Anda di halaman 1dari 15

KONSEP 5P

1.4) 1. PENGGABUNGJALINAN
KEMAHIRAN

satu proses yang


menggabungkan pelbagai bidang
kemahiran dalam satu
pengajaran dan pembelajaran
mewujudkan satu pelajaran yang
intergratif dan menyeluruh.

Tujuan strategi ini dilaksanakan


ialah :
Kemahiran dapat dikuasai secara
serentak
Bentuk pengajaran lebih menarik
dan berkesan
Berpeluang untuk menggunakan
kemahiran secara semula jadi
dan melibatkan pelbagai
kemahiran

Kemahiran dapat dikuasai secara


serentak:
membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa
pengajaran dan pembelajaran secara
serentak serta meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Bentuk pengajaran lebih menarik dan
berkesan:
menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran disamping
menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna murid

Berpeluang untuk menggunakan


kemahiran secara semula jadi dan
melibatkan pelbagai kemahiran:
memberi ruang dan peluang bagi
pertumbuhan dan perkembangan
murid secara seimbang dan
menyeluruh melalui pelbagai aktiviti
yang dilaksanakan di dalam kelas
yang melibatkan murid secara aktif
serta seluruh kelas.

Tiga jenis bentuk penggabungjalinan


kemahiran :
a. penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata
pelajaran
b. penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran lain
c. penggabungjalinan kemahiran
merentas kurikulum

a) Penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran
proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran
seperti kemahiran lisan atau pertuturan,
membaca, menulis, mengira, melukis,
mewarna dan lain-lain.
memerlukan sekurang-kurangnya dua
kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan
kemahiran sampingan.

Kemahiran fokus merupakan


kemahiran utama yang hendak
disampaikan sebagaimana yang
terdapat dalam objektif pengajaran
dan pembelajaran.
Kemahiran sampingan pula ialah
kemahiran yang digabungkanjalinkan
setelah dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran yang di fokus.

beberapa langkah yang boleh diambil


dalam pelaksanaan pengajaran yang
melibatkan proses penggabungjalinan.
membuat penelitian terhadap keperluan
mata pelajaran untuk mengenal pasti
kemahiran yang di fokus dan kemahiran
sampingan yang akan terlibat ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung
Penilitian ini sangat penting dalam
menentukan kemahiran-kemahiran yang
perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar
objektif pengajaran dapat dicapai.

Peranan guru
Guru harus menentukan terlebih dahulu
kemahiran utama yang hendak ditekankan dalam
sesuatu pengajaran.
Kemahiran utama akan menjadi fokus utama
pembelajaran, menakala ekmahiran sampingan
akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.
Guru hendaklah memikirkan kemahiran
sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Aras pengajaran dan aktivti pelajaran
berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.

b) B) Penggabungjalinan
kemahiran daripada mata
pelajaran lain.
Memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran
yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain
ke dalam mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat
penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti
penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran
Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti
melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan
sekolah.
Bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dalam
kalangan murid.

c) Penggabungjalinan kemahiran
merentas kurikulum
melibatkan kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran
belajar untuk proses pembelajaran murid,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah.
guru yang juga perlu menitikberatkan soal
kemahiran pelbagai kecerdasan serta
kemahiran generik kerana kemahiran ini
melibatkan kecerdasan murid dan penting
untuk proses pertumbuhan dan perkembangan
murid.

Implikasi daripada proses


penggabungjalinan kemahiran :
objektif bagi setiap mata pelajaran
dapat dicapai disamping menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan bermakna.
merupakan suatu pengukuhan
kepada kemahiran yang telah
diperoleh oleh murid daripada mata
pelajaran lain.

dapat membantu penguasaan


kemahiran fokus sebagaimana yang
dikehendaki dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran.
murid-murid juga berpeluang untuk
menyepadukan kemahirankemahiran yang perlu dalam
kehidupan.

Kemahiran-kemahiran yang telah mereka


perolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diaplikasikan dalam
aktiviti kehidupan seharian seperti membaca,
menulis, melukis dan mengira.
berkeupayaan untuk menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan dapat
mengelakkan kebosanan murid disamping
menggalakkan proses pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid secara seimbang,
harmonis dan bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai