Anda di halaman 1dari 59

1.0.

PENGENALAN Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa

Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang

kurikulum Bahasa Melayu yang turut mengandungi matlamat kemahiran bahasa. Secara umumnya matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan mereka dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasinyang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada

penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Matlamat Kemahiran Pengajaran Bertutur ( i ). Bertutur untuk tujuan memaklumkan Bertutur bertujuan memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuk ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang tugasnya memaklumkan atau memberitahu kepada orang lain tentang sesuatu . Contohnya, guru atau jurujual. ( ii ). Bertutur untuk keseronokan Kita suka bercakap atau berbual dengan orang lain walau di mana kita berada. Biasanya bercakap atau bersembang dengan orang lain memang

menyeronokkan kita, terutamanya apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Dalam situasi ini, banyak berlaku dalam perbualan sosial yang kadangkala kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis. ( iii ). Bercakap untuk tujuan mempengaruhi Bercakap untuk mempengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada daripada segi politik, soaial, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama, peniaga dan sebagainya. Seringkali juga kita bercakap kerana kita berasa perlu untuk

mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri atau kedua-duanya.

( iv ).

Bercakap untuk menyelesaikan masalah Sesungguhnya tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang

demikian apabila timbul masalah , perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara. Walau pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan sebarang masalah , kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian kita mengadakan mesyuarat, perbincangan, perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan. Contohnya, perbicaraan di mahkamah iaitu

perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. Semua pihak perlu bercakap termasuk pesalah dan saksi. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu adalah dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang melibatkan peguam. Peringkat Kemahiran Pengajaran Bertutur Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur , iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari berperingkat-peringkat. Peringkat kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga:( i ). Peringkat awal Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang halhal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya,

seperti bertanya khabar serta mengenai kehidupan seharian yang dilalui oleh

murid tersebut. Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap pelajar tentang sesuatu perkara. ( ii ). Peringkat pertengahan Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid. Selain itu, pada peringkat ini guru juga akan mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid tersebut. Di samping itu, pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian pelajar yang lain akan memberi komen

secara mudah atau membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. ( iii ). Peringkat maju Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan dan justifikasi seperti

mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat. Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian dan perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat. Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan

pertimbangan yang dibuat. Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat

bagi tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun sesuatu perkara. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Matlamat Pengajaran Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan meproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Murid-murid perlu mendengar untuk

menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat), untuk mendapat hiburan ( radio,televisyen, filem), memperoleh maklumat

(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Dengan ini dapat dibuat satu kesimpulan

matlamat kemahiran pengajaran kemahiran mendengar adalah seperti berikut:( i ). ( ii ). ( iii ). ( iv ). ( v ). ( vi ). Memperoleh idea Mencari isi-isi penting Melakukan arahan atau tindak balas Mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan Mengenal pasti isi-isi yang tersirat Mentafsir makna-makna yang tersirat

( vii ). Mengenal pasti mood, suasana dan keadaan/konteks dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Mendengar Terdapat tiga peringkat pengajajaran kemahiran mendengar iaitu:( i ). Peringkat awal Pada peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan emilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Sebagai contoh, guru meminta pelajarnya menggayakan

aksi seekor kucing. Maka pelajar tersebut akan bertindak balas dengan melakukan aksi seekor kucing mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Para pelajar juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. ( ii ). Peringkat pertengahan Pada peringkat ini pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal Sebagai contoh, guru

informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus.

memberitahu pelajar tentang tragedi kemalangan . Kemahiran mendengar murid mungkin akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan mengambil tindakan cara-cara untuk mengelak kan kemalangan. Selain itu, pelajar akan diajar untuk mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk menjadi

seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga

perasaan penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi manafaat kepada pelajar terbabit. ( iii). Peringkat maju Pada peringkat maju ini, palajar diajar untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

Selain itu, pelajar kan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. Pelajar tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya dalam Sukatan Pelajaran Tahun Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta dapat mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu. Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. dibaca. Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang

Matlamat Pengajaran Kemahiran Membaca Kemahiran membaca dan memahami apa yang diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. dianalisis seperti berikut:(a) Bacaan Mekanis ( i ). Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. ( ii ). Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul. ( iii ). Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat berhenti yang betul. ( iv). ( v ). Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran lain. Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan untuk bacaan secara bersuara. (b) Bacaan senyap ( i ). ( ii ). Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya. ( iii ). ( iv ). Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. ( v ). Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan. Secara khusus matlamat kemahiran bacaan dapat

(c) Bacaan intensif ( i ). Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul daripada segi sebutan, intonasi, kelancaran dan dapat menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. ( ii ). Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang ditulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. ( iii ). ( iv ). Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. ( v ). ( vi ). ( vii ). Mengesan, memahami dan menikmati unsure-unsur estetik dan bahasa. Mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya. (d) Bacaan Ekstensif ( i ). Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. ( ii ). Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari. ( iii ). Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain. ( iv ). ( v ). Menambah minat membaca. Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

( vi ).

Memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi.

Peringkat Pengajaran Kemahiran Membaca Ada empat peringkat kemahiran membaca yang harus diketahui oleh guru:( i ). Peringkat Kesediaan membaca Menurut Juriah Long (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahirankemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Kesediaan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan , keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya

mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi i segi mental pula pula, kemampuan kanakkanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahui. ( ii ). Peringkat Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat ini meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga

membaca ayat. Pada tahap ini, muriddidedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan enggunakan parmainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. ( iii ). Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja. ( iv ). Bacaan dan kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. murid tidak faham apa yang dibaca itu tidak bermakna. Jika

Pada tahap ini murid

sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir serta menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Kemahiran menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu

diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginative. Penguasaan kemahiran menulis memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bahan prosa, puisi dan grafik. Matlamat Kemahiran Pengajaran Menulis Kemahiran menulis diajar kepada murid agar mereka dapat merakamkan apa sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Pada masa yang sama, murid juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan

menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. Matlamat mengarang bagi peringkata sekolah rendah secara amnya bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam bentuk karangan tettentu. Kemahiran ini juga dapat melatih murid melahir dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

pemerengganan yang betul. Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Kemahiran ini juga, melatih murid mengguakan format karangan yang betul. Selain itu, murid boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid menghadapi peperiksaan pada masa akan datang. Kemahiran menulis juga bermatlamat untuk menyuburkan minat murid di samping berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi kepuasan jiwa

kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan. Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu:(i ). Peringkat pramenulis Pada peringkat ini murid akan diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis dan dapt menulis dengan selesa dan tepat. Pada peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan

tangan dan mata supaya murid dapat mengkoordinasi mata dan tangan untuk tujuan menulis. Latihan lain yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah: Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putusputus. Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan. Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Latihan membentuk garisan lurus.

( ii ).

Peringkat Mekanis Setelah murid boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah

peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini murid-murid dilatih membentuk lambanglambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, murid akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk perkataan, dan seterusnya ayat. latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: ( iii ). Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas. Secara umumnya,

Peringkat Pelahiran Pada peringkat ini murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran

membentuk huruf dan mengeja.

Peringkat pelahiran ialah murid-murid dilatih untuk

melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini murid sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahanbahan rangsngan yang diberikan. Antara contoh-contoh latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: Mengisi silang kata Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat Melengkapkan petikan atau cerita Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar Menulis jawapan kefahaman

1.1.

MATLAMAT

DAN PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN KEMAHIRAN

BAHASA DALAM BENTUK GRAFIK

mendengar bertutur

Lisan

KEMAHIRAN membaca PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

menulis

menyampai atau melahirkan pendapat peribadi

menyebut dengan jelas melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat

memberi penerangan dan alasan

menunjuk arah MATLAMAT KEMAHIRAN PENGAJARAN BERTUTUR bertutur secara bertatasusila

bertemu ramah bertukar-tukar pendapat dan maklumat membina soalan untuk mencari maklumat

bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

melakukan arahan/tindak balas

mengenal pasti perkara yang mencari isi penting berhubungan dan tidak berhubungan

memperoleh idea MATLAMAT KEMAHIRAN PENGAJARAN MENDENGAR

mengenal pasti isi-isi yang tersirat

mentafsir makna-makna tersirat

mengenal pasti mood penutur, suasana dan keadaan/konteks

mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan

Peringkat awal

Peringkat Peringkat maju PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR pertengahan

Menyoal soalan-soalan mudah Berdasarkan situasi-situasi tertentu Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa

Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi

Membuat ayat-ayat daripada gambar

Memberi arahan

PERINGKAT AWAL KEMAHIRAN BERTUTUR

Melafazkan pengucapan bertatasusiala

Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar

menyoal untuk mendapatkan maklumat

Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Membuat diskripsi tentang objek atau gambar

Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambargambar bersiri

Memberi satu siri arahan sesuatu peristiwa

PERINGKAT PERTENGAHAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Menyoal dan menjawab soalan

Membaca iklan dan peraturan

Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah

Memberi ucapan pendek dan mudah

Mengambil bahagian dalam perbualan mudah

Memberi komen secara mudah

Menyampaikan komen, laporan atau ulasan

Mendeskripsi sesuatu peristiwa,kejadian,pengalaman, objek,permainan,proses dan sebagainya

Mengkritik cerpen, pendapat, puisi novel dan sebagainya

Mengambil bahagian dalam perbincangan,perbualan atau dialog

Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya

Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat

KEMAHIRAN BERTUTUR PERINGKAT MAJU

Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan)

Bertanya untuk mendapatkan maklumat

Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan paeraturan

Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan

Mengambil bahagian dalam perbahasan,diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain

Mendklamasi puisi

permulaan

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

pertengahan maju

MAJU

Mengecam,mengajuk,memilih bunyi yang kasar atau indah, mendengar dan menyebut perkataan,ayat, rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT PERMULAAN

Mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci , mengenqal maklumat khusus , mengenal urutan, mengenal sebab dan akibat, mengenal situasi (perhubungan orang yang berinteraksi ) dan mengenal sikap serta perasaan orang yang bercakap dan sebagainya

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT PERTENGAHAN

Mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT MAJU

Mekanis -Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas -Membolehan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul -Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta berhenti pada tempat yang betul -Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran lain -Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan keceapan untuk membaca bersuara

Senyap -Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri -Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya -Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas -Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan -Dapat menggunakan kemahiran sebagai hiburan

MATLAMAT KEMAHIRAN PENGAJARAN MEMBACA Intensif -Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik , betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik -Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang ditulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus -Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya -Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca -Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa -Mengenal pasti laras bahasa pelbagai -Membuat rumusan daripada apa yang dibaca dan sebagainya Ekstensif -Membolehkan murid membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain -Membolehkan murid membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari -Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata , struktur ayat dan lain-lain -Menambah minat membaca -Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca -memperkembangkan daya kreatif dalam pemggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau puisi

Mendirikan asas bacaan -Guru perlu menggunakan bbm yang ringkas, menarik dan bermakna Kesediaan murid -Penguasaan bahasa dan emosi murid akan dapat membantu guru -Kemahiran asas bacaan dimulakan dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat -Galakan dan dorongan perlu berterusan Membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca -Perlu dipupuk di peringkat sekolah supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak

PERINGKAT KEMAHIRAN PENGAJARAN MEMBACA -Kamarudin Hj. Husin(1988) membahagikan kepada lima peringkat

Melatih membaca dan memaham -Bahan bacaan mestilah yang baik -Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami

Melatih membaca untuk mencari hiburan atau maklumat -Setelah kanak-kanak boleh membaca dengan lancar dan memahami isi bahan yang dibaca mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lainuntuk mencari maklumat dan mengisi masa lapang

Murid-murid dapat merakamkan apa sahaja yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalam masa yang sama pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir. Kombinasi minda dan pancaindera lain akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.

Melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk bentuk karangan tertentu. Seterusnya ia akan dapat melatih dan mengembangkan idea serta melatih murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS

Melatih murid untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa dan format yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Ia juga dapat membolehkan pelajar menggunakan pengalaman menulis karanga ke dalam situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Selain itu juga ianya dapat menyiapkan murid murid untuk menghadapi peperiksaan pada masa akan datang.

- Dapat menyuburkan minat murid di samping meluaskan kosa kata apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Ia juaga memeberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu melahirkan peraan mereka menerusi hasil karya tulisan.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat pramenulis Pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Guru akan memberikan aktiviti pergerakan tangan dan mata supaya pelajar boleh mengkoordinasikan mata kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Contoh latihan seperti: Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan Latihan membentuk bulatan di udara Latihan membentuk garis lurus

Peringkat mekanis Pelajar dilatih membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentukbentuk huruf. Akhirnya pelajar akan dapat menuliskan hurufhuruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Contoh latihan seperti: Membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal Menulis huruf di atas kertas bergaris Membentuk huruf dengan cara yang betul atau bebas

Pelahiran Pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja iaitu pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Contoh latihan seperti: Mengisi silang kata Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat Melengkapkan petikan atau cerita Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar Menulis jawapan kefahaman

2.0.

Membina instrument kemahiran bahasa dalam bentuk bercetak. 2.1.1.Instrumen Kemahiran Lisan (i). 1.2.Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Baca teks dan jawab soalan di bawah.

Petani Jaya Pak Cik Noh pekebun sayur yang ringan tulang. Sayur-sayuran yang ditanamnya sangat subur. Setiap pagi, Pak Cik Noh akan pergi ke kebunnya. Semasa di kebun, dia bekerja dengan tekun. Apabila tanamannya sudah matang untuk dipetik, Pak Cik Noh akan meminta anggota keluarganya membantu. Sayur-sayuran yang dipetik akan dimasukkan ke dalam sebuah keranjang. Pemborong sayur dari Bandar membeli sayur-sayurannya. Walau bagaimanapun, Pak Cik Noh tidak menjual kesemua sayurnya kepada pemborong. Sebahagiannya akan dijual di pasar tani. Sayur-sayuran yang dijual oleh Pak Cik Noh segar dan berpatutan harganya.

1. Ke manakah Pak cik Noh pergi pada setiap pagi? ______________________________________________________________

2. Bilakah Pak cik Noh akan memetik hasil tanamannya? ______________________________________________________________ 3. Siapakah yang akan membeli sayur-sayuran Pak cik Noh? ______________________________________________________________

4. Di manakah Pak Cik Noh akan menjual sayur-sayurannya? ________________________________________________________________ 5. Bagaimanakah jika kita hendak berjaya seperti Pak cik Noh? ________________________________________________________________ Jawapan 1. Pada setiap pagi Pak Cik Noh akan pergi ke kebunnya. 2. Pak cik Noh akan memetik hasil tanamannya apabila sudah matang. 3. Pemborong sayur dari bandar yang akan membeli sayur-sayuran Pak Cik Noh. 4. Pak Cik Noh akan menjual sayur-sayurannya di bandar. 5. Jika kita hendak berjaya seperti Pak cik Noh kita mestilah bersikap ringan tulang dan tekun. ( ii ). 1.3.Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Nomborkan cara-cara menggunakan komputer mengikut urutan yang betul. . Kemudian, hidupkan suis pada unit pemprosesan pusat dan monitor.

Akhir sekali mulakanlah tugasan kamu.

Mula-mula pasangkan plag dan hidupkan suis elektrik.

Seterusnya, lihat dan klik pada program yang dikehendaki.

Selepas itu, pastikan paparan tertera pada skrin.

Jawapan

Kemudian, hidupkan suis pada unit pemprosesan pusat dan monitor.

Akhir sekali mulakanlah tugasan kamu

Mula-mula pasangkan plag dan hidupkan suis elektrik.

Seterusnya, lihat dan klik pada program yang dikehendaki.

Selepas itu, pastikan paparan tertera pada skrin.

( iii ).

1.4.Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan

Bina ayat permintaan berdasarkan keterangan yang diberikan

Nazrin ingin menyertai aktiviti gotong-royong 1. membersihkan sekolah

Ibu, izinkan saya ______ ________________________ ________________________ ________________________

Murid-murid, _________________ _________________ 2. _________________ _ Murid-murid, Guru besar meminta murid-murid di sekolah Wahida menjaga kebersihan sekolah

Cikgu Normah meminta muridmurid menghadiri aktiviti gotongroyong di sekolah

_________________________ _________________________

3.

4. Wahida mempelawa ayahnya menyertai aktiviti gotong-royong di sekolahnyasekolahnya Ayah, ______________________ ___________________________

Jawapan 1. Ibu, izinkan saya menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 2. Murid-murid, tolong hadiri aktiviti gotong-royong di sekolah. 3. Murid-murid, sila jaga kebersihan sekolah. 4. Ayah, mari sertai aktiviti gotong-royong di sekolah.

2.1.2. Instrumen Kemahiran Membaca ( i ). 5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca Baca pantun di bawah dan jawab teka teki yang diberikan. Jauh di awan beribu batu, Bergerak sendiri merata-rata; Kepada manusia sangat membantu, Memancar maklumat kepada kita.

Berumah kecil tiangnya satu, Orang beratur sabar menanti; Boleh digunakan tak kira waktu, Syiling di poket masuk ke peti.

Bercakap rancak sepanjang masa, Berdendang merdu macam penyanyi; Ada berita hal ehwal semasa, Menjadi teman ketika sunyi.

Bebas belayar mencari pautan, Berjaring bukan menangkap ikan; Maklumat pantas menjadi dapatan, Informasi terkini butang ditekan.

Jawapan 1. Satelit 2. Mesin penjual air 3. Radio 4. Internet ( ii ). 7.2. Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

Baca ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat mengikut jenisnya pada ruangan yang disediakan. Jangan berenang ketika ombak besar. Kamu gembira semasa di Kuala Lumpur? Eh, orang utan itu membelai anaknya! Burung layang-layang membuat sarang di dalam gua. Bilakah mereka melawat ke Sabah? Menara Kuala Lumpur tinggi dan tersergam indah. Bersihkan kelas ini. Amboi, cantiknya tempat ini!

Ayat Penyata 1._______________________________________________________ 2._______________________________________________________ Ayat Seruan 1._______________________________________________________ 2._______________________________________________________

Ayat Perintah 1._______________________________________________________ 2._______________________________________________________ Ayat Tanya 1._______________________________________________________ 2._______________________________________________________ Jawapan Ayat Penyata 1. Burung layang-layang membuat sarang di dalam gua. 2.Menara Kuala Lumpur tinggi dan tersergam indah. Ayat Seruan 1.Eh, orang utan itu membelai anaknya! 2.Amboi, cantiknya tempat ini! Ayat Perintah 1.Jangan berenang ketika ombak besar. 2.Bersihkan kelas ini. Ayat Tanya 1.Kamu gembira semasa di Kuala Lumpur? 2.Bilakah mereka melawat Sabah? ( iii ). 6.4.Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

Baca teks di bawah dengan kuat. Kemudian, tulis tajuk yang sesuai dengan teks itu.

1. Daun kelapa banyak kegunaannya.

Kita boleh membuat sarung ketupat daripadanya. Bahagikan daun itu kepada dua

Mula-mula, ambil sehelai daun kelapa yang muda. bahagian. Kemudian, anyam daun itu.

Tajuk:___________________________________________________________________

2. Tarian ini ditarikan oleh orang-orang Iban. Tarian ini dipersembahkan pada hari Gawai atau majlis-majlis kebesaran kaum Iban. Iban. Tajuk:___________________________________________________________________ Tarian ini mengisahkan kepahlawanan kaum

3. Alat muzik ini menghasilkan bunyi apabila dipalu. Sarang lebah pernah dianggap oleh Pak Belang sebagai alat muzik ini. Alat muzik ini juga digunakan dalam persembahan silat dan upacara perasmian. Tajuk:___________________________________________________________________

4. Aku diperbuat daripada daun mengkuang. Sebelum sifat aku sempurna, banyak proses dilakukan oleh tuan aku. Tubuh aku berwarna-warni. Aku digunakan untuk mengalas tempat duduk. Tajuk:___________________________________________________________________ Jawapan 1.Cara-cara membuat sarung ketupat 2.Tarian Ngajat 3.Gong 4.Aku sehelai tikar

2.1.3. ( i ).

Instrumen Kemahiran Menulis 8.1. Membina dan menulis perkataan , ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Bina ayat dengan menggunakan perkataan dan gambar di bawah

hari Azlan di taman

1. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

petang badminton gelanggang 2. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Azlan sihat cergas 3. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

otak cerdas cemerlang peperiksaan 4. ______________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

melakukan beramai-ramai taman 5. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Jika malas lesu bermaya 6. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Jawapan 1. Setiap hari Azlan bersenam di taman. 2. Pada setiap petang juga, Azlan bermain badminton bersama kawan-kawannya. 3. Badan Azlan sihat dan cergas. 4. Otaknya yang cerdas menjadikan dia sentiasa cemerlang dalam peperiksaan. 5. Azlan melakukan senaman beramai-ramai di taman. 6. Jika kita malas bersenam badan kita menjadi lesu dan tidak bermaya. ( ii ).10.1. Menghasilkan pelbagai genre ( prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah,menarik dan bermakna. Lengkapkan teks syarahan di bawah dengan perkataan yang sesuai

menjadikan bergaul hormati memupuk menjaga berjumpa

kagumi bertajuk rasai terpengaruh bersukan melupakan

Yang saya 1.______________________, Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian. Syarahan saya pada hari ini 2.____________________ Faedah Bersukan. Hadirin yang saya hormati, Badan sihat otak cerdas. Itulah kata hikmat yang orang bijak pandai. Oleh itu, kita mestilah selalu 3._______________________ untuk 4. _______________________ badan kita sihat. Ketika bersukan, kita juga dapat 5.______________________ masalah. Hal ini

demikian kerana perasaan gembira akan kita 6.______________________ semasa bersukan. Selain itu, kita juga akan dapat 7.___________________ dengan orang lain dan dapat 8.______________________semangat kesukanan. Jadi, kita tidak akan mudah

9.________________________ akan unsur-unsur negatif. Justeru, marilah kita bersukan untuk 10.______________________ kesihatan diri. Sekianlah sahaja syarahan saya. Terima kasih. Jawapan 1.hormati 2.bertajuk 3.bersukan 4.menjadikan 5.melupakan

6.rasai 7.bergaul 8.memupuk 9.terpengaruh 10.menjaga ( iii ). 10.2. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

Tulis ayat di bawah semula dengan meletakkan tanda baca yang betul 1. Sayur-sayuran yang dijual di pasar ialah sawi kangkung bayam dan kubis

______________________________________________________________________ 2. Kamu hendak membeli sayur bendi atau sayur terung

______________________________________________________________________ 3. Wah luasnya kebun sayur ini

______________________________________________________________________ 4. sayur-sayuran memberi khasiat yang tinggi kepada kita

______________________________________________________________________ 5. sayur memanjat seperti kacang panjang timun dan petola memerlukan kayu junjung atau sokongan

______________________________________________________________________

Jawapan 1. Sayur-sayuran yang dijual di pasar ialah sawi, kangkung, bayam, dan kubis. 2. Kamu hendak membeli sayur bendi atau terung? 3. Wah, luasnya kebun sayur ini! 4. Sayur-sayuran memberi khasiat yang tinggi kepada kita. 5. Sayur memanjat seperti kacang panjang, timun, dan petola memerlukan kayu junjung atau sokongan.

3.0.

MENGAPLIKASI TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BAHASA DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun Bilangan murid Masa Tema Tajuk Fokus utama : : : : : : 4 Anggerik 30 orang 8.30 9.30 pagi Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Kelapa sawit 5.1.Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. :Aras 3 (i).Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. Fokus sampingan : 9.2.Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. :Aras 2 (i).Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Objektif

Pada akhir pembelajaran murid dapat: i)-Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. ii)-Menganalisis maklumat dalam bentuk grafik.

SISTEM BAHASA 1. Tatabahasa sinonim 2. Kosa kata - semaian Pengisian kurikulum 1. Ilmu: Geografi, Kajian Tempatan Patriotisme, bersih

2. Nilai murni :

Kemahiran bernilaI tambah 1. Kemahiran berfikir menganalisis 2. Kajian masa depan ramalan ALAT BANTU MENGAJAR 1. Gambar 2. Buku teks 3. Kertas sebak 4. Kamus PENGETAHUAN SEDIA ADA 1. Murid pernah melihat pokok kelapa sawit sama ada secara realiti atau di dalam media.

2. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

ISI PELAJARAN Gambar pokok kelapa sawit Soalan: 1.Apakah nama pokok ini? 2.Apakah kegunaan hasil daripada pokok ini?

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set induksi (5 minit) Murid dipamerkan dengan gambar pokok kelapa sawit. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar tersebut.

Kemahiran lisan KBT : Kemahiran berfikir BBM: Gambar Klik lampiran 1.

Rujuk lampiran 1

Langkah 1 ( 20 minit ) Murid mendengar guru membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid membaca kuat teks tentang kelapa sawit secara kelas dan individu Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca

Kemahiran membaca

BBM: Teks petikan kelapa sawit (buku tahun 4 m/s 120)

Klik lampiran 2 Rujuk lampiran 2

Mencatat kegunaan pokok kelapa sawit dalam bentuk grafik

Langkah 2 ( 15 minit ) Murid diedarkan kertas sebak Murid berbincang Kemahiran menulis

dalam KBT: menganalisis untuk Nilai: bekerjasama BBM: Kertas sebak

kumpulan menghasilkan grafik

Seorang murid dipilih untuk Klik lampiran 3 membentangkan catatan grafik hasil Rujuk lampiran 3

Tatabahasa:Perkataan sinonim menghasilkan isirung menggerakkan diproses bermutu unik reput manfaat pelaksanaan

Langkah 3 ( 15 minit ) Murid diminta mengenal pasti perkataan berwarna merah di dalam petikan teks Murid diminta membaca perkataan tersebut Murid mencari makna perkataan berpandukan kamus Murid menulis ayat berpandukan sinonim yang telah dikenal pasti Rujuk lampiran 2 Kemahiran menulis BBM: Kamus KBT: Menganalisis Nilai: Berhati-hati

Rumusan pengajaran

Penutup ( 5 minit) Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan pengajaran pada hari tersebut

Menekankan kembali isi pelajaran

4.0.RUMUSAN Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus yang berteraskan kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang penutur, berkomunikasi dalam menyampaikan idea, pandangan, atau pendapat. Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat. Ini juga adalah termasuk dalam kemahiran lisan. Kemahiran membaca dan memahami adalah keperluan yang saling melengkapi. Ia

perlu diajar secara berperingkat-peringkat supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya bermula dari yang mudah kepada yang sukar. Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik atau tulisan. Dalam masa yang sama pelajar juga perlu menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. Kesimpulannya, ketiga-tiga kemahiran ini adalah saling berkaitan bagi membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dengan berkesan.

REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya dapat kami menyiapkantugasan Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu (BMM3104) yang telah diberikan. Hari pertama tutoriol mata pelajaran ini dapat dirasakan bahawa pensyarahnya adalah seorang yang cukup hebat dalam menjalankan tanggungjawabnya . Sebelum menyiapkan tugasan ini timbul pelbagai masalah. Banyak bahan berkenaan diperoleh dan dapat dirujuki tetapi saya masih tidak faham untuk menghasilkan tugasan ini. Akhirnya, saya berbincang dengan Puan Nor Fazidah selaku rakan dalam kumpulan tentang bagaimana untuk menghasilkan tugasan ini. Seterusnya semasa menghasilkan tugasan, saya merasakan banyak aspek perlu

dipelajari dalam membina instrumen soalan demi untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Jika selama ini saya membina instrumen kemahiran tanpa mematuhi prinsip dan langkah-langkah yang ditetapkan, pada hari ini saya dapat menimba ilmu berkaitan dengannya. Setelah menyiapkan tugasan ini,saya dapat mendalami lagi teknik dan strategi untuk mengajar murid-murid saya mengikut kemahiran yang telah diutarakan dan dapat

mengaplikasikannya di dalam kelas dengan lebih berkesan lagi. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik khususnya berkaitan dengan aspek tugasan ini. Selepas ini saya akan mematuhi langkah-langkah dan peringkat yang disarankan dalam setiap kemahiran agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang dirancang. Justeru, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Jaimah Abd Manaf selaku pensyarah Pengajaran

Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) dan rakan kumpulan yang banyak membantu dalam menghasilkan tugasan ini. DISEDIAKAN OLEH: SAMINAH WARMEN

REFLEKSI Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan KKP BMM3104 ini dalam masa yang ditetapkan. Saya telah menerima tugasan ini semasa hadir dalam interaksi 2 iaitu pada 18.2.2012 .Semasa menerima tugasan ini saya merasakan amat sukar untuk memahami kehendak soalan .Setelah membaca berulang-ulang kali dan berbincang dengan rakan dalam kumpulan barulah saya memahaminya. Berdasarkan KKP yang telah diberi ini,saya dapat memahami tentang matlamat sebenar kemahiran bahasa dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan lebih

mendalam lagi. Disamping itu juga saya dapat mendalami lagi aspek-aspek kemahiran bahasa di mana kemahiran ini amat penting sekali diajar kepada murid-murid mengikut peringkat peringkat yang telah di tetapkan. Tugasan ini memberi manfaat kepada saya dan saya sedar segala unsur dan faktor -faktor yang saya pelajari ini amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran saya kepada murid-murid di dalam bilik darjah . KKP ini juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam menyediakan instrumen pelbagai iaitu kemahiran lisan,bacaan dan menulis mengikut aras kebolehan murid-murid . Di sini saya tahu dan perlu berhati-hati dalam memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai . Pembinaan Rancangan Pelajaran Harian juga dapat memantapkan lagi diri saya dalam menyediakannya kerana dengan adanya persediaan mengajar yang teratur saya dapat mengajar murid-murid saya dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan

sebagaimana yang diarahkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Pn Jaimah Abd Manaf kerana tanpa tunjuk ajar dari beliau tidak mungkin akan terhasilnya kerja kursus ini.Begitu juga kepada rakan sekumpulan iaitu Cikgu Saminah Warmen atas kerjasama yang sepakat. Akhir sekali secara kesimpulannya kerja kursus ini telah banyak menyedar dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak.Segala yang baik pasti akan dijadikan teladan. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dalam menyiapkan kerja kursus ini.

DISEDIAKAN OLEH: NOR FAZIDAH ABU TALIP

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd Eee Ah Meng,(1993). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn Bhd Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin, (2010). Literasi Bahasa Melayu. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu.html http://scribd.com/doc/27616424/KEMAHIRAN-LISAN http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, (1994). Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd Kamarudin bin Jeon, Mohd. Nasar Sukor, Zainal Ariffin Yusof dan Napisah Muhammad, (2006). Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd Kamarudin Jeon, Mohd Nasar Sukor dan Zainal Ariffin Yusof (2010). Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Malaysia (Jilid 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Jeon, Mohd Nasar Sukor dan Zainal Ariffin Yusof (2011). Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Malaysia (Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003).Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai