Anda di halaman 1dari 3

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN

MTQSS ZON PINAWANTAI 2017


(NO. GILIRAN : 05)
TAJUK : PENGORBANAN NABI ISMAIL A.S KATEGORI : LELAKI

TEKS CATATAN
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬
‫السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬
Yang Dimuliakan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi
Bijaksana, Penjaga Masa yang setia, guru-guru, rakan-rakan
KATA-KATA
seperjuangan seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian. ALUAN

Awal Bismillah pembuka kata,


Hakim Budiman Adil Saksama,
PANTUN
Qisosul anbiya’ madah bicara,
Pengorbanan Nabi Ismail renungan bersama.

Hadirin yang dikasihi Allah,

Kelahiran Ismail membawa kebahagiaan kepada Nabi Ibrahim A.S


dan isterinya ISI
Nabi Ismail A.S ialah anak kepada Nabi Ibrahim A.S iaitu hasil PERTAMA
perkahwinan dengan Hajar. Walaupun usia telah lanjut, tapi dengan
kekuasaan Allah mereka dikurniakan juga zuriat yang paling bersih dan
suci serta penyabar.

Sebagaimana doa Nabi Ibrahim kepada Allah. Dalam surah Ash-Shaaffaat,


ayat 100.
     
Ertinya:
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang DALIL 1
termasuk orang-orang yang soleh.”

Lalu Allah menjawab dalam surah Ash-Shaaffaat juga, ayat 101.:


   
“Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang
amat sabar”

Kini, kita sering terbaca di media massa tentang kes pembuangan bayi ISU
yang semakin menular dikalangan masyarakat kita di Malaysia. SEMASA 1

Oleh itu, jauhilah maksiat dan zina. Jalinkanlah hubungan yang halal PENGAJARA
disisi syarak. Sesungguhnya anak yang soleh terhasil dari Ibubapa yang N1
baik.

1
Kawan-kawan sekalian,
Nabi Ismail sanggup bersabar dan redho dengan perintah wahyu
Ilahi. ISI KE-2

Nabi Ibrahim telah bermimpi. Dalam mimpinya itu, Allah memerintahkan


Nabi Ibrahim menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.

Seperti firman Allah dalam surah Ash-Shaaffaat, ayat 102


            DALIL ke-2
 
“Ibrahim berkata, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam
mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirlah apa
pendapatmu!..”
Nabi Ismail A.S pun berkata kepada ayahnya,. “Wahai ayahku
laksanakan apa yang diperintahkan. Engkau akan mendapati
aku, Insya Allah termasuk dari kalangan orang-orang yang
sabar.”

Tanpa disedari
Perbualan didengari ibunya
Tiada gelisah di dalam hati syair
Perintah Allah wajib ditaati
Dunia kina menyaksikan bagaimana kesabaran penduduk Islam ISU
ROHINGYA di Selatan Filipina akibat kemiskinan dan penindasan yang SEMASA 2
berterusan. Semua itu adalah ujian dari Allah yang perlu dihadapi dengan
sabar dan redho.

Kawan-kawan, ayuh kita semua mencontohi sifat Nabi Ismail yang PENGAJARA
sentiasa bersedia dan bersabar dalam kehidupan walau pelbagai ujian N2
mendatang.

kawan-kawan yang saya kasihi sekalian,

Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail berserah diri sebulatnya ISI KE – 3
kepada Allah.
Keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa anaknya Ismail untuk
disembelih di tempat yang tinggi di bukit Mina kerana menurut perintah
Allah S.W.T.
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap
berserah menjalankan tugas yang diperintahkan Allah terhadapnya.

Firman Allah dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 103 yang berbunyi:


    
“Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan Dalil 3
anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).”

Kawan-kawan sekalian.. Isu semasa


Awal Februari lepas, kita dikejutkan dengan kes seorang ibu mengelar 3
leher anaknya yang berumur 2 bulan sehingga meninggal dunia. Akibat
terpedaya dengan bisikan syaitan yang menghasutnya melakukan
perbuatan kejam itu. Moga kita terhindar dari pada perbuatan itu.

2
Nauzubillahi min zaalik.
Oleh itu, Dimanakah pegangan agama dan nilai-nilai murni yang Pengajaran
sepatutnya ada di dalam diri kita. Mari sama-sama kita mantapkan, iman 3
dan tawakkal kepada Allah dalam semua pekerjaan dan kehidupan kita.
Maka kawan-kawan? Fikir-fikirkanlah….

Hadirin dan hadirat sekalian.

Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat yang ISI KE-4


disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan Allah S.W.T gantikan
korban tersebut dengan seekor KIBAS yang besar.
Sesungguhnya sudah berhasillah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
melepasi ujian Allah.

Dialah Allah Yang Maha Kuasa


Mengatur segala-segalanya
Hajar tiada lagi dukanya Nasyid(sepohon
kayu)
Ibrahim gembira tidak terkata (2x ulang)
Melihat Ismail masih bernyawa

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 107:


   
Ertinya:
“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” DALIL 4

Kejadian banjir besar melanda Kota Marudu dan pitas pada januari lepas
menyebabkan banyak harta benda musnah. Semua itu adalah ujian ISU
sementara dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. SEMASA 4

Ya kawan-kawan,
Peristiwa tersebut menjadi titik tolak kepada kewajipan ibadah korban Pengajaran
penyembelihan binatang ternakan yang dilaksanakan setiap tahun 4
menjelangnya Hari Raya Korban.

Begitulah kebesaran Allah yang ditunjukkan didalam peristiwa


pengorbana Nabi Ismail A.S.
Allah berfirman : surah Maryam : ayat 54
         
   ISI KE-5
“ Perhatikan riwayat Ismail dalam Kitab (Al-Quran). Sesungguhnya dia
adalah seorang yang sangat benar lagi menepati janji, dan adalah dia
seorang Rasul dan Nabi”

Akhir kata,

‫وباهلل توفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬ PENUTUP

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai