Anda di halaman 1dari 10

FUNGSI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Fungsi Kemahiran Mendengar


Fungsi yang diterangkan di sini boleh didefinisikan sebagai tugas, peranan,
kewajiban dan juga peranan (Kamus Dewan, 2008 :153). Manakala definisi bagi
fungsi kemahiran mendengar ialah peranan, tugas dan kewajiban dalam kemahiran
mendengar. Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang terdalam
kemahiran lisan.Terdapat beberapa fungsi bagi kemahiran mendengar, antaranya
ialah :
Dapat menguasai kemahiran lain
Sebagaimana yang kita semua ketahui, kemahiran yang paling penting berbanding
kemahiran-kemahiran lain ialah kemahiran mendengar. Untuk menguasai kemahiran
lain seperti bertutur, membaca dan juga menulis, individu tersebut perlulah
menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat kuasai apa
yang didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan
tersebut secara automatik pada peringkat yang seterusnya individu tersebut dapat
mempelajari cara bertutur apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila
individu tersebut dapat bertutur seterusnya individu tersebut dapat mempelajari
kemahiran membaca dan seterusnya ke peringkat menulis.
Dapat berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran bertutur diistilahkan sebagai keiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa. Ini bermakna apabila individu dapat
menguasai kemahiran mendengar, individu tersebut dapat mentafsirkan apa yang
didengarnya dan bertindak memberi respon. Sebagai contoh apabila individu ditanya
sama dia telah makan ataupun belum, apabila individu tersebut mendengar apa

yang diujarkan kepadanya individu tersebut akan mula mentafsir dan memahami
apa yang diujarkan kepadanya. Setelah memahami apa yang diujarkan secara tidak
langsung individu akan bertindak balas dengan menjawab soalan yang diajukan
kepadanya itu. Ini secara tidak langsung berlakunya interaksi antara si pendengar
dan juga penutur.
Fungsi Kemahiran Bertutur.
Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita mengetahui
fungsi kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyusun ujaran
kita dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam
konteks pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi dalam
kemahiran bertutur antaranya adalah seperti berikut :
Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan maklumat
Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah
penutur mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada
pendengar. Ini menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk memperjelas
maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk
diingati. Bagi mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang
terdapat dalam ujaran bermaklumat. Antara perkara tersebut ialah memberitahu
pendengar perkara yang akan perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara
tersebut serta menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi,
melalui objektif.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bermatlamatkan
supaya murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.

Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah amat penting kerana
mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan guru itu sendiri sebagai
penyampai maklumat serta ilmu pengetahuan terhadap murid-murid. Untuk
menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah
dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta
membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu
menyusun isi penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu
sama lain. Selain itu, penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural
serta tidak bersifat emotif serta kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu
terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan
gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu bagi menjelaskan
maklumat, menarik minat pendengar di samping dapat mengukuhkan isi penting
yang disampaikan.
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi membawa pengertian kepada ujaran
penutur yang mengkehendaki pendengar mengubah persepsi ataupun fikirannya
mengenai sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah bagi
membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Seseorang guru perlulah
mempunyai kemahiran mempengaruhi yang tinggi terhadap murid-muridnya
terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini penting
kerana untuk mempengaruhi serta mendorong murid untuk terus belajar serta
melakukan semua aktiviti yang diarahkan bukan satu tugas yang mudah.

Dua perkara penting yang berkaitan dengan bertutur yang berfungsi untuk
mempengaruhi ialah dengan memastikan kehendak serta keperluan pendengar. Hal

ini penting untuk memotivasikan pendengar melakukan sesuatu tindakan dan ia


perlu disertakan dengan alasan yang munasabah serta menepati keperluan
pendengar. Menurut ahli psikologi berpendapat bahawa keperluan manusia
terbahagi kepada beberapa kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah psikologi,
keselamatan, dimiliki dan disayangi, sanjungan kendiri dan juga keupayaan kendiri.
Seterusnya, perkara yang kedua yang ditekankan ialah menyediakan hujah yang
relevan. Bagi mencapai matlamat bertutur untuk mempengaruhi pendengar terhadap
sesuatu , maka penutur terlebih dahulu perlu bersedia dengan pendapat yang
relevan. Bagi mengemukakan pendapat yang releven, ia memerlukan kemahiran
serta pengalaman. Guru yang berpengalaman biasanya tidak menghadapi masalah
dalam memberi hujah, fakta dan alasan untuk mempengaruhi dan memotivasikan
murid mereka. Ini menunjukkan kepakaran seseorang guru dalam bidangnya
membolehkan mereka memperjelas fakta serta mencadangkan sesuatu yang baik.
Bertutur menimbulkan keseronokan.
Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau santai merujuk kepada pertuturan
menyebabkan

pendengar

seronok

dan

terhibur.

Fungsi

pertuturan

untuk

menimbulkan keseronokan atau santai adalah tujuan sampingan kepada peranan


yang sebenar. Bertutur dapat beri kelebihan kepada pihak penutur serta pendengar
iaitu pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih terhadap penutur
yang

dapat

menghiburkan

mereka.

Melalui

pertuturan

ini,

penutur

boleh

memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan, nilai


murni melalui aktiviti bertutur sebagaimana yang terkandung dalam HSPBMSR.
Berfungsi sebagai alternatif mewujudkan perhubungan
Bagi tujuan sosial, murid haruslah dilatih bertutur melalui fungsi ini. Fungsi ini amat
penting dalam kehidupan seharian manusia untuk membantu seseorang tersebut

hidup dalam masyarakat dengan selesa serta mesra. Dalam hal ini, penekanan
utama adalah diberikan terhadap pengucapan bertatasusila bagi menjamin
keharmonian perhubungan serta perpaduan dalam masyarakat. Antara contoh
pengucapan yang bertatsusila yang dimaksudkan adalah melahirkan rasa simpati
terhadap orang lain. Ini merupakan salah satu objektif yang terdapat dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan melalui
kemahiran bahasa ini murid akan dapat menghayati serta mengamalkan nilai murni,
sikap positif, semangat patriotik dan juga kewarganegaraan. Contoh lain ialah dapat
menumpang kejayaan, menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain dan
lain-lain lagi.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat secara definisinya ditakrifkan sebagai had yang dicapai dalam sesuatu
usaha; susunan mengikut kemajuan yang dicapai; tingkat kemajuan; tahap dan lainlain (Kamus Pelajar Edisi Kedua : 2008). Secara umumnya, kemahiran mendengar
dalam peringkat penguasaan terdiri daripada tiga tahap. Peringkat penguasaan yang
dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh muridmurid sebelum mengamalkannya. Dalam erti kata yang lain, murid-murid perlu
menguasai setiap tahap dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur sebelum
dilabelkan

sebagai

mahir.

Seterusnya,

perbincangan

mengenai

peringkat

penguasaan ini dimulakan dengan kemahiran mendengar barulah diikuti dengan


peringkat penguasaan kemahiran bertutur.
(Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007 : 40) menjelaskan
bahawa peringkat penguasaan kemahiran mendengar meliputi tiga tahap iaitu
merangkumi murid-murid yang mempelajarinya serta guru-guru yang mengajar.

Secara khususnya, murid-murid perlu menguasai dua peringkat kemahiran


mendengar.
Peringkat pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta membezakan
bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama dengan contohnya.
b-p
d-l
s-t
g-k

bagi dan pagi


dari dan lari
beras dan berat
gali dan kali

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu memahami bunyi bahasa yang bermakna
seperti perkataan, frasa, klausa, ayat. Dengan itu, pemahaman mengenai bunyi
bahasa adalah dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya serta sikap
murid-murid yang bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk memastikan murid-murid
memahami bunyi bahasa murid seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai
sistem bahasa yang didengar. Seterusnya ialah pengetahuan mengenai situasi
berlakunya pertuturan yang didengar serta pengetahuan sedia ada seperti fakta
serta budaya bahasa yang didengar serta cara bahasa tersebut digunakan.

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan perkembangan


murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali sebagai peringkat awal. Peringkat
ini melibatkan beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid.
Antara kemahiran mendengar tersebut ialah mengecam, mengajuk serta memilih
bunyi seperti bunyi binatang. Selain itu, kemahiran-kemahiran mendengar yang lain
iaitu mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta
melakukan sesuatu yang disuruh. Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak
balas terhadap soalan-soalan mudah serta mengingat dan memadankan perkataan
dan ayat-ayat mudah dengan tepat.

Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran mendengar yang perlu


dikuasai ialah mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara tepat dan
terperici. Selain itu, murid juga perlu mengenal maklumat khusus, mengesan urutan
serta mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di samping itu, pada peringkat
ini, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengenal perhubungan orangorang yang berinteraksi dan juga mengenal sikap serta perasaan yang bercakap.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat ketiga,peringkat maju yang melibatkan
tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran pertama ialah mengenal isi-isi penting. Ini
perlu bagi mengetahui apa yang tersirat apa yang didengari. Seterusnya, kemahiran
mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta kemahiran
memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran lain pada peringkat ini juga
ialah mentafsir maksud orang yang bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau
perbualan serta mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Kemahiran
terakhir yang perlu dikuasai dalam peringkat maju iaitu mentafsir tujuan penutur
menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga melibatkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Terdapat tiga
peringkat dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pra
mendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar.
Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti memberi tugasan
atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi
gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang ringkas mengenai apa yang
hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas mengenai tugasan serta

memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk


digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid bersedia untuk menjalankan
aktiviti.
Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga mengatasi
sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti
dijalankan. Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah memberi
jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai bahan rakaman
yang didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan
rakaman. Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat
pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan
aktiviti yang telah dijalankan.

PERINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat
iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. (Dr. Ali Mahmood,
Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007:44) menjelaskan setiap peringkat
penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh murid-murid.
Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai
sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah melafazkan
pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar dan
menyoal untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau
kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah

berdasarkan situasi tertentu. Kemahiran selanjutnya yang


dengan

mengemukakan

soalan-soalan

mudah

perlu dikuasai ialah

berdasarkan

situasi

yang

tertentu,dapat bertindak terhadap soalan-soalan mudah.


Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai sepuluh kemahiran
yang terdiri daripada kemahiran melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar,
bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri, mendeskripsikan
pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk melakukan
sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai ialah membaca iklan dan
peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah, menyoal dan menjawab soalan
berkaitan peribadi seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di
rumah dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
pada peringkat ini juga ialah mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta
dapat membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas kemahiran
yang

perlu

mereka

kuasai.

Kemahiran-kemahiran

tersebut

adalah

dapat

mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.


Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat
pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga
merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian,
prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi
ceramah atau syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya,
murid mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,

seminar, dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga
antara kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran
menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat,
puisi, novel dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai