Anda di halaman 1dari 4

Akhlak Rasulullah s.a.w.

Menurut Abdullah Salim, akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan menyatu
di dalam diri seseorang. Dari sifat yang ada itulah terpancar sikap dan
tingkah laku perbuatan seseorang, seperti sifat sabar, kasih sayang, atau
sebaliknya seperti pemarah, benci, dendam, iri hati dan dengki, sehingga
menutuskan hubungan selaturrahim.

Dr Muqdad Yaljan menjelaskan akhlak Islamiah itu lebih luas dari pengertian
etika/akhlak yang dibawa oleh seluruh agama dan berbagai aliran filsafat
hingga kini. Ini disebabkan akhlak Islamiah mencakup di dalmnya segala
hubungan manusiawi hingga hubungan manusia dengan makhluk hidup
lainnya.

Beliau seterusnya menambah bahawa moral behaviour dalam pandangan


Islam adalah setiap tingkah laku yang mulia, dilakukan oleh manusia dengan
kemahuan yang mulia dan untuk tujuan yang mulia juga, sedangkan manusia
yang berkhlak adalah seorang manusia yang mulia dalam kehidupannya
yang lahir dan batin, sepadan dengan dirinya sendiri.

Rasulullah mempunyai akhlaq yang tinggi kerana seluruh hidupnya


merupakan gambaran sifat peribadinya. Rasulullah menggunakan tangannya
untuk mengambil dan memberikan sesuatu. Di dalam menulis surat, baginda
meminta penulisnya memulakan dengan nama Allah, kemudian menulis
nama pengirim dan nama orang yang ditujukan, selepas itu diikuti dengan isi
kandungan surat dan diakhir surat itu diletakkan cop mohor. Banginda
adalah seorang yang bebas dari sebarang kepercayaan-kepercayaan karut
dan beliau tidak pernah meminta nasihat mengenai alamat-alamat, baik
maupun buruk. Ketika berkhemah ditengah jalan dalam suatu perjalanan,
baginda memilih tempat yang mempunyai nama-nama yanb bermaksud
kegembiraan, rahmat atau kejayaan. Begitu juga beliau tidak
mengamanahkan kerja kepada seorang yang bererti gembira atau kejayaan.
Ia juga menukarkan nama-nama tertentu kepada nama-nama yang lebih
baik. Dalam soal kenderaan, beliau memilih kuda dan pernah berkata
bahawa di dalam bulu leher kuda itu terdapat rahmat sehingga hari kiamat. Ia
membersihkan mata, hidung dan mulut kued dengan tangannya sendiri.
Baginda tidak sukakan kebisingan dan hiruk-pikuk, sebaliknya menyukai
ketenangan dan keadaan yang teratur dalam semua hal. Sekalipun untuk
pergi mendirikan sembahyang, beliau melarang daripada berlari dan tergesa-
gesa. Baginda pernah berkata, “Ketenangan dan kemuliaan adalah untuk
kamu”. Suatu ketika dalam masa Haji, berlaku kebisingan dan hiruk-pikuk,
Rasulullah memulihkan peraturan dan ketenangan dengan mengangkat
tangannya sambil berkata, “Tergesa-gesa tidak akan mendatangkan
kebaikan”.

Keterangan lengkap tentang adab-adab Rasulullah memerlukan suatu jilid


khas kerana seluruh hidupnya merupakan gambaran akhlak yang tinggi.
Aisyah pernah berkata, “ Bahawa akhlak Rasulullah ialah Al Quran”. Apa
yang dikatakan oleh Anas bin Malik mengenai dirinya adalah lengkap. Beliau
berkata, “Rasulullah adalah manusia yang paling baik, manusia paling
pemurah dan manusia paling berani”. Tidak pernah dalam hidupnya ia
melukakan hati seseorang melainkan di bawah undang-undang Allah dan
tidak pernah bertindak balas akan segala perbuatan orang lain terhadap
dirinya. Beliau memaafkan setiap orang sehingga orang-orang yang
meniksanya tanpa berperikemanusiaan di Taif dan Mekah. Beliau tidak
pernah menolak untuk menolong orang yang meminta pertolongannya,
malah sanggup meminjam untuk membantu orang-orang lain sekiranya ia
sendiri tidak dapat menyediakannya atau meminta orang itu datang pada
masa yang lain, beliau tidak berdiam diri sahaja. Bukti tentang
keberaniannya ialah; beliau bangun kesaorangan untuk menyatakan
kebenaran dan dengan penuh keberanin menghadapi segala macam
kesusahan dan tribulasi, tidak pernah menunjukkan ketakutan walaupun di
dalam situasi yang paling berbahaya atau menunjukkan sebarang
kelemahan. Semasa menghadapi saat-saat genting di dalam gua Thaur, di
dalam peperangan Uhud dan Hunain, keimanannya tidak sedikut pun
bergoncang dan ketabahannya tidak ada tolok bandingannya.

Ali bin Abi Thalib telah mengambarkan bagaimanakah sifat peribadi


Rasulullah saw sebab ia termasuk manusia terdekat dengan beliau dan ia
memang ahli dalam bidang yang satu ini. Untuk mengetahui bagimanakah
gambaran pribadi Rasulullah saw, marilah kita ikuti komentar Ali r. a. berikut
ini: “Rasulullah saw amat terpuji ucapan maupun tindak tanduknya. Tidak
rendah budi pekertinya, tidk suka berandal/kasar apalagi berteriak-teriak di
pasar. Beliau lebih senang memaafkan kesalahan orang daripada
membalasnya. Tangan beliau tak pernah menyakiti seseorang pun, kecuali
ketika berperang di jalan Allah. Beliau tak mau memukul seorang pembantu,
maupun seorang wanita. Belia disakiti orang beliau lebih senang
memaafkannya. Tapi bila ada seorang yang yang melanggar ketentuan-
ketentuan Allah, maka beliau amat murka. Bila diharuskan memilih antara
dua hal, beliau selalu memilih yang lebih gampang. Bila beliau berada di
rumahnya beliau menjadi manusia biasa, beliau mencuci pakaian, memerah
susu kambingnya dan mengerjakan segala keperluan dirinya sendiri.

Beliau tak senang berkata-kata kecuali yang berguna. Beliau selalu


mendekatkan manusia padanya, tidak suka menjauhkan mereka. Beliau
memuliakan seorang yang dimuliakan oleh kaumnya. Seorang yang
memuliakan oleh kaumnya, selalu diberi kekuasaan untuk memimpin dan
mengayomi kaumnya. Beliau sealu bermuka manis dan berseri-seri
menghadapi siapa saja. Beliau senantiasa menanyai segala kepentingan
sahabat-sahabatnya. Suka menilai baik setiap kebaikan dan memberikan
dukungannya. Demikian pula beliau tidak suka kejahatan dan selalu
berusaha melenyapkannya. Segala urusannya, tidak berlebihan, segala
urusannya dipersiapkannya matang-matang dan diusahakan sebaik mungkin
agar orang tidak meremehkan dan jenuh kerananya. Yang paling dekat
dengan beliau, adalah yang paling bertakwa kepada Allah dan yang paling
banyak berguna bagi masyarakatnya. Beliau berdiri atau duduk dalam
keadaan berzikir. Bila masuk di tempat orang banyak berkumpul, maka
beliau ambil tempat duduk di mana saja ada tempat yang terluang, dan
beliau perintahkan semua sahabatnya untuk berlaku demikian. Bila
berkumpul setiap orang diberi kesempatan yang sama untuk bicara dan
berkomunikasi, beliau selalu menyamakan setiap orang yang hadir di
majelisnya. Sehingga setiap orang selalu puas akan sambutan dan
pelayanan beliau. Bila datang seorang yang membutuhkan pertolongan pada
Rasulullah, maka beliau mengabulkan permohonannya atau mengatakan
sesuatu yang menyenangkan hati orang itu. Di tengah majlisnya beliau selalu
menyenangkan orang-orang yang ada di majlisnya. Sehingga setiap orang
merasa bahwa dirinya paling disayangi oleh beliau. Majlis beliau sealu
merupakan majlis ilmu, malu, sabar dan amanat, tidak ada yang bersuara
dengan suara keras, tidak pernah menuinggung kehormatan orang, tidka
buka aib orang. Semua yang hadir dengan perasaan sama darjat, hanya ada
kelebihan satu atas lainnya dalam soal taqwa. Yang tua lebih dihormati, dan
yang muda harus disayangi.

Selanjutnya kata Ali: “Rasulullah saw selalu terlihat riang, luwes, lemah
lembut, tidak mau bersikap kasar, tak suka menyebutkan aib nista
seseorang, murah hati, tidak banyak berangan-angan kosong, dan tidak suka
putus asa bila tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Ada tiga perkara
yang tidak disenangi beliau: berdebat kusir, menyombongkan diri dan
berbuat sesuatu yang tai ada manjaatnya. Ada tiga perkara pula yang selalu
beliau hindarkan untuk orang lain: tidak senang membicarakan aib
seseorang, tidak senang mencari-cari nista orang lain, dan tak senang
membicarakan persoalan orang lain kecuali yang dapat mendatangkan
kebaikan bagi orang itu. Orang-orang yang hadir di Majlis belua tak pernah
ada yang bertengkar. Siapa saja yang bicara dengan beliau pasti orang lain
yang hadir di sana dapat mendengarnya. Setiap orang yang berbicara
dengan beliau pasti di sana dapat mendengarnya. Setiap orang yang
berbicara dengan beliau pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh
perhatian sampai selesainya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau
pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh perhatian sampai
selesainya. Bila di majlisnya orang banyak tertawa, maka beliaupun ikut
gembira bersama mereka. Beliaupun ikut kagum bila orang banyak kagum.
Dan beliau selalu tabah mendengarkan pembicaraan seseoang yang kasar
atau masalah apa sahaja yang ditanyakan pada beliau. Bila ada seorang
datang dengan memohon pertolongan, maka beliau mengabulkannya atau
menuruh para sahabatnya untuk menolong orang itu. Beliau tak mahu
disanjung orang kecuali sepantasnya. Beliau tak mahu memutuskan bicara
seseorang yang bicara dengna beliau kecuali bila orang itu berkata yang
bathil.

Disamping paling pemurah, Rasulullah saw paling benar perkataannya,


lemah lembut dan amat terhormat budi pekertinya, siapa saja yang
memandang beliau, pasti akan kagum pada beliau, siapa yang akrab dengan
beliau, pasti akan mencintai beliau. Salah seorang yang pernah melihat
beliau berkata: “Belum pernah aku lihat seorang pun yang seperti beliau saw.

Anda mungkin juga menyukai