Anda di halaman 1dari 5

INFORMATION of ELAKSAMANA

CERITA 6 ULAR DI MASYHAR

Di mahsyar itu suhu mencapai lebih dari 75,000 kali ganda kepanasan
api dunia. Beberapa ekur lembu semakin membesar kemudian
menginjak-nginjak sekumpulan manusia sehingga renyuk dan terkencing
terberak. Ada beratus-ratus kambing, juga semakin membesar, semakin
membesar dan menghempap kegemukan mereka di atas sekumpulan
manusia juga. Teriak melolong-lolong kedengaran bersipongang di ruang
padang yang maha luas itu.

Binatang itu, pandai pula mengcengkam kuku, menanduk-nanduk. Perbuatan itu


dilakukan ketika orang ramai yang bertelanjang itu berpusu-pusu ke destinasi
pengadilan masing-masing.

Black Cobra, Derik dan empat lagi ular berbisa berkepala licin yang melalui ruang
mahsyar di situ tidak hirau pun. Mereka juga akan menjalankan misi yang sama
sebentar lagi.

Rupa-rupanya sudah ada kumpulan lain yang diutus untuk menerima pembalasan
golongan yang tidak mengeluarkan zakat.

Black Cobra yang ditugaskan bersama ular Derik, bersama ular Welang, bersama
Weling, bersama Anang, bersama Tedung Besar, bersama Oray Totog. Dari Papua pula
ular-ular Papuan Taipan Snake yang berkepala panjang dua meter yang perutnya
berwarna kuning dengan noda-noda jingga. Mereka juga dari jelmaan Sabda Rasulullah
dua ribu lima ratus tahun yang lalu untuk menjalankan tugas siksaan terhadap golongan
yang tidak mngeluarkan zakat. Mereka akan mematuk dan menyembur bisa dari mulut
yang ternganga besar. Mereka akan berkata; inilah harta kalian!(1)

Janji Tuhan memang tepat. Ruang mahsyar di satu zon itu hanyalah kelompok berbilion-
bilion manusia yang sudah diasing kerana tidak membayar zakat.

Tadi ketika Black Cobra mengepalai kawan-kawannya di satu padang, kelihatan


jongkong-jongkong emas dan perak, batu permata dan zamrud, jade dibakar sehingga
hangit, api membara-bara dan ketulan-ketulan itu menyelar di dahi-dahi sekumpulan
bilion manusia yang telanjang, di rusuk-rusuk belikat. Ketulan emas perak,permata
zamrud dan jade memberitahu bahawa merekalah yang manusia simpan dulu semata-
mata untuk kepentingan diri dan sekarang rasalah! (2)

Kemudian ketika mereka melalui terminal yang apinya menyala-nyala, mereka dapati
pula sekumpulan bilion manusia yang berbogel, meratap tentang kepapaan dan
kemuflisan. Mereka mencakar dan menguis-nguis tanah debu kerana sangat lapar.(3)

“Destinasi kita di mana agaknya?” tiba-tiba ular Weling yang meluncur dengan kodek
berbengkok-bengkok bertanya kepada Black Cobra.

Pertanyaan itu mebuat Black Cobra berhenti. Pertanyaan ular Weling yang seluruh
tubuhnya berbelang itu perlu dijawab. Dia tidak mahu ular-ular lain terasa hampa oleh
kerana amanah yang diterimanya tidak diberitahu.

1 PaRaDoX / elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
INFORMATION of ELAKSAMANA

“Kita ke stadium gangsa dari wap neraka ke lima. Di sana ada unggun api besar. Kita
ditugaskan mencari manusia negara Islam dan akan membuat pembalasan kepada
mereka yang tidak menunaikan zakat,” beritahu Black Cobra berkepala licin yang
punggungnya berwarna hitam, perut biru keabu-abuan dan lehernya terdapat palang
putih. Manakala ekornya yang pendek itu dikodek-kodek.

Ular-ular yang lain mendecis-decis dan menyembur nafas hangat ke tanah berdebu.
Seekur dua nampak tidak puas hati.

“Bukankah yang kita lihat tadi balasan mereka yang tak bayar zakat juga? Dan kita,
masakan yang itu juga?” Welang nampak sangat keliru.

“Tadi balasan individu tapi kita atas nama zakat hasil negara!”

Maka terdengarlah soseh-soseh nafas lega, sehingga berterbangan debu kering oleh
semburan berbisa itu.

“Negara OIC?” tiba-tiba Papuan Whip Snake, salah seekur yang datang dari Papua,
yang suka sangat menyorok di tempat kering melontar pertanyaan.

“Yahhh, memang. Memang OIC.”

Derik terkelip-kelip matanya memandang Black Cobra. Nafas panasnya dihembur


berkali-kali. Matanya disepet. Memang benar 57 Negara OIC bukannya semua negara
Islam. Kalau Afghanistan ya. Kalau Iran, ya. Kalau Arab Saudi, ya. Tapi dalam ya- ya itu
pun Arab Saudi boleh dipertikai dasarnya. Bukan tak ada yang 100% rakyat mereka
Islam, tapi semuanya buih. Ada pula yang jadi talibarut barat. Ada yang jadi kudakayu
Amerika. Lubnan dan Palestin yang dihunjam bom oleh Israel, apa yang dibuat oleh
negara yang namanya OIC? Yang duduk di sekeliling Israel pun haram jadah juga.

“Ayuh, kita berangkat!” tiba-tiba Black Cobra seperti dikejutkan oleh satu arahan.

Mereka mula mengompol bisa-bisa kelas pertama. Semua sudah siap sedia dengan
saluran racun, taring atau siong, kelenjar racun. Akan disembur, akan dipatuk, akan
dicengkam kepada mereka dari negara Islam yang tidak mengeluarkan zakat. Dia
sendiri yang berleher, berbibir dan hujung muncung keputih-putihan, akan menyembur
ludah bila diperlukan. Manakala Anang, Tedung Besar, Oray Totog yang berwarna
cekolat, kuning hijau dengan dagu berbintik hitam, mata warna perunggu bulat terang
yang panjangnya 6 meter akan menyembur bisanya yang kuat, akan meracuni saraf,
jantung dan darah kepada mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

Derik pun begitu. Derik mempunyai detektor panas pada rongga depan di dalam kepala
mempu menangkap cahaya inframerah dari tubuh mangsa. Dengan lidah bercabang,
dengan kenaikan suhu panas 1/300 kali ganda, Derik akan membuka rahang selebar
180 meter. Patutkannya akan dipercepat menjadi 90km seperti kecepatan kejip pelupuk
mata.

Welang pun begitu. Tubuh yang berbelang cincin itu memiliki 16 kali lebih kuat bisanya
dari Cobra. Dia akan menyerang sistem saraf mereka yang tidak membayar zakat.
Weling pun begitu. Piawaian bisa nya sama.

2 PaRaDoX / elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
INFORMATION of ELAKSAMANA

Papuan Snake, Papuan Black Snake, Papuan Whip Snake pun begitu. Mereka yang
turut serta memang tidak diragui kebisaan mereka.

Ketika mereka hampir di stadium gangsa, jelas benar ada enam orang yang sangat
huduh parasnya. Kulit muka mereka kemerahan oleh bakaran panas. Ternyata mereka
dulu pegawai eksklusif tapi kulit lengan dan kaki sudah mengelupas. Ternyata mereka
sudah terkencing terberak, seolah-olah mereka tahu kedatangan ular di hadapan
mereka, adalah pertanda balasan yang akan mereka terima.

Tiba-tiba mereka melolong-lolong ketakutan menyembah minta belas kasihan. Weling


menggemukkan dirinya, memilih salah seorang yang bermisai tebal, memanggung
kepalanya, menjulur tubuh berbelang, menganga mulut dan membuka
rahangnya.Welang pula berhadapan seorang lagi, membuka rahang menunjukkan
siong. Kepalanya dihayun-hayun ke kiri ke kanan. Dia akan melepas habis 16 kali ganda
kuatnya dari Cobra. Dia akan menyerang sistem saraf.

Kemudian yang empat lagi, Derik, Papuan Snake, Papuan Black Snake, Papuan Whip
Snak, mengejutkan pula manusia yang empat lagi itu.

Mereka kelihatan sangat gementar seolah-olah mereka tahu mereka sedang


berhadapan dengan misi jelmaan hadis Rasulullah terhadap orang yang tidak
mengeluarkan zakat. Derik, dan jenis Papuan menganga mulut, menunjukan sheath,
duct, fong dan glond yang sangat dahsyat sambil menjelir-jelir lidang bercabang, seperti
Anakonda gergasi di paya Afrika. Darik kelihatan tidak sabar hendak menyembur racun
dan kelenjarnya. Siong yang bertaring tajam halus jika mencengkam, akan terperciklah
pula cecair kuning dari venom gland.

“Jangan!” tiba-tiba tempek salah seorang dari mereka. “Kami bukan tidak mahu bayar
zakat!” katanya lagi dalam keadaan terkencing terberak tetapi tetap menggintil
kemaluannya sepanjang satu setengah jengkal itu.

“Macam mana kami nak keluar zakat, kami tak diperintah,” jawab pula yang lain. Dia
nampaknya seperti ada alasan yang kukuh.

“Masakan, untung setiap tahun berbilion-bilion.Takkan 25% pun tak boleh keluar.”

“Itu kena tanya penguasa.”

“Kenapa tak ajukan kepada menteri?”

“Kami sudah minta nasehat daripada penasihat agama perdana.Dulu ada mereka beri,
tapi atas nama wang ehsan.”

“Apa katanya?”

“Memang hasil bumi, hasil pendapatan pencarian kena keluar zakat, katanya.”

“Jadi?”

“Hasil berbilion itu bukan hak perseorangan. Itu hak rakyat. Rakyat kami 25 juta.

3 PaRaDoX / elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
INFORMATION of ELAKSAMANA

Mampuehlah kamu kalau nak patuk 25 juta.”

Derik naik radang. Cakap-cakap begitu seperti merendah-rendahkan kuasa Tuhan. Lalu
giginya yang panjang 4cm itu diseringaikan. Dia percaya, sekali patuk mangsa tidak
akan terdaya. Di dalam giginya ada kelenjar bisa dan kelenjarnya akan berkontraksi
mengalir sebanyak 0.028 gram yang cukup untuk membunuh dengan sekali sembur.
“Jadi, langsung tak keluar walaupun berbilion-bilion untung?” jerkahnya kerana tidak
sabar.

“Menteri tak keluar arahan, macam mana kami nak keluar. Kami cuma menurut
perintah,” kata lagi salah seorang dari enam itu. Dia juga asyik menggintil kemaluannya
yang nampak lembik itu.

“ Maafkan saya, kalau kamu hendak membalas penyiksaan orang yang tak keluar zakat,
dan hasil berbilion-bilion itu dianggap hak rakyat, sepatutnya 25 jutalah yang kalian
patuk, bukan kepada kami saja, sebab hasil bumi itu hak rakyat,” kata pula salah
seorang yang baru saja memilin kemaluannya yang sejak tadi lembik lesu.

Black Cobra seperti hilang hujah.Dan keenam-enam ular itu pula berpandangan sama
sendiri.

“Kalian semua warga Malaysia, bukan? Negara Islam?” tanya ular Weling.

Keenam-enam mereka berpandangan sama sendiri.Mereka merasa sangat bangga


kerana negara mereka termasuk dalam senarai negara Islam.

“ Malaysia? “ ulangi Weling.

Mereka angguk-abngguk bangga.

“Tapi sekali pun tak pernah keluar zakat.”

Salah seorang hendak menjawab tapi tak trerkeluar pula jawapan itu.

“Inilah yang kami cari selama ini. Kami bukan cari hatra bertimbun-timbun. Kami cari
seperti Al-Ghazali. Tapi menurut rekod kami, satu dinar pun Malaysia tak pernah bayar
zakat hasil dari minyak.”

“Nanti...nanti dulu. Jangan hukum kami. Memang pun negara kami di isytihar negara
Islam...”

“Habis?” Derik yang tidak sabar-sabar lagi hendak melepaskan kelenjar berbisa,
mendepani Black Cobra.

“Negara kami Islam Hadari!”

Maka tersentotlah kepala ke enam-enam ular berbisa dari jelmaan harta yang tidak
mengeluarkan zakat. Pemberitahuan Islam Hadari, sesungguhnya baru didengar oleh
mereka. Oleh kerana hukuman yang akan mereka hendak jalankan itu hukuman mesti
adil, maka rancangan hendak mematuk ke enam-enam manusia dari negara Malaysia
itu tertangguh. Ada sesuatu yang tidak kena pada anggapan mereka.

4 PaRaDoX / elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006
INFORMATION of ELAKSAMANA

Ke enam-enam bakal pemangsa patukan itu nampak lega. Mereka kembali menggintil-
gintil kemaluan mereka kerana terlampau sukanya.

“Pada hemat kami, negara kami ini tak perlu keluar zakat kerana negara kami sudah jadi
Islam Hadari. Islam Hadari mana ada dalam kitab-kitab hukum,” salah seorang yang
nampaknya dialah ketua di dunia dulu, berkata dengan megah.

Mata Black Cobra melalak-lalak.

“Jika kamu wahai ular-ular nak patuk dan sembur bisa kamu kerana kami tak keluar
zakat, kami akan dakwa kamu pula,” tokok pula seorang yang mula menggaru-garu
daging punggunya.

“Pulak!” Derik naik hairan.

“Memang pun. Menjalankan hukuman di luar seksyen, kami boleh mendakwa. Zakat
hanya ada dalam Islam. Kini negara kami Islam Hadari.”

Black Cobra tidak tahu siapa di antara enam itu yang berkata.

Derik membisik ke telinga Black Cobra. “Kita patut tangguh. Ini Islam Hadari, bukan ada
di zaman Rasulullah dan hadis Rasulullah pun tak pernah sebut. Mereka berhak
komplen.”

Black Cobra sangat terbuka. Dia angguk-angguk dan kemudian mengajak yang lain
berpatah balik.

“Kami pun naik keliru. Setahu kami,Islam tak ada Hadari. Jadi kes ini kami kena bawa
kepada Rasulullah dulu,” Black Cobra membuat keputusan mengejut.

Keenam-enam manusia yang bertelanjang bulat pun menarik nafas lega. Mereka
berpelukan walaupun kemaluan mereka menggesel paha dan daging punggung yang
lain.

Ketika ke enam-enam ular itu beredar untuk membuat aduan kepada Rasulullah, ke
enam-enam manusia yang hendak mereka patuk tadinya menari-nari keriangan sambil
menyanyi lagu; Hadari! Hadari! Hadari!.

Dan kemudian semakin terkompol manusia glongan lain, seperti sebuah pesta
‘JomHeboh.’ Gah di mana-mana bahawa ada siksaan di mahsyar ketika itu ditangguh
kerana adanya satu aliran baru.

------------------------
1. Maksud Hadis riwayat Abu Hurairah
2. Maksud Surah Taubah ayat 34 dan 35./ Sahih Muslim.
3. Maksud Hadis Riwayat Tibrani

5 PaRaDoX / elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006

Anda mungkin juga menyukai