t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat
pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
'Belum ada sarapan ya Khumaira?'
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai
yang
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,
'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku
pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'
sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-
anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan
lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya
sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh
para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-
sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat
berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''
Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...'
desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah
ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih
lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum
menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila
ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab,
sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan
memberikan jawapannya satu ketika nanti.
Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda
mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai
persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah
isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak
memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul
kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka
berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang
paling disayangi oleh Rasulullah saw.
Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri
termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun
berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin
kepadanya”.
Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat
menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan
tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula
menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah
seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang
berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw
berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda
mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan
terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai
mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-
Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui
Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya
dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”
Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih
sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-
dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj.
Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah
apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya.
Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-
Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak
tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”.
Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.
Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model
ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki
muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah
Hasanah hidupmu wahai Muslim!
Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila
hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya
terhadap baginda dengan kamu semua.
Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang
bila sirahnya dibentangkan di hadapan saya, saya bergetar. Baginda adalah yang saya amat sayang. Walaupun
saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.
Bagi manusia, aset terbesarnya adalah syakhsiah dirinya. Rasulullah SAW, asetnya ini berjaya dikuasai. Hasil
daripada tarbiyah langsung oleh Allah SWT, baginda mempunyai akhlak yang sangat bersih.
Saidatina Aisyah pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah menjawab: “Akhlaknya
seperti Al-Quran”
Baginda adalah pembumian Islam. Baginda adalah bukti daripada Allah SWT bahawa Islam itu mampu
dilaksanakan. Dan kalau ada orang berkata: “Boleh lah, dia Nabi”, saya akan berkata: “Maka lihatlah Abu Bakr,
lihatlah Umar. Mereka ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Bukankah mereka manusia biasa?”
Baginda Rasulullah SAW sangat merendah diri. Walaupun dia Rasul, dia langsung tidak membesarkan dirinya.
Hatta apabila dia diseksa di Taif dan Allah menghantar malaikat untuk menghukum penyeksanya, dia meminta
Allah melepaskan mereka.
“Moga nanti, dari tulang sulbi mereka, muncul manusia yang beriman” Itu bicara baginda.
Saat baginda diizinkan Allah SWT untuk mengucup kemenangan besar pada Fathu Makkah, baginda tidak
memasuki Tanah Haram itu dengan mendabik dada megah. Tetapi baginda menunduk, bertasbih memuji-muji
Allah SWT dengan penuh rasa kerdil. Hingga diriwayatkan bahawa, dagunya hampir menyentuh tubub Qaswa,
unta tunggangannya.
Baginda sangat rapat dengan anak-anak. Baginda juga mencintai orang miskin dan anak yatim. Baginda pernah
merapatkan jari telunjuknya dan jari hantunya, kemudian baginda bersabda: “Aku dengan anak yatim, adalah
seperti ini”
Bukan pendendam
Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang
pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:
Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja”
Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula dia mencari personal-personal
yang telah menyusahkan jalan dakwanya. Tidak. Tetapi dia memaafkan.
Sangat amanah
Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan
tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda,
Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.
Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka.
Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali
RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy,
untuk Rasulullah SAW menjaganya.
Rasulullah SAW juga adalah bapa yang sangat penyayang. Dia amat menyayangi Fatimah. Diriwayatkan
bahawa, setiap kali dia bertemu Fatimah, dia akan mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.
Rasulullah SAW juga sahabat yang terbaik. Ketika Abu Bakr RA menawarkan untanya semasa peristiwa hijrah,
Rasulullah SAW tidak mahu menerianya kecuali dengan bayaran. Rasulullah SAW juga tidak segan
memberitahu kasih baginda kepada sesiapa yang baginda cintai.
Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling kau
cintai?”
Baginda juga pernah besabda: “Andai aku boleh memilih kekasih lain selain Allah, maka aku akan memilih
Abu Bakr menjadi kekasihku.”
Sangat tabah
Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim,
menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang.
Waktu siangnya teramat sibuk.
Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu
tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.
Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau
yang telah lepas dan yang akan datang”
Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Macam mana agaknya, seorag manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun da
menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?
MasyaAllah.
Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana
bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW
dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.
Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di
akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang,
bagaimana?
Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam
rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya,
cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang
mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang
jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi.
Dan dia menangis. Lihat.
Ramai lagi ‘mangsa’ lain, apabila didatangkan soalan itu, paling kurang akan terjeda. Senyap sebentar. Seakan-
akan ada sesuatu yang besar berlaku. Begitu sekali mereka merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Mereka ada rasa malu, rasa segan dengan Rasulullah SAW.
Bayangkan, antara show dalam rancangan itu adalaha, pemandu kereta ditahan, kemudian diperiksa
kebersihan keretanya. Lalu akhirnya ditanya:
“Kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang dan melihat keadaan kereta anda, bagaimana
agaknya?”
MasyaAllah…
Bagaimana agaknya kita, kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang?
Kalau bercerita berkenaan Rasulullah SAW, 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat
lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.
“Sesungguhnya paada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari
akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.
Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peirbadi baginda
terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.
MasyaAllah.