Anda di halaman 1dari 4

PENGORBANAN NABI ISMAIL ALAIHISSALAM ( Tajuk 3- Lelaki)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Terima kasih tuan pengacara, para hakim bijaksana, guru-guru


Pengorbanan Nabi Ismail AS tajuk cerita”.

Pengenalan
Kawan-kawan,

Nabi Ismail Alaihissalam merupakan putera kepada Nabi Ibrahim


dan Siti Hajar. Baginda seorang anak yang soleh dan taat kepada
perintah Allah dan ibu bapa. Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
Firman Allah dalam surah Al-Syaffat ayat 101

Maksudnya: Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan


kelahiran seorang anak yang sangat sabar.
Ya kawan-kawan,
Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya.
Kekejaman seorang ibu mengurung anaknya berusia 3 tahun di
Tampin Negeri Sembilan mengundang rawan di hati masyarakat.
MasyaAllah……

Ya kawan-kawan, Isi 1
Berat mata memandang…berat lagi bahu memikul….
Perintah Allah terus diterima
Melalui mimpi tiada terduga Nasyid ( kekasih Allah )
Anak disembelih tiada tara 1
Menjadi walang hati ayahanda
Firman Allah dalam surah Al-Shaffat, ayat 103

Maksudnya: Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia


(Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelapisnya(untuk
melaksanakan perintah Allah).

Ya kawan-kawan,
Takdir Allah walaupun kelihatan pahit dan menyedihkan, sentiasa
ada hikmah yang tersembunyi. Kematian tiga orang kanak2 di
lombong bausit Kuantan baru-baru ini ini menyebabkan kawasan itu
terus ditutup.

Kawan-kawan,
Anak dan ayah bekerjasama
Kepatuhan Allah tunggak utama Nasyid ( Rasulullah )
Walau sayu membelah sukma
Ketaatan, penyerahan sungguh bermakna

Dalam kalamnya yang teragung, surah As-Shaffat ayat 102.

Maksudnya “ Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan


Allah kepadamu”.
Lihat ya kawan-kawan, bertapa redhonya Nabi Ismail dengan
perintah Allah. Kita hendaklah mencontohi umat Islam di Aleppo,
Syria yang redho dengan peperangan yang berlaku terhadap
mereka.

2
Kawan – kawan, Isi 3

Iblis menghasut Ibrahim dan Hajar sajak


Jangan dikorbankan anakanda tercinta
Mana mungkin ibubapa bisa membunuh anak tidak berdosa
Ismail juga turut digoda
Namun sia – sia belaka sajak
Batu dilontarkan angkara murka
Ibadah melontar sempena cerita

Kalam Ilahi yang berbunyi;

Maksudnya : “Sesungguhnya ini benar – benar suatu ujian yang


nyata.

Surah As Saffat : Ayat 107


Kawan – kawan,
Ingat ye, Iblis dan syaitan musuh utama yang menyesatkan kita.
Janganlah mudah terpedaya dengan tipu daya iblis durjana.

Kisah seorang ibu yang sanggup mengelar anaknya berusia 2 bulan


baru – baru di Kota Bharu amat meruntun jiwa.
Kawan-kawan,

Berkat kesabaran melaksana perintah,


Sembelihan anak bertukar kibas Nasyid ( Dia kekasih Allah)
Hati terucap syukur bermadah
Bahagia jiwa berserah Allah 3
Firman Allah dalam surah As-Shuffat ayat 107

Maksudnya: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan


yang besar .
Ya kawan-kawan, siapa yang mentaati perintah Allah, akan
mendapat ganjaran. Lihatlah adik Ahmad Faiz bin Ibrahim, pelajar
OKU yang berjaya memperolehi mumtaz dalam peperiksaan STAM
baru-baru ini.
Firman Allah Taala surah al-Khausar ayat 1-2 Penutup

Maksudnya :
Sungguh kami telah memberimu ( Muhammmad ) nikmat yang
banyak. Maka laksanakan solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah
sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kisah Ismail membuka lembaran


Ibadah korban yang dilaksanakan pantun
Moga menjadi suri tauladan
Ikutan ummah sepanjang zaman

‫وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا‬


.‫وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai