Anda di halaman 1dari 11

HUKUM MENGGERAKAN TELUNJUK PADA TASYAHUD

Para ulama Salaf as-Sholeh (generasi awal) telah mentarjih (menyemak) dan mensahihkan amalan menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahhud. Para ulama bermazhab asy-Syafie juga telah mensahihkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk sewaktu tasyahhud, antaranya ialah Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab Taqrib at-Tahzib halaman 385 dan di dalam Mizan al-Itidal 2/356. Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah mensahihkan hadis tentang membari isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggerak-gerakkan jari. Antara hadis-hadis yang menjelaskan tentang berisyarat dengan jari telunjuk ialah:

Nabi sallallahu alaihi wa-sallam pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jari telunjuknya, lalu sabda baginda kepada lelaki itu: Satu jari saja, satu jari saja seraya baginda mengacungkan jari telunjuknya (mengisyaratkan atau menggerak-gerakkan) jari telunjuknya.

Nabi sallallahu alaihi wa-sallam meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang. Baginda menggenggam semua jari-jemari tangan kanannya, tetapi mengacungkan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya (melihat jari telunjuknya sambil menggerak-gerakkannya). (Hadis Riwayat Muslim, Abu Awanah, Ibnu Khuzaimah, al-Humaidi dalam Musnadnya 131/1. Abu Yala memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu Umar) Abu Yala rahimahullah memberikan tambahan pada hadis ini dengan sanadnya yang sahih dari Ibnu Umar radiallahu anhuma: Menggerak-gerakkan jari telunjuk (dalam tasyahhud) sebagai pengusir syaitan. Seseorang tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya (dalam tasyahhud). (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 195. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Al-Humaidi mengacungkan (menggerak-gerakkan) jari telunjuknya. Beliau berkata: Muslim bin Abi Maryam berkata: Ada orang bercerita kepadaku, bahawa dia melihat nabi sholallohu 'alaihi wassalam dalam keadaan sholat, mereka mengacungkan/menggerakgerakkan (mengisyaratkan) jari telunjuk mereka seperti itu. Kemudian Humaidi mengacungkan jari telunjuknya. (Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, sanadnya sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi)

Disaat membaca tasyahhud awal atau akhir, maka keadaan ibu jari dan jari tengah baginda sallallahu alaihi wa-sallam ditemukan sehingga membentuk bulatan. Dan jari telunjuk baginda diacungkan ke arah kiblat serta digerak-gerakkan (digerak-gerakkan ke atas dan ke bawah, bukan membentuk bulatan atau menulis kalimah Allah). Digerak-gerakkan dari awal tahiyat sampai salam, sebagaimana dijelaskan di dalam hadits shahih riwayat Muslim di atas. Dan keadaan jari-jemari yang lainnya berkeadaan sebagaimana yang dijelaskan di dalam beberapa hadits shahih yang seterusnya:

Ketika baginda sallallahu alaihi wa-salllam mengacungkan telunjuknya, ibu jarinya memegang jari tengah (sehingga membentuk bulatan). (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Awanah)

Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk bulatan (sedangkan telunjuknya tetap diacungkan ke arah kiblat sambil menggoyang-goyangkannya). (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasaii, Ibnu Jarud dalam al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya, 485) MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal atau akhir sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah yang ditinggalkan manusia). Sedangkan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam mengamalkannya, maka ia wajar diamal dan dihidupkan semula oleh mereka yang mencintai sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam dan membesarkan serta memuliakannya, kerana baginda mengamalkannya. Ini terbukti sebagai amalan sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa hadis yang sahih:

Nabi menegakkan jari telunjuknya, menggerak-gerakkannya sambil membaca doa dengannya. (Hadis Rwayat Abu Daud, Nasaii, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya 485) Hadits menggerak-gerakkan telunjuk ini mempunyai syawahid (saksi/penguat) pada rawi Ibnu Adi (287/1). (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sampai dengan salam (sehingga memberi salam). Inilah pendapat Imam Malik dan yang lainlainnya. Menurut Imam at-Thahawi rahimahullah:

Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan lagi: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam. Dilakukan oleh Imam Ahmad dan imam-imam ahli hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, (sehingga ia menyangka) tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan jari telunjuknya dalam solat, padahal mereka sudah tahu riwayatnya sahih. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya (menafsirkannya) dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh para imam. Hal yang aneh, sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi. Alasannya ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya. Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka bela mati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya sejalan dengan sunnah, bahkan celaan (tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk, pent.) yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, kerana Nabilah yang mengajarkan hal itu kepada kita. Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan mencela Nabi sallallahu alaihi wa-sallam. Dan tidak ada balasan buat orang yang berbuat demikian kecuali Adapun mengacukan telunjuk sebentar sahaja, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis-hadis yang sahih. Seterusnya Syeikh al-Albani rahimahullah menjelaskan hadis yang menyatakan:

Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya. Bahawa sanad hadis di atas ini tidak sah. Jika hadis tersebut sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk dalam tahiyat, sama ada tahiyat awal atau akhir. Dalam kaedah Menetapkan, maka menetapkan didahulukan dari menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) kerana menetapkan supaya menggerakkan jari telunjuk lebih menepati kaedah ahli fikh. HADIS ASIM BIN KULAIB Ada beberapa individu dan kelompok yang cuba mempertikaikan kesahihan hadis menggerakgerakkan jari telunjuk yang diriwayatkan oleh Asim bin Kulaib. Ada yang berani menghukum bidah kerana disangkanya tidak terdapat hadis yang menunjukkan adanya amalan menggerakgerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Agar ketidaktahuan dalam persoalan yang menyangkut ibadah (solat) ini dapat dirungkai secara ilmiyah, maka di tulisan ini dibawakan takhrijnya hadis tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk agar dapat menghilangkan keraguan kepada mereka yang berniat ikhlas ingin menghidupkan amalan sunnah menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa tasyahhud. Adapun hadis sahih yang menjadi hujjah ialah:

Dari Zaidah bin Qudamah dari Asim bin Kulaib berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku bapaku dari Waiil bin Hujir berkata: Aku berkata: Sesungguhnya benar-benar aku akan melihat bagaimana caranya Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mendirikan solat: Berkata Waiil: Maka aku melihat baginda berdiri kemudian bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga baginda meletakkan telapak tangan kanannya di atas punggung telapak tangan kirinya dan di atas pergelangan dan lengan. Berkata Waiil: Ketika baginda hendak ruku baginda mengangkat kedua tangannya seperti di atas kemudian baginda meletakkan di atas kedua lututnya. Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil mengangkat kedua tangannya seperti di atas. Kemudian baginda sujud dan baginda meletakkan kedua telapak tangannya setentang dengan kedua telinganya.

Kemudian baginda duduk, kemudian baginda membuat satu lingkaran bulat dengan kedua jarinya iaitu jari tengah dan ibu jarinya kemudian baginda mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerak-gerakkan jarinya, baginda berdoa dengannya sambil berterusan menggerak-gerakkan jarinya. Kemudian berkata Waiil: Sesudah itu maka aku lihat manusia (para sahabat) ketika mereka mendirikan solat bersama Nabi sallallahu alaihi wa-sallam mereka menggerakkan tangan mereka dalam pakaian mereka lantaran sangat sejuk, iaitu mereka mengangkat kedua tangan mereka ketika takbir dan ruku dan seterusnya (menggerak-gerakkan) dari dalam pakaian mereka kerana udara sangat sejuk). (Hadis sahih dikeluarkan oleh: Imam Ahmad bin Hambal dalam Musnad 4/ 318. Abu Daud No. 713 dan 272. An- Nasaii 889 dan 2/126-127 dan 3/371. Ad-Darimi dalam Sunan 1/314-315. Ibn Jarud dalam al-Muntaqa 208. Ibn Khuzaimah No. 480 dan 714. Ibn Hiban No 1851. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/27, 28 dan 132. AtThabrani dalam al-Mujam al-Kabir 22/35. Disahihkan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin alAlbani)

Berkata as-Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah mentaliq kehendak hadis ini:

Berkata Imam al-Baihaqi:

Ia membawa maksud yang pasti dengan menunjukkan menggerak-gerakkan (jari). (Lihat: Sunan al-Baihaqi 2/130) Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah ulama besar yang bermazhab as-Syafie, bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk ada tiga wajah:

Haram menggerak-gerakkanya serta batal solatnya. Ia dikatakan dari Abi Ali Ibn Abi Hurairah. Namun pendapat ini syaz dan lemah. Mubah (harus) menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid dan Qadi Abu Tayyib dan selain mereka, iaitu berhujjah dengan hadis Waiil bin Hujir yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sahih.

Semoga penjelasan Imam Ahmad rahimahullah dapat difahami dan diterima oleh mereka yang ikhlas dalam menerima ilmu dan menunai ibadah. Kerana Imam Ahmad berfatwa tidak mengikut hawa nafsunya, pasti berdasarkan dalil dan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. TAKHRIJ HADIS (Asim bin Kulaib)

Antara kalangan Imam-Imam hadis besar yang mensahihkan hadis Asim bin Kulaib ini ialah: Imam Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, An-Nawawi (ulama besar bermazhab as-Syafie), Ibnul Qayyim, Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dan selain mereka.

Adapun alasan Ibnu al-Madini yang diambil dari Ibnu Ulayyah dan Yahya al-Qaththan bahawa Asim bin Kulaib dan mereka yang terkena pada semua yang bernama Asim adalah buruk hafalannya, Ulayyah dan Yahya al-Qaththan dikomentar seperti berikut:

Alasan Ibnu Madini ini disangkal dan ditolak oleh para ulama hadis, kerana terdapat beberapa

orang yang bernama Asim yang juga diterima oleh para ulama atau para pembesar hadis (muhaddisin). Antara mereka ialah: (1). Asim bin Sulaiman al-Ahwal. (2). Asim bin Umar bin Qatadah. (3). Asim bin Umar (Ibnu Amr Hijaziyuun). (4). Asim bin Laqith bin Sabiran.

HADIS-HADIS (Menggerak-gerakkan Telunjuk)

Baginda (semasa tasyahud) menggerak-gerakkan jari telunjuknya yang kanan dan berdoa dengannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Yang mana baginda apabila duduk bersolat, baginda meletakkan tapak tangan kanannya di atas paha kanannya, baginda genggam seluruh jarinya dan baginda mengisyaratkan (menggoyang-goyangkan) jarinya yang paling hampir dengan ibu jarinya (jari telunjuk) ke arah kiblat, baginda tumpukan pandangannya ke arah jari telunjuknya. Dan baginda meletakkan tangan kirinya di atas paha kirinya. (Hadis Riwayat Muslim 2/90. Abu Daud 987. Malik 1/112. Syafie dalam al-Umm 1/139. Dan di Musnad hlm. 41. Nasaii 2/188. Ibnu Khuzaimah no. 719. Ibnu Hibban No. l938. Baihaqi 2/130)

Berkata Abu Humaid: Aku lebih tahu daripada kamu tentang solat Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, sesungguhnya Rasulullah apabila duduk untuk tasyahhud, baginda hamparkan kaki kirinya, ia hadapkan kaki kanannya ke arah kiblat, baginda letakkan tapak kanannya di lututnya yang kanan dan tapak tangan kirinya di lutut yang kiri, lalu ia berisyarat dengan jarinya iaitu jari telunjuknya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 292. At-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih. Abu Daud 737. Ibnu Khuzaimah 789)

FADHILAT MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK Terdapat beberapa fadhilat-fadhilat apabila menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Pertama: Menghidupkan kembali sunnah yang telah ditinggalkan. Kedua: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dapat menghalau syaitan sebagaimana dijelaskan oleh hadis Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:

(Menggerak-gerakkan jari) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazzar, Abu Jafar, Thabrani dalam Ad-Doa hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi)

Nabi sallallahu alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahhud (tasyahhud awal dan akhir). (H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan)

Nabi pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jarinya, lalu sabdanya kepada orang itu: Satu sahaja! Satu sahaja! Seraya mengacukan jari telunjuk. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Nasaii dan disahkan oleh Hakim serta disetujui oleh Zahabi. Hadis ini juga mempunyai syahid pada riwayat Ibnu Abi Syaibah) MEMBACA DOA DI PENGHUJUNG TASYAHHUD AWAL ATAU AKHIR Disunnahkan untuk membaca doa pada penghujung tasyahhud awal atau akhir sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dijelaskan melalui hadis yang lalu. Perbuatan berdoa diakhir tasyahhud adalah sunnah yang berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:

Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah At-Tahiyyatu ., kemudian hendaklah seseorang kamu memilih doa yang disukainya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia. (Hadis Riwayat Nasaii, Ahmad dan Thabrani dengan sanad sahih) Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahhud sekalipun pada tasyahhud awal. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hazam. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 198. Nota kaki) Kesimpulan: 1 - Adalah suatu sunnah untuk menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahhud. 2 Ia dilakukan dengan jari telunjuk tangan kanan. 3 Kedudukan jari boleh sama ada 1 - dengan keadaan ibu jari menggenggam jari-jari yang lainnya, manakala jari telunjuk (tidak digenggam oleh ibu jari) ditegakkan ke arah kiblat dan digerak-gerakkan. Atau 2 - ibu jari dan jari tengah ditemukan sehingga membentuk satu lingkaran, dan jari telunjuk ditegakkan ke arah kiblat sambil digerak-gerakkan.

Anda mungkin juga menyukai