Anda di halaman 1dari 5

INFORMATION of ELAKSAMANA

SIFAT DAN AKHLAQ RASULULLAH S.A.W


 
          Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia
berkata, "Pernah aku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun
bin Abi Haala kerana dia adalah seorang yang pandai sekali dalam menyifatkan
tentang peribadi Rasulullah SAW, dan aku sangat senang sekali mendengarkan
sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan.
         
         Maka katanya, "Rasulullah SAW adalah agung dan diagungkan, wajahnya
berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek dan tidak
jangkung), dadanya lebar (bidang), rambutnya selalu rapi dan terbelah di
tengahnya, rambutnya panjang sampai pada hujung telinganya, dan berambut
banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara kedua alisnya ada urat
yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnya membungkuk
di tengahnya dan kecil lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehingga
orang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda itu tinggi (mancung).
Janggutnya (jambang) lebat, bola matanya sangat hitam sekali, kedua pipinya
lembut (halus), mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang, pada dadanya
tumbuh bulu halus, lehernya indah seperti berkilauan saja, bentuknya sedang,
agak gemuk dan gesit (lincah), antara perut dan dadanya sama (tegak), dadanya
lebar, di antara dua bahunya melebar, tulangnya besar, kulitnya bersih, antara
dada sampai ke pusarnya ditumbuhi bulu halus seperti garis, pada kedua
teteknya dan pada perutnya tidak ada bulu, sedangkan pada kedua hastanya
dan kedua bahunya dan pada dadanya ditumbuhi bulu, lengannya panjang,
telapaknya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal
berisi daging, panjang hujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak terkena tanah
apabila Baginda sedang berjalan, kedua telapak kakinya lembut (licin) tidak ada
lipatan dan kerutan. Apabila berjalan derapan kakinya itu terangkat tinggi seolah-
olah air yang sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapi tidak
seperti jalannya orang yang sombong), jalannya tunduk dan menunjukkan
kehebatan, apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia turun dari
tempat yang tinggi, apabila menoleh, Baginda menolehkan seluruh badannya,
matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa
memperhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalan dengan
para sahabatnya, dan selalu memulai dengan salam apabila Baginda berjumpa
dengan sesiapa pun." 
 
 
KEBIASAAN RASULULLAH SAW
 
          Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang kebiasaannya."
Maka katanya, "Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu
kelihatan seolah-olah selalu berfikir, tidak pernah mengecap istirehat walau
sedikit pun, tidak berbicara kecuali hanya apabila perlu, sentiasa diam, selalu
memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuh mulutnya (jelas), apabila
sedang berbicara Baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak ertinya

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

(bijaksana), pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang, lemah


lembut budi pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah, selalu
mengagungkan nikmat Allah SAW walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak
pernah mencelaNya sedikit pun. Apabila ada orang yang memperkosa
kebenaran, maka Baginda akan marah-marah dengan sangat dan tidak ada
seorang pun yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu
akan menang. (Dan dalam riwayat lain disebutkan, bahawa

Baginda tidak pernah marah apabila berkenaan dengan urusan keduniaan, tetapi
apabila ada sesuatu yang benar sedang diperkosa maka Baginda akan marah
sehingga tidak akan memandang sesiapa pun juga dan tidak akan ada yang
dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu menang, dan tidak
pernah marah kerana dirinya). Apabila Baginda sedang memberikan isyarat
(menunjuk), maka Baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya,
apabila sedang takjub pada sesuatu maka Baginda balikkan telapak tangannya,
apabila Baginda sedang berbicara maka sering Baginda memukulkan telapak
tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, apabila sedang marah maka
sering Baginda berpaling. Apabila sedang bergembira Baginda sering tersenyum
(ketawa), apabila tertawa Baginda sentiasa tersenyum saja, dan senyumannya
itu serupa dengan embun yang dingin.
 
          Maka kata Hassan berita ini aku sembunyikan dan adikku ternyata sudah
lebih dahulu mengetahuinya daripadaku dan malahan dia sendiri telah bertanya
pada ayahnya tentang keadaan keluar masuknya Rasulullah SAW ke majlisnya,
dan bentuknya pun tidak juga ketinggalan sedikitpun jua." Kata Hasan, "Maka
aku pun pernah bertanya tentang peribadi Rasullullah SAW dan dia pun
menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk ke rumahnya,
Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk Allah
SWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk
dirinya sendiri. Kemudian  bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk
kepentingannya sendiri dan untuk kepentingan orang lain. Baginda selalu
mengutamakan kepentingan umum lebih dari kepentingan peribadinya sendiri,
Baginda tidak pernah mengurangi hak mereka sedikit pun.

Adapun contoh dari sirahnya berkenaan dengan kepentingan umat, adalah


bahawa Baginda lebih mengutamakan orang-orang yang mulia dengan segala
kesopanan dan menurut kedudukannya dalam ketakwaan. Sebahagian daripada
mereka ada yang mempunyai satu kepentingan, ada pula yang mempunyai dua
kepentingan, dan ada pula yang mempunyai banyak keperluan. Untuk itu
Baginda menyibukkan dirinya dengan mereka dan mengatur mereka demi untuk
kepentingan mereka dan sekalian umat dari urusannya tadi. Baginda sibuk
dengan memberitahu kepada mereka apa yang harus dikerjakan, dengan
memesankan : Hendaknya orang yang kini hadir mengkhabarkan kepada
mereka yang tidak hadir, dan sampaikanlah hajatnya orang yang tidak dapat
berjumpa denganku, kerana sesungguhnya barangsiapa yang menyampaikan
hajatnya seseorang yang tidak mampu untuk bertemu dengan seorang

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

pemimpin, maka Allah SWT akan menetapkan kaki orang itu kelak pada hari
kiamat. Para pengunjung yang datang itu tidak keluar kecuali setelah mereka
mengerti segala masalah dan dalilnya."
 
 
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR
 
          Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku
bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya,
"Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara
seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut)
dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa
memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan
memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung
perasaannya dan perbuatannya.

Kebiasaan Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya, dan


Baginda selalu memuji segala sesuatu yang baik dan membenci segala sesuatu
yang buruk. Segala urusannya itu dibuatnya sebaik mungkin. Tidak pernah
Baginda lalai atau malas, demi menjaga jangan sampai mereka melalaikan dan
meremehkan. Segala sesuatu dipersiapkannya terlebih dahulu, dan tidak pernah
akan meremehkan (mengecilkan) kebenaran. Orang yang paling terpandang
menurut Rasulullah SAW ialah mereka yang paling baik kelakuannya, orang
yang paling mulia ialah mereka yang paling banyak bernasihat (memberikan
petunjuk) kepada orang lain, dan orang yang paling tinggi sekali kedudukannya
ialah orang yang selalu ramah-tamah dan yang paling banyak menolong orang
lain.".
 
         
RASULULLAH SAW APABILA DUDUK
 
          Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW.
Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri
melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda
melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda
sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di
mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat
duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu. Baginda selalu
memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda,
sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan
oleh Baginda lebih daripadanya.

Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu
yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya). Dan
apabila ada yang meminta pada Baginda sesuatu hajat maka Baginda selalu
memenuhi permintaan orang itu, atau apabila tidak dapat memenuhinya Baginda

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

selalu berkata kepada orang itu dengan perkataan yang baik. Semua orang
selalu puas dengan budi pekerti Baginda sehingga mereka selalu dianggap
sebagai anak Baginda dalam kebenaran dengan tidak ada perbezaan sekikit pun
di antara mereka dalam pandangan Baginda. Kemudian majlis Baginda itu
adalah tempatnya orang yang ramah-tamah, malu, orang sabar dan menjaga
amanah, tidak pernah di majlisnya itu ada yang mengeraskan suaranya, di
majlisnya itu tidak akan ada yang mencela seseorang jelek dan tidak akan ada
yang menyiarkan kejahatan orang lain. Di majlisnya itu mereka selalu sama rata,
yang dilebihkan hanya ketakwaan saja, mereka saling berlaku rendah diri
(bertawadhu') sesama mereka, yang tua selalu dihormati dan yang muda selalu
disayangi, sedangkan orang yang punya hajat lebih diutamakan (didahulukan)
dan orang-orang asing (ghorib) selalu dimuliakan dan dijaga perasaannya."
 
 
RASULULLAH SAW DI TENGAH PARA SAHABAT
 
          Kata Hassan, "Maka aku tanyakan tentang keadaannya apabila Baginda
sedang berada di tengah-tengah para sahabatnya. Jawabnya, "Rasulullah SAW
sentiasa periang (gembira), budi pekertinya baik, sentiasa ramah-tamah, tidak
kasar mahupun bengis terhadap seesorang, tidak suka berteriak-teriak, tidak
suka perbuatan yang keji, tidak suka mencaci, dan tidak suka bergurau (olok-
olokan), selalu melupakan apa yang tidak disukainya, dan tidak pernah menolak
permintaan seseorang yang meminta. Baginda meninggalkan tiga macam
perbuatan : Baginda tidak mahu mencela seseorang atau menjelekkannya, dan
tidak pernah mencari-cari kesalahan seseorang, dan tidak akan berbicara kecuali
yang baik saja (yang berfaedah).

Namun apabila Baginda sedang berbicara maka pembicaraannya itu akan


membuat orang yang ada di sisinya menjadi tunduk, seolah-olah di atas kepala
mereka itu ada burung yang hinggap. Apabila Baginda sedang berbicara maka
yang lain diam mendengarkan, namun apabila diam maka yang lain berbicara,
tidak ada yang berani di majlisnya untuk merosakkan (memutuskan)
pembicaraan Baginda. Baginda sentiasa ikut tersenyum apabila sahabatnya
tersenyum (tertawa), dan ikut juga takjub (hairan) apabila mereka itu merasa
takjub pada sesuatu, dan Baginda sentiasa bersabar apabila menghadapi
seorang baru (asing) yang atau dalam permintaannya sebagaimana sering
terjadi. Baginda bersabda, "Apabila kamu melihat ada orang yang berhajat maka
tolonglah orang itu, dan Baginda tidak mahu menerima pujian orang lain kecuali
dengan sepantasnya, dan Baginda tidak pernah memotong pembicaraan orang
lain sampai orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri meninggalkannya."
 
 
RASULULLAH SAW APABILA DIAM
 
          Kata Hassan, "Selanjutnya aku tanyakan padanya bagaimanakah peribadi
Rasulullah SAW apabila Baginda diam. Jawabnya, "Diamnya Rassulullah SAW

4 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

terbahagi dalam empat keadaan : diam kerana berlaku santun, diam kerana
selalu berhati-hati, diam untuk mempertimbangkan sesuatu dan diam kerana
sedang berfikir. Adapun pertimbangannya berlaku untuk mempertimbangkan
pendapat orang lain serta mendengarkan pembicaraan orang lain, sedangkan
pemikirannya selalu tertuju pada segala sesuatu yang akan kekal dan sesuatu
yang akan lenyap (fana'). Peribadi Rasulullah sAW sentiasa berlaku santun dan
sabar dan Baginda tidak pernah membuat kemarahan seseorang dan tidak
pernah membuat seseorang membencinya, dan Baginda sentiasa berlaku hati-
hati dalam segala perkara; selalu suka pada kebaikan, dan berbuat sekuat
tenaga untuk kepentingan dan demi kebaikan mereka itu baik di dunia mahupun
kelak di akhirat."

5 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai