Anda di halaman 1dari 23

BAB 1:

PENGENALAN
KEMAHIRAN MENDENGAR

Pengenalan Kemahiran Mendengar


Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan
perbincangan.
Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada
peringkat penerimaan.
Dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa, bertujuan
membolehkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang
dipelajari itu.
Penguasaan KM membolehkan pelajar:
i. mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain,
ii. dapat memahami maksud, dan
iii. boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Menurut ILA (1996), - International Listening Association

KM : satu proses menerima atau memahami makna


dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan
percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan
proses minda atau pemikiran - terdapat dua cara
komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada
percakapan dan pendengaran.

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan


perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di
sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung
dalam sukatan pelajaran.

Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana


penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar


ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang
disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.
Yahya Othman (1993). Kemahiran Mendengar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Bahasa,
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka, 6, hal. 45-61.

Pengenalan Kemahiran Mendengar


Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas
dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan
dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang.
Menurut pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 45% pula
digunakan untuk mendengar sesuatu, 30% lagi digunakan untuk
percakapan atau perbualan,
Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan
bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi
melalui pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam
bukunya iaitu Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa
Malaysia pula menyatakan bahawa kajian terhadap murid-murid
sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah
menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk
mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu
adalah untuk mendengar percakapan guru.

Definisi Kemahiran Mendengar


Melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian
penuh atas apa yang didengar melalui telinga (listening).
Bukannya didengari oleh telinga dan tidak diperhalusi oleh
fikiran, bersifat angin lalu dan tidak berkesan (hearing).
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan
dua peringkat kemahiran:
i. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang
hampir sama seperti:
b d (badang - padang)
d t (datang - tatang)
l r (lali - lari)
k g (kalah - galah)

Definisi Kemahiran Mendengar


ii. ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
pada pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap
pendengar itu.
Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu
mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut:
a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar
seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar
serta bagaimana bahasa digunakan.
b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya
pertuturan yang didengar.
c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Definisi Kemahiran Mendengar


Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif.
Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna
bunyi bahasa.
Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami
dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah
suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas
mendengar.
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ
telinga untuk mendengar sesuatu bunyi.
Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat
peringkat:- iaitu yang pertama,
i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa,
ii. memahami bunyi-bunyi tersebut,
iii. menilai bunyi-bunyi tersebut dan;
iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.

Konsep Penting Dalam Pendengaran

Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami


dan diingati.
Pedengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak mendengar melalui
pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
Proses pendengaran dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi dan
neurologi.
Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan.
Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang
berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.
Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif
terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.
Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap
bentuk dan isi.

Proses Mendengar

Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam


empat peringkat:i.

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa,

ii.

memahami bunyi-bunyi tersebut,

iii.

menilai bunyi-bunyi tersebut dan;

iv.

bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Jenis-jenis Kemahiran Mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu:i.

mendengar secara pasif dan

ii.

mendengar secara aktif.

i) Mendengar Secara Pasif

Kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah.

Merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak


balas, iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan
sebarang respons yang menunjukkan sama ada dia faham
perkara yang diperkatakan ataupun tidak.

Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran


yang didengarinya.

Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan


memberikan tanggapan yang tidak menepati maksud
penutur.

Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan


menyatakan semula perkara yang didengar itu.

ii) Mendengar Secara Aktif


Dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.
Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur
dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi
perbualan tersebut.
Semasa aktiviti mendengar secara aktif berlaku, seseorang itu boleh
mencelah dengan mengemukakan beberapa soalan tambahan bagi
mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi,
pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam
kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif
melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu
penguasaan kemahiran itu.
Menjadi pendengar aktif apabila membuat suatu ringkasan atau
rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh
seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan
mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan
perhatian kepada minat, kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising,
gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi halangan
kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.

a) Kemahiran Mendengar Intensif

Seseorang pendengar yang aktif akan memberi


penumpuan secara intensif kepada apa yang
diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama
mampu menganalisis beribu jenis maklumat.

Otak manusia dikatakan mampu menerima kadar


pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan
purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini
memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa
mendengar.

Otak manusia juga dapat meringkaskan dan


mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses
mendengar sedang berlaku.

b) Empati
Empati memerlukan pendengar menganggap diri
mereka sebagai penutur.
Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping
meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur.
Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah
menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan
menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya
sehinggalah penutur selesai bercakap.
Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk
menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia
memberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan
penutur.

c) Membina kemahiran mendengar yang efektif

Ciri yang penting untuk membina kemahiran mendengar yang


efektif ialah dengan:i. Mengadakan interaksi secara berhadapan.
ii. Individu perlu mengelakkan dari melakukan halangan dari segi
gerakan badan.
iii. Tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala,
perubahan air muka dan sebagainya juga perlu ditunjukkan.
iv. Individu perlu mengutarakan soalan yang berkaitan dengan
ikhlas.
v. Elakkan diri daripada mencelah kata-kata penceramah jika
tidak perlu.
vi. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa
kurang senang dalam kalangan pendengar.
vii.Aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar
perlu diwujudkan.

d) Membina kemahiran bertindak balas

Perlu tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang


negatif.
Perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya
secara umum. Contohnya, perlu memberi pujian serta- merta
terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan
mengapa dia perlu mendapat pujian tersebut. Jika dia melakukan
kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya
dapat diperbaiki.
Tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu
kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi
seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang
membina dan dapat diterima oleh penutur.
Perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa
supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini
juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan
diterima oleh semua pendengar.

Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar:i.

Peringkat Awal

ii.

Peringkat Pertengahan

iii. Peringkat Maju

i) Peringkat Awal

Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi

Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat

Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan

Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

Mengingat perkataan mudah dengan tepat

Memadankan perkataan dan ayat.

ii) Peringkat Pertengahan

Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara


terperinci

Mengenal maklumat khusus

Mengesan urutan

Mengenal pasti sebab dan akibat

Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi

Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap.

iii) Peringkat Maju

Mengenal isi-isi penting

Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang


bercakap

Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan

Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar

Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan

Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk


struktur nahu

Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar

Mendengar
secara
kreatif

Mendengar
Dengan
Pengamatan

Mendengar
Secara
Kritikal

Mendengar
Secara Pasif

Mendengar
Secara
Bertelautelau

Bentukbentuk
Kemahiran
Mendengar

Mendengar
secara
berhati-hati

Mendengar
Secara
Beremosi

Mendengar
Tanpa
Tindak Balas

Mendengar
Secara
Menebuknebuk

Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar


i.

Faktor fizikal

ii.

Faktor jantina

iii.

Faktor status ekonomi

iv.

Faktor mental

Anda mungkin juga menyukai