.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Roh orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah diselesaikan
hutang tersebut. ( Riwayat Ahmad Al-Tarmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim).

14

Harta atau kekayaan yang diperoleh daripada usaha sendiri dengan cara yang
halal berhak dipelihara.
mengamalkan

Di Malaysia , agama rasminya adalah Agama Islam

telah memperkenalkan sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan

nilai Islam. Prinsip dan amalan Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Selain itu,
usaha membanteras rasuah dijalankan serta beberapa program yang bertujuan untuk
membasmi kemiskinan. Semua ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial,
meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, mengukuhkan institusi
keluarga, dan menekankan aspek pendidikan.

Ia juga adalah bertujuan ke arah usaha

menjamin pemeliharaan harta benda.


Kesimpulannya, dalam konteks memelihara harta ini, semua orang dituntut
mencari haluan hidup mengikut kemampuan agar tidakbertentangan dengan hukum
syarak dan seterusnya dapat memelihara keharmonian seluruh masyarakat.

Gambar 10: rasuah

Gambar 11 : berjudi

15

Gambar 12 : mencuri
PENUTUP
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu
akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia
tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan
mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan
para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang
mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam,
mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi 16embe perjuangan Rasulullah
yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan
dalam

pemerintahan

mengeluarkan

zakat,

lantas

memastikan

menyuruh

yang

semua

makruf,

umat

menunaikan

mencegah

yang

solat,

mungkar,

menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan
oleh Allah. Mereka menguatkuasakan 16ember hidup Islam yang memang membela
akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang

Allah yang sebenarnya memang

melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.


Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan
akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan
dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan martabat umat Islam
dalam segala bidang.Kebenaran, keadilan dan ihsan akan didaulatkan sekiranya
manusia diasuh kepada kehidupan yang berpandukan kepada lima Prinsip Islam
yang telah dijelaskan. Manusia perlu kembali menjadi hamba Allah yang taat dan
bukan hamba kepada benda, wang, pembangunan, bangsa atau 16ember. Justeru,
sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak,
16ember nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal

16

selia anak sepanjang masa.


Kesimpulannya,

pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah sosial di

kalangan masyarakat telah muncul. Masalah ini muncul disebabkan oleh pelbagai
punca. Namun, Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan
masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun
spiritual.

Ini dapat dikaitkan dengan lima prinsip Tamadun Islam yang akhirnya

menjaga kepentingan manusia demi kecemerlangan dunia dan akhirat.

REFLEKSI
Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurnianya dapatlah
saya, menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek yang diberikan kepada semua guru
Kumpulan PPG mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pada mulanya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahanbahan yang patut dimuatkan dalam kerja kursus ini di samping ingin memahami dengan
teliti apa kehendak kerja kursus tersebut.Saya juga terpaksa mengambil masa yang
panjang bukan setakat berminggu-minggu malahan melibatkan

lebih sebulan untuk

menyiapkan kerja kursus pendek ini. Bagi saya ini satu cabaran dalam meningkatkan
lagi diri saya dan juga ilmu yang didapati. Banyak benda dan perkara yang selama ini
tidak saya ketahui dalam memantapkan diri saya, dapat saya lakukan terutamanya
dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS).
Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
ikhlas kepada pensyarah TITAS iaitu Ustazah Zabedah bt Ab. Razak di atas segala
bimbingan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang
menyiapkan kerja kursus pendek ini . Saya beruntung dan berterima kasih mendapat
pensyarah yang sangat baik hati dan berkomitmen tinggi.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat teman dan rakan seperjuangan
yang telah memberi banyak kerjasama dan nasihat semasa saya menyiapkan kerja
kursus pendek ini. Di samping bersama-sama berbincang walaupun banyak kekangan
dan kerja yang perlu diselesaikan terutamanya . kerja sampingan, tugasan di sekolah ,

17

keluarga dan juga mengajar di kelas banyak mempengaruhi tugasan ini berbanding
pelajar yang belajar sepenuh masa.
Setelah menyiapkan kerja kursus pendek ini saya dapati

prinsip prinsip

Tamadun Islam boleh mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja masa kini jika
diamalkan dengan betul.

Didikan agama dan pemantauan

ibu bapa memainkan

peranan penting bagi memastikan masalah dapat dikurangkan atau dihapuskan sama
sekali.

Di samping itu pihak kerajaan dan pihak NGO perlu lebih pro aktif dan tegas

dalam menjalankan penguatkuasaan untuk membenteras masalah ini.


Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberikan satu pengalaman yang
berharga.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan mohon maaf

kepada pensyarah pembimbing sekiranya tugasan ini tidak dapat dihasilkan dengan
sebaik-baiknya.
Sekian.Terima kasih.Wassalam.
DISEDIAKAN OLEH: MAZILAH AHMAD

18

REFLEKSI
Saya amat bersyukur akhirnya kami dapat menyiapkan kerja kursus

titas ini

secara berkumpulan bertiga. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana kekangan masa membuat saya

takut tidak dapat menghasilkan

tugasan ini dengan baik sekali. Kerjasama daripada ahli kumpulan telah memudahkan
penyiapan dan penyusunan bahan tugasan ini dengan lebih sempurna dan
teratur.Disamping itu dengan adanya bimbingan dan nasihat daripada pensyarah , kerja
kursus ini dapat disiapkan dengan sempurna dan terancang.
Saya dan ahli kumpulan saya telah menerima kerja kursus ini melalui portal IPG
Kampus sahaja.Selepas membaca kehendak soalan , saya berasa soalan yang diberi
agak mencabar juga namun ia dapat diatasi dengan adanya kemudahan internet.Hampir
90 % bahan kami ini di rujuk kepada laman sesawang yang ada kaitannya dengan tajuk
yang diberi.Alhamdulillah,segalanya telah dapat diatasi dengan mudah.
Saya juga akui agak lambat juga ingin menyiapkan kerja kursus ini di sebabkan
beberapa faktor yang lain.Antaranya ialah saya terpaksa menyiapkan kerja kursus ini
bersama dengan kerja kursus yang lain seperti literasi nombor,Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.Disamping tugas kami sebagai pendidik di sekolah,kami terpaksa
membahagikan masa dengan sebaik mungkin berbanding pelajar sepenuh masa di
maktab.Namun ia bukanlah satu sebab untuk kami tidak menyiapkan kerja kursus ini.
Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah
kerana tanpa tunjukajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan
baik.Saya juga ingin memohon maaf seandainya kerja kursus yang telah disiapkan ini
tidak sempurna 100% kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu
datangnya dari kami sendiri .
Sekian Terima Kasih

19

DISEDIAKAN OLEH: NORFAZIDAH ABU TALIP

REFLEKSI
Hari pertama bertemu dengan pensyarah TITAS ialah pada 2 Julai 2011. Namun,
pada tutorial yang kedua, pansyarah telah bertukar. Pensyarah sememangnya dilihat
sebagai seorang yang cukup hebat dalam menyampaikan amanah yang diberikan
kepadanya. Pensyarah menyatakan tugasan KKP dapat diperolehi daripada laman web
JAPIM.
Setelah pulang, saya membuka laman web yang dinyatakan. Soalan dapat dimuat
turun.

Walaupun agak sukar, saya terus berusaha mencari bahan dan berharap

tugasan ini dapat diselesaikan dengan segera. Selepas itu saya menghubungi rakan
dalam kumpulan dan cuba berbincang mengenai tugasan ini.
Dalam menyelesaikan tugasan ini, saya dapat mempelajari mengenai Prinsipprinsip Tamadun Islam . Melalui tugasan ini juga, saya dapat memahami dengan lebih
jelas lagi mengenai lima prinsip Tamadun Islam yang telah dijelaskan huraiannya.
Sesungguhnya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup
dan bersifat universal dan sesuai diamalkan oleh semua orang.
Dalam menyelesaikan bahagian yang kedua pula, iaitu bagaimana Prinsip-prinsip
Tamadun Islam dapat mengatasi masalah sosial di kalangan masyarakat Islam hari ini ,
saya amat menyedari perkara ini sememangnya jelas berlaku. Gejala sosial seperti
dadah, kelahiran anak yang tidak sah taraf , murtad dan lain-lainnya adalah merupakan
satu fenomena yang amat menggerunkan pada masa kini. Namun, jika masyarakat
sedar dan insaf dengan gejala-gejala yang menggerunkan ini ia dapat diatasi dengan
mengamalkan panduan hidup berlandaskan lima Prinsip Tamadun Islam.
Kesimpulannya, di dalam menangani cabaran hidup ini, amatlah penting umat
Islam memahami Islam sebagai kehidupan yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidup).

20

Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat
semata-mata, sedangkan asas kejadian manusia sendiri terdiri daripada dua unsur iaitu
roh dan jasad di mana ianya perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya. Justeru, Islam
perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sama ada kehidupan duniawi dan
persiapan ukhrawi.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh: SAMINAH BINTI WARMEN

BILBIOGRAFI
Berita Harian, 1 Julai 2000. Punca Masalah Disiplin Pelajar
http://hjhruhayah.blogspot.com/2008/12/prinsip-prinsip-tamadun-islamhttp://www.gemaislam.net/artikel/tamadun-islam-dalam-bidang-falsafah-pdf
http://www.scribd.com/doc/26188578/Keruntuhan-Akhlak-Remaja-Islam
http://www.scribd.com/doc/53271878/mengatasi-masalah-sosial
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga 3
Mohd Nor Jusoh, (2011). Tamadun Islam danTamadun Asia. Kuala
Lumpur
Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000. Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.
www.mutiaraislam.wordpress.com
Zuraini Hj. Jamil @ Osman dan Ahmad Yunus Kasim, (2006).Tamadun Islam
dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur

.
21

22

22

23

24

25

Anda mungkin juga menyukai