Anda di halaman 1dari 30

taken from bomohonline.com (http://sg.geocities.com/bomohonline/jin.

html) dalam kite mengejar arus kemodenan dan teknologi, seringkali kite terlupa akan kehadiran makhluk2 ghaib ni. jadi, kat sini aku nak share sket ape yg aku jumpa dgn korang semua, dan dari pengalaman aku sndr bercakap dan berbual dgn jin, dan badan dimasuki jin, semoga menjadi iktibar kepada kita semua, insya Allah.... BERIMAN KEPADA YANG GHAIB Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya. Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya. APAKAH ITU JIN? Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah." AWAL PENCIPTAAN JIN </center> Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah AlHijr: 26-27 ). BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis. TEMPAT TINGGAL JIN Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah." Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i) KERAJAAN IBLIS Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai : Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka. Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia. Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia. Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan : [/URL][URL="http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis.gif"]http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis.gif (http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis.gif) Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya. Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur." apect KUMPULAN-KUMPULAN JIN 25-05-2008, 02:06 AM

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan yang yang yang yang yang menunggu menunggu menunggu menunggu menunggu kubur gua mayat air mata air tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon. Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri

kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal. Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH. JENIS-JENIS JIN Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was ) Al-Afrit - Penipu-penipu Al-A'waan - Pelayan-pelayan Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor ) Al-Qurana - Pengawan-pengawan Al-Ummaar - Pemakmur. ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan. GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :(a.) - Hantu Raya (b.) - Hantu Toyol (c.) - Hantu Pelesit (d.) - Hantu Kubur (e.) - Hantu Jerangkung (f.) - Hantu Galah (g.) - Hantu bungkus (h.) - Hantu Bidai (i.) - Harimau Jadian (j.) - Hantu Pontianak (k.) - Hantu Langsuir (l.) - Hantu Air (m.) - Hantu Pari (n.) - Hantu Laut (o.) - Jin Tanah (p.) - Hantu Pochong (q.) - Hantu Pari-Pari (r.) - Jembalang Tanah (s.) - Hantu Polong (t.) - Harimau Penanggal (u.) - Hantu Bukit (v.) - Hantu Punjut (w.) - Hantu Bawah Tangga (x.) - Hantu Kum-Kum (y.) - Hantu Mati Dibunuh

(z.) - Hantu Kopek ( Tetek ) (zz) - Hantu Tengelong MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka. 9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras ) MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anakanak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga). WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari. tyrox :goodpost::goodpost::goodpost: baru ku tahu dan faham lg... apect Gangguan Jin TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. Mimpi yang sangat menyeramkan. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. Berperasaan sedih pada saat tidur. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. Bermimpi melihat hantu. 25-05-2008, 02:08 AM

25-05-2008, 02:14 AM

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya. MACAM-MACAM GANGGUAN JIN Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk. DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN : Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. <center> SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya. Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang *****, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang *****. Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin. Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempattempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia. CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA. Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( ArRahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api. Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah

mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia. PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :Hendak melompat dari tempat yang tinggi. Terjumpa sesuatu di atas tanah. Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempattempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan. apect 25-05-2008, 02:16 AM

PENGERTIAN SIHIR Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapanpersiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun. PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s. Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu. BAGAIMANA AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN Untuk mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah

ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran. Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya. Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin. Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.

http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis1.gif Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit. http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis2.gif RAHSIA DAVID COPPERFIELD David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya. Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a'lam. ( Atrikel di atas mengenai Rahsia David Copperfield telah dipetik dari salah satu dari senarai buku rujukan..... kebenarannya tidak dapat saya pastikan, harap maklum ) CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN Cara Pertama : Thariqotul Iqsam Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan. Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi Penyembelihan Binatang. Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah Melakukan Kenistaan. Cara Keempat : Thariqatun Najasah Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis. Cara Kelima : Thariqatut Tankis Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.

Cara Keenam : Thariqatun Tanjim Menyembah Binatang. Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi Melihat melalui Tapak Tangan. Cara Kelapan : Thariqatul Atsar Menggunakan benda Bekas Pakai. apect SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU 25-05-2008, 02:20 AM

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia, Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu, Polong : Bagi menghisap darah mangsa Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain. Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar. JENIS-JENIS SIHIR PATUNG Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. SANTAU Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir TELUR LAYANG Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. TANGKAL dan AZIMAT Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar. Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir. Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257 3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286 SAKA ( KETURUNAN ) Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki. Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi. Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun. Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh. 1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 ) 2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 ) 3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 ) Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah.... Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya..... are-peace nice post bro..gud info :D 25-05-2008, 02:20 AM

apect ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 ) 25-05-2008, 02:26 AM

Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan "khadam", dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam. Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :Hei si hantu raya Jembalang angin Aku tah************* Engkau dari bulu hidung Nabi Adam Makanan en************** Mari engkau Mari makan benda-benda ini. Hei si ******************** Mari kau bersahabat Mari menjaga diriku Engkau ************** Ikut segala perintahku. Hei si hantu raya Menyerup******************* Menyerupa engkau dalam diriku Jangan en************ Jikalau engkau engkar Aku panah engkau Dengan p***************** Panah sakti Panah rajuma Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu "berkhidmat" untuknya. Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 ) Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal. Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :Hei anakku si hantu raya Engk************ (dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya) Engkau mak************** Jikalau engkau tidak pergi Rasuk, makan hati perut dia Aku **************** Derhaka engkau pada Allah Derhaka ********************** Derhaka engkau kepada aku. Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut. Hei anakku si hantu raya Engkau ************ Aku **************** Ataslah engkaulah menjaga diriku J********* derhaka kepada aku Derhaka *********************** Derhaka engkau pada Allah Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai "panggilan" atau "pemujaan". Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama "HANTU RAYA" adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur'an. Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada "Bulu Hidung Nabi Adam". Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( Sebahagian dari Surah An-Nisaa - Surah 4 : Ayat 38 )

8=

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman. PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah. Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya. Melalui pertapaan - tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya. Meniru tanpa berguru samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian. Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :Pemujaan Kubur Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan. Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka. Keris, Lembing dan Limau Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam. Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka. Ancak Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong. Sanggu Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya. Sangkak Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut. Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau. Pemujaan Tanduk Kerbau Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka. Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasakuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka. PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah. apect MENELITI SIHIR & ADANYA JIN DALAM TUBUH 25-05-2008, 02:28 AM

Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya. Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan. Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur'an. 1. 2. 3. 4. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu : Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu'minin : Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq : Seterusnya Surah An-Nas :

Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali. YANG BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN SUAMI-ISTERI Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ). Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya. Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut : 1.) Ayat Kursi : 2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun : 3.) Lalu Surah Al-Ikhlas : 4.) Berikutnya Surah Al-Falaq :

5.) 6.) 7.) 8.)

Selanjutnya Surah An-Nas : Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A'raf : Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 - 82 : Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 - 69 :

Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya' Allah, sihir itu tidak akan datang lagi. MENGUSIR ATAU MEMBUNUH JIN Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan. Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwuhudu', lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya. Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah. Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-caranya boleh anda dapati di ruangan Proses Pengubatan. ( Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan ) Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya, ( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. ) atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya. Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta. Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi. apect

25-05-2008, 02:30 AM CARA MENGUSIR JIN YANG TINGGAL DALAM RUMAH Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut : 1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali. http://sg.geocities.com/bomohonline/usir1.jpg Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun. 2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut : 2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini. http://sg.geocities.com/bomohonline/usir2.jpg Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang. Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi. Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya. apect 25-05-2008, 02:34 AM

SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih. Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan. Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan. Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah. Harus menjahui perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah. <center>AYAT-AYAT PAGAR DIRI SEBELUM MEMULAKAN PENGUBATAN Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-


Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. http://sg.geocities.com/bomohonline/pagar3.jpg Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. AYAT INI DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI http://sg.geocities.com/bomohonline/pagar4.jpg Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. http://sg.geocities.com/bomohonline/pagar5.jpg Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya. KEMUDIAN MULAKANLAH PENGUBATAN CARA PERTAMA : SEBELUM PENGUBATAN DILAKUKAN Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah. Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.

Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya : Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi? Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat? Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu? Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan? Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi? Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan? Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya. Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas. Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda. Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat. Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya. Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut apect 25-05-2008, 02:36 AM <table width="800"><tbody><tr><td colspan="2" valign="top"><center>AYAT-AYAT RUQYAH</center> <center>CARA KEDUA : PERTENGAHAN PENGUBATAN</center> Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini : </td></tr> <tr><td width="100%"> 1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) : 2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) : 3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) : 4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) : </td><td> </td></tr> <tr><td> 5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) : 6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) : 7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 ) : </td> <td> </td></tr> <tr><td> 8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 ) : 9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) : 10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) : 11. Surah Thaha ( ayat 69 ) : </td> <td> </td></tr> <tr><td> 12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) : 13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) : 14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) : </td><td> </td></tr> <tr><td> 15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) : 16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) : 17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 ) :

</td> <td width="20%"> </td></tr> <tr><td> 18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) : 19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) : 20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) : </td></tr></tbody></table> apect <center>CARA KETIGA : SETELAH PENGUBATAN DILAKUKAN</center> <center>CARA UNTUK MENGETAHU HADIRNYA JIN </center> Untuk mengetaui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini : Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat. Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya. Meronta-ronta dengan kuat. Memekik atau menjerit. Menyebut namanya. Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini : Siapa namamu? Apakah Agamamu? Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini? Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir? Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini? <center>CARA MENGHADAPI JIN YANG BERAGAMA ISLAM </center> Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum. Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan. Bila penyebab maksuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim. Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Alhamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah : "Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia." Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak 25-05-2008, 02:38 AM

ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar. <center>CARA MENGHADAPI JIN KAFIR </center> Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini. Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari. Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah AsSaffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la. Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin.... <center>PERHATIAN !!! DENGAN KELAKUAN JIN</center> Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam. Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya. Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya." Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut. Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah - Surah 5 : Ayat 72 ) <valign="top" class="Qar"></valign="top"> <7 | Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam". Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36) <valign="top" class="Qar"></valign="top">

(88) (98) 8; | (:8) Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar. Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia. Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya. Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan. Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. <center>PERBUATAN HARAM KETIKA MENGHALAU JIN </center> Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut. Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya. Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu. Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu. Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara - Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu. Menyeksa dan membunuh jin pengganggu apect

25-05-2008, 02:41 AM <center>KESESATAN DALAM PERUBATAN </center> Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadamkhadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :<center>Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.</center> Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakitpesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah . Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :Amalan Batin. " Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Serapah lekat Tulang. " Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Serapah menepung Tawar " Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Mentera Menepung Tawar. " Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah. <center>Melalui Perbuatan / Kelakuan.</center> Kesesatan Tok Bomoh.

Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut. Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan. Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri. Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w. <center>Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat</center> i Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat. Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha. Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik. Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya. Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.

Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan. ii. Pengeras / Upah. Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja. Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh. Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas. iii. Pemutus Ubat. Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut. Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya. Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu. apect <center>Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan 25-05-2008, 02:43 AM

</center> Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkaraperkara berikut, antaranya :A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya. B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap. Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu. Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? " C) Tanpa Menurun / Menyelap. Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya. D) Membelah Batin. Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya. Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun ) Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat. Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya. <center>Tok Bomoh yang Makan Upah. </center> Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan. Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi. Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

<center>Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan. </center> Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :A) Menanam barang-barang Hikmat Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang ****, tulang kongkang, kulit ****, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya. B) Memuja gambar Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang. C) Tuju melalui angin/makanan Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

D) Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orangorang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan. <center>Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa. </center> Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung ) Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua. Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan kedalam neraka di hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segala-galanya. Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat ( kufur ), berada dalam kesesatan ( kekufuran ), beramal dengan kesesatan ( kufur ), mati dalam sesat ( kufur ) dan kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang dianiayai itu meninggal dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di sihir itu sebagai ahli fitrah ( syurga ) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan penuh kesabaran dan penuh redha.

apect <center>ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI ) 25-05-2008, 02:45 AM

</center> Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya. Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui. Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi. Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan. Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :Perintah memperbanyak mengingati mati : "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi ) Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud : "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya ) Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri : "Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy ) Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati : "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya ) Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut : Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud : "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah : "Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim ) Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda : "Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )

Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud : "Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 ) Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 ) "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad) Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini. Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan : Kepastian tentang mati : Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia). Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda : Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi ) apect <center>BERDIALOG DENGAN JIN</center> <center>CONTOH PERTAMA </center> Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang. SYEIKH : Siapakah namamu? JIN : Syeikh Muhammad. SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini? JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi. SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah. JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya. SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini". SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong. SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin. JIN : Baiklah aku akn keluar. SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah. 25-05-2008, 02:46 AM

<center>CONTOH KEDUA </center> Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang. SYEIKH : Siapakah namamu? JIN : Namaku Muhammad. SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim. JIN : Saya juga Muslim. SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini? JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi. SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi. SYEIKH : Siapakah Namamu? JIN : Namaku Subhi SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam? JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian. SYEIKH : Berapa umurmu? JIN : 18 Tahun SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir? JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq. SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam. SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu? JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang. SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat. JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat. SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam? JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja. SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya. SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu? JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi? JIN : Ya, saya mendengarkannya. SYEIKH : Bagaimana perasaanmu? JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam. SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.

<center>CONTOH KETIGA </center> Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu : SYEIKH : Apakah agamamu? JIN : Islam. SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam? JIN : Ya. SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin? JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, AsShaffat dan Al-Jin. SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah? JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya. SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut? JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan. SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan? JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku! SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar? JIN : Dari mulut perempuan ini. SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai