Anda di halaman 1dari 6

SIRAH RASULULLAH - KONSEP SIRAH

OLEH :Ust Misri Hj Bohari

1.Kepentingan Mempelajari Sirah


1.Kepentingan mempelajari sirah Nabi Ianya adalah merupakan sejarah yang
paling benar berbanding sejarah nabi-nabi yang pernah diutuskan yang penuh
dengan perubahan dan penipuan dari musuh islam. Sedikitpun tiada keraguan di
dalam cerita yang disampaikan berkaitan rasulullah.Tidak seperti sejarah nabi
Musa yang diputarkan oleh golongan Yahudi dan sejarah nabi Isa yang
dipalsukan.

2. Setiap inci kehidupan rasulullah dinyatakan dengan jelas bermula dari


perkahwinan ayah dan ibunya sehingga kewafatan baginda s.a.w . Saat
kelahirannya,zaman kanak-kanak,remaja,pekerjaannya sebelum dibangkitkan
menjadi rasul,perjalanannya keluar untuk berniaga dari Mekah dan seterusnya
tanpa sedikitpun keraguan sebagaimana terangnya sinar mentari.

3. Sesungguhnya perjalanan hidup rasulullah sebagai manusia yang dimuliakan


Allah tidak terkeluar dari batas kemanusiaan dan tiada bercampur dengan cerita
dongengan yang direka-reka bagi mengukuhkan cerita. Bandingkan denga
ajaran kristian yang mengangkat nabi Isa sebagai tuhan,bandingkan dengan
ajaran Buddha yang tak mampu diikuti oleh manusia biasa

4. Sirah rasulullah merangkumi setiap perkembangan hidup manusia itu sendiri


seperti zaman kanak-kanak sehingga zaman tuanya.Berbeza dengan sebahagian
kisah rasul,ada yang hanya ceritanya di zaman muda sahaja seperti nabi Isa
dengan sebahagian sifatnya iaitu zuhud dan ada yang hanya ceritanya di zaman
tua seperti nabi Yaakob a.s.Begitulah Halnya dengan nama-nama seperti
Kungfuze,Aristole,Aflaton dan sebagainya.

5. Sirah nabi juga merupakan suatu cerita yang sarat dengan bukti
menunjukkan perjalanan dakwah rasulullah sebagai manusia (bukan jin atau
makhluk yang luarbiasaseperti Superman) bagi menyebarkan agama Islam
dengan sepenuh jiwa dan raganya bukan menggunakan tongkat Aladdin.
Adakala ianya disakiti dan dipuji. Memerangi dan diperangi.

2. FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH RASULULLAH S.A.W.

1. Mendapat dan menemukan dalil yang konkrit dari hukum-hukum Islam yang
terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadits-hadits Nabi dalam ragam
bidang kehidupan.

2. Mencontoh Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat


dan keadaan kehidupan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam dalam segala
bidang kehidupan kerana baginda adalah menjadi teladan yang baik yang harus
dicontoh. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat
dan dia banyak menyebut Allah." (QS. Al Ahzab: 21)

3. Mencontoh dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan


seseorang terhadap Allah 'azza wa jalla dan yang melakukannya akan
mendapatkan kecintaan Allah dan ampunan-Nya, sebagaimana firman Allah
'azza wa jalla:

"Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya


Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (QS. Ali Imran: 31)

4. Mendapatkan dan menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan


menambah iman.

5. Menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah


shallallahu 'alaihi wa sallam dan memantapkan mereka dalam membela agama
dan
kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal
apa yang terdapat dan terkandung dari siroh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan aqidah beliau dalam
menghadapi cobaan dan musuh-musuhnya.

6. Dalam sirah Rasulullah s.a.w pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah


yang bisa diambil oleh semua muslim baik penguasa atau rakyat untuk
membentuk manusia yang baik.

7. Sirah Rasulullah s.a.w berisikan pelajaran-pelajaran yang banyak bagi segala


lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam
menghadapi segala cobaan dan ujian hidup yang mereka hadapi terlebih lagi
para dai.

8. Membantu memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah Rasulullah s.a.w.

9. Mendapatkan banyak pengetahuan yang benar tentang bermacam-macam


ilmu-ilmu keislaman berupa aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadits, politik,
pendidikan dan social kemasyarakatan dan yang lain-lainnya.

10. Mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang
terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan
kalimat Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan dan
bagaimana mereka bersikap serta solusi pemecahannya.

11. Mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan


Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

12. Mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadis.

13. Mengenal dengan baik mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada


Rasulullah s.a.w.

14. Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------

3. Keadaan Masyarakat Arab Jahiliyah :

► Apakah maksud Jahiliah?


1. Perkataan bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
► Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya
Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
► Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar
masyarakat Arab Jahiliah?
1. Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran
dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.
2. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah
kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
3. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu
tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn
kehidupan.
4. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, mereka bersifat kejam, angkuh dan
degil.
► Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah.
1. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian
tengah Semenanjung Tanah Arab.
2. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah
Arab.
► Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah
1. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat.
2. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka.
3. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah.
4. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan
dianggap berita buruk.
5. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan.
6. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.
7. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak.
8. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki.
► Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, ekonomi,
agama dan kepercayaan dan politik.

Sosial
1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan
minum arak.
2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk
menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.
3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan
mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
4. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana
beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
5. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa
orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi
1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana
mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir
merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.
3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu
dalam sebuah kabilah.
4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.

Agama dan Kepercayaan


1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama, iaitu agama wathani
(menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi
(Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan
mempercayai roh orang mati menjadi burung).
2. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah
menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.

Politik
1. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan
berkelompok.
2. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan
masyarakat.
3. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain
disebabkan perkara kecil.

► Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah?


1. Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat
arab jahiliah.
► Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab
Jahiliah.
1. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
2. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka
tinggal dalam sebuah kawasan.
3. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
4. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
5. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan
kaum mereka.
6. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya, bakal syeikh tersebut
mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.
7. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai
berpidato.

► Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada


kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
2. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman.
4. Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain
disebabkan perkara kecil.

► Apakah maksud semangat assabiah?


1. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu
sama lain.

► Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat


Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau
berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah.
3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-
kontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah
yang dihadapi secara bersama.
4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-
Basus.
5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-
masing.

Anda mungkin juga menyukai