Anda di halaman 1dari 2

Jari Telunjuk Masa Tahiyyat

Sejak dahulu lagi, para ulama telah berbeza pendapat mengenai


ketika/waktu mengangkat jari telunjuk dan samada digoyang-goyangkan
atau digerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat
semasa solat.

Pendapat-pendapat yang masyhur ialah:


1. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud tanpa digerak-
gerakkan.
2. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud serta digerak-
gerakkan.
3. Mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah, di
tengah bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.

Majoriti umat Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i akan mengangkat


jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah semasa bacaan
tasyahhud dan tidak digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari
telunjuk tersebut.

Imam an-Nawawi, seoarang ulama mazhab Syafi’iyah, mengatakan :


“Dan mengangkat telunjuknya pada saat mengucapkan ‫إالهللا‬
(“illallah”) dan tidak menggerakkannya”. ( An-Nawawi, Minhaj al-“al-
Thalibin, dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah, Dar Ihya al-Kutub al-
Arabiyah, Indonesia. Juz.I, Hal. 164)

Imam an-Nawawi menyatakan bahawa beliau berlapang dada dalam soal


perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau
mentohmah di antara satu sama lain.

Wallahu 'alam.

Link pilihan:
Arah Pandangan Mata Ketika Solat

Anda mungkin juga menyukai