Anda di halaman 1dari 9

WANITA: SEBELUM, SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DAN KINI.

Oleh Khairul Hamimah Mohammad Jodi

Sebelum kedatangan Islam, wanita tidak dilayan dengan sempurna kerana angapan
yang tidak wajar yang dilemparkan kepada mereka. Sesetengah mereka menganggap wanita
sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata1, dilakukan seperti barang
dagangan2, suami memandang hina apabila isteri melahirkan anak perempuan3 kerana
percaya kepada kelahiran anak perempuan akan membawa musibah dan kecelakaan yang
besar4. Lebih buruk daripada itu, kematian merupakan jalan terbaik bagi kelahiran mereka
dan bertindak membunuhnya. Dalam perkahwinan, wanita dibelenggu di bawah nama milik
suami seperti ia memiliki hamba abdi secara jual beli yang dibuat melalui akad nikah5. Malah
wanita dijadikan sebagai barang warisan secara kekerasan dan menyempitkan kebebasan
mereka dalam perkahwinan6 terutamanya apabila suami meningal dunia, isterinya boleh
diwarisi oleh keluarga dan ahli waris terdekat dengan tujuan supaya si isteri tersebut akan
menebus dirinya7. Dari sudut perceraian pula, wanita akan diziharkan oleh suaminya apabila
sudah tidak disukai lagi bagi mengharamkan persetubuhan dengannya8. Pada zaman Jahiliyah
zihar dihukumkan sebagai talaq9. Namun yang lebih malang kepada isteri yang diziharkan
ialah bukan sahaja mengharamkan persetubuhan dengan suami yang menziharkannya untuk
selama-lamanya10, tetapi tujuan disebaliknya ialah menghalang isteri berkenaan daripada

1
Bakr Musa (1976), Hurriyah al-Insan fi al-Islam, al-Qahirah: al-Hay’ah al-‘Ammah li al-Shu’un al-Matabi‘ al-
Amiriyyah, hal 165
2
Kamal Ahmad ‘Awn (1955), al-Mar’ah fi al-Islam, Tanta: Matba‘ah al-Sha‘rawi, hal 12
3
Dr. Muhammad ‘Ali al-Bar (1984), ‘Amal al-Mar’ah fi al-Mizan, Jaddah: al-Dar al-Sa‘udiyyah li al-Nashr wa al-
Tawzi‘, cet. 2, hal 24
4
Bakr Musa, op.cit, hal 170. Lihat juga al-Siba‘i Mustafa (1957), al-Mar’ah Bayna al-Fiqh wa al-Qanun, Dimasq:
al-Maktab al-Islami, cet. 5, hal 22
5
Kamal Ahmad ‘Awn, Ibid, hal 12
6
‘Abd al-Halim Muhammad Abu Shaqqah (1990), Tahrir al-Mar’ah fi ‘Asr al-Risalah, al-Kuwait: Dar al-Qalam,
hal 12
7
Bakr Musa, op.cit, hal 169. Ibn Kathir (t.t), Tafsir al-Qur’an al-Karim, Juz 1, al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi wa
Shurakah, hal 465
8
Zihar dalam hukum syarak ertinya “menyamakan isteri (termasuk isteri yang diceraikan dengan talaq raj’i)
dengan wanita lain yang haram berkahwin dengannya untuk selama-lamanya seperti ibunya, seperti dia berkata
“persetubuhanku denganmu ini adalah haram seperti persetubuhanku dengan ibuku”. Lihat Muhammad al-
Katib al-Sharbini (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Fikr, juz. 3, hal 352. Lihat Al-Shafi‘i (1903M/1321H), al-
Umm, juz 5, al-Qahirah: Dar al-Sha‘b, hal 262-263 dan Bahagian Hal Ehwal Islam (1995), Jabatan Perdana
Menteri, Tafsir Pimpinan al-Islam kepada Pengertian al-Rahman, hal 1097
9
Al-Shafi‘i, Ibid, hal 261
10
‘Abd al-Rahman al-Juzayri (1969), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhabib al-‘Arba‘ah, Masr: al-Maktabah al-Tijariyyah
al-Kubra, juz 4, hal 490
berkahwin dengan orang lain. Ini menyebabkan isteri berkenaan akan berada di dalam
keadaan bergantung tidak bertali dan tidak membolehkannya berkahwin dengan orang lain11.
Oleh yang demikian, Allah menurunkan al-Quran bagi menghapuskan adat kaum jahiliyyah
tersebut dengan menegaskan kedudukan isteri berbeza dan tidak boleh disamakan dengan
kedudukan ibu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu
kamu”
(al-Ahzab (33):4)

Malah suami akan dikenakan kaffarah12 sebagai satu pengajaran dan penekanan ke
atas perbuatan tersebut13. Sesetengah orang Arab pula mengahwini isteri bapa mereka (ibu
tiri) setelah kematian bapa mereka. Dalam Islam perkahwinan ini dilarang kerana taraf ibu
tiri sama seperti ibu kandung sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran yang
bermaksud:

“Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah


diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang
lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci
(oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan”
(al-Nisa’(4):22)

Sebelum kedatangan Islam juga, wanita dilihat sebagai punca kesalahan dosa yang
menyebabkan terkeluarnya Nabi Adam daripada syurga14. Tanggapan buruk ini disanggah
oleh Islam yang mengatakan kesalahan itu terletak di bahu Adam dan Hawa secara bersama
dan ini diakui oleh kedua-duanya lalu mereka bertaubat kepada Allah15. Atas sebab itu Allah
memerintahkan kedua-duanya sekali turun ke bumi seperti mana yang dinyatakan di dalam
al-Quran16.

11
al-Sharbini, op.cit, hal 352
12
Iaitu suami menarik balik kata-kata ziharnya daningin kembali mencampuri isterinya, hendaklah dia melakukan
kiffarah. Lihat al-Sharbini, Ibid, hal 352
13
Surah al-Mujadalah (58): 1-4
14
Bakr Musa, Op.cit, hal 168
15
Surah al-‘Araf (7):20-23
16
Surah al-Baqarah (2):36
Apa yang dapat dilihat pandangan dan perlakuan negatif terhadap wanita dalam
kehidupan masyarakat manusia ialah natijah daripada kejahilan akan hakikat kuwujudan
manusia itu sama ada lekaki atau perempuan. Ia uga disebabkan oleh hawa nafsu dan
kelemahan mereka ditambah lagi kerana jauh daripada ajaran dan hidayah Allah SWT.

Kedatangan Islam telah member sinar kepada kehidupan wanita setelah sekian lama
dianggap hina. Kemunculan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bertujuan untuk
membebaskan wanita dari kekejaman dan meletakkan mereka di tempat yang selayaknya
dengan bersifat kemuliaan sebagai manusia17. Islam telah memberi penghormatan yang
tinggi kepada wanita dan memberi hak yang sama dengan kaum lelaki, bahkan di angkat
kedarjat yang tinggi yang tidak pernah ditandingi dalam tamadun manusia yang lain18.
Pemberian hak yang sama ini membuktikan pengiktirafan Islam terhadap kewujudan wanita
termasuk perolehan pahala yang sama seperti lelaki19.

Agama Islam juga telah menghapuskan pandangan terhadap wanita yang mengatakan
mereka sebagai barang perhiasan dan permainan. Wanita telah diletakkan sebagai penyeri
dan tempat berkasih sayang di mana ianya merupakan naluri fitrah penciptaan manusia,
bahkan sebaik-baik penyeri kehidupan manusia sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-


benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta
benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
(Surah ‘Ali-‘Imran (3):14)

Juga disebut sebagai penyeri kehidupan dunia oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya dunia ini semua kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan


dunia itu ialah wanita (isteri) yang salihah”20.
(Riwayat al-Nasa’i)

17
Bakr Musa, Op.cit, hal 169
18
Al-‘Aqqad, ‘Abbas Mahmud. (1969), al-Mar’ah fi al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, cet. 3, hal 80
19
Surah ‘Ali-‘Imran (3):195, Surah al-Nisa’ (4):124, Surah al-Tawbah (9):71, Surah al-Nahl (16):97
20
Abu ‘Abd al-Rahman Shu‘ayb al-Nasa’i (1994), Sunan, Beirut: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, cet. 4, juz 6,
Bab al-Mar’ah al-Salihah, hal 69
Justeru, Islam mengambil berat untuk membetulkan pandangan ke atas wanita iaiu
sebagai anugerah Allah SWT kepada kehidupan manusia. Ini dibuktikan dengan kewujudan
antara lelaki dan atas dasar hakikat fitrahnya. Dalam keadaan ini Islam menitikberatkan
kedudukan wanita dalam perkara-perkara berikut21:

1. Persamaan lelaki dan wanita dari sudut kemanusiaan untuk menghapuskan


tanggapan salah yang mengatakan wanita ialah kaum yang hina daripada kaum lelaki.

2. Persamaan lelaki dan wanita dari sudut hubungan keduanya dengan Tuhan mereka
dengan ganjaran pahala hasil dari amal ibadat di sisi Allah22.

3. Bentuk hubungan antara keduanya yang berasal daripada kejadian yang sama23,
namun mempunyai tujuan yang berbagai-bagai sama ada untuk mereka secara khusus
atau untuk masyarakat secara umum24.

4. Penyusunan hubungan antara keduanya dari segi hak sama ada secara bersendiri atau
berkongsi, sama ada secara pemilikan, perolehan atau warisan

Secara umumnya agama Islam mengiktiraf persamaan di antara lelaki dan wanita yang
beriman kepada Allah, iaitu mereka sama-sama bersifat dengan sifat-sifat yang mulia seperti
taat, bersifat benar, sabar, merendah diri kepada Allah, selalu bersedekah, berpuasa,
memelihara kehormatan diri dan selalu mengingati kepada Allah. Maka mereka akan beroleh
sebaik-baik balasan di dunia dan di akhirat25.

Hari ini keadaan wanita jauh lebih baik berbanding jika dibandingkan dengan keadaan
40 atau 50 tahun yang lalu. Wanita telah membuktikan mereka mampu dan berdaya saing
dengan kaum lelaki untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang. Wanita juga telah diiktiraf
dengan diadakan sambutan hari wanita sedunia yang disambut pada setiap 8 Mac pada setiap
tahun. Selain itu wanita juga diraikan dalam pelbagai bentuk keistimewaan sebagai contohnya
sambutan hari ibu, terbitan majalah yang berfokuskan hal-hal kewanitaan, rancangan-

21
Sayyid Qutb (t.t), al-Islam wa Mushkilat al-Hadarah, Beirut: Dar al-Shuruq, , hal 64-66
22
Surah al-Taubah (9):71
23
Surah al-Nisa’ (4): 1
24
Surah al-Ahzab (33):35
25
Surah al-Ahzab (33): 35
rancangan tv bertemakan wanita dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang
dapat dilihat, isu yang melibatkan kaum wanita juga sering mendapat perhatian di media
cetak dan elektronik. Masalah seperti pelacuran, keganasan rumahtangga, ibu tunggal,
diskriminasi, pencabulan, mangsa ragut, bunuh, merokok, kecelaruan jantina, pergaulan
bebas, mangsa ragut, pembuangan bayi, khalwat26/bersekedudukan, sumbang mahram,
penagihan dadah, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan
sebagainya27 telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Justeru, di mana silapnya
dalam hal ini? Adakah kesalahan itu diletakkan di bahu wanita atau di pihak lain? Atau wanita
itu tidak terdidik sahsiahnya yang menyebabkan mereka terjebak dengan permasalahan
tersebut. Dunia tanpa sempadan menyebabkan pengaruh Barat banyak tersebar keseluruh
dunia dan mempunyai ramai pengikutnya. Mereka yang dipengaruhi dari sudut kekeluargaan,
pendidikan, gaya hidup, fesyen, penggunaan teknologi dan hiburan secara salah dan pelbagai
lagi akan terjerumus ke dalam kancah tersebut.

Selain daripada itu, wanita juga merupakan salah satu pemangkin kepada
pembangunan negara. Sumbangan mereka kepada sektor ekonomi, sosial, perkhidmatan,
politik, perladangan, teknologi maklumat, pertanian dan perindustrian tidak boleh dinafikan.
Bilangan mereka yang semakin bertambah setiap tahun tidak wajar menjadi kebimbangan
kepada semua pihak28. Ini disebabkan oleh tanggungjawab membangunkan negara dan
menjalankan tugas dengan cemerlang terletak juga di bahu wanita.

26
Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, pelajar Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan
denda RM2,000. untuk lebih lanjut lihat : Mohamed Farid Noh, ‘Pelajar mengaku khalwat’, Berita Online:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090529002508/Article/index_html
29/5/09
27
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mencatatkan 122 kes wanita hamil luar nikah pada Januari sehingga Mei
2007. Kes ini meningkat dari tahun 2006 yang melibatkan 119 kes. Usia remaja yang paling awal dicatatkan
melahirkkan anak di Hospital Melaka oleh JAIM ialah remaja yang berumur 17 tahun dan selebihnya mereka
yang berusia di antara 23 sehingga 30 tahun. Lihat Norfaisal Jahuri, ‘4 lagi anak luar nikah’, Harian Metro online:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070619105849/Article/indexm_html,
19/6/07, Lihat Ahmad Kamil Mohamed, ‘Bandar Bebas Jenayah’, Lihat Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_
01.htm&arc=hive , 14/8/2006.
28
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meluahkan kebimbangan berikutan
penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat. Ramai wanita dilantik
memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu dikatakan mempunyai implikasi jangka panjang
dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. Laporan akhbar Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0223&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&
pg=mh_01.htm&arc=hive 23/2/2010
Namun apa yang membimbangkan ialah semakin majunya wanita dalam pelbagai
sektor sehingga berjaya menguasai kerjaya-kerjaya penting termasuk menjadi pemimpin,
terdapat sebahagian daripada mereka yang lantang menyuarakan suara mereka bagi
menuntut hak-hak mereka. Adakalanya hak-hak yang diperjuangkan tersasar daripada
landasannya29, dengan menggunakan konsep sama rata, demokrasi dan hak asasi manusia,
maka ia dibenarkan. Malah ada juga antara mereka yang berani mempersoalkan undang-
undang Islam terhadap wanita itu sendiri30. Isu kesamarataan gender pula masih
dibincangkan sehingga ke peringkat global31. Situasi ini menggambarkan seolah-olah wanita
itu tidak mempunyai keistimewaan dan hak mereka sendiri sedangkan Islam secara jelas
menyatakan wanita mempunyai peranan taraf yang dihormati dan mempunyai
tanggungjawab sama serti kaum Adam berdasarkan surah al-Taubah yang bemaksud:
“dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi
penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan,
dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.”
(al-Taubah (9):71)

Maka, wanita merupakan ’izzah (ketinggian) dan kemuliaan Islam untuk mereka
kerana wanita layak menerima taklif (tugas), tanggungjawab, pembalasan dan berhak masuk
syurga. Islam menghargai wanita sebagai manusia yang terhormat sebagaimana kaum lelaki
dari sudut hak-hak kemanusiaan. Ini disebabkan mereka berasal dari satu pohon dan
keduanya bersaudara yang dilahirkan oleh satu bapa (Adam) dan satu ibu (Hawa).

29
Golongan Lesbian semakin berani memperjuangkan hak mereka untuk berkahwin dengan pasangan, dan
golongan ini telah mendapat kebenaran berbuat demikian di Mexico. Lihat: perkahwinan terlarang,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_
12.htm 7/3/2010
30
Sister In Islam contohnya telah mempertikaikan hukuman sebat yang dijatuhkan kepada bekas model,
Kartika Sari Dewi Sukarno yang mengaku bersalah minum minuman keras. Mereka mendakwa hukuman sebat
itu telah mencabuli hak sama rata manusia. Lihat :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0220&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_
03.htm&arc=hive 20/2/2010
31
Persidangan Menteri dan Ahli Parlimen Wanita Asia Pasifik Ketujuh di adakan pada 15/11/2009 bagi
membincangkan isu-isu gender yang dianjurkan oleh Forum Ahli Parlimen Negara Asia mengenai populasi dan
pembangunan (AFPPD) di bangunan Parlimen Malaysia. Lihat:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.
htm&arc=hive
Sehubungan dengan itu, wanita juga merupakan tonggak keluarga yang secara tidak langsung
akan memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat.

Pembentukan masyarakat mesti dibentuk keperibadian mereka dan pembentukan ini


mempunyai kaitan rapat dengan pembinaan modal insan yang akan memacu ke arah
pembentukan tamadun ummah32. Individu yang layak dijadikan modal insan merupakan
individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat
yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai moral yang murni dan tinggi, beretika, berbudi
pekerti, bersopan santun, mempunyai keluarga yang mantap, berdisiplin, dinamik, berdaya
tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya
saing.

Wanita yang bijak mesti mempunyai sikap berkeyakinan, mempunyai nilai moral dan
etika yang kukuh, hidup secara bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan
sepenuhnya terhadap ilmu dan ekonomi yang berdaya saing. Sikap ini penting untuk
mewujudkan budaya yang unggul dan setiap individu. Wanita perlu mengamalkan setiap
unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan
2005 menyebut:
"kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah segala-galanya. Ia perlu dilihat
sebagai landasan untuk mencapai kesejahteraan hidup dan keutuhan sosial.
Lantas, perseimbangan kebendaan dan kerohanian sangat penting supaya
akan lahir tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama mengambil
langkah memperkaya jiwa bangsa, tradisi, budaya dan agama tidak
seharusnya menjadi halangan kepada kejayaan sebaliknya perlu digarap
sebagai tunjang mendaki ke mercu kecemerlangan yang akan mengangkat
martabat bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia33"

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Pekerja 2006 pula, beliau turut
menegaskan bahawa konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti

32
Surah al-‘Araf (7) : 58
33
Ucapan Bajet Tahun 2005, Oleh Y.A.B Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2005) di Dewan Rakyat Pada 10
September, 2004. Ucapan ini boleh didapati di laman web Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/ucapan_bajet2005.htm . Lihat juga di laman web
Parlimen: www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR14092004.pdf 1/6/2009
adalah satu kemestian34. Justeru, pembangunan wanita haruslah berteraskan kepada modal
insan yang dilihat secara menyeluruh membabitkan semua kehidupan dalam setiap individu
itu sendiri. Terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha membina
wanita yang bercirikan modal insan yang bersepadu, iaitu menguasai dan memiliki ilmu
pengetahuan, berakhlak, daya intelek, kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan
dan sebagainya. Apa yang pasti harapan ini akan terlaksana dengan mengambilkira
pendekatan pembentukan akhlak mulia dalam kalangan wanita yang menjadi tunjang
pembentukkan masyarakat yang cemerlang dan tamadun ummah yang gemilang suatu hari
nanti.

Soroton kepada senario masalah sosial negara hari ini yang melibatkan wanita harus
diberi perhatian bersungguh-sungguh oleh semua pihak bagi membentuk satu masyarakat
yang bersatu padu, teguh, bermoral, berakhlak cemerlang dan bertamadun hebat. Ini bukan
sahaja dapat merealisasikan pembentukan modal insan itu sendiri, malah secara tidak
langsung akan membersihkan imej Islam amnya dan wanita Islam khususnya yang selama ini
sering tercalar dengan tohmahan negatif seperti teroris, diskriminasi, kemiskinan, terlibat
dengan masalah sosial dan sebagainya. Walaupun tidak dinafikan wujudnya bangsa lain yang
terlibat dalam permasalahan sosial, namun angka-angka yang menunjukkan penglibatan
individu yang beragama Islam amat membimbangkan dan sepatutnya dikenalpasti apakah
kelemahan, kepincangan dan faktor munculnya masalah mereka untuk ditangani dengan
segera.

Sejak dari tahun 1980-an sehingga kini isu-isu yang membincangkan hal-hal wanita
dalam pelbagai aspek seperti peranan wanita dalam keluarga, pendidikan, usahawan, politik,
kepimpinan, kesusateraan dan lain-lain telah diseminarkan dan dikonvensyenkan35 untuk

34
Kata-kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putajaya, iaitu 'Sekiranya
kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-
mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap
itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan ’.Lihat _______, ‘Minda kelas
pertama - Saranan PM dalam bangunkan modal insan sempena Hari Pekerja’, Utusan online:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&
pg=mh_01.htm&arc=hive , 1/6/2009
35
Contoh-contoh lain ialah Seminar Wanita Profesional (2005 : Kuala Lumpur). Seminar Keusahawanan Islam
Peringkat Kebangsaan (2005 :Kuala Lumpur). Kongres Wanita Profesional Melayu 2005 (8-10 Jul 2005 : Kuala
Lumpur), Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya Dari Perspektif Islam (5-6 Ogos 2003 : Kuala Lumpur),
memperkasakan wanita di alaf ini. Kebanyakan pembentangan kertas kerja menekankan
aspek-aspek lahiriah seperti halatuju wanita dalam ekonomi, ICT, dan menjadi usahawan
berjaya. Berdasarkan pengamatan, kebanyakan siri seminar wanita diadakan, kurang
memberi penekanan kepada keperluan akhlak dan akidah dalam kerjaya mereka. Tidak
dinafikan terdapat juga kertas kerja yang bertemakan akhlak wanita, namun bilangannya
tidak sebanyak kertas kerja yang memfokuskan tema lain seperti keusahawanan, kepimpinan,
kekeluargaan dan lain-lain. Bukan sahaja isu wanita ini telah diseminarkan, kerajaan Malaysia
umpamanya telah mengambil beberapa langkah pro aktif untuk memesatkan keterlibatan
wanita dalam masyarakat36.

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Wanita (6-7 Ogos 2002 : Petaling Jaya), Seminar Globalisasi dan Usahawan
Wanita (29-31 Mei 2002 : Pulau Pinang), Seminar Wanita Islam (15 Jan. 1989: Universiti Islam Antarabangsa,
Seminar Pembangunan Wanita (2 Jul 2001 : Sintok), Persidangan Wanita (17-18 Ogos 2000 : Kuala Lumpur),
Konvensyen Kebangsaan Usahawan Wanita 2002 dan lain-lain
36
Antara langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia ialah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan
mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) yang bertujuan menasihati kerajaan mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dalam pembangunan negara. Ini diikuti dengan penubuhan
Jabatan hal Ehwal Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mentadibir hal-
hal yang berkaitan dengan wanita. Pada tahun 1989 pula, Dasar Wanita Negara telah dibentuk sebagai panduan
kepada hala tuju pembangunan wanita di Malaysia. Selain itu, Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh Jabatan Buruh melindungi pekerja khususnya wanita yang berbentuk
lisan, isyarat, visual, psikologi dan sentuhan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai