Anda di halaman 1dari 7

USRAH

MUQADIMAH

Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses
pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat
ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas
dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsure-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam
sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan
secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang
akan melahirkan amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak
boleh kita nafikan.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini
bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat
hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

APA ITU USRAH


Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, ( ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan
Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam
kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-Alam adalah mufrad kepada ( ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang
kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam,
berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah
Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan
dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi Arqam. Rasul
mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur
seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Jelaslah di sini bahawa usrah bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan
tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi
dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium
dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.

RUKUN USRAH
1.Taaruf
Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat
tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian
daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang
mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah
daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.
Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.
Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain
Sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam Dalam hadis yang lain;
Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya
Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan
yang satu

2. Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.
Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantaap di kalangan
anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama
anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan
membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak
mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak
dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3. Takaful
Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam
menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga.
Oleh itu, saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang
iman dan intipati ukhuwwah sejati. Saudara hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara
tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.
Renunglah Hadis Rasulullah mengenai kelebihan perkara tersebut-bermaksud;
Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf
selama sebulan dalam masjid aku,

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang
boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga
boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:
1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan
mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba manupun ahli.

5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan
sempurna:

Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.

Sejauhmana pula konsep al-tawun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.

Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk
amalan.

TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.
2. Meningkatkan penghayatan amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan
kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie
3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara
jamaah.
4. membina aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara
jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.
5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.
6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh
badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.
7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa
yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.
8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.
9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa
diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

CIRI-CIRI NAQIB

Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:


1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi (jamaah/
harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai
pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)
2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh,
keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.

3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang
terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.
4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih
penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu
mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.
5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang
baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.
6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak
yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi
tumpuan dan perhatian umum.
7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata.
Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan
anggota usrah.

MANHAJ USRAH

1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Quran dan hadith Nabi saw sebagaimana yang
difahami dan diambil dari ulama yang muktabar.
2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau
ad-din yang sempurna.
3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.
4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan
Islam.
5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan
pendakwah.
6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie.
7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan
zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Quran, menziarahi kubur dan sebagainya.
8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.

9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban,
mematuhi arahan-arahan dan memberi wala dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.
10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah,
memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH


FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:
a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah madu dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal madu.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.

CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA


1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan

Adab-Adab Usrah
-Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh
menerima kesan yang baik daripada usrah.
Maksudnya
Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya
semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar (Al-Bayyinah:5)
Sabda Rasulullah saw
Maksudnya:
Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan

-Berazam untuk mendapatkan ilmu yang diberkati sepanjang berada di dalam usrah
-Membaca dahulu sebelum datang ke majlis, supaya perbincangan nanti lebih teratur dan bernas
-Memberi salam apabila bertemu
-Ketaatan kepada ketua atau naqib apabila diarahkan membuat sesuatu. Ketidak patuhan kepada naqib, bermakna tidak ada kesan dalam
usrah.
-Meminta izin untuk keluar apabila ada keperluan.
-Berbincang dengan suara yang rendah dengan kadar yang boleh didengari oleh ahli-ahli usrah
-Jauhkan daripada bertengkar, kerana usrah bukan medan perdebatan, bukan tempat untuk mencari menang, bukan tempat untuk menyakit
hati sahabat. Kerana banyak pertengkaran berakhir dengan longgar ikatan kasih sayang yang dibina selama ini.
-Jauhkan bergurau dan ketawa yang melampau, kerana masih banyak penderitaan yang dialami oleh saudara kita yang lain.
-Duduk dengan beradab dan tertib
-Menunaikan tanggungjawab apabila diamanahkan untuk membentang di dalam usrah

Setiap anggota hendaklah membawa bersamanya :-Al-Quran atau terjemahannya


-Kitab hadith yang berkaitan dengannya
-Kitab zikir Mathurat
-Nota dan alat tulis
-Setiap anggota hendaklah berkasih sayang di antara satu sama lain sehingga merupakan satu keluarga.
-Hendaklah hadir pada waktu yang telah ditetapkan kecuali uzur syari. Lambat hadir menyebabkan tergagnggu masa orang lain dan
membuang masa.
- Beritahu segera kepada naqib sekiranya ada keuzuran supaya ahli usrah tidak tertunggu-tunggu.
-Hendaklah menyimpan rahsia perbincangan dan tidak dibocorkan keluar.
-Mengadakan muhasabah terbuka supaya yang merasa salah kembali ke pangkal jalan.
-Sentiasa berpesan di kalangan anggota dengan kebenaran dan hak. Jangan -pula memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu.
Orang yang memberi nasihat jangan pula memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya dan menganggap dirinya mulia bahkan ia
hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan saudaranya. Saudara yang diberi nasihat jangan pula
degil dan keras kepala untuk tidak berubah.

PENGISIAN DAN PERBINCANGAN DALAM USRAH


Solat Fardu secara berjamaah
Membaca zikir mathurat dan doa.
Membaca al-Quran
Menyemak hukum tajwid dan tafsir surah dan ayat pilihan.
Huraian hadis.
Huraian Hadis yang menerangkan mengenai ilmu, iman, amal, akhlak, jihad dan lain-lain.
Al-Seerah an-Nabawiyah
Membaca, mengkaji seerah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya pada umumnya di zaman Makkiyah, dengan dititik beratkan tentang
ibtila, pulau memulau dan dipilih beberapa kisah seperti Bilal, Ammar bin Yasir dan keluarganya, hijrah ke Madinah dan lain-lain. Banyak
perkara yang boleh diambil pengajaran daripada kisah tersebut kerana mereka yang melalui jalan dakwah akan mengalami seperti orang yang
terdahulu daripada mereka.
Fikrah Islam
Ia bertujuan memahamkan ahli usrah mengenai konsep Islam dan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Penyampaiannya mengikut
tahap kefahaman ahli supaya mereka merasa ada kelazatan berusrah. Justeru itu pihak naqib hendaklah menyampai menurut abjadiat supaya
mereka memahami fikrah Islam dan mengahayati konsep usrah.
Muhasabah
Dalam sesi ini penekanan diberikan oleh naqib kepada ahli usrah terhadap pembentukan akhlak dan penyakit hati (sifat mazmumah), ukhwah,
ikhlas, ajal maut sebagai kelengkapan para dai.
Perbincangan Am
Mebentangkan kesulitan kepada ahli usrah dengan ini akan meningkatkan tali ukhwah di kalangan kita. Sabda Rasulullah S.A.W :
Orang mukmin itu cermin bagi saudaranya
Mengenai fardu ain dan fardu kifayah.
Masalah semasa anggota-anggota
Perbincangan hasil kajian dan pembacaan yang ditugaskan

Nasihat dan arahan


Membincang projek dan aktiviti luar usrah
Menentukan usrah akan datang, tempat, masa.
Membincang masalah organisasi
Isu Semasa
Fakta-fakta dan peristiwa setempat, kebangsaan dan antarabangsa.
Implikasi isu semasa kepada Islam, umat serta harakah.
Peranan yang yang harus dimainkan untuk kepentingan perjuangan.
Sediakan tabung usrah untuk melatih ahli usrah menderma walaupun sedikit.
Bersurai
Membaca tasbih kaffarah dan al-Asr.
Program tambahan
Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat :
a)
b)
c)
d)
e)

Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.


Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan.
Berpuasa dan berbuka bersama-sama seminggu atau dua minggu.
Sembahyang berjemaah bersama-sama di surau/masjid
Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.

PANDUAN PERLAKSANAAN USRAH


Pembahagian Masa
Quran atau hadisl-Quran
Perbincangan bahan usrah(fikrah)
Isu-isu semasa/perkara berbangkit
Muhasabah
Jumlah

20 minit
45 minit
15 minit
10 minit
130 minit

Nota:
Waktu usrah boleh dimulakan dengan solat Isya berjamaah di tempat usrah.

Tempat Usrah
Sebolehnya buat di rumah ahli, kerana secara tidak langsung kita dapat menziarahi sahabat dan mengeratkan sillaturrahim.
Kita juga boleh memerhati suasana persekitaran keluarganya samada menghayati Islam atau tidak. Ini pun kalau tidak keberatan
Jangan disediakan makan, hanya minuman sahaja. Banyak usrah mati kerana masalah menyediakan makan.
Perjumpaan bulanan boleh dibuat di Markaz PAS.
Jadual Kekerapan (cadangan)
Peringkat cawangan setiap minggu
Peringkat kawasan dua minggu sekali
Peringkat negeri sebulan sekali (diadakan dengan mesyuarat sekali)
Peringkat pusat sebulan sekali (di adakan dengan mesyuarat sekali)

Anda mungkin juga menyukai