Anda di halaman 1dari 1

Definisi kamus dewan

saling memberi nasihat: ter nyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~
sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi
telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah,
untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam
seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40

yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah

digambarkan oleh Rasulullah


tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara
kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam
ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.
Pengertian nasihat
Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah
adalah nasihat yang terbaik
untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat
faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah
menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas
menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan
nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas
nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang
yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak
diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, Barangsiapa yang menasihati seseorang dan
hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati
saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang
yang dinasihati. Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati
juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang
dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk
perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk
meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih
gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat
dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata
utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu
saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari
mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/
kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk
berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan
sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan
jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan
oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang
telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah
melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka
tidak sedia untuk dinasihati.

Anda mungkin juga menyukai