Anda di halaman 1dari 19

MODUL : ROLE MODEL

1. PENGENALAN

Masyarakat kini dahagakan role model, yang boleh diikut sebagai


panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Sebagai
seorang mukmin dan mukminat, Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber
utama untuk dijadikan panduan. Islam telah menunjukkan satu bentuk
kepimpinan untuk dipraktikkan iaitu kepimpinan Islam. Dalam konteks ini
Rasulullah S.A.W mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang
berkaitan dengan hal-hal kepimpinan dimana baginda sebagai pemimpin
yang unggul dalam semua keadaan kepimpinan termasuk kepimpinan
pentadbiran negara dan politik Islam yang mengutamakan Islam dan hak
kemanusian daripada kepentingan individu. Sirah kehidupan baginda
sering disorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga
sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak
menghairankan jikalau Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah
S.A.W sebagai manusia pertama dalam senarai manusia yang
dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah
ketamadunan dunia. Sirah baginda mempunyai keistimewaan yang wajar
digali dan dilihat, terutama yang melibatkan hal-hal kepimpinan.

2. JUSTIFIKASI PEMILIHAN ROLE MODEL

Keunggulan Rasulullah S.A.W sebagai role model bukan hanya dilihat dari
sudut ibadah yang khusus semata-mata, malah merangkumi semua aspek
kehidupan termasuklah hubungannya dengan semua manusia seperti
aspek kekeluargaan, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sesiapa
yang mengkaji dan meneliti sirah Rasulullah S.A.W bersumberkan data
yang betul akan mengkagumi metode yang diamalkan oleh junjungan
S.A.W.

2.1 Latar Belakang Dan Keperibadian Rasulullah S.A.W

1
Kelahiran Rasulullah S.A.W adalah umpama cahaya bulan yang menyinari
kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah S.A.W sebagai utusan Allah
telah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang
lurus iaitu Islam. Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-An'am
ayat 153 iaitu;

Maksudnya : dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam)


Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu
menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan
(yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Rasulullah S.A.W bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam


semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana
yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap
baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki
oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia. Firman Allah dalam surah
al-Ahzab ayat 21 iaitu;

Maksudnya, Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah


itu contoh ikutan Yang baik, iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) .

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah
S.A.W adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah S.A.W adalah
'role model' bagi kita umat Islam. Sahabat-sahabat pernah bertanyakan
kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah S.A.W. Dia
menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".

2
Ini jelas menerangkan kepada kita bahawa Allah Taala menurunkan ke
atas junjugan kita Nabi Muhammad S.A.W Al-Quran, dan mendidiknya
sesuai dengan akhlak Al-Quran, sehingga baginda menerima kepujian
yang amat tinggi dengan dikatakan, bahawa budipekerti baginda itu
adalah Al-Quran. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah Allah yang
terdapat di dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada
menerusi hadis yang diriwayatkan oleh periwayat hadis yang muktabar
ataupun melalui sirah Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah S.A.W dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia


di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat.
Baginda adalah rahmat daripada Allah yang tidak ternilai harganya
kepada alam semesta ini. Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat
ketinggiannya mengatasi pemimpin yang lain. Baginda bersifat maksum
iaitu terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka
kerana itu arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia
ini adalah benar dan terjamin. Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin
diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga,
majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada
di dalam diri Rasulullah S.A.W.

2.2 Kepimpinan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W Ketika Dewasa

Kehidupan Rasulullah S.A.W yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan


yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses
pemupukan sifat kepemimpinan baginda. Dengan kehendak dan
pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan diri baginda dari
perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda mempunyai
akhlak yang sangat mulia, sikap yang pemurah, paling penyabar,
berlemah lembut, pemaaf, dermawan, menunaikan janji dan amanah

3
sehingga kaumnya mengelarnya dengan gelaran Al-Amin (yang
amanah/ jujur).

Pada ketika umur baginda 25 tahun, baginda pernah menjadi pengurus


perniagaan Khadijah bt Khuwaylid di negeri Syam dengan mendapat
keuntungan yang banyak hasil daripada sikap amanah dan keberkatan
baginda. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak
menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang
melibatkan isu perkauman. Contohnya, dalam usaha pembinaan semula
kaabah selepas kejadian banjir. Rasulullah S.A.W telah turut serta dalam
memberi sumbangan fikiran dan tenaga. Baginda sendiri telah berusaha
mengangkut batu-batu dengan tangan baginda sendiri. Usaha Rasulullah
S.A.W tersebut telah memberi kesan begitu mendalam di mana baginda
telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kabilah-kabilah
Arab iaitu siapakah yang lebih utama meletakkan semula Hajarul Aswad
kembali ke tempat asalnya. Apabila selesainya masalah tersebut,
pertelingkahan antara kaum juga dapat dielakkan dan penyelesaian
tersebut direstui oleh semua pihak.

Rasulullah S.A.W Dalam Kehidupan Berumah Tangga

Rasulullah S.A.W memperlihatkan suatu teladan yang baik untuk diikuti


oleh seseorang suami dalam mengurus rumah tangga. Sebagai seorang
suami Rasulullah S.A.W amat bertimbang rasa dan bersedia membantu
keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri,
seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan lainya.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya:


Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan
mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka. (Hadis
riwayat Ahmad Ibnu Hibban).

4
Rasulullah S.A.W sentiasa memakan apa saja yang disediakan baginya.
Rasulullah S.A.W sangat marah kepada suami yang memukul
isterinya. Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh
isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan: Rasulullah S.A.W tidak
pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya. (Hadis riwayat
Bukhari)

Di samping itu Rasulullah S.A.W menunjukkan panduan dan contoh hidup


tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri sebagaimana
sabda baginda:

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik sekali terhadap


isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik sekali diantara kamu
terhadap isteriku.

Rasulullah S.A.W juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya


kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Seperti
diketahui umum bahawa Rasulullah S.A.W mempunyai beberapa orang
isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih
muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun,
Rasulullah S.A.W tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih
sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil
serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit.Apabila Rasulullah
S.A.W hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya
itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

Rasulullah S.A.W Dengan Jiran

Rasulullah S.A.W memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya
mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa

5
kurang baik sesama jiran. Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang
baik dalam hidup bermasyarakat. Baginda menghormati orang bukan
Islam, tidak menyakiti, bersopan santun dan memberi haknya kepada
kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Misalnya, seorang Yahudi
(jirannya) yang selalu meletakkan sesuatu yang menyakitkan dan
menyusahkan jalan yang biasa dilalui oleh Nabi, suatu ketika Yahudi itu
telah jatuh sakit. Bagindalah yang pertama sekali menziarahinya dengan
membawa sedikit buah tangan dan sedikit pun tidak menunjukkan
perasaan benci dan dendam kepada Yahudi tersebut. Akhirnya Yahudi
tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan dan kemulian akhlak yang
ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W Sebagai Pendakwah

Rasulullah S.A.W merupakan seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.


Dalam satu peristiwa sewaktu kafir Quraisy sudah buntu untuk
melemahkan usaha dakwah baginda melalui penyeksaan fizikal, mereka
memberi pelbagai tawaran kepada Rasulullah S.A.W dengan syarat
baginda mesti berhenti berdakwah seperti di berikan pangkat, harta yang
banyak dan wanita-wanita yang cantik. Namun, ketika itulah berlakunya
peristiwa yaitu Rasulullah S.A.W menegaskan :

"Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan


kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan
urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku
dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya"

Dalam menyebarkan Islam, Rasulullah S.A.W tidak sahaja


menyebarkannya di Makkah dan Madinah. Malah, baginda telah
menyebarkannya ke Habsyah(Ethiopia) dan Thaif. Ketika mencuba nasib di
Thaif, baginda dan Zaid bin Harithah telah dilayan dengan begitu teruk
oleh masyarakat setempat seperti dibaling dengan batu. Apabila malaikat
menawarkan untuk menghempap gunung ke atas mereka, baginda

6
menolaknya dengan harapan semoga generasi mereka yang akan datang
menerima ajaran Islam yang dibawa oleh baginda atupun pengikutnya.

Perjuangan Islam merupakan satu perjuangan yang sukar dan


panjang. Pemimpin yang berkesan bukan hanya hebat sebagai peribadi,
tetapi dapat bekerja secara kolektif dengan pengikutnya. Rasulullah S.A.W
merupakan contoh terbaik seorang yang sangat mementingkan
melakukan sesuatu secara berjemaah,seperti firman Allah dalam surah Al-
Saff : ayat 4 .

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang


untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh .

Sewaktu berhijrah ke Madinah, Saidina Ali bin Abu Talib diperintahkan


untuk menggantikan tempat tidur baginda. Saidina Abu Bakar As-Siddiq
ditugaskan menemani baginda berhijrah ke Madinah dan sama-sama
bersembunyi di Gua Thur. Asma binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk
membawa makanan kepada baginda dan Saidina Abu Bakar di Gua Thur.
Abdulah bin Abu Bakar berperanan menyampaikan maklumat kepada
baginda. Tidak lupa juga Amir bin Fuhayrah yang menjadikan haiwan
ternakannya sebagai fungsi untuk menghilangkan kesan jejak Rasulullah
S.A.W dan Saidina Abu Bakar.

Rasulullah S.A.W juga memanfaat kepakaran mereka yang bukan Islam.


Ini dapat dilihat dalam peristiwa Hijrah, baginda memanfaatkan Abdullah
bin Uraiqat, yang pakar dalam menunjuk jalan yang paling selamat untuk
sampai ke Madinah, sedangkan Abdullah bin Uraiqat seorang bukan Islam.
Di samping itu, dapat difahami tidak salah mencari jalan selamat dalam
perjuangan asalkan tidak menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan
tercapai.

Rasulullah S.A.W Sebagai Pemimpin Negara Islam Madinah

7
Rasulullah S.A.W merupakan seorang pemimpin yang sangat
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas baginda samada sebagai
utusan Alllah, pemimpin masyarakat, ketua keluarga dan sahabat kepada
kenalannya. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau
perintah Allah. Baginda tidak mengikut gerak hati dalam membuat
keputusan untuk satu-satu perkara.

Kepimpinan Rasulullah S.A.W terserlah dan berjaya apabila berhijrah ke


Madinah. Sesebuah masyarakat tidak akan kukuh tanpa perpaduan.
Dalam hubungan ini Nabi Muhamad S.A.W telah menyusun semula
masyarakat Islam di Madinah dengan membina masjid sebagai syiar
Islam. Simbol perpaduan kebangkitan umat Islam. Simbol pusat pengajian
yang dapat membentuk generasi yang berilmu dan berperibadi mulia.

Baginda telah mengambil bebarapa langkah penting bagi mengatur


masyarakat Madinah yang terdiri dari golongan Muhajirin dan Ansar,
dimana baginda telah menyatupadukan puak Aus dan Khazraj,
pendudukan asal Madinah yang sentiasa bermusuhan dan kemudian
mereka dikenali dengan golongan Al-Ansar.

Langkah seterusnya yang diambil oleh Rasulullah S.A.W ialah mengikat


persaudaraan diantara orang Ansar (penduduk tetap Madinah) dengan
orang Muhajirin (orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah) bagi
menjamin kekukuhan ummah yang akan dibentuk dalam negara baru ini.
Inilah bentuk persaudaraan yang berdasarkan Islam yang pertama kali
wujud di Tanah Arab.

Piagam Madinah telah menyerlahkan lagi kewibawaan Rasulullah S.A.W


dalam memimpin masyarakat majmuk di Madinah. Kepimpinan Rasulullah
S.A.W terbukti berkesan dalam pelbagai hal dan peristiwa yang dihadapi
oleh umat Islam. Piagam (Perlembagaan) ini mempunyai erti yang besar
terhadap perkembangan Islam. Ia menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W

8
bukan sahaja menjalankan tugas keagamaan tetapi dalam waktu yang
sama adalah juga seorang pemimpin dan negarawan yang bijak. Piagam
ini telah menyusun kehidupan masyarakat yang tidak pernah mempunyai
peraturan dalam erti kata yang sebenarnya.

Perjuangan Rasulullah S.A.W, merupakan satu perjuangan yang


bertunjangkan prinsip dan nilai Islam yang tulen dan bersifat sejagat,
buktinya baginda tidak mengutamakan orang Arab dalam pemilihan untuk
menjadi golongan utama baginda. Misalnya golongan yang bukan Arab
ternyata mendapat pertimbangan baginda contohnya, Bilal Bin Rabah dari
masyarakat kulit hitam, menjadi muazzin umat Islam, Salman al-Farisi dan
sebagainya.

Rasulullah S.A.W mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan


adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis
pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputusan sendiri
sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada sahabatnya.Abu
Hurairah sampai pernah berkata: Belum pernah kulihat orang yang
paling banyak melakukan musyawarah dengan teman-temanya
sebagaimana Rasulullah S.A.W.. Rasulullah S.A.W telah mengadakan
mesyuarat mengenai cara tindakan yang akan diambil terhadap 70 orang
tawanan perang Badar, Saidina Abu Bakar As-Siddiq mencadangkan
supaya tawanan dikenakan tebusan manakala Saidina Umar Al-Khattab
pula menyatakan supaya tawanan dibunuh. Akhirnya Rasulullah S.A.W
mengambil keputusan sesuai dengan pendapat Saidina Abu Bakar As-
Siddiq.

Hasil daripada tindakan tersebut, Rasulullah S.A.W telah memanfaatkan


banyak perkara antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar
dikalangan tawanan perang Badar selain menggunakan Al-Quran
sebagai sumber pendidikan yang utama dan hadis sebagai sumber
pendidikan kedua. Ini menunjukkan Rasulullah S.A.W adalah contoh
teladan yang dikagumi sepanjang zaman tidak kira oleh pangkat, bangsa

9
dan agama. Pendidikan di zaman Rasulullah S.A.W adalah pendidikan
yang paling cemerlang.

Begitu juga ketika baginda membuat keputusan mengenai peperangan


Uhud, baginda secara peribadi ingin berperang di dalam kota, tetapi
majoriti masyarakat, terutama golongan muda ingin berperang di luar
kota Madinah Wahai Rasulullah, kami sangat mengharapkan hari ini dan
kami sering berdoa kepada Allah. Sekarang Allah telah membawanya
kepada kami dan semakin hampir masanya. Keluarlah untuk bertemu
musuh-musuh kita supaya mereka tidak akan melihat kita sebagai
seorang pengecut. Akhirnya baginda akur dengan kehendak ramai
tersebut.

Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran (ahli) dalam


bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang
patut dilakukan. Baginda secara terbuka menerima pandangan dan idea
yang baru yang tidak bercanggah dengan prinsip, yang bersifat teknikal
dan ijtihadi. Misalnya baginda menerima pandangan Salman al-Farisi yang
mencadangkan agar umat Islam membina parit dalam peperangan
Khandak. Rasulullah S.A.W juga melakukan kerja bersama-sama
sahabatnya. Ini membuatkan baginda dapat mengenali lebih dekat
sahabat-sahabatnya serta mendapat tahu masalah-masalah mereka
dengan lebih cepat dan telus. Ini terbukti dalam perang Khandak di mana
baginda bersama-sama para sahabat menggali parit yang besar bagi
memerangkap musuh.

Baginda juga seorang pemimpin yang dinamik dan juga sebagai pemimpin
tidak hanya mengarah, tetapi turun padang. Baginda bersama umat
merasai susah payah umat dalam melayari kehidupan dan
perjuangan. Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan
bersama para sahabat dan bukan hanya menjadi orang yang memerintah
sahaja malah sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam. Sebagai

10
contoh baginda memimpin tentera Islam dalam peperangan Uhud, sebab
itu baginda mendapat kecederaan dalam peperangan tersebut.

Sifat pemaaf sememangnya penting bagi setiap pemimpin. Ini terbukti


dalam suatu kisah pembukaan kota Mekah di zaman Rasulullah s.a.w yang
mana Rasulullah S.A.W memaafkan seorang lelaki bernama Hatib bin Abi
Baltaah atas kesalahannya mengirimkan surat melalui seorang wanita
yang menunggang seekor unta untuk memberitahu pihak Qurais bahawa
kaum muslimin akan menyerang mereka. Tindakannya itu atas alasan
untuk menyelamatkan saudara-maranya di kota Mekah. Namun setelah
memperolehi surat tersebut dan beliau mengakui kesalahannya,
maka Rasulullah S.A.W memaafkannya, walaupun sebelum itu Umar bin
Al-Khatab menyatakan supaya diserahkan kepadanya untuk dipenggal
kepada tersebut.

Selain itu juga, Abu Sufian selaku ketua kaum Quraisy ketika peristiwa
pembukaan Kota Mekah dimana beliau ditangkap oleh Al-Abas ketika
sedang mengintip tentera Islam di Marr Al-Zahran, beliau terus dibawa
bertemu dengan Rasulullah S.A.W kemudian Rasulullah S.A.W
meminta beliau memeluk Islam. Abu Sufian berkata kepada Rasulullah
S.A.W: engkau memang seorang yang sopan, mulia dan suka
menghubungkan persaudaraan. Tetapi tentang ini jiwaku masih
bersimpang siur, atas nasihat Al-Abas beliau akhirnya memeluk Islam,
begitulah kebijaksanaan Rasulullah S.A.W apabila berhadapan dengan
pihak musuh.

Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku diantara pihak Islam dan


pihak Musyrikin Mekah adalah saat-saat penting yang dihadapi oleh
Rasulullah S.A.W dalam tugas baginda sebagai pemimpin negara.
Beberapa peruntukan dalam perjanjian itu tidak dipersetujui oleh
setengah-setengah para sahabat terutamanya dalam perkara orang-orang
Quraisy yang datang untuk memeluk Islam tanpa kebenaran dari
penjaganya, mestilah dikembalikan semula, tetapi disinilah terletaknya

11
kebijaksanaan Rasulullah S.A.W yang dalam peraturan politiknya tidak
menggunakan sentimen malah memperhitungkan strategi politik yang
lebih jauh.

Rasulullah S.A.W telah memikirkannya dari pelbagai aspek yang akan


memberi kebaikan dan keuntungan besar bagi pihak Islam. Kesediaan
pihak musuh mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian
dengan Islam, secara tidak langsung telah dapat menundukkan pihak
Quraisy Mekah mengakui kewujudan Negara Islam Madinah. Hasil
termeterainya Perjanjian Hudaibiyah dalam tempoh perlucutan senjata itu,
Rasulullah S.A.W telah mengutus surat kepada raja-raja di dlam dan di
luar Tanah Arabuntuk menyeru mereka kepada agama Islam.

Islam itu sesungguhnya menekankan nilai-nilai sejagat terutama dalam


menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Dengan sifat tersebut,
kemakmuran hidup orang yang dipimpin menjadi lebih terjaga daipada
sebarang penyelewengan terutama daripada pihak atasan dan juga
penindasan orang yang kuat terhadap orang yang lemah. Begitu juga
dengan Rasulullah S.A.W, keadilan yang diamalkan baginda terserlah
apabila menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap
pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah
anak yang paling baginda sayangi.

Hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya:


Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong
tangannya

Pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W tidak terhingga


banyaknya samada dari segi nyawa, harta, keluarga dan sebagainya
sebagaimana yang kita telah saksikan daripada rentetan-rentetan sirah
yang berlaku terutama sewaktu umat Islam menerima tentangan yang
begitu hebat di Makkah. Rasulullah S.A.W sesungguhnya pemimpin agung
pilihan Allah. Ketokohan baginda dalam bidang kepimpinan begitu

12
menyerlah dalam segenap sudut dan peringkat. Baginda pemimpin diri
sendiri yang berkesan. Pemimpin keluarga yang memikat. Pemimpin
masyarakat dan negara yang cukup berpengaruh.

Rasulullah S.A.W Contoh Terbaik Sebagai Ketua Keluarga


Keluarga adalah satu organisasi yang sangat penting dalam masyarakat. Keluarga
yang harmoni akan melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Satu aspek
sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga
memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti
perceraian suami isteri, sumbang mahram dan penderaan.

Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan
datuk. Baginda SAW menunjukkan contoh terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab
yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Firman Allah bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan
balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah
(dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia
seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari
mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan.

13
Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: Baginda SAW (nabi) yang
menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di
rumah mereka. (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda SAW Aisyah
yang meriwayatkan: Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan
pembantunya. (Hadis riwayat Bukhari)

Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda SAW akan memastikan tempat duduk
isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda
SAW akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas
unta.

Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda SAW adalah contoh terbaik melaksanakan
prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh
dibahagikan sama rata.

Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan
ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda SAW
datang menemui Baginda SAW, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, Wahai
Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi?
Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda SAW tidak terus menjawabnya.
Bahkan Baginda SAW menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan
jawapannya kemudian.

Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda SAW
mengikut giliran dan sebelum Baginda SAW meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang
dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda SAW berkumpul kerana Baginda
SAW hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata,
Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya. Maka

14
tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang
menerima cincin itu.

Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda SAW melihat Fatimah
masuk ke rumahnya, Baginda SAW terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala
dan tangan.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda SAW amat sayang
kepada Fatimah. Baginda SAW menegaskan, Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku
ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya.
Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia
membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.

Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa Fatimah adalah orang yang
paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah
mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun.

Selepas ibunya Khadijah meninggal dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat
Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.

Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya,
kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya.

Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan anak
dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling
baik ialah melalui kehidupan Ali sebagai menantu Baginda SAW.

Ali ra. sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah
menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna
dalam mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah
tangga.

Bukanlah Sayidina Ali ra. tidak mahu menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun
beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah ra. amat memahami keadaan suaminya dan
beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.

15
Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW
melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Hassan dan Hussin, anak Siti Fatimah ra. dan
suaminya Saidina Ali ra..

Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah
apabila cucu Baginda SAW menghampiri Baginda SAW , Baginda SAW terus
mendukungnya. Baginda SAW juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya
bersama.

Baginda SAW selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda SAW sedang sujud dalam solat,
cucu Baginda SAW duduk di atas belakang Baginda SAW sehinggakan Baginda SAW sujud
agak lama. Baginda SAW juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.

Rasulullah S.A.W Adalah Bapa Mithali

Rasulullah SAW adalah seorang ayah yang sangat penyayang dan pandai
menunjukkan kasih sayang Baginda terhadap anak-anak. Kasih sayang
Baginda umpama air yang mengalir, memberikan ketenangan dan
kegembiraan kepada ahli keluarga Baginda. Diriwayatkan daripada Anas
bin Malik (ra) Aku tidak pernah melihat seorang yang sangat
mengambil berat dan mengasihi ahli keluarganya melebihi Nabi
Muhammad (SAW) (riwayat Muslim).

Hubungan baik ayah dan anak penentu kesinambungan kebahagiaan


berkeluarga

Rasulullah sangat mengasihi putera dan puteri Baginda. Diriwayatkan


bahawa setiap kali puteri Baginda, Fatimah masuk ke dalam kamar
Baginda, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan
didudukkan bersebelahan Baginda. Begitulah kasih sayang dan
penghormatan yang Baginda tunjukkan kepada putera dan puteri
Baginda.

Putera Nabi SAW, Ibrahim (ra) meninggal dunia ketika usia beliau masih
kecil. Ketika Ibrahim sakit tenat, Rasulullah sentiasa menziarahinya

16
walaupun Baginda sentiasa sibuk dengan urusan dakwahnya. Setiap kali
Baginda menziarahi Ibrahim, Baginda akan mencium Ibrahim dan bermain
dengannya untuk menggembirakan hati Ibrahim. Baginda seolah-olah
cuba menghilangkan derita yang ditanggung oleh anakandanya walaupun
buat seketika.

Apabila Ibrahim (ra) menghembuskan nafas yang terakhir, Baginda begitu


sedih sehingga melinangkan air mata. Sahabat Baginda, Abdul Rahman al
Awf (ra) bertanya kepada Baginda,Apakah Engkau menangis ya
Rasulullah? Lalu Baginda menjawab, Wahai Abdul Rahman,
airmata ini adalah satu Rahmat(Riwayat al Bukhari). Begitulah
mendalamnya kasih sayang Baginda kepada puteranya, biarpun Baginda
sangat sibuk Baginda tetap berusaha untuk menggembirakan puteranya
dan begitu bersedih dengan kematian putera Baginda.

Baginda juga sangat mengasihi cucunya Umamah (ra). Dalam hadis yang
diriwayatkan daripada Muslim, Baginda selalu membawa Umamah bersiar-
siar dan meletakkan Umamah di atas bahunya. Apabila baginda sujud
ketika solat, Baginda akan meletakkan Umamah sebentar dan kemudian
mendukungnya semula selepas selesai menyempurnakan solat. Begitulah
akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda SAW di saat sebahagian
masyarakat Arab masih ramai yang mengamalkan budaya jahiliyyah iaitu
memandang hina kepada anak dan cucu perempuan mereka. Sifat
Rasulullah itu juga berbeza dengan kebanyakan kita yang cepat memarahi
anak-anak kecil apabila mereka mendekati kita ketika waktu hendak
bersolat.

Biarpun Baginda begitu menyayangi anak-anak dan cucu-cucu Baginda,


namun kasih sayangnya tidak bermakna Baginda tidak menegur
kesalahan yang dilakukan oleh anak dan cucu Baginda. Kita tentu pernah
menonton cerita Anakku Sazali, kerana terlalu menyayangi anaknya,
kesilapan Sazali tak pernah ditegur sehingga besar menjadi penyamun.
Kaedah ini berbeza dengan pendekatan Rasulullah SAW. Sebagai contoh,
cucu Baginda yang sangat Baginda kasihi, Hasan dan Husin mengambil

17
tamar disedekahkan kepada fakir Miskin. Baginda menghalang cucunya
dengan bersabda Sesuatu yang disedekahkan adalah haram bagi
kita (ahli keluarga Rasulullah) (Riwayat Muslim dan Ahmad).
Rasulullah tidak mengherdik dan memaki hamun anak cucunya apabila
mereka melakukan kesalahan, sebaliknya Baginda sentiasa member
nasihat dan memberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Bahkan
inilah kaedah yang berkesan dalam membentuk peribadi anak-anak yang
soleh dan cemerlang

3. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Rasulullah S.A.W adalah pemimpin yang


dicontohi dan diikutan. Pemimpin yang dihormati bukan ditakuti.
Pemimpin yang dikasihi dan disayangi. Wajar amat kiranya kepimpinan
baginda itu ditelaah, ditekenuni dan diambil mutiara darinya untuk
menerangi kehidupan. Rasulullah S.A.W adalah manusia paling sempurna
untuk dijadikan teladan umat manusia bagi mencapai kesejahteraan dunia
dan akhirat. Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu
tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan.
Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai
contoh ikutan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan

18
yang memuja maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah
sebagai contoh ikutan mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak
mereka kepada kebaikan tetapi mendorong mereka kepada kebinasaan
dan kelalaian semata-mata.

Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat
menandingi Rasulullah S.A.W yang sentiasa mendapat jagaan dan
peliharaan Allah. Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita
dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai 'role model' adalah satu
kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam.

Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT iaitu
agama Islam. Kini Baginda S.A.W sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi
umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang
dengan pusaka tinggalannya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui dua
sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan
di dunia yang penuh cabaran ini. Rasulullah S.A.W adalah contoh dan
model unggul umat Islam. Kredibiliti dan ketrampilan baginda terserlah
sebagai seorang bapa mulia, suami mithali, dan pemimpin adil. Mudah-
mudahan kita akan menjadi umatnya, yang ingin mengambil iktibar dan
contoh dari kehidupan baginda. Inilah sebahagian dari rasa kasih dan
cinta kita kepada baginda.

19

Anda mungkin juga menyukai