Anda di halaman 1dari 10

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya. Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas. Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah. Gempar&ldots;hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu cepat, walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen, radio, pesawat serba canggih dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat. Hanya ada kuda, unta dan kaldai&ldots; Persoalannya&ldots; Mengapakah ia terjadi demikian? Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat, Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta. Itulah ungkapan yang dilabelkan oleh tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu. Di satu pihak yang lain (mereka yang benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar diterima akal, logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjiz dan lambang kebesaran dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan sebagai Syahrullah (Bulan Allah). Saudara sekelian, Ringkasnya, ia merupakan "Holy Tour" yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Suci. Sebagaimana yang kita sedia maklum, peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku di 'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul pergi pula bapa saudaranya padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra'mi'rajkan baginda bagi memperkukuhkan keimanan di samping menghiburkannya.

Sesungguhnya, secara tidak langsung ia menjelaskan kepada kita bahawa, cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah, kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT sama ada dengan zikrullah atau mendirikan solat, sesuai dengan penerimaan perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah satu tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta membutakan hati daripada etika dan syariat Islam. Ikhwah yang budiman, Sesungguhnya peristiwa Isra' dan Mi'raj ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi. Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu, masyarakat, negara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Ini bermakna sekiranya makhluk dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah, tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri kepada peraturan Allah SWT. Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti binatang, tumbuhan dsb. Wahai sekelian manusia&ldots;.INGATLAH amaran ALLAH "Mengapakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi telah menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan" Surah Ali Imran :83 Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah mendedahkan kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai daripada mengingati mati sedangkan menurut Iman Al-Ghazali dalam kitabnya Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal, dosa dan pahala. Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat", golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari&ldots; sesat sesesat sesatnya. Tanpa disedari, maut pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadangkadang gugur dahulu begitulah juga nyawa manusia. Mereka bebas, semahunya tanpa ada kokongan agama dan budaya, halal dan haram tidakdiperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya.

Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA... Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut ; Peristiwa Isra' 1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah. 2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah. 3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu. 4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat. 5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya. 6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah. 7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba. 8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat. 9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidaksanggup melaksanakannya. 10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar. Peristiwa Mi'raj 1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya. 2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta. 4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki. 5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai. 6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci. 7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin. 8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat. 9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta ay. 10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

ISRAK DAN MIKRAJ suatu dongengan? by WK al-Kahfi Salamun alaikum, Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir dan mempersoalkan sama ada cerita Israk dan Mikraj itu adalah suatu yang benar atau hanya CERITA DONGENG sahaja. Isra kononnya ialah perjalanan Nabi secara mendatar menonggang buraq dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi di Mi'raj ke langit. Buraq itu kononnya berbadan kuda, bersayap dan berkepala dan wajah seorang perempuan yang amat jelita. Begitu lajunya penerbangan buraq itu, sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah. Kejadian ini kononnya berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi perintah supaya dia dan umatnya mendirikan solat 50 waktu sehari semalam.

Mengikut kisah itu, bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga dilangit lapisan ketujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah diperintahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan dia dan umatnya diperintah melakukan ibadah solat 50 waktu sehari semalam. Lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan. Nabi Muhammad menerima nasihat Musa. Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali sehingga perintah solat itu tinggal lima waktu sahaja. Namun demikian Nabi Musa tetap berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum mereka tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, Nabi Musa menasihatkan supaya Nabi Muhammad naik lagi berjumpa Tuhan dan minta supaya ibadat solat itu di kurangkan lagi. Demi kerana malunya, Nabi Muhammad mengatakan dia malu untuk berjumpa lagi dengan Allah. Walaupun hanya tinggal lima solat sahaja, pahalanya tetap seperti lima puluh solat kerana kepercayaan bahawa tiap-tiap satu kebaikan diganda dengan sepuluh, Sebenarnya itu hanyalah kisah karut yang mudah dihujah. Hujah yang pertama: 1. Buraq tidak ada disebut dalam Quran dan kalau hadis tentang Mikraj itu benar, mengapa pula tak diceritakan kisah Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu 2. Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat lama. 3. Adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu umat Muhammad itu tidak sanggup melakukan 50 kali solat sehari semalam? Kalau Allah tahu, tentu Dia memerintahkan sekali sahaja, iaitu solat lima kali sehari semalam. Atau mungkinkah Tuhan berlawak atau mempermainmainkan Nabi? 4. Mengapa pula Nabi Musa menjadi penasihat kepada Nabi

Muhammad? Tidakkah nampak unur-unsur Israiliat disini? 5. Adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal manusia daripada Allah? 6. Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Nama asal Masjidil Aqsa itu ialah Masjid Omar, tetapi kemudian ditukar kepada Masjidil Aqsa mengambil sempena nama masjid yang terdapat di dalam Quran (17:1) 7. Ada satu cerita menarik di sini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah diantara orang paling awal menulis bioghrafi Nabi Muhammad. Dia menulis diantara lainnya, Nabi memberitahu kepada isterinya perihal dia di Israk dan Mikraj, semasa Nabi bangun untuk solat Fajr Perjalanan itu berlaku pada malam yang sama apabila Nabi tidur selapas Isya. Dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, kenapa Nabi di Mikrajkan untuk menerima perintah solat sedangkan Nabi sudah mengamalkan solat bertahun-tahun. 8. Cara Nabi tawar menawar mengurangkan solat dari lima puluh waktu itu seiras dengan kisah di dalam Bible. Nabi Ibraham sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini menjadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan, 20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave, 21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know." 22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD. 23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked? 24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it? 25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteous with the

wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?" 26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake." 27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes. 28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there." 29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it." 30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there." 31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it." 32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will not destroy it." Tawar menawar di dalam Bible itu tentunya karut, kerana mengikut Quran, Allah amat mengetahui. " Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orangorang yang zalim. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim lagi. "Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya

perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Cuba tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan. Apabila Allah memerintahkan sesuatu, ia terus berkuatkuasa, tiada siapa boleh mengubah fikiran Allah. Tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima. Oleh itu, hadis tentang tawar menawar solat dalam cerita karut Mikraj adalah ubahsuai dari cerita di dalam Bible. 9. Quran 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." Mengikut Quran, solat yang diperintah Allah hanya TIGA kali sahaja. Maka solat lima kali itu adalah karut kerana bertentang dengan ajaran Quran. 10. Solat pula telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dikehendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut. Ini dijelaskan di dalam Quran: 21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah. 22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik. Masih ada lagi yang boleh diketengahkan sebagai hujah. Namun demikian, saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan mengajak anda semua meneliti ayat Quran yang berkenaan:

Subhana = Dia disanjung, allazi = yang asra = memperjalankan biabdihi = dengan hamba-Nya lailan = pada waktu malam hari minal - dari Masjidil Haram = Masjidil Haram (Masjid Suci) ilal Masjidil aqsa = ke masjid yang lebih jauh allazi = di mana baarakna = Kami memberkati, haulahu = sekelilingnya/sekitarnya . Hu selepas haula itu menunjukkan sa, singular, atau mufrad dalam nahu Arab). Dengan kata lain, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (masjid yang lebih jauh itu adalah di dalam SATU kawasan atau persekitaran. Ini membawa arti bahawa kedua-duanya adalah di dalam persekitaran Makkah. Jika Masjidil aqsa itu terletak di Jerusalem, maka Allah sudah membuat satu kesilapan nahu, kerana Allah sepatutnya mengatakan haulahuma (dua persekitaran) dan bukan haulahu (SATU persekitaran) Quran tidak menjelaskan dimanakah masjid yang terjauh itu. Tidak dipertikaikan, masjid yang terdekat ialah Masjidil Haram. Mungkinkah masjid yang terjauh itu Gua Hira yang sering dikunjungi oleh Nabi Muhammad? Bukankah mengikut sejarah, Nabi mendapat ayat-ayat yang awal di Gua Hira? Yang penting diingat ialah Quran mengatakan kedua-dua masjid itu terletak dalam SATU persekitaran yang diberkati (Makkah). Oleh itu, Nabi tidak perlu menunggang buraq yang kononnya laju seperti kilat. Seekor unta atau kuda sudah lebih dari mencukupi untuk perjalanan itu. Harap anda semua jangan cepat melenting. Telitilah ia dengan fikiran terbuka. Ini adalah sekadar pendapat saya. Kalau tidak setuju, lupakanlah sahaja dan pergilah mendengar kisah karut itu dari ustazustaz, seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai