Anda di halaman 1dari 2

ADAB DAN CARA MENEGUR DALAM ISLAM

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan
Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka denga
n cara yang paling baik.. (Surah An-Nahl: 125)
Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang men
yuruh kita berubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan at
au kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak
mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran terseb
ut.
Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang pendakwah itu boleh menegur s
esuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab pe
rsaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat d
i awal penulisan ini.
Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini me
nyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ora
ng-orang Islam secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut da
n penuh strategi. Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika
menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan mel
arikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.
Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyin
gkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)Fudhail Bin Iyadh,Kitab Al-Wafi syarah Mata
n Al-Arbain An-Nawawiyyah
Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secar
a lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tid
ak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk bermuamalah dengan mereka tel
ah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).
Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para pendakwah ketika mereka menjalan
kan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang mel
akukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka p
erlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mer
eka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan teguran atau nasihat itu sebagai jalan untuk membalas den
dam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu
kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap
ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur
, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah da
ri menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengai
bkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah d
engan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh me
nawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan bu
daya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran it
u mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah s
ituasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara
menegur yang membuatkan orang lari.
Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.
Rasulullah s.a.w bersabda,
Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak
berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat bagin
ya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hend
aklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan.

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu
mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? K
enapa kita sering berkasar ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Guna
kan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan unt
uk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu
disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu?
Tentu sekali 0.1% peluangnya.Sedangkan Allah telah memperingatkan kita semua dal
am surah An-Nissa ayat 59...walla hualam...
p/s: BUDAYAKAN MENEGUR SECARA LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA

Anda mungkin juga menyukai